Ohaiii...
Kali ini lain sikit intipati blogpost kali ini. Jarang-jarang lah Nisa nak update mengenai isu semasa, lagi-lagi kalau berkaitan dengan artis. Pagi ini Nisa terjaga awal dek kerana mimpi sepilu drama petang-petang. Celik saja mata terus capai telefon pintar, buka aplikasi Twitter.. dan seterusnya membawa kepada longgokan tweets mengenai berita kematian vokalis band yang sangat popular iaitu Chester Bennington dari Linkin Park.


