Ahad, 22 Mac 2015

Bila lelaki kacak menyanyi dalam kereta – ENAMORATE by DVICIO



Assalamualaikum…




Sekarang dah merata-rata di laman fesbuk orang share video sekumpulan jejaka ni. Mulanya aku ternampak ada orang share, lepas aku tengok video tersebut, AKU PUN LAJU-LAJU TEKAN BUTANG SHARE !!! Maklumlah kita perempuan, memang tetibe celik bijik mata bila tengok manusia ciptaan Tuhan yang helok sikit kan. Baik mengaku !! Korang perempuan share video ni sebab jejaka-jejaka dalam kereta ni hensem kan ??!! HAHAH !!!



Bila aku klik butang PLAY, mata aku kekal menatap penyanyi utama kumpulan jejaka kacak ni, sambil telinga menangkap vokal serak-serak seksi basah sang pemandu kereta. Jujurnya, aku ni jenis layan semua jenis lagu.. apa bahasa sekalipun. Dan dengan bantuan wajah kacak penyanyi dan pemain gitar kumpulan ni, aku dengan rasmi telah memasukkan lagu ni dalam playlist aku ! HAHA !!






Haaaa kacak sungguh kan ? Baik korang mengaku, masa dengar lagu ni mesti mata korang dah target mana yang sedap di anak mata korang kan ? Ke korang yang gegerl ni tak bagi perhatian pun pada lagu dorang ?? HAHA !!! Video ni jadi viral kat FACEBOOK, lebih 100 ribu share dan berjuta-juta views ! Haa gituuu.. Femes dah band ni. Terus orang suka gila dengan lagu ni. Auwww... Kat bawah ni pulak video klip rasmi lagu ENAMORATE ni..









Haaa jujurnya aku memang suka suara dia masa dia nyanyi dalam kereta. Lagi best, sebab lagi serak-serak gituu. Perghhh. Tapi memang tak dinafikan memang best kan ? Haha ke memang hensem kan ? HAHA !! Mohon gambar lepas ni tak buat korang muntah atau menangis air mata darah.





Opssss !!!!! CIOM PIPI ! Okay meh la kita ber-husnuzon ye kawan-kawan. Mungkin budaya dorang ni biasa ciom pipi segala. Atau depa memang adik beradik. Atau depa best fren forevaaaa gitchuu. Dah, lap air mata tu. Jangan pikir bukan-bukan ehh. Sedapkan hati  Hahaaa....!!!!!!!!!!!











XOXO,
Putewi Hensem.

Read More»

Sabtu, 7 Mac 2015

Cenderahati terbaik adalah cenderahati yang….

 

Assalamualaikum..

 

 

Haa.. cerita pasal cenderahati / buah tangan ni, bukanlah mengenai buah tangan yang kita beli semasa melancong tu.. Itu kira ole-ole lah kan, tanda ingatan kita kepada rakan-rakan rapat, serta keluarga. Buah tangan yang aku nak cerita ni ialah buah tangan yang selalu kita dapat masa event atau pun majlis perkahwinan.

 

Selalunya kalau pergi event atau majlis kahwin mesti kita akan dapat buah tangan atau goodies bag dari tuan rumah kan. Aku suka dapat goodies bag ni.. haa siapa tak suka barang percuma kan ? Haha..  ini kali lah aku nak share mengenai teknik atau strategi memberi goodies bag atau buah tangan yang berkesan dalam “menjaja” jenama korang untuk satu tempoh yang lebih panjang. Wahh dah macam marketing atau brand analyst ni ! Takut makk !

 

DSC00575

Haaa kalau event, antara barang biasa yang dapat dalam goodies bag ialah kalendar .. pen .. buku nota… kipas tangan, dan barangan yang sewaktu dengannya… Manakala kalau majlis kahwin pulak mesti dapat bunga telur, gula-gula.. dan trend yang terbaru, dapat kekacang dalam botol kaca. Sedap woi siapa tak suka !

