Isnin, 25 November 2019

Nisakay Ke Jepun - Meneroka barat Jepun bersama JR West Railway! (PART 3)



Assalamualaikum!!

Kembali ke blogpost Nisa yang ketiga untuk perjalanan Nisa sepanjang di bumi Jepun. Seperti yang dinyatakan di dalam blogpost Nisa yang sebelum ini, malam ketiga kami bermalam di Hotel Vischio Osaka. Jaraknya cuma satu blok dari Osaka Station City, jadi sangat mudah untuk ke mana-mana dari stesen tersebut.



  • HALAL BENTO BREAKFAST @ HOTEL VISCHIO OSAKA

Waktu sarapan adalah waktu yang paling dinanti-nantikan Nisa, lebih-lebih lagi di Hotel Vischio Osaka ini para tetamu boleh membuat tempahan untuk Halal Bento. Bento ini boleh ditempah seawal 2 hari sebelum ya, dan tiada caj tambahan akan dikenakan. Best nya! Set bento selalunya menyediakan pelbagai jenis lauk di dalam satu bekas, jadi memang sangat kenyang!


Untuk menempah Halal Bento Breakfast semasa penginapan anda, tempahan boleh dibuat melalui JTB Malaysia / Singapura :


JTB Singapura - https://www.jtb.com.sg/



Selesai sarapan, kami check out hotel dan bawa luggage kami ke JR Osaka Station City kerana kami akan check-in di hotel lain pula malam ini. Jadi sekiranya anda nak jalan-jalan dahulu seperti Nisa, anda boleh meninggalkan barangan anda di Coin Locker yang banyak disediakan di dalam stesen. 


Lokasi Coin Locker yang Nisa gunakan ini bersebelah dengan JR Customer Service / Refund Counter, jadi senang sangat nak cari. Locker yang bersaiz besar ini cukup untuk memuatkan luggage Nisa yang besar tu. Arahan penggunaan pula mudah difahami dan hanya beberapa langkah ringkas yang anda perlu lakukan untuk menggunakannya. Haa dah simpan barang, barulah boleh jalan-jalan dengan hati yang lapang kan?



Dari JR Osaka Station City, kami menaiki tren ke Kyoto Station. Kemudian kami bertukar ke "Nara Line" di mana kami mengambil tren ke Inari Station. Haa dengan tiket Kansai-Hokuriku Area Pass ni, anda boleh menaiki mana-mana tren JR dan juga tren dari laluan terpilih. Jimat sungguh! Dalam blogpost PART 1 Nisa ada sebut mengenai JR West Pass ni.



  • FUSHIMI INARI SHRINE

Inari Shrine merupakan lokasi di Kyoto yang sangat popular dalam kalangan ramai pelancong. Jadi tidak hairanlah ketika Nisa berkunjung ke sana, terlalu ramai pengunjung ! Memang meriah sangat. Tips Nisa, datang awal-awal pagi supaya mudah untuk anda bersiar-siar di kawasan sekitar Inari Shrine dan mengambil gambar.




Tarikan terkenal di Inari Shrine ini adalah bergambar berlatar belakangkan torii gate yang sangat banyak! Memandangkan Nisa datang masa pengunjung tengah ramai, memang agak memerlukan kesabaran dan juga kena pandai curi ruang dan peluang untuk mengambil gambar haha! Nasib gambar-gambar banyak yang cantik. Untuk lebih info mengenai Fushimi Inari Shrine klik di sini.



  • TOGETSUKYO BRIDGE, ARASHIYAMA

Dari Inari Station, kami ke Saga Arashiyama Station, kemudia berjalan kaki menuju ke lokasi yang sangat terkenal di Kyoto. Tetapi kami tidak terus ke lokasi tersebut, kerana Nisa meluangkan sedikit masa untuk berehat dan menghirup udara segar di tepi sungai berlatar belakangkan Togetsukyo Bridge.



Sepanjang kami berjalan menuju ke Togetsukyo Bridge ini, anda akan dapat melihat suasana sekeliling yang bagaikan pekan lama Jepun. Kawasan sekitarnya dipenuhi dengan restoran, tea house dan kedai cenderamata. Ramai yang bersiar-siar di sepanjang jambatan dan di tepi sungai. Bolehlah berehat sebentar sebelum berjalan lagi.




  • HALAL JAPANESE FOOD : YOSHIYA RESTAURANT

Tidak jauh dari Togetsukyo Bridge tadi, jalan kaki dua tiga minit sahaja, anda akan berjumpa dengan sebuah restoran makanan Jepun yang menyediakan menu halal. Wahh teruja rasanya, sebab perut pun dah lapar, kaki pun dah penat berjalan. Jadi masanya untuk makan tengahari!




Hanya masuk terus ke bangunan tersebut, restoran ini terletak di bahagian belakang. Di pintu masuk restoran, dipamerkan sijil pengesahan status halal makanan mereka. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk makan di sini ya!




Memang menyelerakan betul makanan di Restoran Yoshiya ni! Puas hati sangat sebab dapat makan makanan Jepun yang authentic, tapi disahkan halal lagi! Jadi boleh order tanpa keraguan ya. Ada pelbagai pilihan makanan yang boleh anda order, rujuk mukasurat menu yang ditetapkan untuk senarai makanan halal, haaa rambang mata nak pilih makan apa! Klik sini untuk ke : laman web rasmi Restoran Yoshiya.




  • ARASHIYAMA BAMBOO FOREST

Tidak dinafikan lagi, Bamboo Forest ini merupakan antara lokasi yang sangat terkenal di Kyoto. Pendek kata kalau berkunjung ke Kyoto, memang wajib singgah di sini! Terletak di tidak jauh dari Togetsukyo Bridge itu tadi, sepanjang perjalanan memasuki kawasan Bamboo Forest ini terdapat kedai, tea house, tempat menyewa kimono dan pelbagai lagi.





Kawasan ini akan menerima kunjungan pelancong agak tinggi pada musim-musim tertentu. Jadi jangan lupa rancang perjalanan anda kalau nak datang ke sini. Bila tak ramai orang, nak ambil gambar banyak-banyak pun seronok! Hehe. Tenang sangat kawasan sekitar Bamboo Forest yang redup ni. Cantik je pemandangan serba hijau. Kami kemudiannya berjalan kembali ke Saga Arashiyama Station.




  • KYOTO RAILWAY MUSEUM

Dari Saga Arashiyama Station, kami menaiki train menerusi Sagano Line, dan turun di Umekoji Kyoto Nishi Station. Sekali lagi dengan menggunakan JR West 7-Days Train Pass. Mudah sangat kan! Kami ke Kyoto Railway Museum.



KYOTO RAILWAY MUSEUM

Operating Hours : 
10:00am - 5.30pm (Close every Wednesday and on 30th Dec ~ 1st Jan)

Entrance Fee : 
1200yen (Adult)  //  1000yen (University & high school students)
500yen (Junior High School & Elementary School students)
300yen (Kids 3 years and above)

TIPS : With JR West Pass, you can get 10% off on the entrance fee





Di dalam muzium ini, pengunjung boleh menyaksikan pameran jenis-jenis keretapi yang baru dan lama. Ada ruang aktiviti di dalam dan di bahagian luar muzium juga. Sangat menarik melihat badan keretapi asal yang dipamerkan di sini. Ada kafe kecil yang dibina di dalam badan sebuah keretapi, ada ruang permainan kanak-kanak dan bermacam lagi.




Kalau ke Kyoto Railway Museum ni, jangan lupa untuk study dulu jadual aktiviti mereka, yang paling tak boleh lepaskan peluang adalah pengalaman menaiki keretapi wap ini. Haa keretapi lama ini masih berfungsi dan pada jam sekitar 4 petang macam tu, pengunjung boleh menaiki steam train ini yang akan bersiar-siar di sekitar kawasan muzium. Setelah selesai melawat muzium ni, kami kembali ke JR Osaka Station City.



Sampai sahaja di JR Osaka Station City, gunakan resit yang anda dapat semasa menyimpan beg di loker ini dan imbas QR Code yang terdapat pada resit tersebut, secara automatiknya pintu loker anda akan terbuka. Senang sangat nak guna sebenarnya. Boleh juga dapatkan bantuan staff.



Pemandangan JR Amagasaki Station dari tingkap bilik hotel. Hebat bukan!





  • HOTEL VISCHIO AMAGASAKI

Dari Osaka Station City, kami ke JR Amagasaki Station. Dari stesen keretapi, anda hanya perlu berjalan kaki sekitar 5 minit sahaja menuju ke Hotel Vischio Amagasaki melalui jejantas yang bersambung dari bangunan stesen terus ke bangunan hotel. Really convenient! Akses yang sangat pantas dan mudah melalui stesen keretapi, pusat membeli belah pun ada di sebelah hotel. Di tingkat bawah juga tersedia convenient store.



Di Hotel Vischio Amagasaki ini, terdapat Guest Lounge di kawasan lobi. Di dalam ruangan ini, para penginap hotel boleh duduk berbual dengan rakan-rakan dan keluarga sambil menikmati kopi dan teh dari mesin minuman yang disediakan di dalamnya. Selain itu, terdapat buku dan majalah untuk dibaca, serta komputer dan mesin printer yang boleh digunakan untuk pelbagai urusan.


SPECIAL HELLO KITTY THEMED ROOMS @ HOTEL VISCHIO AMAGASAKI




VISCHIO FOREST ADULT KAWAII ROOM

Istimewanya di Kansai, hanya Hotel Vischio Amagasaki yang menyediakan bilik istimewa bertemakan kartun popular iaitu Hello Kitty. Bilik ini baru sahaja dilancarkan bermula Oktober 2019. Jadi bagi sesiapa yang meminati kartun Hello Kitty, boleh segera book bilik ini. Musim percutian sudahpun bermula, pasti ada yang nak bawa anak-anak bercuti kan?

Untuk informasi dan reservation : klik di sini Hotel Vischio Amagasaki





LETS'S EXPLORE KANSAI WITH KITTY-CHAN SUPER-CUTE ROOM

Sekiranya anda sangat meminati Hello Kitty, suka travel dan suka warna pink..!! Bilik inilah yang paling sesuai dengan anda. Nisa punyalah excited bila masuk ke bilik ni. Rasanya kalau booking bilik ini, tak keluar jalan-jalan pun takpe, duduk je bergambar puas-puas dalam bilik. Dari katil, dinding, ruangan menonton, bilik air.. semuanya bertemakan Hello Kitty dan berwarna pink! Seronok nya!

Untuk informasi dan reservation : klik di sini Hotel Vischio Amagasaki




Untuk sarapan pula, ada banyak pilihan makanan yang Muslim Friendly - iaitu makanan yang tidak mengandungi alkohol atau yang diperbuat dari pork. Setiap makanan telah dilabel dengan "NO PORK" atau "NO ALCOHOL", jadi mudah untuk kita memilih makanan yang sesuai.

Hotel Vischio Amagasaki juga turut menyediakan Al-Quran, sejadah dan juga kompas buat tetamu hotel. Info lanjut mengenai servis hotel buat penginap Muslim boleh di baca : di sini Hotel Vischio Amagasaki.



Baiklah semua! Sekian sahaja kisah perjalanan Nisa pada hari keempat di Jepun. Terima kasih kerana sudi baca dan jangan lupa nantikan blogpost seterusnya.





NISA KAY.

Read More»

Copyright © Nisa Kay