Khamis, 28 Februari 2013

TIPS KECANTIKAN – Makeup remover !

 

Assalamualaikum…

 

NEVER EVER EVER EVER go to sleep with your make up on, girls!!! Mekap bukan sahaja menghalang kulit bernafas, malas bahan kimia yang terkandung di dalam produk mekap boleh mendatangkan banyakkkk masalah pada kulit kita. Oh my oh myyy! Tak siapa suka masalah pada kulit wajah kannzz???

 

Dan ingatkanlah pada diri anda, SENTIASA BERSIHKAN MEKAP SEBELUM TIDO !!! Ada yang balik umah, penat-penat then terus terbongkang tido. Esok lupa, keluar seketol jerawat yang amat dahsyat baru kau tahu nak meroyan haaaa!!!

 

maybellien

Ini merupakan mekap remover yang aku pernah guna kejap dulu.. Guna pun sebab dapat sample free hahaha. Pandangan aku? Boleh laaa.. sebab dia membersihkan mekap dengan okay, tapi ianya berminyak! Huh!

 

 

DeepSeaLip_2

Yang ni pulak lebih kurang sama aje dengan make up remover Maybelline di atas. This one aku pernah pakai dulu-dulu.. Jenama Elianto. Membersih dengan baik, terutamanya maskara yang waterproof hape tuu.. Tapi so oily la! So lepas habis sebotol aku tak beli dah.

 

 

biore_MUR_pix1

This one I likeeeeee!! Senang bawak sebab dalam bentuk wet tissue, yang memang khas untuk remove make up. Works well on removing the make up, terutamanya mascara waterproof. Senang di bawa, tapi bagi aku macam mahal lah sebab sepeket tu ade bape helai aje. Haha.

 

 

Silkygirl-Hydra-Clean-Makeup-Remover_1

Okay yang ini pulak make up remover yang aku gunakan sekarang. Saje je beli sebab nak try. Then balik rumah terkejut sebab teksturnya bukan macam berminyak, tapi macam mosturizer pun ada. Krim warna putih! Memang berbeza dengan makeup remover yang aku pernah pakai sebelum ni.

 

Yang bestnya makeup remover yang ini all-in-one, untuk face, eyes and lips! So tak payah lah pakai separate make up remover, sebab ada yang khas untuk eye and lips sahaja, ada yang khas untuk kulit wajah saja.. haishhh bazir je duit beli banyak-banyak.. And ia macam melembap kulit masa kita bersihkan mekap tu.. tak oily. Best.

 

 

tips1

 

# SYAMPU BAYI

Untuk maskara yang sukar dibersihkan (contohnye mascara yang waterproof) cuba gunakan syampu bayi untuk membersihkannya. Syampu bayi ada formula yang tidak memedihkan mata, dan tidak terlalu kering seperti sabun biasa. Bersihkan maskara dengan menggunakan cotton bud atau cotton pad.

 

 

# MINYAK ZAITUN ASLI

Selain tu, korang boleh bersihkan mascara waterproof dengan menggunakan virgin olive oil. Maknanya di sini minyak zaitun yang betul-betul asli, bukan yang diproses tu ye? Minyak zaitun asli mengandungi anti-oksidan dan tidak mengandungi sebarang bahan merbahaya yang boleh mendatangkan iritasi pada mata.

 

 

# MINYAK BAYI

Kebanyakan barang mekap yang kita pakai ni larut minyak (oil-soluble) jadi kebanyakan daripada kita mesti guna minyak bayi (baby oil) sebagai pembersih mekap kan? Lagi-lagi tang maskara yang sungguh degil itu, dan eyeliner yang pekat sangat tuh. Kalau korang guna baby oil untuk bersihkan mekap, korang dah tak perlu nak cuci muka, just bilas je muka dengan air sejuk dan kulit orang akan terasa lembut gituuu~

 

 

# JANGAN PERNAH TIDUR DENGAN MEKAP !

Pastikan korang bersihkan jugak mekap korang sebelum tidor okay? Aku pun kalau dah malas sangat, aku memang prepare makeup remover yang dalam bentuk wet tissue tu, dengan wet tissue yang biasa (yang bukan jenis make up remover). Mula-mula aku bersihkan mekap dengan makeup removing wet tissue, lepas tu aku bersihkan lagi dengan wet tissue biasa. Kadang-kadang bila penat sangat aku bersihkan muka sambil mata terpejam.

 

 

# BERI PERHATIAN KEPADA SPESIFIKASI PRODUK !

Kalau makeup remover tu hanya untuk eye and lips, JANGAN gunakan pada bahagian muka yang lain macam pipi and dahi okay? Ini kerana produk yang spesifik macam ni dah diformulasi untuk kawasan tertentu aje. Silap guna boleh bawa kepada pelbagai masalah kulit. Tahu?

 

 

# JANGAN GUNA PRODUK SEMBARANGAN !

Ada je yang bantai tak remove mekap dengan makeup remover, tapi terus je cuci muka kan? Mekap bukan saja tak cukup dibersihkan, malah sisa mekap pada kulit akan membawa kepada bermacam masalah kulit yang malas dah aku nak ulang.