 

T A P I … !!! Suka aku nak cadangkan bahawasanya buah tangan yang TERBAIK.. adalah buah tangan yang tahan lama dan mempunyai kegunaan untuk jangka masa panjang. SETUJU KE IDOKK ??? Tipulah kalau aku tak tertarik dengan kedai barangan pengantin yang jual bermacam jenis barang atau bunga telur tu kan. Tapi aku selalu cakap kat mak aku,”Kalau kakde nak kahwin, kakde nak bagi doorgift yang orang boleh guna, boleh pakai. Bukan dapat kejap lepas tu buang.” Sama jugak halnya bila aku berangan menganjurkan event sendiri… Mesti aku berkira-kira nak pilih barang apakah yang sesuai dijadikan doorgift, dan memenuhi ciri-ciri yang aku sebut di atas !

 

 

website

Jeng jeng jengg ! Dalam pada berfikir-fikir nak cari produk apa untuk dijadikan buah tangan pada orang, aku jumpa satu website ni yang mana memang kena dengan apa yang aku cari ! GIFTMUGS.COM.MY ! After I go through this website that I stumbled upon, I learned that GIFTMUGS.COM.MY  is one of Malaysian mug supplier !

 

And the best part is, the do not only have MUG to offer, they have lots of choices for you to choose – various shapes and colours too ! Haa aku speaking orang putih ni dah kenapa kannn.. ! Pendek kata, kalau korang ada idea nak bagi doorgift atau goodies guna produk sebegini, GIFTMUGS.COM.MY bukan saja membekalkan produk secara pukal, tetapi boleh print logo atau jenama kita di atas produk ! Haa best kenzz..

 

 

promotional-mug-1

Okay.. contoh lah kalau anda bekerja untuk sebuah syarikat besar, dan anda tengah mencari produk yang sesuai untuk diberikan kepada pekerja syarikat, atau dijadikan premium goodies bag untuk acara anjuran syarikat, apa kata anda semua tinjau-tinjau website GIFTMUGS.COM.MY  ni ? Bukan sahaja mug, ada jugak thermos air macam dalam gambar di atas ni haa. Boleh lah print logo dan nama syarikat di atas produk ni !

 

 

promotional-mug-2

Okay.. ini pulak contoh kedua… anda nak kahwin tahun depan. Jadi anda tengah mencari-cari produk yang sesuai nak dijadikan goodies kepada tetamu istimewa. Contohnya nak bagi goodies pada kumpulan marhaban, pasukan kompang, atau mak ayah korang nak kasi doorgift special sikit kepada kawan rapat dorang atau korang punya majlis ada tetamu VIP.. Haa boleh lah tempah gelas macam dalam di atas untuk diberikan kepada tetamu istimewa ! Boleh print nama anda dan pasangan, lepas tu tarikh majlis kahwin ke.. Haa faham tak ?

 

Contoh ketiga pulak… anda nak bukak sebuah kedai, jadi anda tengah cari barang yang sesuai untuk diberikan kepada 100 pelanggan pertama (contohnya) atau pun hadiah khas kepada pembeli yang mencapai sesuatu amaun bila berbelanja. Haa boleh lah tengok kat website GIFTMUGS.COM.MY ni barang apa yang ada. Yang penting boleh PRINT LOGO atau JENAMA anda di atas produk ni !

 

 

3-in-1-multipurpose-container-LB3176-tile

Hadiah yang sesuai untuk acara seperti hari keluarga ? Haaa aku rasa kalau bagi bekas plastik macam ni, golongan mak mak mesti suka kannn. Boleh buat simpan makanan.. atau buat bekas makanan untuk bekal anak-anak ke sekolah. Kalau ada yang tengah membaca ni cikgu sekolah, bekas makanan atau botol air antara produk terbaik yang aku rasa sesuai dijadikan untuk hadiah atau cenderahati acara seperti Hari Sukan, Hari Guru, Hari Kecemerlangan dan lain-lain.

 

 

Travel-Cutlery-set-CS0011-tile

Ahaaa produk mana yang menjadi pilihan hati aku untuk dijadikan doorgift ? Salah satunya ada di atas. Empat pilihan kat atas ni merupakan antara produk yang aku sangat berkenan untuk dijadikan doorgift. Puas dah aku belek satu persatu produk kat website GIFTMUGS.COM.MY  ni, yang empat di atas ni paling aku suka.. Tapi mana satu keputusan akhir ? Hahaaa rahsiaa lahh.. :P

 

Pendek kata.. kalau nak cari produk yang sesuai dan tepat dengan tema majlis atau acara korang, baiklah korang tengok website GIFTMUGS.COM.MY ni okay… dorang ni memang Malaysia mug supplier. Jadi mungkin korang akan jumpa barang yang korang nak. Haa aku cuma mencadangkan saja.. tak salah untuk tengok-tengok dulu kann..

 

 

 

Layari laman web untuk katalog penuh mereka
http://giftmugs.com.my

Jangan lupa like beramai-ramai page ini juga !
https://www.facebook.com/doorgiftsmalaysia

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem !


Read More»

Rabu, 4 Mac 2015

RESEPI – Aiskrim homemade

 

Assalamualaikum…

 

thermometer-580x386

 

Haaa waktu-waktu panas macam ni, memang kalau sebut ais krim tu perghhh… memang terliur la kann… Jadi petang-petang mesti korang pergi cari benda-benda sejuk macam air batu campur… lai ci kang sejuk.. cendol… dan minuman or makanan yang sewaktu dengannya. Apa kata korang luang sikit masa nak buat sendiri aiskrim atau popsicles ? Haa aku ada usha lah resipi-resipi homemade popsicles yang agak mudah dilakukan di rumah. Jadi joms usha !

 

 

popsicle-mold-cb

Nak buat aiskrim, korang kena ada satu alat yang sangat sangat asas dan wajib ! ACUAN AISKRIM ! Acuan aiskrim ada banyak bentuk dah sekarang ni, fancy-fancy semuanya.. Dan mudah nak beli acuan ni kat kedai-kedai barang rumah, kedai macam Daiso tu ha.. atau kedai Mr.DIY. Murah-murah je acuan ni.. Okay.. dah ada acuannya, jom kita usha apa resipi pilihan aku yang aku nak kongsikan ni.

 

 

#1 NUTELLA POPSICLES

DIY - nutella popsicles

Yang ni amat mudah kot. Selain kita makan Nutella tu dengan roti or biskut, korang boleh putar nutella bersama dengan susu penuh krim, lepas tu masukkan ke dalam acuan, then bekukan untuk aiskrim nutella! Yang ini tak payah tabah gula ke apa.. sebab Nutella tu sendiri dah manis. Baca resipi penuh DI SINI.

 

 

#2 KIWI & CHOCOLATE POPSICLES

DIY - 2

Ahaa… ini bahan-bahannya nye pun mudah dapat. Buah kiwi, coklat masakan, dengan batang aiskrim. Batang aiskrim tu korang boleh dapat kat kedai-kedai art, siap ada yang jual pelbagai warna lagi tu. Cucuk buah kiwi dengan batang aiskrim, masukkan ke dalam peti sejuk, Coklat masakan tu korang cairkan guna teknik double-boiling, lepas tu sejukkan coklat, then celup kiwi beku tadi dalam coklat tu. Lapisan coklat akan segara mengeras. Haa kan dah ready nak makan. Apa kata try guna strawberry atau pisang. Jadi dok ? Baca resipi penuh DI SINI.

 

 

#3 FRESH FRUITS POPSICLES

cats

Nom nom nom.. siapa penggemar buah-buahan boleh try yang cara ni. Memang seronok sebab boleh campur ikut buah kegemaran kita dan ikut kreativiti kita. Aku pernah tengok orang guna air masak je, then masukkan buah-buahan ke dalam acuan aiskrim. Korang boleh juga guna jus buah. Guna je jus yang korang dah siap beli. Jus oren ke, jus limau ke, jus tembikai ke.. kemudian tambah buah-buahan pilihan korang, kemudian bekukan ! Baca resipi penuh DI SINI.

 

 

# TRAFFIC LIGHT POPSICLES

DIY - traffic light fruit popsicles

Ne no ne nooo… Umpama di jalan raya pulak 3 warna aiskrim ni kan. Haa mudah je ha resipinya tadi aku usha… korang cuma perlu buat puree daripada buah-buahan pilihan korang, then masukkan dalam acuan secara berlapis then boleh bekukan. Perghh macam sedap pulak ni haaa… Tak pun boleh cuba guna buah warna lain, selain 3 warna di dalam pic. BACA RESIPI PENUH DI SINI.

 

 

 

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * 

 

 

Ahaaaa sekian perkongsian Nisa kali ini. Hope ia bermanfaat. Dan aku jugak memang teringin nak cuba buat salah satu homemade popsicles di atas. Lama dah tak ber-kreativiti di dalam dapur ni ! HAAHA MARILAH MARIII.. Musim panas no kompem laris dan laku aiskrim korang. Baru siap ade je dah ngap dulu ! Hahaa… Thanks for reading!

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Selasa, 3 Mac 2015

Teknik Menyimpan Duit – Kaedah Paksa Rela

 

 

Assalamualaikum…

 

Boring pulak kan nak bercerita memanjang pasal kerja di Barcelona. Maaf ya sekiranya ada yang berpendapat saya nak menunjuk-nunjuk ke apa.. Perkongsian ini tidak lebih dari niat aku nak abadikan kisah perjalanan aku ke negara orang. Maklumlah nak tulis diari malas, maka di blog saja lah aku mengabadikan segala memori gitu..

 

Shopping-bags-007[Picture Source]

 

Okay berbalik kepada tajuk entry ni, aku tengah scroll facebook tadi (haa kantoi curi tulang!), dan aku terjumpa satu perkongsian yang sangat berguna aku rasa… Ya, mengenai menyimpan wang. Nak itu nak ini semua pakai duit kan sekarang.. Tapi mana datangnya duit tu kalau kita tak BEKERJA KERAS dan MENYIMPAN kan ? Kalau tak disimpan, habislah belanja, tak nampak hasil. Duit tu pun bukan jenis boleh simpankan diri dia sendiri and beranak sendiri ye dak. Jadi selain daripada korang buat ASB ke apa.. ada satu teknik yang aku tertarik nak cuba dan kongsi dengan semua.

 

 

PERKONGSIAN DARI STATUS SEORANG PENGGUNA FACEBOOK : DI SINI

 

Kisah Benar :

Idea ni sangat praktikal untuk semua orang.

Ok, first sekali letakkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.

 

  • Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
  • Tujuan : Nak pi jalan jalan ke Turki @ Pi Umrah @ nak menikah lagi @ nak bawak mak ayah anak bini pi jalan jalan sabah.(Sekadar contoh)
  • Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20

 

PERATURAN WAJIB :

1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.

2. HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20

3. Jika 'terguna' sila qada dengan DOUBLE AMOUNT

4. WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.

5. If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.

6. JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .

 

Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorng pegawai TM Telekom.

duit

Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,

140 keping RM 20
180 keping RM 5

Total saving secara PAKSA RELA selepas 6 bulan = RM 3700

 

 

*********************************************************

 

Haaa tengoklah hasil selama 6 bulan kaedah paksa rela ni. Nak tak nak, kena tahan diri.. kena kuatkan iman.. Aku ni dulu menabung la jugak.. tapi selalu tak tahan digoda nafsu nak berbelanja tu lepas tu mula lah korek sikit-sikit isi tabung sampai takdak isi dah ! Hahaha… Perangai tak senonoh betul kan ? So kalau korang ada target tahun depan boleh dah ni mengumpul dari sekarang. Mana tahu ada yang nak rancang bercuti atau shopping besar-besaran ke.. Tak pun melabur pulak wang tu untuk keuntungan masa panjang, kan ? Apa-apa pun, rancang lah dengan bijak ! So sama-sama menabung. (Berkempen pulak iols !)

