Selasa, 29 Oktober 2013

NESTLE DRUMSTICK Most Adventurous Challenge !

 

Assalamualaikum..

 

Amboi amboi tajuk nye kemain lagu adventurous bagai. Haaa ni nak cerita kat korang. Minggu lepas Nestle ada bukak booth Most Adventurous Challenge kat depan pintu masuk Sunway Lagoon. Aku sampai kat sana konon-konon awal dah, sekali dah ramai rupenye kat sana. Hahahaa..

 

DSC01674

Me and my best friend arrived at 10.30am I think, but the weather was freaking hot that day. Thanks to Nestle they were giving away FREE ICE CREAMS ! All we did just flashed our LINE apps in our device to the staff, and here we go, enjoying the cold and delicious Nestle ice cream in the hot weather !

 

 

DSC01687

Bloggers friends who came that day. They all tried this challenge! I was veryyy hesitate at first. Actually I was scared. Because through the screen outside the booth, I can see the situation inside. Have you watched WIPE OUT at AXN Channel? Yeah the challenge was something similar like the one in Wipe Out. So I was scared that I will be wiped out and fail the challenge! HAHA.

 

 

DSC01695

A blogger who was very eager to enter the challenge booth, take the ice cream from the ice box inside and come out within 5 seconds. Yeah man, if you manage to escape within 5 seconds, you will win FREE ALL-PARK PASSES to Sunway Lagoon and RM50 cash ! Woww thanks to Nestle for that ! But if you fail to get out within 5 seconds, you can still win the free passes.

 

 

bloggers

The brave blogger friends who tried and won themselves FREE PASSES to Sunway Lagoon upon completing the challenge ! Woww.. Even the cutest blogger on earth, Yuyu Zulaikha, tried and managed to get through, so why can’t I ?

 

 

DSC01707

So yeah I took the challenge and get ready as fast as I could, because I actually had a meeting to attend after this event and I really dont want to leave before I tried this most adventurous challenge ! Even though I was scared, I still want to overcome my fear though. LOL.

 

 

DSC01709

PLEASE DONT TRY THIS AT HOME LOL !!! I dont know what kind of pose was thatttt. I just realize I have this picture in my camera after I got back home. Haha just cannot stop laugh at myself. I think I was doing a waka waka dance to make myself less nervous. LOL !!

 

 

DSC01717

I entered the dark booth and start looking for the ice box. I grabbed an ice cream and ran through the obstacles and…

 

 

DSC01718

YEAHHH !! I DID IT !!! I managed to escape within 5 seconds and won RM50 cash together with Free All-Park passes to Sunway Lagoon !! Yeayy I did it !! I did it !! Never thought I could beat the time though, guess I was veryy lucky ! THANK YOU NESTLE !

 

 

1

And those who missed the challenge booth you still can participate in NESTLE DRUMSTICK Most Adventurous Challenge and win cool prizes ! All you have to do is like Nestle Drumstick fanpage and go to DST Most Adventurous Apps for more info of how to join and so on okayh !

 

 

2

Sooo many prizes to be won ! Could it be YOU? Or youuu?? Or youuu ?? Haaa we wouldnt know that unless you join the challenge ! Dont forget go to DST Most Adventurous Apps for more info ya ! Good luck !

 

 

 

# This is a sponsored post by Nestle #


Read More»

Khamis, 17 Oktober 2013

Keyboard warrior?

 

Assalamualaikum..

 

Ahahah kemain tau tajuk KEYBOARD WARRIOR… Setahu hakak la kan, istilah keyboard warrior ni bukan sahaja ditujukan kepada gamers tapi kepada mereka yang sangat aktif di laman sosial. Contohnya rajin tweet, rajin update blog dan rajin berkomunikasi dengan kawan-kawan di laman sosial macam facebook, tumblr dan sebagainya.

 

Dah macam kamus dewan lak intro entry hakak ni.. Ni quick entry ehh.. Nak bagitau korang neh.. senior dari fakulti hakak dulu iaitu FAKULTI KOMUNIKASI DAN MEDIA di Universiti Selangor (UNISEL) kampus Shah Alam menganjurkan malam anugerah untuk para alumni masscomm UNISEL dan current student. Ada beberapa kategori dipertandingkan dan alhamdulillah ada insan Allah yang mulia telah mencalonkan nama hakak..

 

logo FCM Award

Taraaaaaaa ini dia logo rasmi FCM Outstanding Awards 2013 wah wahh. Glamorous ke apa tema nyee.. kemain tagline glamorouss.. hew hew. Dan hakak pulak tercalon dalam kategori Keyboard Warrior. Mungkin merujuk kepada keaktifan hakak di laman sosial (keaktifan?? haha). Kat situ dia tulis hakak ni Vlogger. Tapi kannn hakak lagi suka kalau hakak dicalon atas sebab hakak blogger. Bukan apa diknon, hakak dah mula shy shy cat nak buat vlog. Kalau buat vlog pun hakak tak mengeluarkan suara. Hahaha !!!

 

 

NISAAAAA

Amboiii mana depa jumpa gambar lama hakak ni. Hahaha malu hakak wehh. Hakak bukan apa, hakak dah lama bersara dalam dunia model muslimah ni diknoonnn.. Hakak rasa tahap kematangan hakak yang acah-acah meningkat ni buat hakak kekok nak beraksi di depan lensa kamera. Cewahh!

 

So diknon sekaliannn, hakak ko ni nak mintak jasa baik kepada semua yang membaca blog kudus hakak ni, untuk mengundi hakak.. Undian dikira berdasarkan LIKE pada gambar hakak di facebook page FCM Outstanding Awards 2013 haaa.. Diknon cari je gambar hakak posing pegang kasut yakni seperti gambar di atas then diknon like gambar tu selaju yang boleh okeh? Pastu diknon gembar gemburkan la kepada orang kampung. Gitoohhh.

 

So ringkasnya, seperti di bawah :

LIKE GAMBAR HAKAK DI SINI : http://on.fb.me/18l1jOW

 

Okeh? Mudah sangat nak like haa. Bape kali klik klik je haa.. Kalau korang ikhlas nak tolong hakak, like ler ye.. TAKDAK PAKSAAN. Hakak pon tak mikir sangat nak menang ke apa.. Tapi dah orang calonkan, hakak berusahalah selagi mampu yerk. Okay thanks semuaa. Muahh.

 

 

IMG-20131001-WA0009

Oh yee diknon, hakak nak mintak tolong korang undi kawan hakak sekali boleh? Kawan hakak ni bernama AMAN ZICKI, dicalokan dalam Music Award. Kawan / junior hakak ni sedap hoi suara dia. Kalau korang ingat hakak pernah upload video dia karaoke kat sini. Segan hakak nak karok dengan dia. Sedap sangat suara HAHA. Tak pun korang cari je Aman Zicki kat Youtube.

UNDI AMAN ZICKI DI SINI : http://on.fb.me/1737vwX

 

 

 

SALAM SAYANG, HAKAK XOXO.


Read More»

Ahad, 13 Oktober 2013

Pelancaran THE NEW FORD FIESTA sempena Hitz Birthday Invasion

 

Hai assalamualaikum..

 

Nampaknya dah lama benar aku tak berkongsi dengan kalian mengenai event terbaru yang aku hadiri. Dan baru-baru ni selesai sahaja pengembaraan aku ke selatan tanah air, aku bergegas pulang untuk menghadiri satu event yang memang kebabomm di bawakan oleh Ford ! Ahaa apa yang best nihh ???

 

DSC01348

 

Baru-baru ni aku dijemput ke majlis pelancaran THE NEW FORD FIESTA di Taylor’s University di Sunway. Keterujaan yang teramat sangat menyelebungi diri sebab Ford Fiesta ni merupakan salah satu kenderaan yang amat aku minati ! Lagi-lagi Ford nak melancarkan rekabentuk baru Ford Fiesta dan juga memperkenalkan sedan terbaru rangkaian Fiesta !

 

DSC01344

Selain daripada melancarkan THE NEW FORD FIESTA , Ford juga membawakan satu lagi acara hebat penuh gah iaitu Hitz.fm Birthday Invasion ! Woww bertambah teruja pulak aku ! Bukan saja dapat cuci mata usha kereta cun, dapat pula menonton konsert !

 

DSC01396

Rekaan baru bahagian hadapan THE NEW FORD FIESTA. Aku masih ingat Ford Fiesta yang mula-mula dikeluarkan dulu agak lain rekaan bahagian depannya. Rekaan baru ni, pada aku ala-ala sporty dan kena dengan gaya hidup golongan remaja dan sosial. Jom usha fanpage Ford Fiesta in Malaysia yuhuuu!

 

DSC01382

DSC01375

Tengok design seat nya ! Sporty jugak kann. Macam sesuai je dengan jiwa raga aku yang masih muda remaja ni. Apa lagi aku pun try test duduk dalam nye, fuhh selesa betul. Ni belum drive lagi, kalau dapat test drive ni, risau taknak turun je dari kereta ni. HAHA !!

 

Jom nak share sikit antara kelebihan yang kita boleh expect dari FORD FIESTA yang baru ni :

  • Cool smart features like the push-button start and Ford SYNC
  • Remarkable safety technologies like Electronic Stability Programme and Hill Launch Assist
  • Eco-friendly features like smart regenerative charging and Ford EcoMode
  • Incredible performance and quality
  • Very competitive price.

Spesifikasi penuh dan harga bagi Ford Fiesta boleh rujuk sini : THE NEW FORD FIESTA dan like fanpage Ford Fiesta in Malaysia sekaliii~

 

 

DSC01357

Ahaaa sesudah aku membelek-belek Ford Fiesta rekaan hatchback itu tadi, aku usha rapat pula keluarga terbaru Fiesta iaitu, FORD FIESTA TITANIUM. Masih kekal dengan rekaan sporty dan trendy, bahagian belakangnya panjang sikit.

 

 

DSC01436

DSC01440

Jika anda impikan kenderaan yang sporty, trendy dan fun tapi dengan ruang yang lebih besar (ye lah maybe korang nak bawak family ke) korang boleh usha baekk punya FORD FIESTA TITANIUM nih ! Fuh aku dah sesak nafas melihatnya sebab sangat sepadan dengan ciri-ciri kenderaan idaman aku !

 

 

cats

Woahhhh tampak mewah dengan kemasan kulit untuk seat nya. Duduk pun selesa, kotor pun senang dibersihkan. Tak gitu? Ciri-ciri keselamatan, keselesaan, reka bentuk baru, moden dan bergaya memang sesuatu yang irresistable bagi remaja masa kini. Ye lah, tidak dinafikan mempunyai kenderaan adalah satu keperluan masa kini bukan?

 

 

DSC01364

Seperti yang aku sebut di atas tadi, THE NEW FORD FIESTA turut membawakan konsert hebat bersempena dengan Hitz.fm Birthday Invasion. Mensasarkan golongan muda yang germar bergaya dan bersosial, Ford melihat usaha ini sebagai satu cara untuk mereka menambat hati golongan muda terhadap FORD FIESTA ni.

 

Konsert Birthday Invasion ini turut mempamerkan komuniti Fiesta yang sama-sama cintakan muzik, gaya hidup yang bertenaga, bersemangat dan semestinya fun !

 

 

DSC01413

DSC01530

Persembahan hebat dan penuh bertenaga antara artis yang menghiburkan penonton pada malam konsert tersebut.

 

 

DSC01492

Betapa meriah dan bertenaga para penonton di konsert Hitz.fm Birthday Invasion.

 

 

Jadi jika anda sedang mencari kereta (macam aku ni haa), boleh la ke laman web THE NEW FORD FIESTA  untuk melihat gambar-gambar penuh kenderaan penuh gaya ni. Kat laman web tu jugak boleh korang baca senarai harga dan spesifikasi penuh. Uhuk uhukk aku mengaku aku dah habis baca semua specs dan price list Hahha ! Kemain kan. Maklumlah aku tengah mencari kenderaan yang tepat dan sesuai dengan jiwa remaja aku. Cewah (padahal baru dapat lesen L)

 

 

Jom like fanpage Ford Fiesta in Malaysia untuk lebih banyak info terkini~

 

 

Thank you Ford dan Hitz.fm Birthday Invasion rockss !!


Read More»

Khamis, 10 Oktober 2013

TAK SUKA MAKAN TIMUN? Baik baca ni dan fikir semula !


Assalamualaikum...




Entry ni gua taip dengan kadar kelajuan yang tinggi sebab gua curi-curi masa je ni nak update, sebab guna netbook abah gua kan. So gua warning awal-awal supaya anda semua yang membaca abaikan saja typo yang bakal dilakukan okeh?






TIMUN? Kenapa aku nak cakap pasal timun hari ni? Okay sebab aku ni tak suke timun... TAK SUKE okeh haha. Sebab tawar wergghh.. Tapi sejak dua menjak ni aku asyik ternampak artikel pasal khasiat dan manfaat timun. Bukak web, nampak artikel pasal timun, bukak majalah or news paper pon nampak artikel pasal timun.. So aku pon search dan baca.. So nak kongsi ngan korang ni laa...







#1 Timun berfungsi untuk menghidrat tubuh


Tau tak korang bahawa timun sejuk mengandungi 90% kandungan air ! So kalau tak sempat nak minum air, just makan timun yang sejuk. Prepare awal-awal dalam peti. So kalau pagi tu just grab timun dan makan dalam kereta ke apa haaa. Sangat mudah untuk imbangi kandungan air dalam tubuh kita.



#2 Melawan suhu panas


Legakan pedih hulu hati dengan memakan timun. Tak pun makan untuk legakan tubuh badan semasa demam panas. Haa kalau kulit pedih-pedih kena cahaya matahari, korang try la kisar timun dan sejukkan, lepas tu  letakkan kan bahagian kulit yang pedih tu. InshaAllah lega tu nanti.



#3 Menyingkirkan toksin

Kandungan air dalam timun ni boleh berfungsi untuk menyingkirkan sisa buangan dalam tubuh badan kita ni. Kerap makan timun jugak boleh bantu untuk melarutkan batu karang ! Haaa tips yang hebat nih.





#4 Menyegarkan mata


Tips yang ni kompemmm ramai yang buat kan? Timun selalu kita gunakan untuk tekap kat mata supaya mata lebih segar dan dapat kurangkan dark circle gituhh. Macam klise sangat je tips ni kan, tapi timun memang berkhasiat untuk memastikan mata kita segar ! Kena rajin buat nih !


#5 Melawan kanser

Ok ini sesuatu yang penting aku nak share ! Aku ada baca yang timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Walaupun aku ni tak tahu ape ke benda nye ketiga-tiga nama tu tapi melalui apa yang aku baca ketiga-tiga benda ni adalah sebatian semulajadi dan ada kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu kurangkan risiko kanser. Contohnye kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.




#6 Bertindak sebagai penyegar mulut


Haa tau tak jus timun dapat merawat  penyakit gusi. Okay korang buat macam ni - Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau. 





#7 Buah pinggang berada dalam keadaan baik


Aku sebenarnya baru tahu timun ni jugak mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh kita sekaligus mampu memastikan buah pinggang sentiasa berada dalam keadaan baik. Tapi tu pun selagi korang terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian la kan.





Ahaaa melalui pembacaan aku dan perkongsian ni jugaklah buat aku sedar banyak lagi khasiat timun selain daripada duk tepek kat mata kann. Ye lah kalau aku beli timun pun sebab nak kurangkan eyebag, so bangun pagi takdelah teruk ngat bengkak mata kan..


Kalau aku tak share dengan korang ni maka tak membaca lah aku. Dengan cara share kat blog ni la bantu aku dapat ilmu baru gak pasal khasiat sayur ni.. InshaAllah aku harap apa yang aku kongsi kan ni bagi manfaat pada semua jugakk. Sebab aku suka cari tips-tips berkaitan kecantikan dan kesihatan ni...


Dah lama kan tak buat entry event? InshaAllah kalau takde aral melintang akan ku spend jugak masa nak update pasal event-event lepas.. Dah lepas pun lepas la kan.,.. Lantak lah aku nak share jugak hahah ! Thanks kepada semua yang sudi baca. Daa !




XOXO

Read More»

Selasa, 1 Oktober 2013

The best writing

 

 

smile cry

Pic credit

The best writing comes out when you find yourself broken. It's like your heart gets ripped open and all the feelings spill out into a beautiful mess on paper.

Yosh !!



Read More»

Selamat hari jadi, sahabat !

 

Assalamualaikum..

 

485736_453799157991501_684320928_n

 

Entry aku malam ni aku taip khas untuk Iejam Hosen. Kalau korang follow blog aku dari zaman hingusan aku baru nak up (baru masuk uni masa tuu) mesti korang tahu yang Iejam ni adalah one of my besfrennnn. Lebih layak kot aku gelar dia SAHABAT.

 

cats

 

First time kenal si Iejam ni tak suke aku, siap kutuk lagi ada laa.. sebab aku ni dulu penghuluwati minggu orientasi yang teramat annoying bagi beliau dan geng beliau. Kah kah kah. Habis je minggu orientasi eh molek pulak kami berkawan. Kami start jumpa chemistry dalam persahabatan. Dulu batch kami terbahagi kepada dua group. Iejam masuk group A, aku lak tercampak kat group B. Tapi sikit pon tak halang kitorang berkawan.

 

Kitorang selalu lepak sama-sama. Makan, jalan-jalan.. semualah. Dia kelas lain pun, kami pakat lepak bikin assignment sama-sama. Masuk semester 2, jumlah student batch kami makin berkurang so kelas jadi satu group je. Maka start dari situ lah aku join satu group dengan Iejam untuk hampir semua subjek. Alhamdulillah kami ada chemistry dalam bekerja sama dan buat assignment.

 

Aku suka Iejam ni sebab dia open minded. Ya mungkin some people tak selesa sebab Iejam memang jenis jujur and cakap direct. Mula-mula aku sentap gila lah jugak kan. Lama-lama dah lalu. Malah aku bersyukur dia jujur sebab bila aku buat salah or takde orang berani tegur attitude aku, at least ada jugak sorang kawan ni nak jujur and berterus-terang dengan aku.

 

Dari zaman aku comot-comot, fashion victim, baru nak up, batak dengan tudung kaler-kaler, dan segala jenis benda lagi lah, si Iejam ni tetap kawan dengan aku. Paling best bila buat assignment dia ni mesti nak perfect je. Mungkin ramai yang mengeluh kalau jumpa orang macam ni.. but hey look at the bright side la. Orang yang perfectionist ni mencari yang terbaik dalam melakukan tugas. Dan sepanjang pengalaman aku group dengan dia, alhamdulillah sebab assignment baguslah banyak dapat carry mark yang banyak gila bantu untuk maintain pointer. Alhamdulillah.

 

 

P2231050

 

Satu lagi Iejam ni suke gelak kuat-kuat. Tu yang unik nye sahabat aku yang sorang ni. Tapi gelak dia boleh bikin orang gelak sama. Pendek kata dalam banyak hal Iejam lah selalu bawak keceriaan. Cewah.

 

Iejam ni dulu class rep. Semua Iejam boleh buat. Semua budak kelas banyak jugak kutuk Iejam ni belakang-belakang. Tapi Iejam cool je. Sebab apa? Sebab, balik-balik budak kelas nanti cari dia jugak kalau ada apa-apa. Iejam tetap orang penting bagi dorang. Kan? Hahaa. Iejam selalu motivate diri. Selalu jugak motivate aku. Sebab aku ni sebenar-benarnya rendah diri teramat.

 

Weh Iejam aku sebenarnya segan nak tulis panjang-panjang pasal kau kat sini. Tapi aku tulis kat sini sebab aku nak abadikan penghargaan aku kepada kau, sahabat. Cewah. Abadikan tuh. You have been a great friend all this while bro. You always, always be there for me. Apa pun masalah aku kau selalu tahu apa yang tepat nak cakap pada aku.

 

Thanks weyh untuk everything. Saat jatuh bangun aku kau ada. Susah weh nak cari member macam kau zaman sekarang ni. Ahh nangis lak aku taip entry ni haha. Aku nak ko tau aku hargai sangat-sangat semua benda yang ko tolong aku selama kita berkawan sejak first aku masuk UNISEL. Hope our friendship last till jannah. Jadi sahabat dunia akhirat okay.

 

DSC05784

 

Selamat hari jadi yang ke-22 sahabat ! You are a great person and you will be greater one day ! You always make me believe in myself and I’m asking you to greatly believe in yourself too, okay ! Segala apa aku usahakan kau sokong. You always have my back ! Such a great friend ! GREAT GREAT FRIEND !

 

Aku bersyukur sangat-sangat weh berjumpa, berkenalan dan berkawan dengan kau, Iejam. Susah senang aku kau tolong, kau bagi semangat. Kau tahu masalah aku, kau tau jerih perit aku. Thanks a lot for being there. Walaupun kita dah tak belajar tempat yang sama aku doakan sangat-sangat kau berjaya suatu hari nanti.

 

Thanks for everything ! Aku banyak bergantung pada kau sepanjang kita sama-sama satu group assignment masa diploma dulu. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Hanya ALLAH je mampu balas semua kebaikan kau pada aku. Selamat hari jadi ke-22 sahabat! Semoga kita berkawan sampai bila-bila inshaAllah. Aku doakan kau maju jaya and berjaya dunia akhirat. Amin.

 

 

553553_4816426893871_88673217_n

KHAIRUN NIZAM BIN HOSEN. 01 OKTOBER 2013. 22 TAHUN.

YOSH !!!


Read More»

Copyright © Nisa Kay