 

 

# JANGAN AMBIL REMEH MEMBERSIH MEKAP DI KAWASAN MATA

Kawasan mata kita adalah kawasan yang sensitif, so janganlah kita sembarangan aje sental minyak or makeup remover kat mata. Kesalahan penggunaan produk boleh membawa kepada allergi atau kecederaan ok? Bahaya ok? Gunakan produk yang dikhaskan untuk membersih mekap di kawasan mata, dan bersihkan dengan lembut ok?

 

Pendek kata, titikberatkan dulu mekap di bahagian mata, bersihkan dulu mekap di kawasan mata dengan lembut ye.. jangan kasar-kasar di kawasan sensitif.. Pastikan muka betul-betul bersih sebelum tidur. Kerana waktu tidurlah waktu kulit kita nak rehat dan bernafas..

 

Pastikan pilih pencuci muka yang sesuai dengan korang ye.. Jangan hanya kerana orang lain pakai okay, korang pon main beli aje.. CUBA dulu.. kalau tak sesuai, jangan teruskan okay? Then rehatkan muka selamat beberapa hari sebelum mula guna produk baru… Thanks for reading!

 

 

XOXO


Read More»

Isnin, 25 Februari 2013

Terhenti di sini

 

 

Kenapa lagu ini begitu bermakna?

 

 

Bila di depan ku kelam dan kosong

Bila kiri dan kanan kian menghimpit

Bila di atas ku mendung nan kelabu

Bila di belakang ku sayup kelihatan

Bila hatiku remuk redam bak kaca terhempas ke batu

Bila tangan tidak lagi menggenggam

Bila lemah kaki melangkah, longlai menapak

Bila wajah tak lagi diwarna senyum dan tawa

 

Tapi hati masih kuat memegang

sebatang tubuh ini untuk berdiri

Walau tidak terlihat jalan di depan

kaki kaku terhenti di mana kau meninggalkan.

 

Cahaya menerpa menerjah rasa

Bila kasih dihulur di saat aku kian rapuh dan jatuh

Bila langkah ku seakan tamat

Senyuman yang membakar rasa

Ikhlas di mata menjelas segala.

 

 

When I believe this is LOVE.

 

 

 

Nisa Kay, 25 Feb 2013, 1.54am


Read More»

Ahad, 24 Februari 2013

Ready stock vintage watches at FSYN !

 

Assalamualaikum…

 

Seperti yang kalian tahu aku sekarang turut menguruskan online shop aku. Dan sejak kebelakangan ni alhamdulillah online shop aku berjalan dengan lancar.. Aku ada sewa tapak kat butik orang. Sales pon okay.. And now tengah nak fokus stok yang online pulak…

 

IMG_2751

 

Taraaaa… antara stok yang aku nak update hari ni ialahhhh VINTAGE WATCH !! Aku tengok pasaran vintage watch ni boleh tahan.. Sebelum ni aku buat pre order pun ramai yang beli jam.. Jam tangan memang one of the in thing right now eh??

 

Tapi stok limited.. aku jual 10 pcs dulu.. Kalau permintaan tinggi aku akan restock banyak sikit laa.. hehehe… Harga? Aku letak harga yang amat berpatutan iaitu RM30 termasuk postage, tak kira anda di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.

 

cats

 

Ni antara stok vintage watch yang akan aku update di online shop aku malam ni.. Errr maybe petang ni? Sebab dah siap shoot gambar items and dah edit.. Tinggal nak update aje.. Semoga ada sambutan.. Hehehee….

 

Kalau ada yang dah berkenan, and nak order, jangan order kat sini tauu!! Aku update kat sini sekadar nak mengwar-warkan udpate terbaru dari online shop aku.. Hehehe kalau taknak terlepas collection vintage watch ni, jangan lupa like fanpage online shop aku atau follow blog online shop aku.

 

 

FANPAGE FSYN : https://www.facebook.com/FSYNbyNK

BLOG FSYN : http://fsyn.my/

 

 

 

XOXO


Read More»

Sabtu, 23 Februari 2013

[VIDEO] – Mingguan Amanz minggu ini.

 

Assalamualaikum…

 

Aku decide every week aku nak share dengan korang video AMANZ dengan korang.. Aku pernah maklumkan yang aku sekarang bukan sahaja blogger dan pemilik online shop FSYN, tapi aku juga freelance host untuk video mingguan dan bulanan di AMANZ .

 

Oh yee.. minggu ni aku pakai dress dari FSYN, dan neon tribal wide shawl juga dari FSYN. Tapi kalau korang nak tengok collection wide shawl, boleh tengok kat instagram @fsyn_my ye.. sebab collection wide shawl aku tak update kat facebook page FSYN

 

 

THANKS TO :

Ikhwan Affandi – videographer, editor

AMANZ – boss, tukang bayar gaji, tukang buli

 

 

YOSH !


Read More»

Khamis, 21 Februari 2013

Songs that will definitely rock the Nuffnang 6th Birthday Bash party!

 

Hello everyone..

 

logo-cropped

It has been a while since I attend a concert.. Well, this time I’m NOT going to a concert but a birthday party!! Hey hey our Nuffnang’s Stickman here is turning 6 very soon and yeah I wanna join the birthday bash so bad! I couldn’t join last year because of some unexpected problems! Duhh let’s just forget it.

 

422091_10150644068871870_950355896_nLast year’s Nuffnang’s Birthday Bash at Neverland KL.

 

So this year I’m expecting bigger, louder and more fun birthday bash! So, let’s just imagine that I’m going to a concert. It will be great and fun if my favourite songs being played at the party! And hope others will be enjoying the songs too! And here are some of the songs that I think will rock the party wohooo!!

 

Cata-Alcohol-Art-640x640

The Cataracs - Alcohol (Remix) ft. Sky Blu
(Dance all night long yeahh!! )

 

 

Justin-bieber-ft-Nicki-Minaj-Beauty-and-a-beat-justin-bieber-31242491-480-480

Justin Bieber - Beauty And A Beat ft. Nicki Minaj
(Heyy heyy JB has been growing up okay, and so do his songs. This one could be more fun if the DJ do a remix for it.)

 

 

maroon-5-overexposed-600x450

Maroon 5 - One More Night
(Do some remixes please Mr DJ ! We’re breathing the same air, people! Turn up the love and just have fun throughout the partyyyy)

 

 

2ne1-i-am-the-best-lyrics-jpg

2NE1 – I Am The Best
(We certainly cannot deny how hot Kpop songs nowadays, and there are some songs that can make you dance and move according to the beats!)

 

 

Pitbull infotecdj

Pitbull - Rain Over Me ft. Marc Anthony
(I always always loveee PITBULLL!!! Goshhh his sexy eyes, and when he raps I just couldn’t stop myself dance to his songs!)

 

 

And guyssss have you ever heard of DEEZER ?? Well, if you’re the type of people who don’t really have time to download songs and hate filling up your hard disk memory with songs, DEEZER IS THE PLACE ! Listen to latest songs and create your own playlist online! And hey check this out, I already registered with the site. It was so easy, logging in with your facebook!

 

Capture DEEZER

 

I’ve been exploring this DEEZER site and I find it is really cool. I don't have to spend my precious time Googling around where to download FREE mp3 songs, blergghh! See, I even created a special playlist for NN Stickman’s Birthday muehehehee~ And look, you can even share your playlist with your friends on Facebook and Twitter !

 

Capture share fbShared it on my facebook.

 

Capture share twitterShared it on twitter too!! Hik hik hik~

XOXO


Read More»

Ahad, 17 Februari 2013

Essenseri – wajah pasti berseri !

 

Assalamualaikum..

 

Macam-macam produk yang baik untuk kulit wajah kita yang ada kat pasaran sekarang ni.. Salah satunya ialah Essenseri, produk yang aku sedang gunakan sekarang… Dah lebih sebulan aku menggunakan produk Essenseri.. Alhamdulillah hasilnya baik dengan kulit aku…

 

Capture

Yang pertma sekali… Essenseri’s Skin Renewal Facial Cleanser.. Kalau kita bersihkan mekap pakai mekap remover sahaja, kadang-kadang masih banyak baki mekap yang masih ada pada kulit. Baki mekap ni kalau tak dicuci betul-betul akan mendatangkan banyak masalah kulit..

 

Dengan Essenseri’s Skin Renewal Facial Cleanser, kulit memang kompem-kompem bersih suci gituuu.. Sebab istimewanya pencuci muka Essenseri ni… turut berfungsi membersihkan sisa mekap apda wajah! Jadi fungsinye memang membersih dan menyegar kulit wajah! Haaa memang berseri-seri laa guna produk Essenseri’s Skin Renewal Facial Cleanser niiii! Cleanser ni jugak boleh menanggalkan kulit mati dan mencerahkan kulit gituu..

 

 

ACNE REDUCTION

Essenseri juga ada beberapa produk lain iaitu facial mist yang sesuai dengan kondisi kulit dan keperluan yang berlainan.. Yang ni my favourite ! Masa nak dekat final exam dulu, muka mula naik jerawat. Pipi gatal-gatal tanda jerawat mula nak meneroka wajah aku. Oh tidakkkkk!! Jadi lepas cuci muka, sebelum tidur aku akan spray Essenseri’s Acne Reduction Serum Mist kat bahagian yang nak naik jerawat tuu.

 

TADAAAA…!! Bangun esok pagi, pipi yang nak naik jerawat tu dah tak gatal-gatal yeahuuu!! Tapi aku teruskan spray Essenseri’s Acne Reduction Serum Mist sebelum apply skin care yang lain sebab aku betul-betul nak jerawat yang dah start berbiji-biji tu surut. Alhamdulillah dalam dua tiga hari jerawat surut, tak teruk dan terkawal!

 

 

EXTRA WHITENING

This one if my favourite! Essenseri’s Extra Whitening Serum Mist. Siapa taknak kulit dia cerah berseri kan kan? Aku pun nak jugakkkk. Duduk kat tempat baru cuacanya panas betul.. Kejap je dah gelap aku ni.. Hehehe.. aku ni ade perangai malas sikit pakai sunscreen.. So produk di atas ni laa solusinya…

 

Kalau masa jerawat tengah tak memuncak, aku fokus pada Essenseri’s Extra Whitening Serum Mist niii.. Spray pada muka dua tiga kali sehari macam tu… Haaa masalah kulit gelap kini di atasi gituu.. At least ia membuat kulit muka aku kurang sikit tak sekatanya.. Selain tu, serum mist ni berfungsi mengatasi jeragat dan pigmentasi..

 

 

AGE DEFYING

This one Essenseri’s Age Defying Serum Mist… Kadangkala bila hadapi banyak masalah dalam hidup buat kita nampak macam “hilang seri”.. bila asyik bermasam muka pun boleh buat kedutan muncul lebih awal, dan kita nampak lagi tua dari umur sebenar!! Oh nooo!!

 

Essenseri’s Age Defying Serum Mist ni boleh membantu menganjalkan kulit.. Haa nak jadi macam Rozita Che Wan tak? EHHH!! Amalkan pemakaian setiap hari untuk mengatasi masalah kedutan dan kulit tampak lebih remaja !!

 

484893_282313318564931_143817479_n

 

Haaa… pendek kata, produk Essenseri ni dah lah dijual dengan harga yang amat berpatutan… Malah, sesuai dengan kegunaan mengikut kondisi kulit.. You guys can choose nak guna yang Acne Reduction, Extra Whitening atau Age Defying… Yang penting, pilih yang sesuai dengan keperluan you guys okay?

 

Kat mana nak dapat produk ESSENSERI ni?? Haa you guys boleh like facebook page Essenseri DI SINI ! Jadi you guys boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk Essenseri okay?

 

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 15 Februari 2013

Shoot video feeling pre-wedding punye style

 

Assalamualaikum…

 

Hahaha ape ke hal nye haaa.. aku punye tajuk kemain macam tunggang langgang pulak aku tengok.. Muahahaha.. Ade lagi tak yang tak tau aku sekarang selain daripada study, meniaga menerusi online shop aku… blogging lagi.. sebenarnya aku ni adalah freelance host atau presenter. Dan kini aku adalah host untuk Amanz MY.

 

Amanz MY ni adalah sebuah laman web yang menyediakan berita dunia teknologi dalam dan luar negara. Haaa kita pompuan jangan sampai tak amik tahu pasal perkembangan dunia ICT ni tauuu? Pergilah baca Amanz MY tu haaa.. at least bertambah ilmu kita. Tak gitu?

 

Dengan Amanz MY ni pulak, aku sebagai host atau presenter mereka bertanggungjawab meng-host-kan video-video mereka.. Untuk tahun 2013 ni pulak Amanz MY memang decide nak perbanyakkan lagi video content dalam menyampaikan informasi mengenai dunia ICT… Hik hik hik…

 

ikhwan-affandiSUMBER GAMBAR: THEPROJECTPIXEL PHOTOGRAPHY

 

Inilah Ikhwan Affandi, Amanz MY new videographer. Good to have him in Amanz MY.. sebab dia dah ada pengalaman in shooting better videos.. and since dia nak mencuba sesuatu yang baru, he joined Amanz MY. And dia lah bertanggungjawab shoot video, edit dan upload video-video Amanz MY yang terbaru…

 

 

20130215_121004

So hari ni Ikhwan decide nak try teknik fly (ehhh betul ke namanya) dalam video mingguan Amanz MY kali ni.. Kiranya bawak something yang totally different and fresh untuk viewers.. Sebab every week mesti bosan kan tengok aku duduk aje buat video kan?

 

Teknik ni kau kena pegang handle ape benda entah tu (macam dalam gambar) Pastu kau kena gerak slow and steady and smooth untuk memastikan gerakan video tu sesuai dan tidak memeningkan. Haa macam itulah gamaknye… Aku tahu bercakap aje..

 

 

20130215_123344

Hoihhh aku pon nak jugak woihhh. Tapi kannzzzz benda handle tu berat lahhh. Ketar-ketar lengan aku menahan berat camera. Iskkk :( Muka lak kemain serius haaaa puihh. Padahal aku berdiri statik je kat situ. Snap gambar dua tiga kali, then aku pass balik handle tu kat Ikhwan. Berat oiii.

 

Aku lak memang tak tau Ikhwan ni nak buat shoot cecantik gini. Aku bantai pakai crocs je haaa pegi jumpa dia. Nasib laa dress baru aku lawa. Ehhh!! Terrrr puji diri sendiri. Tak malunye aku. KAHKAHKAH…

 

20130215_123511

Pastu untuk memastikan suara aku jelasss kedengaran dalam video walaupun camera tu 100 meter jaraknye dari ko.. aku pon pakailah microphone kecik ni haa.. Set mic ni ade dua bijik. Satu install kat camera, satu aku pakai… Satu set ni riban-riban sehh harga dia.. Tapi Amanz MY sanggup melabur untuk kualiti video di masa depan cewahh.

 

 

Haaa berpenat sudah kami merakam video. Kesian Ikhwan aku asyik salah cakap aje.. And ade part yang terlepas lak tuh. Excited sangat gamak nye heh?? Alhamdulillah videographer serba boleh dapat atasi masalah tersebut. Muehehehee… Soooo.. marilah kita sama-sama tengok hasilnya…

 

 

Haaa dah tengok dahhh.. Melayang-layang tak skrin korang? Ada macam style nak buat video pre-wedding tak? Hahahhaha amboihhh!! Aku ingat teknik-teknik camera terbang ni orang pre-wedding aje yang guna dalam video dorang! Macam cool jugak eh buat dalam video aku hos kan ni. Bahahah perasan lak :P

 

Thank you so muchhh kepada yang dah menonton okay? I am very happy to do this kind of job.. I mean hosting.. presenter… I just love it! I can feel it in my blood. Okay ini over sangat boleh rasa dalam darah pergghh… Thank you Amanz MY for the opportunity and thank you Ikhwan for a great video technique and editing anddd thank you all !

 

 

XOXO


Read More»

Khamis, 14 Februari 2013

Pasukan Faizal FBI juara PETRONAS ‘Switch for XTRA Road Challenge”

 

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya aku tak join events sejak tinggal di Penang atas sebab menyambung pelajaran di sana.. Namun baru-baru ini aku berpeluang menyertai acara best dengan PETRONAS! Turut serta beberapa blogger seperti Bro Framestone, Eazy Izzuddin dan Dkna. Event kali ni merupakan grand finale bagi PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge.

 

Majlis grand finale diadakan penuh meriah di Rooftop Bar, G Tower Kuala Lumpur pada 18 Januari 2012. Seawal jam 6 petang kami geng-geng blogger sudah hadir dan kami ambil peluang datang awal ini untuk melepak di tempat acara diadakan sambil menikmati pemandangan dari tingkat 29 ! Wohoo!

 

PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge #Switch4xtra Hanis Zalikha Awal Ashaari Faizal Bin Ismail Scha Alyahya

Bagi yang tidak mengikuti Switch for XTRA Road Challenge, mungkin kalian tak begitu jelas mengenai acara ni. Switch for XTRA Road Challenge adalah rancangan perlumbaan 4 selebriti bersama 8 peminat mereka dalam menyelesaikan cabaran-cabaran yang telah diberi kepada mereka. Rancangan ini juga disiarkan di laman youtube rasmi www.youtube.com/ThePETRONASBrands

 

Selain daripada perlumbaan menyelesaikan cabaran antara selebriti-selebriti di atas, PETRONAS juga membuka peluang kepada orang ramai untuk memenangi hadiah sepanjang Switch for XTRA Road Challenge ini: “Take The Challenge” dengan menonton video-video Switch for XTRA Road Challenge, jawab soalan dan reka slogan kreatif untuk memenangi PETRONAS Gift Card bernilai RM100 !

 

 

20130118_180520

Gadis-gadis manis PETRONAS menghampiri kami dan mereka menjelaskan bahawa satu mini contest sedang berlangsung. Kitorang just kena reka dialog kreatif menggunakan gambar-gambar yang telah disediakan, dan 4 peserta yang paling kreatif bakal memenangi sebuah iPad Mini setiap seorang! WAHH best lah PETRONAS! Apa lagi kitorang pun perah otak sampai kering memikirkan dialog kreatif!

 

 

20130118_181757

Pentas grand finale yang berlatarkan skrin besar gituuu…

 

 

cats

Meja-meja untuk para selebriti dan ahli kumpulan mereka yang menyertai PETRONAS ‘Switch for XTRA Road Challenge’ ini.. Korang sokong selebriti mana??

 

 

20130118_195306

Setelah semua jemputan VIP dan para selebriti bersama ahli kumpulan mereka sampai di lokasi grand finale, Daphne Iking selaku host memulakan majlis dengan temubual singkat dengan para selebriti dan ucapan alu-aluan oleh En Akbar Mohd Taiyoob, Head of Retail Business Division, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB).

 

Dalam ucapannya, En Akbar menekankan bahawa PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge adalah salah satu inisiatif pemasaran PDB untuk mendekati pelanggannya melalui laman sosial pula.

 

 

20130118_200831

Maaflah ye para pembaca sekalian, kurang jelas pulak gambar ni sebab aku ambil gambar hanya menggunakan telefon bimbit. Huhuhuu… Tahniah kepada Faizal FBI bersama ahli kumpulannya kerana telah dinobatkan sebagai juara untuk cabaran PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge , seterusnya mengalahkan kumpulan Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan Hanis Zalikha.

 

Kumpulan Faizal FBI dikehendaki mengumpulkan orang ramai sebanyak 60 orang dan bersenam bersama mereka di tempat awam! Haha kalau tengok video mereka tu memang kelakar sungguh! Tak hairanlah kalau video beliau mendapat sokongan paling banyak di atas talian dan menjuarai cabaran ini!

 

 

20130118_200941

Maaf sekali lagi atas gambar yang kurang jelas. Korang tengoklah memang Faizal FBI dan kumpulannya memang sporting habis sebab selamba aje mendemonstrasikan semula gaya senaman mereka dalam cabaran PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge ! Tahniah sekali lagi kepada Faizal FBI dan kumpulannya!

 

 

20130118_210351

Para selebriti sedang menandatangai topi PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge untuk diberikan kepada superfans yang bertuah! Tahniah juga kepada semua selebriti sebab aku tengok mereka semua melaksanakan cabaran dengan bersemangat!

 

Ohh ya, sedikit mengenai PETRONAS PRIMAX 95 XTRA, ia merupakan satu-satunya bahan api yang menawarkan performance dan penjimatan yang sangat sangat hebat! Kalau tak percaya, anda boleh pergi ke stesen minyak PETRONAS dan mencuba sendiri PETRONAS PRIMAX 95 XTRA untuk perjalanan anda! Pasti mengagumkan!

 

 

wpid-Blogger-Menang-IPad

Masa yang dinanti telah pun tiba! 3 dari rakan blogger aku berjaya memenangi mini contest dialog kreatif! Wahhh best lah dorang menang iPad Mini. Rakan blogger Eazy Izzuddin pulak berjaya menjumpai sampul surat misteri di bawah tempat duduk dan menang kad hadiah PETRONAS. Aku pun menang jugaa.. herherher.. Menang Minyak enjin PETRONAS Syntium 1000 sebab menjadi salah seorang daripada 4 orang yang tweet dengan pantas! Mihmihmih!

 

 

20130118_221257

Yeahhhh!! Tu dia sekotak Minyak enjin PETRONAS Syntium 1000 yang aku menang! Terima kasih PETRONAS!

 

Sekali lagi, tahniah kepada juara cabaran PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge iaitu Faizal FBI dan kumpulannya ! Tak lupa juga kepada semua selebriti yang telah menyertai cabaran ini, you guys did great ! Dan host majlis grand finale iaitu Daphne Iking pon best juga..

 

Tak lupa pihak PETRONAS, terima kasih kerana mengadakan acara yang membuatkan penyokong dan peminat PETRONAS lebih dekat dengan organisasi anda. Oh ye.. Jangan lupa ramai-ramai like page https://www.facebook.com/PETRONASbrands

 

PDB bakal melancarkan kempen PETRONAS Coffee Break bersempena musim balik kampung Tahun Baru Cina akan datang. Kempen fasa pertama akan berlangsung dari 7 hingga 9 Februari,, manakala fasa kedua pula akan berlangsung dari 15 hingga 17 Februari. Dapatkan kopi dan makanan ringan percuma di 33 buah stesen minyak PETRONAS yang terlibat okay!

 

 

 

TERIMA KASIH!


Read More»

[TUTORIAL] Ping entry di BLOGR.MY !

 

Assalamualaikum…

 

Sebagai seorang blogger, kalau korang betul-betul nak up kan blog korang adalah dengan cara menarik trafik ke blog korang. Bila ramai baca blog, trafik masyuk, advertiser pun berkenan.. maka dapatlah anda merasa apa yang dikatakan “buat duit dengan blog” ye. Tapi kalau trafik sendu-sendu macam mana nak promote barang ye dak?

 

Salah satu cara untuk tarik trafik ke blog kita ialah dengan ping entry ke twitter, fanpage facebook atau pun facebook personal. Kalau nak ping satu-satu macam leceh lak kan? So macam mana kalau kita ping sekali aje, terus autopost ke ketiga-tiga platform tersebut?

 

http://blogr.my/

 

Blogr.my merupakan salah satu platform ping entry yang aku guna sekarang. Aku link kan facebook personal aku, fanpage blog aku dan juga twitter aku. Sekali aku ping, dia terus autopost ke ketiga-tiga platform ni. So dah jimat masa aku tak payah nak ping banyak kali.

 

BLOGR 1

#1 Korang pergi kat web Blogr.my. Pastikan dalam masa yang sama korang tengah online facebook tau! Pastu klik kat Log Masuk.

 

 

BLOGR 2

#2 Lepas tu, korang boleh pilih nak Log masuk dengan Facebook atau twitter. Aku pilih Log masuk dengan Facebook aje..

 

 

BLOGR 3

#3 Okay lepas tu klik la apa yang patut. Klik Go to App.

 

 

BLOGR 4

#4 Lepas tu korang tick page mana yang korang nak managekan sekali ke apa. Aku untick bahagian ni, sebab aku nak link kan 1 fanpage sahaja, dan aku buat manual linking.

 

 

BLOGR 5

#5 Okay lepas tu masukkan nama pengguna. And then klik Daftar.

 

 

BLOGR 6

#6 Bila dah sah log masuk tu, korang klik pada butang merah PING! tu yee…

 

 

BLOGR 7

#7 Bila kuar kotak ni, masukkan permalink entry blog anda. Maknanya link entry itu sahaja ye.. bukan link blog anda! Lepas tu klik Teruskan.

 

 

BLOGR 8

#8 Pilih icon yang anda nak ia muncul pada ping entry anda.

 

 

BLOGR 9

#9 Kemudian pilih kategori yang bersesuaian dengan entry yang korang nak ping tu..

 

 

BLOGR 10

#10 Sebelum ping entry tu, korang nampak tak ruangan TAMBAHAN kat bawah tu, klik aje kat situ untuk link kan Twitter anda dan juga Facebook page. Lepas link kan kedua-duanya, korang mungkin perlu ulang langkah ping entry.

 

 

BLOGR 11

#11 Okay sesudah link kan facebook, fanpage dan twitter korang, dah boleh ping entry korang dahhh… Mudah aje.

 

 

So setiap kali korang ping entry, dia akan autopost link tersebut ke page dan twitter yang korang dah gabungkan tadi. Kalau korang ada lebih satu fanpage pun boleh link kan ke page-page yang lain kot? Hoho.

 

So bloggers, apa lagi, jom daftar dengan Blogr.my dan ping entry korang hari ni! Bekerja keraslah untuk naikkan blog korang! Tu pun kalau korang jenis berminat nak promote nama blog dan tak segan nak bagi orang ramai baca hasil penulisan korang. Ihik..

 

XOXO


Read More»

Rabu, 13 Februari 2013

Al-fatihah buat rakan blogger…

 

Assalamualaikum..

 

IMG_8325

Kali pertama bertemu beliau, di event Astro IPTV. Yang pegang ayam goreng (kanan sekali) adalah arwah abg Jejai dari blog teratakarmo.com.

 

 

Terkejut dan sedih atas pemergian seorang rakan blogger, arwah abg Jejai (blog teratakarmo.com). Saya tidak kenal beliau untuk tempoh yang lama, dan jarang bertemu beliau, kecuali ketika menghadiri events blogger. Beliau sangat peramah, ceria dan tak kekok berbual dengan saya masa pertama kali bertemu. Dari setakat yang aku kenali, arwah juga seorang yang bersemangat join aktiviti-aktiviti.

 

Arwah ada isteri dan cahaya mata, kasihan sungguh mereka kehilangan orang yang tersayang.. Allah lebih sayangkan arwah abang Jejai… Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman inshaAllah.. Saya mohon semua yang membaca blog ini sedekahkan al-Fatihah buat arwah…

 

 

 

AL-FATIHAH.


Read More»

Isnin, 11 Februari 2013

Blogger Lasertag Tournament anjuran SpeakOut Loud

 

Assalamualaikum…

 

Mungkin entry aku ni dha hampir-hampir basi sebab dah dua minggu sudah aku ber-lasertag bersama rakan-rakan blogger, baru ler nampak entry ini kat blog aku. Aku terlalu busy lak dua tiga hari ni, sampaikan terlupa mana yang perlu aku update dulu..

 

Pada 28 Januari yang lalu, SpeakOut Loud Events dengan kerjasama Laser Warzone E@Curve Damansara telah mengadakan Lasertag Tournamaent untuk para blogger. Cehhh macam surat khabar lak ayat aku.. Mulanya aku macam segan nak join, tapi ramai gak kawan-kawan blogger yang join, aku pon buang malu tu jauh-jauh. Kita nak enjoy-enjoy aje kannn..

 

P1011174

Tema tournament hari itu adalah BIRU ! Wahh sume pakat pakai baju warna biru, walaupun ada sebilangan rakan blogger yang bantai pakai baju kaler lain. Hakhakhak.. In pic, with Akmal Hilmi lelaki seksi. Seksi ke kau? Hahah!! Siap ada tag “contestant” uollss!

 

 

P1011180

Yang berdiri tu Mr Hamzah yang sedang memberi ucapan aluan-aluan kepada para blogger yang hadir. Ternyata ramai rakan blogger yang support this event, sebab jumlah yang hadir melebihi jangkaan. Alhamdulillah. Pssttt.. yang ternganga tu Ujang. Dia memang suka nganga-nganga, nak perangkap langau katanya.

 

 

P1011182

Rakan-rakan blogger yang berkumpul di bilik yang disediakan sambil menunggu blogger yang lain datang, dan taklimat mengenai permainan dimulakan.

 

 

P1011183

Tapi sebelum apa-apa, kita makan duluuu!! Thank you SpeakOut Loud Events dan Laser Warzone E@Curve Damansara siapkan makanan sekali untuk kami! Yeahhh kita om nom nom dulu, barulah ade tenaga nak menembak lawan masa tournament nanti ye dak?

 

 

P1011193

Sweet la Mr Hamzah ni… siap nyanyikan kami lagu masa kami lunch.. Walaupun Mr Hamzah boleh berbahasa Melayu sikit-sikit, tapi lagu yang dinyanyikan masa tu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya olehnya, dan dalam bahasa Melayu okayh! Ade bakat woot woot.

 

 

P1011196

Senarai nama asal ahli kumpulan aku. Tapi disebabkan ada kesilapan sikit dan ada blogger yang takde, senarai ahli kumpulan dah dirombak gitewww…

 

 

P1011199

Dari kiri, blogger diva seantero Malaya, Pojiepooh, mamat jambu feeling opps stailista Kifli Mally dan sekali lagi, Ujang si bapak orang yang perasan single. Bahahahaa!!!

 

 

P1011215

Yang pakai spect mata tu aku lupa siapa nama.. Hakhakhak.. Beliau merupkan wakil dari Laser Warzone E@Curve Damansara, memberikan taklimat mengenai pemakaian vest, macam mana nak collect markah, nak tembak kat mana, dan tatacara permainan lasertag. Baru aku tahu kalau senapang dia pun boleh dapat markah bila ditembak.

 

 

P1011221

Finally… jumpa jugak Kamal Effendi ni face to face. Tak tahu nape aku cakap macam ni, tapi maybe sebab aku selalu baca pasal dia kat blog orang kan.. So, nak tahu jugak siapa orangnye. Hehe.. Walaupun encik Kamal hanya dapat join kami separuh game, tapi takpe. Jasamu kami kenang!

 

 

P1011224

Payah betul nak muka semenggah sikit budak ni kan… Ni lah dia Hafiz Cyber.

 

 

P1011235

Curlasss sangat, siap ade medal untuk tournament lasertag ni! Yang pasti bukan aku pemenangnye. Aku tahu lari-lari je, menembak hampehhh! Bahahaha!!!

 

 

P1011239

Goodies bags sumbangan E@Curve Damansara. Thank you thank you!!!!

 

 

P1011236

Piala untuk juara Blogger Lasertag Tournament.

 

 

P1011246

Gegurlsss yang hadir untuk game lasertag. Berdiri, dari kiri ialah kak Rabiatul Adawiyah yang tak main lasertag kerana sedang pregnant (beliau wakilkan suami beliau), kak Iera Kan (isteri Bro Framestone), kak Hidayah, Cik Nurul, ouhh yang sebelah cik Nurul tu maaf yer saya tak cam.. Yang duduk pulak, dari kiri aku sendiri, blogger femesss Cik Epal dan Permaisuri Mon atau Datin Najah.

 

 

P1011242

Sementara tunggu giliran team masing-masing, kami main games. Ada Scrabble, ada main susun-susun blok pastu runtuh. Hahahaa…

 

 

P1011257

Inilah dua team yang berentap dalam pusingan akhir Blogger Lasertag Tournament. Persaingan yang boleh tahan hebatnya… dua-dua team pon bagus.. Kalau tak bagus, takdelah jadi dua team terakhir yang berentap.. Tak gitu??

 

 

Masa untuk penyampaian goodies bags untuk team yang tak menang (termasuklah team aku) wahahaa… PHOTO SPAM!!!

P1011269

P1011275

P1011281

P1011282

P1011301

 

TAHNIAH kepada team yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Blogger Lasertag Tournament ni! Memang bestttt main lasertag ni! Tak sakit kena tembak macam paintball tu… Cuma penat ke sana sini, kena sembunyi lagi, kena cari target and then ciungg ciungg!!

 

Team aku tak menang apa-apa.. Aku rasa team aku markah terendah kot. Hehehe tak kesahlahh. Siapa nak bagi main lasertag tiga empat round percuma kan? Yang penting aku dah ade pengalaman main lasertag. Hahaha dalam medan pertempuran tu aku tau lari aje. Bahaha!!

 

P1011308

Ni gambar team aku TEAM SHADOW! Hahaha memang sah-sah kami duduk dalam bayang-bayang je la kan… Dari kiri, Pak Lan yang tak suka gambar di public kan, Permaisuri Mon, aku, Hafiz Cyber dan Haizel..

 

 

P1011316

With peminat tegar Swift kuning, Eazy Izzuddin.

 

 

P1011321

With blogger Melastik Bintang. Masa event SBB2013 tak berkesempatan lak nak ambil gambar. P/S : Cer tengok kat belakang kami tuuuu.. ada yang cuba enterframe !

 

 

P1011322

With abang Hermas from Rentak Artis. I maybe tak howtt macam Siti Saleha, tapi kalau abang Hermas nak suruh aku suap dia kek untuk anniversary Rentak Artis next year boleh sajo. BAHAHAHA!!

 

 

P1011330

With kak Hidayah.

 

 

P1011319

With top scorer of the tournament jeng jengg Cik Epal !! Dalam CCTV, Cik Epal ni jalan melenggang-lenggang je dalam arena tu, alih-alih title top scorer dia punya! Hahaha penembak tepat dia nih!

 

 

P1011327

With Mr Raaj, manager Laser Warzone E@Curve Damansara.

 

 

Thank you so muchhh pihak SpeakOut Loud Events kerana sudi invite bloggers untuk join lasertag tournament ni. Such a great experience and moment! Kalah menang adat pertandingan kan? Hehehe kalah tak ape, janji aku rasa best and happy dapat berentap dengan rakan-rakan blogger!

 

Terima kasih juga kepada pihak Laser Warzone E@Curve Damansara selaku penaja lokasi.. InshaAllah akan aku kembali ber-lasertag di sana… Hehehe main lasertag kat cawangan E@Curve ni best sebab walaupun arena nye tak begitu besar macam cawangan lain, tapi at least tak penat sangat laa nak ke sana sini. hehe.

P/S : Tengah plan nak buat lasertag tournament sesama Yana Super Friends?? Amacam, ada yang nak join ke idok? Hikss Smile with tongue out

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay