Isnin, 29 Ogos 2011

The Smurfs Merchandise Contest

PENYERTAAN DI TUTUP.


Assalamualaikum….
 
 
 
123
 
Haa malas taip banyak, korang yang rajin baca blog aku mesti ingat lagi entry promo barangan eksklusif The Smurfs. Okay sekarang aku nak launch a simple contest untuk korang menang barangan eksklusif The Smurfs bernilai RM50.
 
 
 
 
Hadiah eksklusif ni dibawakan oleh SONY PICTURES dan NEWSKAKI
 
Bookmark_actual size final 
 
Hey kepada pembaca di luar sana, aku ada 3 penanda buku eksklusif The Smurfs yang bernilai RM50 setiap satu!
 
 
 
Macam mana nak menang hadiah ni???
 
 

Read More»

Senarai peserta The Smurfs Giveaway

 

Assalamualaikum…

 

Bookmark_actual size final

Berikut adalah senarai peserta bagi THE SMURFS GIVEAWAY. Hadiah yang ditawarkan ialah 3 bookmark The Smurf yang bernilai RM50 setiap satu. Hadiah eksklusif adalah dari SONY PICTURES dan NEWSKAKI.

 

 

 

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kepada semua yang sudi join giveaway yang tak seberapa ni.. Kalau link anda tiada di atas, sila maklumkan ye..  Hehehe…. nak cari URL blog, tekan Ctrl + F dan taip URL anda.

 

PENGUMUMAN : Disebabkan sedang bercuti raya, pengumuman pemenang mungkin ditangguh. Segala kesulitan amat dikesali.

 

 

 

Thank you.

sign NISA


Read More»

Ahad, 28 Ogos 2011

Ucapan Raya

 

Assalamualaikum…

 

Wahh tajuk entry bukan main nak macam menteri aje kan. Ucapan? Beria aje aku.. Tapi tak kiralah kan! Sempena raya ni aku nak tulis ucapan untuk semua yang membaca, tak kiralah yang mengenali, yang kenal gitu-gitu aje, atau yang tak pernah jumpa langsung.

 

IMG_4784

 

KELUARGA. Kepada ahli keluarga dan sanak saudara, maafkan aku andai aku ada berkelakuan tidak hormat terhadap anda semua, ataupun berkasar bahasa, atau apa-apa yang buat anda terasa hati.

 

KAWAN-KAWAN. Maafkan salah silap aku sepanjang kita berkawan. Aku sedar aku bukan rakan yang sangat baik untuk korang, bukan classmate / roomate / housemate / groupmate / coursemate yang cukup sempurna. Maafkan kelemahan dan kekurangan diri.

 

KEPADA INSAN TERSAYANG (not limited to boyfriend only. heheee) Maafkan andai aku berkasar atau berkelakuan yang tidak menyenangkan hati. Sesungguhnya diri ini masih mencari jalan untuk perbaiki diri.

 

KEPADA SEMUA YANG MEMBACA. Terima kasih dan kesyukuran yang tidak terhingga terhadap kamu semua yang tidak putus-putus memberikan sokongan ke atas blog aku ni, sehingga ia menjadi seperti apa yang anda lihat sekarang.

 

 

Kepada semua yang mengenali aku, aku doakan agar Allah berkati kalian. Sekali lagi, aku memohon ampun dan maaf di atas salah silap, terkasar bahasa mahupun sebarang perbuatan yang menyakitkan hati mana-mana pihak.

 

 

Thanks for reading.

sign NISA


Read More»

Sabtu, 27 Ogos 2011

Denai Hati nak bagi duit raya RM1000 ??? Jom join cepat !!!

 

Assalamualaikum..

 

Yeahhh blog di update lintas langsung dari Temerloh Pahang, kampung halaman aku. Nasib baik sangat-sangat ada jugak wifi dengan kelajuan sederhana kat sini. Boleh jugak lah aku online dan update blog.

 

Memandangkan raya dah nak dekat, so mood raya tu makin datang dan datang. Jalan-jalan pulak kat blog Budak Lelaki Sebelah Pintu, ternampak lah pulak dia join macam contest ape tah. Hadiah dia duit raya yang semua sekali berjumlah RM1000 !!!! Wowww siapa taknak join rugi!!

 

Print

 

Duit raya ni nak diberi dengan baik hatinya oleh DENAI HATI. Macam susah pulak aku tengok??? Tapi kalau faham betul-betul, aku rasa senang lah kot??? Kalau korang nak join dan nak tahu cara-cara untuk join, sila RUJUK TERMA DAN SYARAT DI SINI.

 

Di bawah merupakan senarai entry yang aku gabungkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh DENAI HATI.

 

 

Okayy dua aje… sebab entry pertama yang aku pilih dah pun hilang dari senarai Related Post entry kedua di atas. Sikit je eh? Hohooo dah nak buat macam mana, memang gitulah syarat-syarat dia???

 

Kalau korang masih tak paham apa ke benda lah yang aku buat ni, tapi nak jugak rebut peluang menang duit raya dari Denai Hati, sekali lagi meh aku bagitahu, sila rujuk di entry di bawah :

http://denaihati.com/duit-raya-rm1000-untuk-rakan-blogger

 

 

 

Okay, selamat hari raya semua!

sign NISA


Read More»

Jumaat, 26 Ogos 2011

Shopping tak hengat dan berbuka puasa di Times Square bersama Cik Epal

 

Assalamualaikum…

 

Whoaaa ini betul-betul kisah entah zaman bila wohhh. Tapi lantak lah kan, asalkan ber-update belog aku ye tak? Kohkohkohh.. Kisah bermula apabila kami takde tempat nak dituju. Chewahhh suka suki jek aku bagi sebab kan???

 

IMG_5387

Camwhore kejap sebelum bertolak. Spec mata memang nak yang gabak aje kan???

 

Hari Sabtu (entah Sabtu yang bila), aku dengan Cik Epal plan lah nak ke Times Square. Memang hari tu kitorang takde plan sangat, so hang out je lah kan. Hohoo… Sampai kat KL Sentral mak aihh ramai nye umat manusia!

 

Kitorang keluar memang nak berbuka puasa sekali kat TS, so kitorang gerak dari KTM Sungai Buloh dalam kul 3 camtulah. Then, dalam kul 4 tu dah sampai kat Times Square. Sebab takut takde tempat kosong untuk berbuka, Cik Epal ajak booking meja dulu kat Vivo.

 

IMG_5396

So, dah siap reserve dan order makanan kat Vivo, kitorang pun mulakan misi shopping!! Aku tak shopping banyak, Cik Epal lah yang shopping tak hengat. Kalau aku turut shopping gak, kang kering lak aku! Maklumlah, aku dah beli baju kat online shop, so kat TS aku takde benda nak beli sangat. Cuci mata aje lah. Kohkohkohhh….

 

 

IMG_5390

Tengah jalan-jalan. aku dan Cik Epal ditegur oleh seorang awek cun. Perghhh nak ngorat ke? Kohkohkoh!!! Awek cun tu sebenarnya blogger jugak. Terkejut makkk bila dia tegur. Kohkohkoh!!! Cik adik manis tinggi lampai ni namanya Yaya.

 

IMG_5392

Yaya dan Cik Epal.  Comel ouhh beliau! Moh ler ramai-ramai terjah blog Yaya  ni ehh…

 

Ouhhhh dah nak masuk waktu berbuka ouhh!! Perut dah lapar. Longgar lutut jalan-jalan dalam TS! Kohkohkoh! Kalau tak tawaf segenap pelusuk kat TS ni memang tak sah!! So, Restoran Vivo kami terjahhhh!!!

 

IMG_5410

Aummmm aku order air yang nampak macam jus tembikai ni. Tapi sebenarnya nama dia citrus heaven. Dalam air ni dia campuran buat-buah dan juga carrot. Tapi sedap wohh!! Yang warna hijau tu apple twist yang Cik Epal order.

 

 

IMG_5402

Aku dah lama nak makan cheese-baked meatball. Dapat pulak kat vivo, tapi yang ni lain sikit. Namanya baked meatball spaghetti. Kat bawah nye ade spaghetti. Bagi peminat pasta macam aku memang sedap ahh makanan ni! Tapi banyak kot! Kenyang betul aku.

 

DSC_1266

Muka riang. Yelah, nak berbuka puasa kan. Nak-nak lagi kat depan mata ada makanan yang bau nye fuhhh menggugat iman!

 

IMG_5408

Mashed potato, side order aku. Kuah nya kurang pekat, but still sedap!!

 

 

IMG_5413

Hooo Cik Epal kalau bab makan memang dia terer! Nasib dia bawak aku pergi Vivo. Yelah, aku pun tak pernah rasa lagi makan kat sini. Tak sangka dia pun minat makanan western!!

 

IMG_5405

Berbuka ala-ala orang putih sikit kami hari tu. Kohkohkoh.. ini pulak hidangan yang Cik Epal order, new york fish n chip. Nampak sedap! Aku suka coleslaw dia..

 

 

IMG_5403

Ini side order Cik Epal. Breaded scallop. Rasa macam isi ketam. Sedap wohh!! Tapi tak habis, Cik Epal bungkus bawak balik. Kat rumah dia makan dengan sos cili dan mayonis. Sedap weyy.

 

 

IMG_5420

Dah makan-makan sampai perut kenyang tuh, boleh lak buat vlog. Video nye nanti-nanti lah aku edit dan upload ye. Kohkohkoh..

 

 

Thanks a lot kat Cik Epal sebab kenalkan aku dengan restoran western ni. Aku suka!! Aku suka!! Lepas ni kalau berjalan ke TS dengan adik or kawan-kawan, boleh lah aku ajak dorang pulak rasa kat sini. Hohoo…

 

Penat berjalan, kitorang balik. Sampai di KTM Sungai Buloh dalam kul 10 jugak. Tapi best lah dapat jalan-jalan dan shopping. Cik Epal lah paling puas hati, sebab dia bawak beg shopping yang sangat banyak. Kohkohkoh.

 

 

Okay lah, penat menaip pulak. Kohkohkoh.. Bye bye! Selamat hari raya!!

sign NISA


Read More»

Khamis, 25 Ogos 2011

CAMPUS YOUTH PC CARNIVAL

 

Assalamualaikum…

 

Malas nak taip banyak actually… Hohooo update tengah malam dengan hati tenang selepas assignment aku siap. ALHAMDULILLAH… Semalam aku dah war-warkan di facebook mengenai PC Carnival  yang berlangsung di dewan UNISEL SHAH ALAM.

1

296584_193210707413280_123436407724044_493255_3488630_n

 

Niat asal aku sebenarnya nak cari cooler dan mouse aje.. Tapi bila masuk aje ke dewan, mak aihhh banyak nye barang-barang yang menawan kalbu! Dekat pintu masuk aje dah ade orang jual CD drama bersiri korea okay!

 

IMG-20110824-00934

Jalan-jalan lagi, dok usha-usha barang komputer. Konon-konon nak pusing satu dewan, suvery harga dulu lah konon? Aku ingatkan dia buat PC Carnival biasa-biasa aje.. Hohoo rupanya ada lah sikit macam PC Fair kat KLCC. Kohkohkohhh perbandingan melampau!!

 

Yang takleh blah nye, selain ada jual CD korea, ada jugak jual aksesori, baju vintage, beg, dan lain-lain. Adoi makkk mengundang betul! Tapi aku dah janji aku taknak beli barang yang aku tak perlu pon!!

 

 

IMG-20110824-00933

Gambor aku ade macam professor gila tak? Kohkohkoh!!

 

Haaa singgah pulak kat booth Metta Vision Care Optical. Buat pemeriksaan mata, usha-usha speck kat situ, alih-alih aku decide untuk buat speck baru setelah speck tebal yang aku pakai tak berganti lebih setahun.

 

Serius aku cakap, aku buat speck dengan harga RM139 sahaja, dan ini merupakan speck aku yang paling murah. Nanti dah siap aku ambik gambor penuh kembang idong eh?

 

 

IMG-20110824-00935

Jalan-jalan lagi, lepak sat kat depan stage. Hoooo lelongan bermula! The selected a few gadgets and goodies, and they auction it started from RM1.00 only meyh!! Untung lah kalau dapat barang best dengan harga murah! Ada abang tu beli speaker comel dengan harga RM6.00 aje weyh!!

 

 

IMG-20110824-00936

Jalan-jalan lagi. Oh myyyy! Buku-buku!! Novel!! Suke nye makkkk!!! Kohkohkoh!! Lama jugak lah aku membelek buku-buku kat sini. Oh yea bebeyh, minat membaca aku masih belum pudar okayh. Aku cuma kurang masa aje sekarang.

 

Novel Karipap-karipap Cinta menarik perhatian aku, tapi masih belum cukup menarik untuk buat aku beli ia. Kohkohkoh!!!

 

IMG-20110824-00937

Tahajud Cinta NISA ??????????? Kohkohkohh!!! Untung lahh ada novel dengan nama aku. Perasan kejap boleh? Amik feel buat drama adaptasi novel. Untung-untung boleh meletop macam Nora Elena? Kohkohkoh!!!

 

 

IMG_5505

Sebenarnya, aku beli 4 barang sahaja tadi. Aku beli mouse HP, sebab mouse Zen II aku buat hal pulakkk. Sedeyh! Lepas tu ternampak pulak external hard disk 640GB dengan harga RM165 sahaja! Apa lagi, rembatttt.

 

Maklumlah laptop buruk aku ni dah full memory nya. So, aku rembat external satu sebab nak save gambar raya lagi? Kohkohkoh!! Yang merah tu leather casing for the external hard disk.

 

 

IMG_5509

Yeahhh buku ni yang aku beli. Aku tertarik nak beli sebab kawan-kawan aku cakap best. Aku tengok buku ni pon cukup buat aku tertarik nak beli. Murah pun murah… Kohkohkoh!!!

 

So kalau korang nak beli barang-barang murah, terjahlah dewan sebaguna UNISEL SHAH ALAM Seksyen 7 okay!! Hari ni (25 Ogos 2011) merupakan hari terakhir PC Carnival ni berlangsung!!!

 

 

 

Thanks for reading.

sign NISA


Read More»

Rabu, 24 Ogos 2011

Giveaway Beg Comel daripada kukutanganku (^_^)

 

Assalamualaikum semua…

 

Yeahh mood untuk join giveaway kembali lagi yeawww.. Mungkin sebab aku tertarik dengan hadiah beg yang ditawarkan? Hohohoo…

 

page

 

Whoaaa memang menarik lah giveaway ni! Beg nye pulak comel-comel. Mana tahu salah satu nya menjadi milik sesiapa yang bertuah menang giveaway ni? Kalau nak tahu lebih lanjut pasal giveaway ni, boleh lah terjah ke blog MIRA SYIRA.

 

Oke sekarang aku kena tag 3 orang kawan untuk sama-sama memeriahkan giveaway ni. Mana tahu, kalau bukan rezeki aku menang, rezeki salah sorang orang yang tag ni?? Hohoo..

 

Anda-anda yang saya tag sekalian, jom join eh? Kalau korang yang membaca ni nak jugak join, boleh lah (sekali lagi promote) terjah ke blog MIRA SYIRA.

 

Dan ohh ya! Kalau berminat nak beli beg-beg yang comel lagi cantik menarik, jom ke link ni : http://kukutanganku.blogspot.com/2011/08/ini-dia-beg-comel-dan-menggiurkan.html 

Atau pun boleh LIKE fan page ULALA Cantik Manis.

 

 

 

Thanks for reading.

sign NISA


Read More»

#12 Wordless Wednesday

 

 

IMG_4685

 

Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

JOM KE : Fan Page Wordless Wednesday | Blog MalaysianWW

 

 

 

sign NISA


Read More»

Layan lagu Jessie J

 

Assalamualaikum…

 

Cakap pasal Jessie J, most of you mesti ingat lagu Price Tag. Aku rasa lagu dia yang pertama, lagu ni lah. Itu pun aku dengar Maddi Jane cover lagu dia, barulah aku kenal Jessie J.

 

jessiej_nobody

Comel gak eyh Jessie J? Hohoo… Tapi kan sekarang aku selalu dengar lagu Jessie ni lah. Berulang-ulang kali! Aku tak tahu kenapa aku suka lah pulak dengan lagu-lagu dia.

 

Tapi tak semua lah kot… Selepas lagu Price Tag, aku ada minat dua lagu beliau.

 

854d6fae5ee42911677c739ee1734486_JessieJ-03

Who's Laughing Now - Jessie J

 

 

JessieJ-Nobodys-Perfect

Nobody's Perfect - Jessie J

 

 

Dua lagu ni yang selalu aku dengar sekarang. Aku suka pulak lagu-lagu macam ni. Tak tahu lah kenapa. Well, some of you might say that lagu-lagu yang aku suka tak best, tapi nak buat macam mana… taste setiap orang lain-lain ye tak?

 

Bagi aku, biarlah kita nak suka lagu macam mana pun. Telinga yang mendengar lain-lain mahunya. Jangan hanya kerana orang lain suka sesuatu, kita kena suka juga. Have our own life lah kan. Hohoo…

 

 

 

Thanks for reading.

sign NISA


Read More»

Selasa, 23 Ogos 2011

#3 AKU DI ENTRY MEREKA

 

Assalamualaikum…

 

Yeahuuu aku kembali update setelah berdiam diri sepanjang hari. Ye lah, hari ni satu entry je kot? Entry kali ni aku buat simple aje tau! Khas untuk beberapa orang yang telah mention aku / blog aku di entry mereka.

 

Thanks a lot kepada 4 blogger di bawah ni. Untuk baca entry mereka, klik di banner mereka ye!

 

aaaa

hhe

header faa laa!

vbnm,

 

Weee itu sahaja untuk kali ni. Terima kasih kepada yang sudi mention aku / blog aku dalam entry korang. Suka dan terharu tau! Hohoo maklumlah, kita ni siapa aje lah kan. Nak kata retis, langsung tak! Nak kata glemer? Jauh panggang dari api!

 

Hohooo… ada ramai lagi, dan link-link orang lain ada lagi aku simpan.. cuma aku akan keluarkan sikit-sikit ye… Thanks for reading.

 

 

sign NISA


Read More»

Iftar bersama rakan-rakan blogger di Armanee Condo

 

Assalamualaikum semua..

 

Aku pernah suarakan hasrat untuk iftar dengan kawan-kawan blogger ni tak lama dulu. Konon-konon nak plan dengan geng kat Sahabat Blogger tuh. Tapi malangnya ramai yang sibuk atau duduk jauh.

 

Akhirnya Darkbatman telah menganjurkan iftar bersama blogger-blogger yang dia telah invite aku. Wahhh terharunye aku blogger retis invite dowh! Yang datang nanti pon sume retis-retis!! Errr aku aje la yang tak retis??

 

IMG_5423

Blogger yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis iftar ni adalah : Cik Epal Gonjeng, Nisa Kay (aku le tuhh), Akmal Hilmi, Shaheizy Sam si buah hati Cik Epal, Anak Perak, Red Linda, Yuyu Musa dan of course le tuan rumah si Darkbatman.

 

Yang tiada dalam dalam gambar ialah akak Pen Merah sebab dialah photographer of the day, dan juga abang besar a.k.a. SpiderGelap sebab beliau pemalu sangat. Setahu aku, Aizul Marcello turut dijemput tapi beliau ada hal yang tak dapat dielakkan makan tak dapatlah beliau datang.

 

DSC_1300

Haaaa ni gambor entah ke berapa kali nak snap. Sekali ternampak uban kat kepala Darkbatman! Aku ni pulak pantang nampak uban terjuntai kat kepala mesti geram nak tarik! Hahaa tak senonoh wey aku ni la. Kohkohkoh!!!

 

 

DSC_1274

Ni first time aku pergi rumah Darkbatman di Armanee Condo tu. Selama ni aku ke Armanee hanyalah untuk photoshoot, tu pun kat area kolam aje. Fuhhh besau nye rumah beliau! Condo pon banyak retis duduk. Kelas kaw batman. Kohkohkoh!!!

 

Baru aje sampai dah excited nak bergambar. Feeling ambil gambar kat balkoni kejap. Turut layan feeling ialah Lelaki Seksi dan Budak Gonjeng. Kohkohkoh!!!

 

 

cats

Yeahhh melihat kepada hidangan nye memang meronta-ronta perut aku minta diisi. Haihhhh terasa lambat benor waktu berlalu, tertunggu-tunggu je waktu berbuka. Aku ambil lauk daging aje, ayam aku tak rasa pulak.

 

Tapi aku rasa kuih-muih lebih banyak dari lauk pauk. Hoho!!! Tapi tak semua gambar aku ambil. Aku sibuk nak bergambor jugak. Huahua…

 

 

DSC_1287

Dah masuk waktu berbuka. Apa lagi? Seranggggg!!!!! Hohoo turut menyerang meja makan ialah Darkbatman, Yuyu Musa dan Lelaki Seksi. Sorry guys, kamera tu fokus kat aku aje. Sebab tu gambar korang blur sikit. Kohkohkoh!!!

 

 

IMG_5430

Time berbuka ni laaa Darkbatman sibuk nak ber-vlog pulak. Mentang-mentang la blogger retis kan, vlog harus ada! Vlog dirakamkan oleh akak Pen Merah.

 

 

IMG_5439

Haaa tu dia batman bersama abang besar a.k.a. SpiderGelap . Alamak aii abang besar ni pemalu gila meyh! Sampai guna DSLR nak cover muka terlebih hensam tuh. Kohkohkoh!!!

 

 

DSC_1392

Aku dan retis Cik Epal Gonjeng.

 

 

DSC_1389

Aksi skandal terhangat bersama Akmal Hilmi lelaki seksi. Cik Epal Gonjeng kata pasangan bahagia????!! Kohkohkoh! Nasib laa si seksi ni takde awek, kalau tak nanti ade pulak yang datang bawak meriam besor serang aku!!

 

 

Okay dah tu aje nak share. Aku ada buat video sebenarnya tapi malas nak upload lagi. Kalau batman buat video semasa majlis iftar berlangsung, aku lak buat video selepas majlis iftar. Nanti kan ye. Kohkohkoh!!!

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay