Tambah lagi koleksi pelbagai kejadian dalam hidup aku. Dan bersyukur aku pada Tuhan kerana kebanyakannya merupakan perkara yang baik dan menggembirakan. Tak disangkal, memang ada dugaan menimpa, tapi aku percaya Tuhan menurunkan ujian kepada para hamba-Nya kerana Tuhan sayang kepada kita. Dan semoga aku dan juga orang lain terus tabah dan redha dengan ujian yang menimpa.
Bila sedih, aku bukak balik folder yang mengandungi semua koleksi kenangan dalam kehidupan. Jangan hanya kerana satu kejadian yang menduga kesabaran, aku putus asa dalam hidup. Aku akan ingatkan diri aku berulang kali, kesedihan itu cuma dugaan dan sementara, kerana Allah Maha Adil, telah aku melalui pelbagai peristiwa menggembirakan sebelum ini.
- Jadi, aku akan sentiasa ingat dalam hidup ni ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah.
- TAK PERLU berhasad dengki dengan orang lain kerana kita semua sama di sisi Tuhan.
- Moga hati aku terus tabah.
- Dan aku tahu aku tak cukup baik untuk memperkatakan mengenai semua ini.
- Cuma menjadi peringatan kepada diri sendiri… InsyaAllah….
Bicara : Semua sama. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. Jadi tak perlu menunjuk apa yang kamu ada, apa yang aku tak ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!