 

 

 

Terima kasih kepada pemilik akaun facebook Mohd Faiz kerana sudi share info bermanfaat ni dengan pengguna di Facebook. Nisa share di blog ya ! Moga bermanfaat juga kepada orang lain inshaAllah…

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem !


Read More»

My Worktrip to Barcelona 2015 – Fira Gran Via (Day 3)

 

 

Assalamualaikum…
[Entry untuk hari ketiga di Barcelona : 28 Februari 2015]

 

DSC03760

 

Hari ketiga kami di Barcelona.. jujurnya tidak ada apa sangat kami buat. Kecuali kami ke Gran Via, kawasan di mana terletaknya Fira Barcelona, sebuah pusat konvensyen yang teramat besar di mana akan berlangsungnya acara Mobile World Congress 2015. Di kawasan Gran Via ini juga terletaknya pusat perabot terkenal dunia iaitu IKEA. So kat situ dorang panggil Fira Barcelona ni sebagai “Fira Gran Via” dan “IKEA Gran Via”. Gitcheww ye anak anak.

 

 

DSC03772

Dari apartment tempat kami menyewa, kami kena naik tren nak ke Fira Gran Via. Tapi kena tukar di stesen Espanya. Sebab laluan tren ke Fira Gran Via dengan laluan tren area apartment kami tak sama. Kat Barcelona ni, sistem tren dorang sangat banyak jenis laluan. Ada jugak Metro dan Tram. Kalau kat Malaysia, ada dua je laluan KTM Antarabandar, satu laluan Monorail, 3 laluan LRT. So mudah sangat nak faham. Kalau di Barcelona, kami survive naik tren dengan search laluan di Google Maps dulu sebelum keluar. Kat situ dia akan suggest laluan mana nak tukar stesen. Kalau dapat peta laluan tren dan metro Barcelona ni, mudah jugak nak cari destinasi.

 

 

DSC03775

 

Di stesen-stesen pertukaran yang menghala ke stesen Europa Fira semua dah diletakkan dengan papan tanda MWC15 ni. Memang servis dorang bukan setakat di kawasan acara, tapi di stesen keretapi jugak ! Haa suasana dia toksah cakap lah macam mana, pada hari pertama memang ramai nak mati sampai kami terlepas satu event ! Tapi tu nanti lah cerita. Haha.

 

 

IMG_9247

Alhamdulillah selesai sudah kami ambil pass masuk ke acara MWC15 yang akan bermula Isnin ini. So ke mana kah kita ? Memandangkan terdapat booth yang masih dibina, maka kalau nak masuk ke Media Village, kena pakai topi keselamatan dan jaket kuning serupa pekerja bina bangunan tu. Tapi yang tak best nya topi tu dengan jaket keselamatan tu kena beli dengan harga 10 euro ! Mahal woi. Maka kami lepak di lobi sahaja sambil menikmati internet yang laju.

 

 

IMG_6872

Alkisahnya selepas kami lepak-lepak kat situ, kami pon bosanlah dan telah ambil keputusan nak meninjau pusat perabot IKEA. Haha padahal bukan ada apa pun, saja je lah nak tengok suasana IKEA di Barcelona ni kan. Hahaa…

 

 

20150228_144741

Bayangkan kalau di Malaysia harga para tu RM7 dan meja pasang sendiri tu RM5 ? Haha.. memang tak dapat la kan ? Paling murah pun meja petak tu RM20 eh ? Haha bayangkan sajor lah ye. Jangan di convert pulak. Kalau convert matawang nya, memang sama je mahal nya ! Haha…

 

Antara kelainan yang aku tengok kat IKEA Gran Via ni, dorang ada bahagian di mana semua pameran kabinet dapur dorang memang khas untuk dapur yang sempit. Rumah-rumah terutamanya apartment di Barcelona ni memang mempunyai ruang yang sangat sangat limited. Sama je dengan apartment yang kami sewa last year. Jadi dorang kena pandai pilih kabinet dapur yang sesuai agar ruang dapat dioptimasikan. Dorang ada jugak bahagian jual peti sejuk, oven, mesin basuh, dapur gas, dan mesin basuh pinggan. Siap jual kabinet yang memuatkan peti sejuk dan mesin dish washer semua.

 

 

20150228_152621

 

Ini bukan kawasan restoran besar IKEA tau. Ini kawasan kiosk makanan kat tingkat bawah, berhadapan dengan kaunter bayaran tu. Orang ramai gila masa ni sebab tengah ada sale hotdog harga 0.50 euro. Haaa dengan meja tak cukup, kerusi tak cukup.. Orang angkut-angkut je kerusi ke meja lain. Meja yang takde kerusi tu, orang makan berdiri je. Ada yang makan tepi pintu, ada yang makan tepi water dispenser ! Hah merata-rata lah pendek kata.

 

 

IMG_6873

Okay lah.. nampak macam mendung-mendung je kat luar, kami pun terus lah balik. Bukan beli apa pun kat IKEA.. Cuma bazir masa sikit, buang tenaga sikit, duk pusing satu IKEA tu. Corak cadar yang dijual pun sama je kat Malaysia. In fact, kat IKEA Malaysia lebih banyak pilihan cadar. Haha bebel pasal cadar pulak kan ?

 

Oh ye gambar di atas ni, aku ambil sekali lagi setelah setahun ! Tahun lalu punya trip ke Barcelona aku ada ambil gambar di exact spot, stesen tren yang sama ! Tapi aku upload di instagram sajo lah. Hehe.. InshaAllah tahun depan aku ke sini lagi dengan izinNYA, aku nak bergambar lagi kat sini.

 

 

IMG_6880

Haa kalau usha usha sekitar stesen tren, akan ada kedai-kedai makan, kiosk barangan pelbagai dan kedai baju.. dan jugak vending machine. Bukan saja vending machine yang jual air tu.. ini vending machine yang jual pelbagai aksesori elektronik. Ada bateri, car charger, USB, headphone, powerbank.. Haa pendek kata barang-barang yang sewaktu dengannya lah !

 

 

IMG_6876

Haaa powerbank XIAOMI pun hadooo…

 

 

IMG_6879

Earphone, charger adapter dan connector antara barang yang menarik perhatian aku. Aku sikit lagi nak beli adapter micro USB ke lightning iOS tu.. Hahaa.. so that senang sikit aku nak cas phone, sebab selalu aku bawak micro USB je.. usb iPhone mesti aku tak bawak. Dah ade adapter ni senang lah takyah bawak wayar banyak-banyak kan.. Nak carilah masa balik Malaysia nanti !

 

Okayyy… sekian kisah hari ketiga kami di Barcelona, memang takde apa pun.. cuma pergi ke Gran Via tuntut pas masuk, dan ke IKEA. Lepas tu balik. Kononnya nak keluar tengok kawasan sekitar malam tu, tapi.. hampehh.. tertidur sampai ke pagi hah ! Nasib lah aku terjaga tengah malam tu then sempat lah cuci muka. Kalau tak, habislah tidur dengan mekap sampai ke pagi. No no nooo.. sangat tak baik untuk kulit muka okay ! So, till next blog post ! Chiooww !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem @ Barcelona.


Read More»

Copyright © Nisa Kay