Sabtu, 25 Julai 2020

Kedai Cermin Mata Viral Sungai Wang Plaza - Kaca Mata Hitam Murah !!




Assalamualaikum semua !

Wah wahh lamanya tak berkongsi cerita dengan pembaca semua! Nisa rindu betul nak kembali aktif menaip macam dulu! Haa... macam biasalah kalau Nisa dah mula menaip ni, maknanya ada benda best yang betul-betul best yang Nisa nak share dengan korang semua!


Baiklah.. Nisa tahu ramai di luar sana yang macam Nisa juga.. susah nak cari cermin mata hitam atau sunglasses yang ada power. Nisa pernah survey dulu, harganya agak mahal.. maka Nisa simpan sahajalah hasrat nak buat sunglasses ada power. Kebanyakan kedai mempunyai pilihan bingkai yang agak terhad pula tu. Tak pun, kalau nak pakai sunglasses yang stylo, kena pakai contact lens dulu. Rimasnyaaa bila terlalu kerap pakai kanta lekap kan! 



Haaa tenang ya kawan-kawan! Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian! Masih ingat lagi blogpost Nisa mengenai KEDAI CERMIN MATA VIRAL yang terletak di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur? Haaa ya betul tuuu kedai cermin mata EYE SMART VISION ! Nisa kembali lagi ke kedai ini untuk membuat cermin mata hitam! Haaa inilah yang Nisa nak kongsikan untuk blogpost kali ini.

**Untuk memasuki premis ini, pihak Eye Smart Vision menetapkan SOP seperti yang disarankan oleh kerajaan di mana para pelanggan harus memakai topeng muka, merekod kehadiran menerusi QR Code, penggunaan hand sanitizer, dan mensanitasi barangan serta common area di dalam kedai.




CERMIN MATA HITAM + POWER = RM165 SAHAJA !!!

Iyaa benar sekali! Semurah itu harganyaaa! Bagi Nisa yang ada power dan silau yang agak tinggi, memang Nisa setia buat spec di Eye Smart Vision sahaja sebab harga spec Nisa kini tidak lagi mencecah RM200 pun! Jimat dan sangat berbaloi! Buat cermin mata hitam (sunglasses) di sini pun murah sangattt!




LANGKAH 1 - Bawa cermin mata anda ke kedai

Ini penting ya. Untuk buat sunglasses ini, ia perlu dihasilkan SAMA POWER dengan cermin mata anda yang biasa. Ini kerana nak mengelakkan anda berasa pening atau sukar dan membiasakan diri dengan sunglasses itu nanti. Jadi, sunglasses anda akan dibuat berdasarkan power cermin mata anda ya!




LANGKAH 2 - Pilih mana mana bingkai yang anda ingin kan!

Yaaa hanya pilih mana mana bingkai cermin mata yang dipamer di kedai, pilih sampai anda jumpa yang betul-betul sesuai dengan wajah anda dan yang paling penting, bingkai yang buat korang nampak lagi handsome / cantik! Hahaa..



LANGKAH 3 - Pilih peratusan kegelapan cermin mata anda.

Haaa korang boleh tentukan sendiri, korang nak sunglasses tu gelap tahap mana. Nak betul-betul gelap ke.. nak 75% gelap ke.. nak low percentage pun boleh, boleh gunakan pada waktu siang dan juga malam. Haa semua boleh lah! Jimmy dari Eye Smart Vision sangat-sangat membantu Nisa dengan menerangkan lebih info mengenai sunglasses with power ni tau. Nanti kalau korang nak buat sunglasses jugak, boleh cari Jimmy! Hehe..



Sunglasses ini hanya mengambil 1 hingga 2 hari ini untuk siap. Sekiranya anda tidak dapat datang semula untuk mengambil sunglasses ini di kedai, pihak Eye Smart Vision menyediakan penghantaran menggunakan despatch mereka sendiri buat pelanggan yang tinggal di sekitar Lembah Klang. Jika anda tinggal jauh dari kedai, mereka juga boleh menghantar sunglasses anda menggunakan kurier.



DISKAUN 10% UNTUK ALPHA LENS!

Berita gembira buat semua pelanggan Eye Smart Vision! Bila korang buat spec mata dengan Alpha Lens di sini, jangan lupa dapatkan kad Alpha Lens ini, dekat bahagian belakangnya akan direkodkan power dan silau korang. Jadi bila nak buat lagi cermin mata di kedai ni, bawa kad ini untuk menikmati potongan 10% dari harga Alpha Lens ! Wahh lebih berbaloi! Tak sabar Nisa nak buat cermin mata baru kat sini!



Teruja sungguh Nisa, selepas hanya 2 hari, Jimmy dari Eye Smart Vision memaklumkan Nisa yang sunglasses dah siap! Terus terbayang-bayang bagaimana nak menggayakannya, nak bawak pergi bercuti, nak pakai masa memandu haha!!


Korang boleh baca sendiri antara testimoni para pelanggan Eye Smart Vision,  rata-ratanya berpuas hati  dengan servis dan produk yang diberikan. Pelanggan yang tinggal di negeri atau daerah lain pun boleh menggunakan perkhidmatan pengeposan untuk cermin mata.



Disebabkan pejabat tak jauh dari Sungei Wang Plaza, jadi Nisa drop by je pickup sunglasses ni. Seronok sangat! Lepas ni tak perlu lagi pakai contact lens semata-mata nak pakai sunglasses, lebih-lebih lagi untuk pemanduan jauh, mata Nisa akan jadi kering kalau pakai contact lens disebabkan aircond kereta. 



Boleh tonton sendiri pengalaman Nisa pergi ke Eye Smart Vision tahun lalu.


PUAS HATI DENGAN SERVIS EYE SMART VISION :
  • Servis yang mudah dan pantas.
  • Staff yang sangat membantu dan informative.
  • Boleh pilih bingkai cermin mata yang diingini.
  • Pilihan bingkai pun banyak sangat yang cantik-cantik.
  • Sunglasses sangat selesa dipakai, tak rasa pening.
  • Memudahkan Nisa untuk pemakaian harian.



Terima kasih Eye Smart Vision ! 


INSTAGRAM : 

FACEBOOK PAGE : 

ALAMAT : 
Lot G114, G Floor, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur

WHATSAPP : 



Nisa Kay.

Read More»

Copyright © Nisa Kay