Rabu, 28 November 2012

Pokok Krismas LEGO tertinggi di Asia

 

Assalamualaikum…

 

Selamat menyambut Hari Natal kepada rakan-rakan dan pembaca yang menyambutnya ya! Bersempena perayaan Christmas yang akan datang, tadi aku usha-usha Facebook Page LEGOLAND Malaysia. Dorang ada upload gambar ni..

 

[All pictures are taken from LEGOLAND Malaysia Facebook page. I do not own any of these pictures.]

lego

Wowwww selama ni aku tengok kat TV pokok krismas tu dibuat dari pokok yang betul. Lepas tu orang yang merayakannya akan letakkan macam-macam jenis hiasan kat pokok tu. Lepas tu letakkan lampu lip lap lip lap kat pokok krismas tu.. Yang ni pertama kali aku tengok pokok krismas dibina dengan menggunakan LEGO !

 

lego2

Ini pulak mungkin dia punya hiasan kat pokok krismas tu lah kot? Hahaha entahlah aku pun tak pasti… Hahahaha…

 

 

lego3

Ohh ye just sharing.. kepada semua yang bakal menyambut perayaan Krismas, dan mungkin you guys ada di sekitar Johor, bolehlah saksikan pokok ni pertama kali dinyalakan. Err bukan nyalakan api, tapi nyalakan lampu la kan?

 

Kalau you guys yang tak menyambut Krismas pun nak tengok takpelah kot. Bukannye kita memang berniat nak sambut perayaan ni kan? Datang mungkin kebetulan korang tengah bercuti kat LEGOLAND ke.. Atau just nak tengok pokok yang diperbuat dari LEGO… Kan?

 

All pictures are taken from LEGOLAND Malaysia Facebook page. I do not own any of these pictures. Visit and like LEGOLAND Malaysia facebook page for more pictures.

~Nisa Kay~


Read More»

Selasa, 27 November 2012

Lancôme In Love Make-up Collection Spring 2013

 

Assalamualaikum semua…

 

Apa khabar readers sekalian? Harap korang sihat supaya dapat terus menyinggah kat blog aku yang tak seberapa ni.. Hehehee…. baiklah hari ni aku bangun awal dengan semangat waja nak pergi kelas. Errr sebenarnya semangat tu tak berapa nak waja sangat lah. Bangun pun sebab sakit perut nak ke toilet ahahaha!!

 

Memandangkan aku ni selalu promote online shop atau produk apa yang best aje… jadi kali ni aku nak share jugaklah dengan korang tentang apa yang terbaru dalam pasaran produk kecantikan di Malaysia.. Ewahh !!! Dan seperti tajuk entry ni, aku nak share dengan korang pasal produk terbaru dari Lancôme.

 

image001

Koleksi mekap sempena musim bunga di Lancôme dipanggil “IN LOVE” gituuu… Wahhhh feeling-feeling di alam percintaan gitu… Berwarna warni namun sesuai dipakai untuk semua warna kulit, kolek In Love membawakan anda dengan gaya musim bunga di bandar.

 

Vibrant  shades inspired by the light of spring (neon pink and coral predominate, complemented by turquoise and violet) contrast with  the  luminous  pastels of urban nature in abundant renaissance (rose petal, almond green...). Shades range from daring to soft, from electric to sweetly sensual... No colour combination is off-limits. There’s just one rule: freshness in pure pop hues!

 

image002

Jeng jeng jeng…. dan wajah “IN LOVE” by Lancôme – EMMA WATSON ! Ikon gaya Perancis yang mengesahkan kesegaran kontemporari.

 

Meraikan semangat musim bunga Paris, Lancôme mencipta semula motif unggul Perancis iaitu : toile de Jouy. Kain kapas yang terkenal yang tercipta pada abad ke-18 di Jouy-en Josas terkenal dengan reka bentuk floral, karakter dan lanskap yang unik. Lancôme mencipta semula gaya klasik mutlak dengan sedikit sentuhan keseronokan untuk penampilan koleksi “IN LOVE” .

 

Jadi apa yang menariknya dalam koleksi “IN LOVE” ni?? Haa ini yang aku seronok nak kongsi dengan uolls yang tengah membaca.. Jadi girls, teruskan membaca ya !

 

 

lipstick

Baume In Love : Pop kisses (Retail Price: RM75)

Lip balm Baume In Love oleh Lancôme – dengan formula terbaru mengandungi Shea Butter dan datang dengan 4 warna : fuschia, coral, purple dan pink. Keempat-empat warna ni memberikan kesan bibir yang lebih bermaya, ala-ala kesan bibir yang digigit gitew auwww… All the daring of pop hues combined with intense moisture and an incredibly protected feel... “

Datang dengan 4 kod warna :

  • 100 Sugar Rose
  • 110 Rose Macaron
  • 120 Peach Mélodie
  • 130 A La Folie, Cherry

TIPS Lancôme : Gunakan lip balm ini untuk melengkapkan gincu klasik anda, memberikan ilusi cahaya, kelembapan dan bersinar kemilau halus.

 

 

blusher

BLUSH IN LOVE : Springtime glow (Retail Price: RM110)

Tengok bekasnye saja dah menarik perhatian kan? Ada dua warna berbeza, yang dapat diharmonikan dengan complexion setiap wajah gitewww. "Peche Joue-Joue" adalah berasaskan warna coral yang akan memberikan warm complexion manakala “Pommettes d’Amour” pulak campuran fuschia dan oren untuk menampakkan wajah yang lebih segar dan bermaya

Datang dengan dua kod warna :

  • 10 Pêche Joue-Joue
  • 20 Pommettes d’Amour

TIPS Lancôme : Apply  the coral shade to the centre of  the  cheekbone followed by the pink shade just above for a guaranteed “Doll Cheeks” effect!

 

 

LANCÔME_DEWY_MIST

Dewy Mist : Splash of freshness (Retail Price: RM75)

Diperkaya dengan minyak pati, dewy mist ni macam air ajaib la… Sembur kat muka sebelum mekap atau selepas pakai mekap untuk membuatkan mekap tampak lebih segar dan semula jadi kat kulit kita. Haaa kan ajaib tuuu. Hehee.. Dewy Mist ni melembutkan, melicinkan dan memberikan fresh-faced complexion. Baunye pun ala-ala bau bunga di musim bunga. Wangiii~

 

 

eyeshadow

Ombre In Love : Colour block eyes (Retail Price: RM70)

Koleksi eyeshadow ni memang aku suka sangat. Warna yang lembut dan tahan lama ni datang dalam bekas yang diberi sentuhan toile de Jouy. Ada 3 warna pastel yang sesuai dengan mereka yang berkulit cerah dan 3 warna pop yang lebih menyerlah pada orang yang berkulit gelap.

Datang dengan 6 warna :

  • 10 Sugar Rose
  • 20 Romance Tagada
  • 30 Violette Candy
  • 40 Blueberry Love
  • 50 Pistachio Cream
  • 60 Cosmopolitan Mint

 

 

eyeliner

Khôl In Love : Electro-chic intensity (Retail Price: RM70)

Memang pilihan tepat untuk mata yang lebih menyerlah dan menawan gitewww !! Datang dengan 3 warna ceria, termasuk warna yang memang tengah in musim ni iaitu warna turqoise ! Eyeliner ni sangat creamy dan tekstur mantap, mudah untuk garisan tepat di mata anda !

Datang dengan 3 warna yang best :

  • 10 Deepwater Blue
  • 20 Jade Crush
  • 30 Chocolate Affair

 

 

bb cream

UV Expert BB Cream SPF 50 PA+++ (Retail Price: RM175)

Kalau kat luar negara musim bunga, kita kat Malaysia pulak memang panas dan lembap sepanjang tahun kan. Jadi keluar rumah tu jangan lupa perlindungan untuk kulit! Bagi yang malas nak pakai berlapis-lapis mekap untuk lindungi kulit, pakai aje BB Cream yang pertama dari Lancôme ni, dengan SPF 50++ lagi tu!

Perlindungan yang ideal untuk kulit, tekstur yang lembut dan sangat ringan, sesuai untuk kegunaan sehari-hari. BB Cream ni dapat bantu korang cover bintik hitam, warna kulit yang tak sekata dan garus halus! Ditambah lagi ia mampu membuat wajah anda glowing gitu…

 

Lanc-me-In-Love-Photoshoot-emma-watson-32720020-800-527
Jadi… kenapa Emma Watson ye? Kerana dia cantik? Kerana style fesyen nye? Atau…. Haaa hanya Lancôme yang mempunyai jawapan pasti. Kekekekee… Emma Watson sebagai duta Lancôme pada pandangan mata aku menampilkan imej yang ceria dan bertenaga serta watak yang menyerlah. Sangat sesuai laa dengan semangat musim bunga giteww….

 

 

Jadi apa yang korang tenung lagi? Dapatkan koleksi “In Love” by Lancôme dari kaunter-kaunter Lancôme yang berdekatan anda !

 

 

~Nisa Kay~


Read More»

Isnin, 26 November 2012

Sambutan kejayaan Yana Samsudin dan ulangtahun YSF yang kedua

 

Assalamualaikum..

 

Ambuiii dah lama betol aku peram entry ni. Kalau entry ni umpama buah, dah jadi jeruk dah haa aku duk simpan lama-lama. Hohooo.. al-maklumlah busy busy busy dan banyak entry lain yang aku dahulukan, so entry mengenai events ni aku tangguhkan kejap.

 

Well, seperti pembaca setia semua tahu, sejak aku sambung belajar nun jauh di pulau ni, aku tidak lagi berpeluang join events. Walaupun ada pihak-pihak yang sangat baik tetap menghantar emel jemputan pada aku, tapi dek kerana jarak yang memisahkan, maka tak dapatlah aku join. Ewahhh !

 

4 (1)

Jadi pada cuti pertengahan semester seminggu yang lepas aku berpeluang menyertai acara yang sangat sangat sangat best iaitu sambutan ulang tahun kedua kelab peminat Yana Samsudin iaitu YANA SUPER FRIENDS (YSF). Majlis tu jugak diadakan sempena kejayaan Yana Samsudin merangkul anugerah Heroin Terhebat masa Anugerah Blockbuster yang diadakan baru-baru ni…

 

P1019336

Majlis makan-makan ni diadakan di restoran Nando’s Taipan USJ. Memandangkan ruang adalah terhad, jadi tak semua ahli YSF dapat join. Jadi diharap agar ahli-ahli YSF yang lain tidak berkecil hati ya.. inshaAllah akan ada peluang lain untuk join events dengan YSF dan Yana Samsudin :)

 

 

cats

Thank you so much Nando’s Taipan USJ sebab YSF serta jemputan khas semua dijamu dengan resipi terbaru iaitu Democracy Platter! Nyum Nyum Nyum~ Sedapppp sangat! Ayamnye banyak. Yana siap datang hidang ayam kat meja kami tau! Lupa nak snap gambar. Hahahaa…

 

 

IMG_0912

Sorry gambar kurang berkualiti.. al-maklumlah ambil cuma guna iPod aku aje… Huhuu.. persembahan oleh Ahmad Syazli…

 

P1019351

YSF semua ternganga tengok sedutan aktiviti-aktiviti YSF sebelum ni. Turut ditayangkan sedutan atau trailer drama dan filem lakonan Yana Samsudin. Herherherr…

 

 

P1019400

Haaa yang baju kuning tudung kuning tu aku lerrr… Hahh aku nak buat ape lak tuh? Menyibuk betul aku. Herrr~

 

P1019468

Hahhh ape lagi aku buat tuhh? Aku menyanyi ke? Rapping ke? Bersajak kemerdekaan ke?? Haa kalau nak tahu sila tengok video nye DI SINI yeee :p

 

P1019403

Kek sambutan ulangtahun YSF dan sambutan kejayaan Kak Yong kesayangan :D

 

P1019447

Kak yong Yana Samsudin bergambar dengan Mejar K David Teo dan isterinya Madam Jane. Di belakangnya pengarah filem dan pelakon-pelakon di bawah MiG.

 

IMG_0924

Ohh ye ini sepupu aku, Pali. First time evahhhh aku bawak sedara aku join aktiviti ! Hahaha patutnye aku nak pergi event ni dengan sorang kawan. Kawan tu tak jadi la pulak. So aku hangkut sepupu aku. Hahaha…

 

IMG_0925

With Azhar of MiG.

 

IMG_0922

With Ned ku sayang muahhxxx !

 

IMG_0938

With Razali Razak, presiden YSF yang kacak sekali. HAHAHA…

 

IMG_0935

Siapa yang mengikuti siri Bini-Bini Perkasa mesti kenal Man Unta ni. Hahahahaa… With Fadzil Zahari.. Jangan lupa follow instagram abang hensem ni @fadzilzahari hehe~

 

P1019435

With MELAKA BOY ! Follow instagram beliau @melakaboy !

 

P1019476

Tuuuu diaaa Epy Kodiang !! Hahahaa jangan lupa saksikan lakonan beliau dalam filem Budak Pailang dan juga filem Ajiboy okayh??? Follow jugak instagram beliau @epykodiang hehee~

 

P1019339

Tak lupa gambar with Kak Long Arymas yang datang long way from Kota Singa, SINGAPURA ! Rindunyeee kak longgg. Heee..Thanks kat YSF sebab menemukan kami dalam event ni..

 

cats2

Okay basically ni gaya tudung aku hari tu… Aku saje buat bulat kat depan muka sebab aku dapat inspirasi dari hijabster indonesia. So aku nak try sama ada gaya tudung bawal bulat sesuai ke tak dengan muka aku. Err aku rasa okay aje. HAHAA… oh ye mekap pun sendirian berhad. Hohoo..

 

IMG_0916

TAK LUPAAA… GAMBAR DENGANNN Yana Samsudin  !!! Muahhxxx !! Tahniah kak yong ! We YSF will alwaysss love youuu !!! And we will definitely support you !! And kepada sesiapa yang baca ni, jangan lupa beli surat khabar Berita Harian banyak-banyak and undi Yana Samsudin untuk ABPBH tauuuu !!!

 

 

MACAM MANA NAK JOIN YANA SUPER FRIENDS ???

Haaa aku banyak kali dapat soalan ni… Kalau nak join YSF korang perlu buat ni :

FOLLOW TWITTER YANA SUPER FRIENDS : @YanaSuperFriend

Lepas tu letak hashtag #YanaSuperFriend & #DuniaYana kat bio korang okay? Lepas tu just keep update dengan twitter YSF untuk sebarang update dengan segala aktiviti mengenai YSF ye? Lepas tu jangan lupa sokong Yana dengan Like fanpage Yana Samsudin : KLIK SINI dan Follow twitter Yana Samsudin KLIK SINI YE :)

 

OH YEEE ! Jangan lupa saksikan filem Yana yang seterusnya iaitu STRABERI CINTA. Lakonan bersama Pierre Andre dan Diana Amir.

 

 

 

 

~xoxo NK~


Read More»

Jumaat, 23 November 2012

Nisa Kay in the media : HIJABISTA Disember 2012

 

Assalamualaikum…

 

Bulan Oktober yang lalu aku bergegas pulang ke Shah Alam dek kerana urusan penting yang tertentu. Dan dah alang-alang aku ada kat Shah Alam, aku dipanggil oleh team Hijabista untuk mengadakan sesi photoshoot di mana aku akan featured dalam isu Disember.

 

Woahhh memang excited la kan bila dapat offer, so aku setuju time tu jugak. Aku hangkut la beg bagasi kecik yang aku pinjam dari kawan aku ke office Karangkraf seksyen 15 Shah Alam tu. Ditemani Nad, PA yang setia mengikut aku ke sana sini. Huhuhu…

 

DSC_2892

Heeee sengih tayang gigi !! Ni gambar dalam studio.. Baru lepas mekap. I iz sooooo in love with the make up. Kalau uolls tengok iolls depan-depan pun iolls rasa mekap tu tak keterlaluan. Errrr kalau tak pakai bulu mata palsu laa. Ehek ehekkss… Berangan nak shoot pakai kasut ni. So pretty pink !

 

 

DSC_2900

“Ok dikkkk.. senyummm…!” Haaa gitulah kot gaya abang photographer Hijabista. Hek hekk.. Errr ye la kot? Aku pun lupa. Yang pasti abang photog memang pandai ambik gambar. Aku rasa aku posing dengan kaki bengkang bengkok nye.. alih-alih kuar majalah aisshh lawo pulok. HAKHAK!!

 

 

DSC_2918

Ehekksss…. selesai aje photoshoot, aku terus keluar nak naik teksi balik ke Seksyen 7. Teksi baru aje sampai, aku nampak mom-to-be yang amat comel baru sampai dengan husband beliau. Errr bukan aku nampak, tapi PA aku yang nampak dia dalam kereta. Hahaha semangat aku suroh pakcik teksi tunggu kejap sebab nak amik gambor dengan DENA BAHRIN !!!

 

 

hijabista disember 2012

Ehemmm ehemmm…. majalah fesyen gadis berhijab yang terhangat di pasaran dah pun mula available di kedai-kedai bermula Isnin lepas… Sisipan extra minggu ni mengenai tips and trik percutian. Haaa kalau nak tahu apa tips and trik yang aku nak kurniakan (cehhh!!!) silalah beli majalah HIJABISTA yang cover depan dia Farah Deeba yang comelss tu.

 

 

cats

Selain aku berkongsi tips percutian ke pantai-pantai dan DENA BAHRIN yang berkongsi mengenai tips percutian ke bumi kanggaru, ada beberapa figura fesyen lain yang turut berkongsi tips-tips berguna bagi kamu kamu dan kamu yang hendak pergi bercuti! Hehehee…

 

Tak rugi pun beli majalah ni.. tebal dan banyakkkk informasi yang best mengenai fesyen dan produk kecantikan masa kini. Informasi mengenai tips kecantikan dan tips kehidupan juga mengisi majalah ni. So currently, majalah HIJABISTA ni memang antara majalah fesyen kegemaran aku. Setiap isu tak pernah miss lagi. Heee…

 

TERIMA KASIH HIJABISTA !!!

~Nisa Kay~


Read More»

Waktu singkat di Queensbay Mall


Assalamualaikum..


Hmmmm hampir 3 bulan aku kat sini.. Masih mencari semangat dan keterujaan. Sebenarnya ini pertama kali aku datang Pulau Mutiara. Aku ingat nak share pengalaman pertama kali mengunjungi tempat-tempat baru.. Cuba makanan baru dan semuanya lah! Tapi tak pernah berkesempatan.


So hari ni just nak share cerita bosan dengan korang ye. Kalau bosan teruskan jugak membaca ye! Hahahaaha... Welll just nak bercerita hari ni aku ke Queensbay Mall lejap. Niat di hati cuma nak beli Chatime dan ke Maybank.




Plan asalnya aku nak pergi Queensbay sorang-sorang je sebab tak banyak hal pon nak ke sana.. Then lepas hantar assignment yang aku buat bagai nak gila, classmate aku dari zaman diploma kat UNISEL lagi, Adila nak join pulak pergi sana...






Sebenarnya inilah salah satu tujuan utama aku nak ke Queensbay. Tiba-tiba anak tekak ni mengada-ngada nak kan Chatime. Ape lagi, kawan-kawan lain sume pakat kirim..


Hahhh memandangkan dah nak masuk bulan Disember, maka di saat aku melangkah masuk Queensbay tu dah nampak kiri kanan atas bawah CHRISTMAS SALES !!!!!!!





Mencik tau mencik tauuu. Tengokkkk kite dah terbeli purse haaaa!!! Dah terrrrrbeliiiiii. Mencikkkk!!! Ehh tapi kan aku memang dah lama niat nak beli purse pon, memandangkan purse 20 hengget aku dah rabak :")





Heee korang kenal biskut ni?? Ehemmm sedap dan manis kan. Aku panggil biskut ni biskut gula warna-warni. Sedapppp. Me love love love. Hari tu beli sikit je. Hari ni beli banyak sikit heeee...





Okay lapar pulok. Adila ajak makan kat The Chicken Rice Shop. Sebut je pasal makan, terus berdondang sayang perut aku. Teringat pulak pai tee yang sedap tuh. Emmm dapnyeee!






Hiksss happy tummy today! Dapat nasi ayam heyyy! Hahaha lawak lak. Bukan ape.. Ase macam dah lama sangat tak makan nasi ayam. Dapnyeeee. HAHAHAAA...


Lepas dapat apa yang diingini, aku terus balik. Aku takut kang aku masuk balik kedai-kedai yang tengah sales tu kang aaaaa padah poket aku!! HAHAHAA...






Balik kampus, rehat kejap then pergi library pulak buat assignment dengan groupmates. Heee kawan cakap muka aku macam hakak-hakak je dengan spek mata tebal.. Wuuu sampai hati kau kawan. Kbai.




Ohhh ye.. jangan lupa follow instagram aku @nisa_kay ye. Hahahah kbai..








Read More»

Isnin, 19 November 2012

Jom join giveaway pertama oleh MEUZ ANGELO !

 

Assalamualaikum…

 

Yaaa tanpa berbicara panjang lagi, aku nak umumkan bahawa abang aku, pemilik blog Gulai Tempoyak Ikan Patin telah melancarkan giveaway yang julung-julung kali diadakan..

 

Ehem ehem… ramai yang tanya, Meuz Angelo ni abang betol aku ke? Abang angkat ke? Abang tipu ke? Haaa jangan mengada buat spekulasi. Beliau ni abang betul, abang kandung, sama mak sama ayah okay! Hahaha.. Korang tengok header blog aku, haaaa Meuz Angelo la yang buat.

 

GA

 

Haa bercerita pasal giveaway pertama yang abang aku jalankan ni, adalah bersempena nak meraikan followers blog beliau yang selama ni setia mengunjungi blog beliau walaupun beliau malas ya hampun nak update nye ! Oke jom tengok apa hadiahnye :

Pemenang Pertama Wanita:
The Body Shop Perfume.
(perfume name will be added soon)
Pemenang Kedua Wanita:
Blouse Wanita.

Pemenang Pertama Lelaki:
Snapback Cap.
Pemenang Kedua Lelaki:
T-Shirt Lelaki.

Pemenang Saguhati Pertama:
1: Topup RM10
2: Topup RM10
3: Topup RM10
Pemenang Saguhati Kedua:
4: Topup RM5
5: Topup RM5
6: Topup RM5

 

Dannnnn marilah kita ramai-ramai mengunjungi blog-blog para penaja untuk giveaway pertama blog Gulai Tempoyak Ikan Patin. Klik banner untuk mengunjungi mereka :

banner1

banner2

banner3

banner4

banner5

 

Marilah ramai-ramai joinnnn giveaway abang aku

[ KLIK DI SINI ]

~Nisa Kay~


Read More»

Jumaat, 16 November 2012

Memburu Impian dengan Sector Focused Career Fair


Assalamualaikum…


Bukan main lagi ye tajuk dah macam tajuk lagu. Well, well… aku tak nak membebel panjang dalam mukadimah kali ini. Kita go straight to the point ya? Siapa yang tengah baca entry ni masih belajar? Well, anda pernah tak terfikir bahawa terdapat sektor-sektor yang kritikal yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja? Mungkinkah juga bidang yang anda ceburi tu sebenarnya bidang yang amat-amat memerlukan tenaga kerja?



clip_image002

Mari aku perkenalkan anda semua dengan Talent Corporation. Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memulakan dan memudahkan inisiatif yang akan membantu negara memenuhi keperluan bakat-bakat, dengan bekerjasama dan membina perkongsian dengan syarikat-syarikat dan agensi-agensi Kerajaan yang terkemuka.




clip_image004

Sediakan payung sebelum hujan. Cewahhh berperibahasa pulak aku. Jangan nak tunggu sahaja kerja tu datang pada kita, anda semua kena berusahalah sikit.. Jika anda sedang mencari pekerjaan, atau hampir tamat belajar, apa kata anda hadiri pameran kerjaya Sector Focused Career Fair yang akan diadakan minggu depan !



Sector Focused Career Fair

TARIKH : 20 & 21 November 2012

TEMPAT : MMU Cyberjaya

FOKUS : E&E, O&G, Telco, Biotech & ICT

TARGET : Final Year students and fresh graduates

JUMLAH SYARIKAT YANG AKAN TERLIBAT : 50


FREE SHUTTLE SCHEDULE :

clip_image006


Di pameran kerjaya ni nanti, anda boleh mendapatkan panduan khasnya untuk bakat-bakat muda bagi membuat keputusan tentang pilihan kerjaya yang sejajar dengan keperluan industri. Selain tu, anda yang menghadirkan diri berpeluang diberi pendedahan awal kepada persekitaran kerja sebenar bagi peralihan yang lancar kepada industri.


See? Semua ni untuk kebaikan kita bersama. Kalau anda hanya nak menunggu bulan jatuh ke riba sampai bila lah kan? Tak semua orang bernasib baik mendapat kerja sebaik sahaja tamat belajar. Dan kalau ramai orang nak bekerja dalam bidang yang sama, bagaimana dengan bidang-bidang kritikal lain yang amat memerlukan bakat-bakat baru ?




clip_image007


Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Haaa peribahasa sekali lagi ya. Kalau kita hendakkan sesuatu, haruslah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dahulu. Sama juga kalau kita hendak mendapat tempat dalam industri, haruslah kita mencari jalannya ya? Sebelum anda semua menghadiri career fair ini, ada beberapa kelebihan dan tips yang nak aku kongsikan :


  1. Peluang untuk meneroka karier dan internship dengan syarikat-syarikat besar terutamanya dalam bidang ENGINEERING (Kejuruteraan)
  2. Hadirkan diri untuk ceramah dan sesi perkongsian dengan pakar dalam subjek berkaitan
  3. Berpotensi untuk ditemuduga terus di lokasi pameran kerjaya!
  4. INGAT : Bawa CV dalam bentuk hardcopy dan softcopy
  5. Buat kajian latar belakang mengenai syarikat-syarikat yang terlibat terlebih dahulu.



Dan aku lihat usaha Talent Corporation sebagai langkah untuk membantu para siswazah yang mencari pekerjaan, dalam masa yang sama membantu industri yang memerlukan dengan membekalkan bakat-bakat baru yang berkelayakan.


Untuk maklumat lanjut :

Talent Corporation Malaysia







PETA (KLIK UNTUK LEBIH BESAR) :
clip_image009






~Nisa Kay~

Read More»

Copyright © Nisa Kay