Sabtu, 30 April 2011

QUICK UPDATE : Fun & Fair Garage Sale

Heyyy just a quick update! Aku dah bersiap-siap nak ke Taman Tasik Titiwangsa nih… I’m going to attend FUN & FAIR GARAGE SALE!!!

Yeahhuuuu!!

 

 

 

Haaa kalau sesiapa yang tak tahu macam mana nak pergi, kat atas ni aku dah sertakan peta. Jom ramai-ramai pergi!!! Hehehehee

Apa-apa info boleh ke FACEBOOK Fun & Fair Garage Sale.

 

Picture2472

P/S : Kepada blogger Hasif Hamsyari, Nisa minta maaf ye sebab tak dapat ke pesta buku kat PWTC tu… By the way, thanks for the invitation. InsyaAllah ada masa kita berjumpa jugak :)

 

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Blogger in Draft berwajah baru?

Assalamualaikum semua…..

Pagi-pagi saya dah terjaga gara-gara perut mula buat hal. Nak kata rasa nak membuang, jauh sekali.. cuma senak perut biasa. Tapi buat aku tak selesa untuk terus menikmati tidur dengan comforter best aku tu.

Bila dah bangun tu, aku pun mandi-mandi dan terus online. Apa lagi, check blog la kan… Sekali aku log in blogspot aku, alamakkkkkk!!! Aku rasa macam aku masuk ke web page yang sangat asing!!!

 

wajah baru 1GAMBAR 1 : Klik untuk tumbesaran padu.

 

Haaa tu dia!!! Bagi sesiapa yang dah bertukar ke Blogger in Draft (blogger.com versi terbaru), aku rasa mesti homepage blogger dia bertukar macam ni. Ke aku aje? Adoi makkk…

Tapi bagi aku ia bukanlah satu masalah pun. Kita dah sedia maklum dengan perkembangan teknologi zaman sekarang. Hampir setiap hari mesti ada aje penemuan baru, atau penambahbaikan dalam teknologi. Teknologi adalah sesuatu yang merebak/membesar/tumbuh dengan pantas.

 

wajah baru 2GAMBAR 2 : Klik untuk tumbesaran padu.

 

Bagi yang telah set kan Comment Moderation (setting yang kalau orang komen kena approve dulu), korang boleh check komen yang baru masuk kat tempat aku letak anak panah tu. Kat kotak di sidebar kiri ni jugak ada overview blog, so boleh tengok bilangan terkini pageviews blog anda.

Kalau kamu nak bertukar ke homepage blogger yang paling latest, sila cari ayat macan dalam kotak merah tu. Just klik aje. Dengan blogger versi Blogger in Draft ni, kita boleh post dan edit entry dengan lebih mudah. Macam gambar di bawah ni.

 

wajah baru 4GAMBAR 3 : Klik untuk tumbesaran padu.

 

Haaaa kan lebih senang mata memandang tu, dengan ruang yang minimal warnanya, dan lebih luas. Aku rasa, nak menulis entry pun puas hati. Tak macam blogger.com yang lama, ruang nak update entry nye terlalu sempit dan tak best mata memandang, sebab tu sekarang aku guna Windows Live Writer aje kalau nak update blog.

 

wajah baru 3GAMBAR 4 : Klik untuk tumbesaran padu.

 

Rujuk semula GAMBAR 2, kalau anda klik pada Dashboard tu, dia akan keluar page macam dalam gambar 4 di atas. Tab yang pertama memaparkan overview blog kita. Kira macam statistik blog kita la… berapa komen, berapa visits.. menda-menda camtu laaa kiranye. Haaa.. kalau nak tahu yang lain, sila explore sendiri. Kahkahkah!!! Aku ponnnn belum habis menelaah lagi benda nih.

SUSAH KE NAK GUNA???? Alah bisa tegal biasa laaa…. Adatlah kita belajar benda baru kan…. There’s always a first time for everything. Kalau tak mula belajar, kita takkan tahu lah kan??? Hehehe oke selamat meng-explore!!!

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Love you girlfriend ! ! !

Weehuuuu suka lah!! Suka lah!! Hari ni hari bahagia. Lepas memenuhkan tangki perut dengan ayam panggang Nando’s, Myra ajak aku jalan ke tingkat atas, beli barang serba sedikit di Watsons.

Lepas tu, naik lagi escalator tuh, menuju ke tingkat tiga pulak. Nak pergi mana? Jeng jeng jenggg…..

 

IMG_2567

Yeahhh!! Chocolate Circle.. !!! Fuhhh bagi peminat coklat, masuk kedai ni memang best. Hidung aku pon kembang kempis aje menahan aroma coklat yang menyentuh kalbu. Chewahhhh…!!! Suke noks!

Apa yang Myra nak beli kat situ??? Aku dah malas masuk, so aku duduk luar aje.. Maklumlah, dah masuk kang aku lak yang memborong cokelat. Huahuaa~

 

IMG_2571

Whaaa coklat!! Myra my sayang telah hadiahkan aku coklat neh!! Thanks girl!! Love you muah muah!!

Kenapa beliau bagi aku hadiah ni, biar aku dengan dia aje tahu sebab musabab nye. Hek hek hek~

 

IMG_2572

Yeayyy cokelat!! I loikkkeee!! Oh by the way, aku memang peminat coklat, tapi aku tak makan coklat setiap masa. Kirenye aku ni bukan peminat tegar lah eh? Alaaa tak kesah lah.. Aku sukalah! Hohoo…

P/S : Ade orang cakap dia suka tengok aku pakai shawl biru hitam ni. Sweet katanye. Auwww kembang hidong aku nyahhh~

 

 

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 29 April 2011

Niat di hati nak beli macaroons aje, tapi mata berkenan pulak dekat baju tu!

Assalamualaikum semua….

Fuhhh petang yang tidak berapa terik ye hari ni, berikutan kawasan Shah Alam baru aje lepas hujan… Aku perasan sejak dua tiga hari ni, asal masuk pukul 4 lebih aje mesti hujan turun dengan lebatnya..

Oke lah tu hujan, kalau panas sangat pun sakit jugak kan? Apa-apa pun kita bersyukur dengan apa pun cuaca yang Allah turunkan… Oh yeee… dalam entry sebelum ni, aku ada sebut tak yang aku singgah di The Old Blossom Box Store (OBB) semalam.

 

 

Memandangkan aku memang nak ke Pusat Poslaju di Glenmarie, so memang akan lalu di Laman Seri Seksyen 13, Shah Alam. Tiba-tiba pulak dahhh anak tekak aku ni meronta-ronta nak meratah macaroons yang comel gilers tuh! Oh ye… macaroons yang dijual di butik OBB ni adalah dari That Last Slice.

 

IMG00430-20110428-1339

SLICE

 

Inilah rupa macaroon yang aku beli kat The Old Blossom Box Store . Macaroons yang ni berperisa salted caramel, dan untuk pengetahuan semua, That Last Slice (TLS) hanya menjual macaroons di butik OBB. Untuk maklumat lanjut mengenai jualan macaroon oleh TLS, sila klik sini :) Memang sweet! Memang sedap!

Ohhh ye, niat asal singgah di OBB memang hanya untuk memenuhi nafsu anak tekak aje. Tapi, bila dah melangkah masuk ke butik OBB yang sangat comel itu, maka nafsu untuk shopping benda lain pun timbul. Alamakkk… godaan betul lah! Aku pun duk usha laaa blouse dengan tops yang ada kat situ. Tahu tak apa yang aku beli??

 

Niat di hati nak usha Novelty Mary Janes shoes ni. Lepas try, tak ada saiz aku pulak… Hadoi makkk… dah lah aku terpikat dengan warna Sweet Candy Pink ni. Tapi apakan daya… bukan rezeki aku kot… sekali aku terpikat pulak dengan benda lain.

 

IMG00446-20110428-2007

BILLOWY SLEEVED TOP. Yang warna putih di atas tu, gambar penuh baju yang aku beli, yang gambar kedua tu, baju yang aku beli. Warnanye coklat kehijauan sikit laa.. Tak reti nak cakap warna macam mana. hehehe… yang aku beli tu pulak last piece. Wuhuhuuu…

Heheheee bahagia pulak kurasakan. Terima kasih kepada insan tersayang kehkehkeh! Ohhh ye, review aku pasal baju ni… I like it very very much!!! Kainnya sangat selesa dan sejuk aje bila pakai. Hehe berbaloi jugak aku beli baju ni. Ohh ye, aku masih dalam proses mencuba gaya pakaian yang baru. Hehehe.. Apa-apa pun, thumbs up untuk Jezmine Zaidan tuan kedai OBB.

 

IMG00434-20110428-1345

Thank you Jez! Hehehe apa lagi, jom ramai-ramai usha blogshop The Old Blossom Box Store. Bagi sesiapa yang tinggal di kawasan berdekatan singgah lah butik OBB di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam ye.

P/S : Alamakkkk lupa pulak nak cerita yang aku pergi ke sini bukan keseorangan. Of course laa dengan crime partner aku si Myra. Ohh ye kalau nak tengok pulak apa yang dia rembat, rajin-rajin lah KLIK SINI.

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Khamis, 28 April 2011

Lagu ni buat aku . . . kahkahkah!!!

Assalamualaikum semua…

Hari ni aku balik kelas, aku terus balik rumah… punya lah nak check sama ada parcel dari online shop dah sampai ke belum…. tapi malangnya tak ada pun.

Lepas tu, aku nak pergi ke pusat pos laju untuk tanya pasal parcel aku, so dalam perjalanan tu, aku lalu lah dekat The Old Blossom Box Store, so aku pun singgah laaa… dengan harapan nak beli macaroons! Oppsss cerita lain, entry lain ye.

Sedang aku ber-blogwalking dengan aman damainye… aku singgah laa ke blog Cik Bulat, blogger yang bertanggungjawab design template blog adik aku… Sekali aku terjumpa laaa lagu feveret Cik Bulat.

 

 

POTONG BEBEK ANGSA MASAK DI KUALI?????!!! Kahkahkahkahkahhhh!!!! Haru betol lah lagu ni. Mungkin bagi kanak-kanak lagu ni merupakan lagu riang gumbira lagi ceria. Kuikuikuii…

Tapi not bad ape?? Kan kan kan?? Boleh laa buat halwa telinga dikala diri sedang berduka lara ye tak??? Apa-apa pun.. korang enjoy je la lagu ni yek! Smile with tongue out

 

 

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 27 April 2011

UPDATE ON THE SPOT : Dalam bilik meeting! Selamba jadah je aku online.=!

Assalamualaikum semua...

Malam ni aku menghadiri meeting. Wakil-wakil kelab dan persatuan bertemu dan bersuai-kenal mesra dengan barisan perwakilan pelajar kampus aku. Kahkahkah! Mesra ke? Ehhh adatlah mana-mana meeting pun, berapa aja yang seronok?

Ohh ye, aku datang ke meeting ni bukan sebab aku presiden atau pengerusi mana-mana kelab, tapi aku mengiringi Iejam Hosen selaku presiden Communication & Media. Position aku? Alaaaaa yang tukang catat tuuu...




Haaaa tu dia! Boleh pulak aku terrrrrr-serempak dengan seorang blogger nih! Seingat aku, first time aku jumpe mamat neh masa Mini Gathering group Sahabat Blogger di Extreme Park 15hb Februari 2011. Sapa mamat neh????




Hah!!! Tengok tuh! Orang duk meeting, aku dengan mamat neh dok ber-webcam laa pulak! Bajet muke comel laa masing-masing! Ptuihhh...




Hahhh buat muke comel lagi! Hohh!!! Sape ni??? Oke lah malas aku nak suruh korang teka pownnnn.. Ni lah   
Eazy Izzuddin si photographer dan videographer. Lepas ni sapa nak buat vlog boleh upah belia eyh? Kuang kuang kuanggg...

Oke oke malas dah merapu. Dah macam debat perdana pulak meeting nih. Apa aku buat? Update blogggg. Hekhekhek!!  Oke nak sambung terlelap. Bye bye... 







P/SEazy Izzuddin kirim salam kat semua awek single kat luar sana. Beliau kata, sapa sudi pergi laa apply borang.kahkahkah!

Read More»

Terima kasih lagi.

Assalamualaikum semua…

Di saat aku mula menulis entry ini, jam di penjuru skrin laptop menunjukkan 4.37pm. Urrgghhh cuaca di luar masih panas terik. Mungkin aku akan keluar petang sedikit, tunggu lah sampai cuaca agak redup.

Handphone Sony yang aku repair dah pun siap dan aku tahu ia meronta-ronta memanggil aku untuk bawak dia pulang. Cewahhhh bukan main lagi aku nak bermadah bagai. Sudah! Ptuihhh.

 

 terimakasih

 

Heee TERIMA KASIH! Hanya dua patah perkataan ni yang mampu aku ucapkan kepada semua followers tercinta. Terharunya aku, walaupun aku sekarang sangat busy dan tak update blog, masih ramai yang singgah dan tinggalkan komen.

Walaupun followers blog aku masih seciput kalau nak banding dengan blogger cun melecun Fatin Liyana dan Yuyu Zulaikha, tapi aku nak terharu jugak! Ye lahhh… selama aku berblogging, tak penah aku impikan blog aku jadi macam hari ni. Srootttt (hembus hingus kat tisu)

Oke meh sini semua aku nak share kan beberapa entry yang mana ada mention nama aku or nama blog aku (walaupun sekali aje mention nye)

 

 

Haaaa tu dia entry-entry nyaaa.. Thanks kepada semua di atas yang sudi mention kitew dalam blog diewww.. Auwwww terharunyeee sobsobbb~ Kepada followers yang lain, anda juga sama bermakna di mata saya. Hekhekk… Thanks kepada yang follow blog aku secara rela (sebab aku tak amalkan konsep “I follow you, you follow I” ye…. Aku sangat menghargai kepada yang follow tanpa paksaan, dan tidak memaksa untuk follow.

Ohhhh ye… lepas ni kalau aku ada mood, aku akan buat entry pasal giveaway aku yang bakal aku jalankan pada masa akan datang. Giveaway ni aku buat khas untuk follower aku ye.. Dan alhamdulillah setakat ni, aku dah dapat 3 orang sponsor untuk giveaway aku. Dan insyaAllah kalau ada yang nak sponsor, aku alu-alu kan yeee. Hekhekhekk…

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Siapa kah Malaysia’s Next Top Female Blogger?

Assalamualaikum….

Wahhh amacam ade excited tak baca tajuk entry? Kuang kuang kuang! Aku suke! Apakah Next Top Female Blogger nih??? Ada macam next top model ke? Wowww kalau next top model memang glemer abes la kauuuu. Suke auww auww…

 

Sandra Azwan, merupakan seorang designer dan tak lama lagi beliau akan menganjurkan satu contest yang mana bagi aku sangat sangat menarik untuk kita blogger wanita hokeyh!!

 

sandraazwan

 

Contest ni mudah aje, menurut email yang dikirimkan oleh Sandra Azwan, contest Malaysia’s Female Next Top Blogger ni mudah aje… Hehehe so tak perlu ragu-ragu untuk join ye semua… Beliau ada menyatakan bahawa kita blogger wanita hanya perlu jawab soalan yang berkaitan dengan GAYA, FASHION SENSE,
LIFESTYLE dan BLOG anda.

Selain tu, contest ni jugak mungkin memerlukan anda untuk merangka slogan yang paling kreatif yang pernah anda fikirkan!

Tapi…. tunggu dulu! CONTEST NI BELUM LAGI BERMULA… Sekarang ni Sandra Azwan sedang busy dengan collection terbaru beliau… So maybe contest ni akan berlangsung sekitar bulan Mei? So, sama-samalah kita menantikannya dengan penuh rasa excited!!!! Hehehee..

P/S : Sebarang info sila klik pada banner di atas :D

 

 

 

BERITA PANAS!!!!

Sandra Azwan yang baik hati ni telah pun bersetuju untuk menjadi sponsor hadiah utama dalam giveaway blog aku yang akan datang. Yang pasti hadiah dari pihak beliau sangat eksklusif ye!!

Haaa bila pulak giveaway aku berlangsung??? Tu pun kena tunggu sebab aku pun masih dalam proses menyediakan hadiah-hadiah. Tak pun, aku tengah tunggu follower blog ni mencecah 5000. Hohohooo!!!

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Ahad, 24 April 2011

Tangan pun nak dimanjakan jugak!

Assalamualaikum…

Selamat pagi semua… Cewahhhh ceria semacam pulak aku pagi ni. Ye lah, bangun pagi dengan suasana yang sejuk dan menghirup udara segar kampung halaman. Kahkahkah! Apa kah yang aku skema sangat neh!

Ohh ye baru-baru ni kakak kesayangan aku dengan baik hatinya mengajak aku join beliau buat keje giler!

 

IMG_3279

 

MANJAKAN DIRI????!! Ehemmm apakah??? Hekhekhek! Macam tajuk entry ni… tangan kita ni pon nak jugak dimanjakan… Kalau muka kita manjakan dengan facial treatment. Kalau badan kita  belai dengan urutan spa, kalau rambut pulak kita cuci dan buat treatment di salon… tangan dan kuku pun begitu jugak!

Yes, I went for a manicure session kat The Curve!

 

 

IMG_3283

Muka nervous abes sebab ni first time aku mencuba manicure nih. Menggeletar jap aku sebab amoi tu potongkan kuku aku. Huwaaaa x suka laaa cara dia potong. Straight ajeee.. aku suke potongan melengkung. Baru laa kuku kita ada shape!

 

 

IMG_3305

Hamik kauuuu… sampai dua amoi duk buffer kuku aku kasi kilat. Aku tak pakai pewarna kuku hokeyh! Cannot arrr… Bukan setakat potong kuku, kilatkan kuku, sesi manicure jugak ada urutan tapak tangan dan lengan, skrub kulit tangan, sapu lotion dan buang kulit mati di sekeliling kuku!

 

 

IMG_3317

Jeng jenggg…. kegirangan nak mampos sebab kuku dan tangan dah bersih, lembut dan kuku berkilat! Hohohooo… excited benor kot! Maklumlaaa… ni kan first time pergi manicure. So jakun giler ahh aku kan. Hahaha….

Apa-apa pun, thanks kakak! I love you ketat-ketat!! Muahahahaaa..

 

 

 

sign NISA


Read More»

Khamis, 21 April 2011

MOVIE : Just Go With It

Assalamualaikum….

Sebenarnya aku dah lama tengok movie ni, tapi baru sekarang laaa terhegeh-hegeh nak buat entry pasal movie ni. Ohh ya! Hampir tiga hari aku tak update blog ya! Terima kasih sangat sangat kepada yang concern dan bertanya kat aku. Terharu betul !

Sebenarnya aku baru aje mula semester baru. Tapi semester ni aku ambil dua subjek aje, sebab short semester. Tapi jadual boleh tahan! Kelas straight dari Isnin sampai Khamis. Oke oke dah menyimpang dah aku ni. Bukan nak cerita pasal aku. Aku nak cerita pasal movie lah oiii..

 

just-go-with-it-movie-poster-10206745251

FILEM : Just Go With It

PELAKON : Adam Sandler, Jennifer Aniston, Brooklyn Decker, Nicole Kidman, Bailee Madison

 

Korang ada tak seseorang yang rapat dengan korang (berlainan jantina), dan dia tahu semua cerita silam anda, dia tahu semua rahsia anda, dan dia tahu hampir segala-galanya pasal anda. Maybe seorang kawan baik? Roomate? Classmate? Rakan sekerja.

Pernah tak terfikir untuk jatuh cinta dengan orang tu? Bagi aku TAKKAN terfikir punye laaa… Orang yang selama ni depan mata kita sampai nak muntah tengok, rupanya jodoh kita! Itulah yang berlaku dalam filem ni.

Watak Danny dalam filem ni merupakan seorang pakar bedah plastik yang masih bujang. Da selalu menipu yang dia ni dah kahwin tetapi selalu didera bini dia, cara ni dia guna untuk mengorat perempuan.

Sampailah satu hari dia terjumpa seorang perempuan seksi (Palmer) dan dia rasa dia dah jatuh cinta kat perempuan ni. Dia dengan tak sengaja dah tipu Palmer dan mintak pekerja dia kat klinik dia, Katherine untuk menyamar jadi isteri yang kononnya yang dia dah nak ceraikan tu.

 

 

Oke itu lah sinopsis yang aku cerna dari akal pemikiran kudus aku ni. Tapi cerita ni kelakar dan gelagat budak-budak dalam cerita ni sangat comel! Terutamanya anak perempuan Katherine tu. Aku suka British accent dia! Suka suka!

So pada ending cerita ni korang akan tahu lah apa kesudahannya. Sebab watak Katherine tu pun telah berjumpa dengan musuhnya semasa dorang bercuti dan penipuan di atas penipuan telah pun terjadi!

 

 

Moralnya

memang ada sebilangan manusia yang suka menipu untuk menunjuk-nunjuk. Nak orang nampak yang dia ada sesuatu yang boleh buat orang cemburu kat dia. Tapi kita kena ingat, sampai bila kita nak hidup macam tu… ye tak? Kita pun kena sedar diri kita siapa dan di mana kedudukan kita.

Takkan nak tunggu sampai orang tahu cerita sebenar dan kita yang malu sendiri. Macam tu? So, renung-renungkan dan selamat beramal.

 

Tapi ingat ye! Filem ni 18 tahun ke atas. Mungkin ada adegan dan dialog yang tak sesuai untuk tontonan audience bawah umur.

Apa-apa pun aku rasa citer ni best! aku bagi 4 bintang boleh tak? Huahuahuaa… Well, aku rate ni berdasarkan pendapat diri sendiri dan citarasa. Lain orang lain pendapat ye tak? hehe.. Oke lah.. Bubbye! Love ya!

 

 

 

sign NISA


Read More»

Menghilangkan diri selama 3 hari.

Assalamualaikum semua...

Last entry aku ialah pada Sabtu lepas (ENTRY INI) . Hari ni dah Khamis. Oke bukan lah menghilangkan diri selama 3 hari. Lebih tiga hari oke! Kenapa dengan aku? Mana aku pergi?

PENTING. Penting ke ke mana aku pergi? Penting ke apa yang berlaku pada aku?


MASALAH. Aku ada masalah ke? Apa masalah nye tu? Besar sangat ke masalah aku sampai aku tak update blog beberapa hari?

MANA. Aku pergi mana selama ni? Apa aku buat? Panggung wayang One Utama atau The Curve dah menjadi destinasi yang kerap aku kunjungi. Sampaikan dah tak tahu nak tengok movie apa.

UPDATE. Banyak benda aku nak update. Pasal movie, pasal makan, tips sharing... vlog? Yeahhh harus update! Nanti Tia comey majuk ahh ngan aku sebab tak upload video kat Subang Jaya dulu.

GIVEAWAY. Ya, aku dalam perancangan nak buat giveaway lagi. Kali ni lebih banyak hadiah, InsyaAllah... Semua ni baru dirancang... Ada sponsor nak taja giveaway aku tak? Hekhekhek! Layak ke aku mintak orang sponsor.. Blog aku cikai je kot.. Hik hikss...


Oke pendek kata, take care semua. Nisa Kay masih di sini. Aku still curi masa untuk tengok blog aku, tengok komen korang, tengok apa yang korang tinggalkan dekat shoutbox kudus aku tu... Tapi sekarang aku kurang sempat nak balas semua wall post kat facebook aku. Thanks korang ye. Sayang semua! Jumpa lagi...





Read More»

Sabtu, 16 April 2011

Jom beli kasut!

Assalamualaikum…

Ehemm ehemm.. hari ni saya nak promote kasut! Yeahhh!! Eh, sejak bila pulak aku jadi tokey online shop nih? Hehee.. Mana ada la… seorang kenalan blogger aku nak let go kasut-kasut yang dia jarang sangat pakai, dan ada yang masih baru lagi!

Dah laa cantik kasut-kasut nye… Harga berpatutan okeh. Ohh ye… aku buat entry ni dengan sukarela nak tolong promote kan..

 

cats

 

Haaaa… ni adalah antara kasut-kasut yang kawan aku nak jual tuh.. Heheheh Mintak maap ye Cik Ween sebab amik gambor ni tanpa kebenaran anda.. Huk huk~

Aku sebenarnye dah terpikat dah dengan dua pasang kasut yang Cik Ween ni nak let go.. TAPI kannnnnn… aku dah pon perabis duit gaji aku untuk kasut baru, hadiah untuk my mom and adik-adik.. yuran pendaftaran semester baru lagi.

Huhuhuu so aku tak dapek laa nak merasa beli heels dari Cik Ween comeyl tuh. Hehee.. Tapi takpe… saja je aku kasi chance kat orang lain nak beli kasut beliau. Cehhh ayat cover! Oke kalau korang nak beli, KLIK KAT GAMBAR DI ATAS ye!!

Happy shopping!

 

 

 

sign NISA


Read More»

Keputusan Header Blog Lelaki/Wanita Pilihan [Blog Pilihan Malaysia]

Assalamualaikum….

Selesai sudah MUET tepat pukul 12.30 tengahari tadi. Yeahuuuu!! Alhamdulillah aku tak rasa tertekan sangat kot. Tapi aku tak cakap aku konfiden dapat band 4 or 5??? Hahahahaa Dapat band 3 pon kire bersyukur sangat dah tu. Kalau dapat bawah dari band 3 aku rasa macam nak ambik balik je MUET…

Ouhhh ye, aku balik aje, bukak blog… sekali aku nampak ade komen dari Auni Hanis yang bagitahu aku dapat top 3 dalam Header Pilihan… sila rujuk ENTRY INI .

 

keputusan

 

Haaaa tu diaaa keputusan dah keluar lah!! Aku boleh pulak lupa yang undian ditutup pukul 11 malam, 15 April hari tu. Huahuahuaaa.. Sabor je la yep! Dan aku betul-betul tak sangka yang aku terpilih dalam kalangan TOP 3 tuuuu!

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang mengundi. Love you all!! Nahh kiss satu sorang! Mmuahh! Mmuahh! Hahahaaa~

Ohh ye tahniah jugak kat CIK ABANG KUAT KENTUT sebab menang nombor 1 dalam Header Blog Lelaki Pilihan. Hek hek hek~

 

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Selalu tak aku buat entry macam ni?

Assalamualaikum…

Apa kes aku up entry tengah-tengah malam ni? Aku bajet takde orang baca la.. bengom nye aku, padahal nanti orang bangun baca jugak kan kan.. Huahuahuaa… Sebenor nye aku malu nak up entry nih! Adoi makk…

 

IMG_3119

Oke oke.. gambor dah up pongggg.. So korang paham paham je laa kenapa aku malu-malu nak up entry kali ni. Hek hek hek~ Aku tak biasa aahhh buat entry jiwang jiwang camni. Adoi… dah blushinggggg nih!

Hehehee saje je nak meluahkan rasa gembira dan bahagia kat blog ni… Lagipun blog ni kan blog kesayangan aku… so aku nak lakarkan sedikitttt kenangan dalam hidup aku dalam blog ni.. Hek hek hek~

 

IMG_3121Oke ini merupakan percubaan abang kecintaan menggunakan DSLR aku… Hahaa tak susah nak ajar orang guna DSLR. Kita set kan aje aperture dengan shutter speed, then suruh aje dia snap picture. Huahuahuaaaa….

 

IMG_3139

Hekhekhek! Aku rasa aku ni jenis yang jarang sangat-sangat pakai perfume. Tapi kali ni, aku akan berubah! Hohohoo semangat betol! Ternyata dia dengan aku punya taste yang tak jauh berbeza… Kitorang sama-sama sukakan bauan yang lembut dan ada unsur-unsur floral. Ehhh yeke? Hahaha suka hati aku je. Ahhh pedulikan! Hekhekhek~

Hehee….. okelah… nak tido lahhh. Nak tido dengan senyuman. Hahahahah!!! Psssttt… semangat nak habiskan MUET esok, lepas tu nak dating! Uhukk hukk.. Bubbye!

P/S : JOM UNDI HEADER SAYA SUKA MENAIP DI SINI !!!

 

 

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 15 April 2011

Siapakah lelaki misteri ini? Oopss! Dia bukan boipren aku!

Assalamualaikum…

Alhamdulillah selepas hampir 4 jam perjalanan pulang ke Shah Alam, akhirnya aku selamat sampai di rumah sewa kesayangan. Hek hek.. Thanks kepada yang risaukan keadaan aku *blushingg*

Ohhh ye sedang aku godek-godek folder gambor dalam laptop aku ni, aku terjumpa gambar seseorang… Gambar beliau ni pulak wajib TAK nampak muka! Aku try rakam video dia pon dia boleh lari pecut 100meter !

 

IMG_3018

Kau tengok !!!! Siap meletakkan garis panduan untuk aku mengambil gambor beliau! Siapakah gerangan pemilik laptop MSi berwarna putih ini? Aku nak bagi hint pon tak boleh sebab aku tak tau nak bagi hint ape!!

Oh ye.. apa yang aku tau pasal beliau ni, beliau ni suka benda-benda yang berkaitan dengan IT, teknologi.. ala benda-benda macam tu la.. Lebih kurang laa kot??

 

IMG_3019

Dah macam BEN ASHAARI pulak aku tengok beliau ni. Netbook dan broadband wajib dibawa ke mana-mana… Hehehe memang blogger tegar betol laa beliau nih!

Kalau korang nak tahu… tuan badan dalam gambor ni jugak merupakan orang yang terjah aku dalam video “pengakuan” dalam entry di blog shamhardy[dot]com .

 

Nak tahu tak siapa??? Taknak tahu sudah…. TAPI! Kalau still nak tahu….

KLIK DENGAN SOPAN KAT SINI

Harharaharr.. tu aje aku nak taip dalam entry kali ni.. Sekali lagi, dia BUKAN lah boifren aku. Hint last… dia SENIOR aku kat UNISEL. Bubbye…

P/S : JOM UNDI HEADER SAYA SUKA MENAIP DI SINI !!!

 

 

 

sign NISA


Read More»

Style couple zaman sekolah : dating kat pasar malam!

Assalamualaikum….

Uhukk uhukk! Terbatuk seketika melihat tajuk yang aku baru taip tadi. Hohoo.. Jangan salah faham yek, bukan nak mengutuk sesiapa.. Cuma nak berkongsi pengalaman aku masa couple *batuk* zaman sekolah dulu.

Baru-baru ni aku ada balik ke Pahang, dan kebetulan malam tu ada pasar malam. So aku berpakat laa dengan adik-adik nak ke pasar sama-sama. Setibanya di pasar malam…. Jeng jeng jeng … !!!

 

IMG00126-20110321-2023

AKSI PANAS !!! Panas ke?  Uhukk uhukk. Ape hal lah aku dok batuk je dari tadi. Hek hek hek! Ini sebenarnye adik aku. Ye, adik aku la tu yang tengah tarik tudung kat belakang tu… Dan… yang baju putih tu… boipren beliau *batuk lagi*

Huiii ape ni kecik-kecik dah pandai nak couple! Aku rotan bontot laju-laju kang, maunye tak leh duduk kau sebulan. Hahaa! Kejam giler aku. Oke let me tell you a story.

At my place, pasar malam is like a place where you can meet most of the people. It is like where you can meet your classmates, schoolmates, old friends, neighbors here at pasar malam! So bebudak yang tengah hangat ber-couple turut tak lepaskan peluang ber-dating kat pasar malam!

Ye lah, bila orang tengok korang duk jalan sama-sama dengan cinta hati korang, sweet sangat la tewwww…. *batuk* Alaaa aku dulu pun camtu gak. Dapat jalan dengan boipren dua tiga kali round pasar malam tuh dah kire puas laa dapat dating. HAHA!!

Bila tengok adik aku yang dok cover malu depan aku, aku rasa nak tergelak.. Dulu masa aku ade boipren zaman-zaman cinta munyit dulu, aku selalu lepak kat gerai burger dia. Haha! Oke dah aku rasa nak tergelak je bila ingat balik.

Saja nak share kisah dolu-dolu. Sorry kalau tak best! Haha. Bubbye.

P/S : JOM UNDI HEADER SAYA SUKA MENAIP DI SINI !!!

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay