Sabtu, 31 Mac 2012

Digi WWWow Awards kembali lagi!!!

 

Assalmualaikum…

 

Mak aihh berkurun pulak aku peram entry ni.. asyik lupa je nak update. Benda lain ingat pulak aku nak update ye! Terima kasih tidak terhingga kepada Nuffnang kerana sentiasa memberi peluang kepada aku untuk menghadiri event yang best best. Dan kali ni aku dijemput untuk menghadiri press conference dan pelancaran Digi WWWow Awards!

 

P3242964

Yeayyy DIGI WWWOW AWARDS kini kembali! Korang boleh calonkan blogger atau sesiapa yang dirasakan sesuai untuk kategori-kategori yang ada. Hehee okay gambar di atas menjelaskan ekspresi aku yang datang lambat. Aku terlampau penat dan bangun lambat, maka aku sampai aje press conference dah habis. Yang ada lunch je..

 

 

P3242965

Lunch pada hari tersebut ditaja oleh NANDO'S MALAYSIA. Pergghh memang heaven la kan, dah lah datang lambat, perut memang tengah berkeroncong, lepas tu dapat makan makanan yang best. Terima kasih NANDO'S MALAYSIA di atas hidangan yang memang best! Eh ehh dalam gambar tu boss aku and his wife la. Hehee..

 

 

P3242966

Aku ingatkan event dah habis. Rupanya banyak lagi yang menanti di dalam! Haaa.. ada pulak games dan presentation daripada para jemputan. Masuk-masuk aje bangunan Digi HQ tu aku diterjah menatang neh. Ooh mak kauuu!!!

 

 

P3242980

Okay slot selepas makan tengahari ialah presentation dan game yang dikelolakan oleh wakil-wakil dari Twitterjaya. Dan di dalam gambar di atas ialah ahli kumpulan aku untuk game tersebut. Dari kiri : Joseph, Nisa Kay dan Rabiatul Adawiyah.

 

 

P3242978

Sekali kami kena buat parody lerr!! Kan Twitterjaya terkenal dengan video-video parody nya seperti Cinta Muka Bulu dengan video Lembu Nak Jaga. Kitorang pun kena buat parody!! Argghh tension kejap. Nasib baik Joseph pandai acting orangnya. Sporting gila pulak tu. Kitorang kena buat parody untuk lagi I’m Sexy And I Know It.

 

 

P3242991

Seriously kitorang tak sangka yang kitorang menang untuk game parody tuuuu!!! Oh my aku ni setiap kali pergi Digi HQ ni memang bawak balik hadiah kan.. Hehehe Alhamdulillah… ada hadiah ke takde hadiah ke tu semua rezeki dari Allah.. Kalau dia nak bagi sure dapat kan??

 

 

IMG_3258

Lepas game parody tu, kami masuk dalam pulak, untuk presentation dari team JinnyBoyTV. Memang kami sangat bertuah sebab kami semua yang datang ni dapat menonton video MY GENERASI tu dua hari lebih awal, maknanya masa kami menonton video tu mereka belum upload dalam youtube.

 

Okay time for next game! Gambar untuk game ni takde lah pulak.Kitorang main game ABUDEN, yang diinspirasikan dari video Abuden?! yang dihasilkan oleh JinnyBoyTV. Masa game ni kumpulan aku biasa-biasa aje sebab tak konfiden dan takde idea. So tak menang. Hehehe…

 

 

IMG_3233

BLOGGERS SPOTTED on that day : Pen Merah, Nisa Kay, Maria Elena, Rabiatul Adawiyah, Mohd Zaid, Uzair Othman, Nicholas from Nuffnang, Pinky & Shah (Nuffies).

 

 

IMG_3254

Tak lupa juga ada blogger Aimie Hazerin, Bicara Mak Dara dan Mia Liana.

 

Sekali lagi, terima kasih yang tidak berbelah bagi buat Nuffnang dan juga Digi di atas peluang keemasan ni. Kalau pergi event Digi memang best gila sebab ada presentation and games. Kalau lucky boleh bawak balik hadiah. Memang meriah la kan.. So kepada semua, terjah website Digi WWWow Awards untuk mengundi calon kegemaran anda! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

FILEM – The Hunger Games

 

Assalmualaikum..

 

Dah beberapa hari filem The Hunger Games ni ditayangkan di Malaysia, dan pada pandangan mata kasar aku, aku rasa filem ini mendapat sambutan jugalah di negara kita.. Tergerak hati pulak aku nak hiasi blog cikai ini dengan sedikit penulisan mengenai filem The Hunger Games.

 

Hunger Games poster

Filem arahan Gary Ross ini mempertaruhkan Jennifer Lawrence sebagai teraju utama yang memegang watak Katniss Everdeen, dan Liam Hemsworth (memegang watak Gale Hawthorne) serta Josh Hutcherson (memegang watak Peeta Mellark) turut disampingnya bagi menjayakan filem ini. Filem ini mula ditayangkan di Malaysia bermula 22 Mac yang lalu.

 

 

SC_04516.dng

SINOPSIS :

Capitol negara Panem memaksa 12 daerah untuk menghantar wakil seorang lelaki dan perempuan muda bagi mewakili daerah masing-masing di dalam rancangan The Hunger Games. The Hunger Games ialah rancangan realiti di mana kesemua wakil daerah akan berlawan serta berbunuhan sesama sendiri dan wakil terakhir yang masih hidup akan dinobatkan sebagai pemenang dan menerima ganjaran.

 

Katniss Everdeen dan keluarganya tinggal di District 12. Pada hari kedatangan orang-orang dari Capitol, semua remaja di District 12 berkumpul dan tanpa disangka, adik Katniss yang masih kecil telah terpilih sebagai wakil District 12. Katniss menawarkan diri untuk menjadi wakil sukarela dan menggantikan tempat adiknya. Manakala Peeta Mellark, anak penjual roti terpilih sebagai wakil lelaki bagi District 12.

 

 

SC_D69_24038a_CR

Katniss dan Peeta ditempatkan di pusat latihan di Capitol bersama wakil-wakil dari daerah lain. Katniss dan Peeta mulanya nampak seperti ragu-ragu akan kebolehan masing-masing kerana pihak lawan terang-terangan menunjukkan kelebihan yang mereka ada. Mampukah mereka bertahan hingga ke akhirnya. Siapakah yang akan memenangi The Hunger Games ini???

 

 

SC_D07_02203.dng

PENDAPAT / PANDANGAN PERIBADI :

Sejujurnya aku sukakan filem ni. Dia mempunyai penceritaan yang tersendiri. Bila aku tengok trailer, aku rasa macam lain. Bila tengok filem ehh lain sikit pulak. Maknanya, mungkin aku aje kot yang tak mampu membaca jalan cerita melalui trailernye sahaja. Errr korang faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan nih? Hukhukk..

 

Namun begitu aku rasa agak kecewa sebab elemen aksi dalam filem ni aku rasa macam kurang aje. Katniss tak sentiasa menunjukkan kelebihan memanah beliau, manakala aku tak nampak pun mana kekuatan sebenar Peeta. Hanya kepandaiannya menyamar sahaja ditunjukkan. Dan mereka berdua selamat atas dasar nasib yang baik sahaja.

 

 

SC_D08_02562.dng

 

Namun pun begitu, aku boleh bagi 3.5 bintang untuk filem ni. Niat di hati nak bagi 4 bintang. Tapi malangnye aku kurang berkenan pulak dengan stail kamera dalam filem ni. Macam bergegar sangat dan banyak sangat close up ape semua. Naik pening pulak aku tengok. Apa-apa pun it’s a good movie though. Siapa belum tengok baik tengok cepat! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 30 Mac 2012

Filem MIRROR MIRROR ala-ala hindustan???

 

Assalamualaikum…

 

Mirror Mirror (duo) poster

 

Filem Mirror Mirror arahan Tarsem Singh ini mula di tayangkan di Malaysia bermula 29 Mac. Korang dah tengok ke belum? Bagi yang belum tengok tu silakan tunggu sampai filem tu betul-betul habis untuk tahu kesudahan si kerdil sekalian dan berhibur dengan lagu I Believe ( In Love) yang ala-ala hindustan tu.

 

Bagi yang belum tengok filem tu sila tengok dulu video di atas. Masa first time aku tengok babak nyanyi-nyanyi ni, aku terus terfikir macam babak filem hindustan pulak. Yelah.. dah happy ending kan, so kena nyanyi dengan menari la kan kan kan.. Mungkin sebab director filem ni orang Singh, so dia masukkan elemen hindustan tu dalam filem ni.

 

Masa pertama kali aku dengar lagu ni rasa macam entah apa-apa dan kelakar pulak tengok orang putih menyanyi-nyanyi macam bintang hindustan. Tapi bila tengok balik macam best pulok. Hik hik hik. Lain orang lain taste kan. Apa-apa pn cerita ni pun best. Nantikan review aku ye. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Konsert Twin Towers Live 2012

 

Assalamualaikum..

 

IMG_3060

Macam mimpi pun ada. Rasa masih tidak percaya pun ada lagi bersisa dalam hati aku. Cehh ayat sastera habes! Ingin aku berkongsi cerita mengenai pengalaman hebat dapat join konsert yang menjadi bualan ramai apabila Petronas menjemput artis korea yang sangat fofuler iaitu SNSD (juga dikenali sebagai Girl Generation).

 

 

P3232793

Untuk konsert Twin Towers Live 2012 ini, kumpulan kpop yang glemer amat iaitu SNSD bakal membuat persembahan buat pertama kalinya di negara kita. Sejak awal lagi peminat kpop sekalian Malaysia dah setia menanti di pintu pagar. Bila pintu dibuka, maka berlarilah mereka memenuhi ruang depan pentas.

 

 

P3232794

Segerombolan manusia peminat SNSD datang membawa belon pink, dan ada ramai jugak yang pakai baju pink. Ramai jugaklah yang memegang kertas yang bertulis “You’re finally here” yang menandakan akhirnya SNSD akan membuat persembahan di negara kita.

 

 

IMG_3063

Lama benor peminat ni semua kena menunggu. Kami di ruangan media apatah lagi. Sudah gelisah, berpeluh, berhangit.. eiii semualah! Ditenangkan oleh pengacara Jojo Struys, kemudian DJ Prem dari Fly fm serta DJ Double D menghangatkan keadaan dengan memainkan lagu-lagu latest lagi best.

 

 

IMG_3117

Yeahhhh tuuu dia SNSD on the stage yawww!! They rocked the stage, the made the fans scream and scream and scream…??? Ye peminat semua histeria nampak dorang yang cun melecuns ni depan mata, dok joget-joget atas pentas. Aku yang menyaksikan patung-patung barbie tersebut joget pun macam tak percaya.

 

 

IMG_3130

Tu diaaa 8 orang barbie doll made in korea! Errr dalam gambar nampak 7 orang je sebab terhalang dek banner yang diangkat-angkat peminat kpop sekalian. Ohh ye, yang datang cuma 8 orang ahli SNSD, Yuri tak dapat datang. Entahlah tak tahu kenapa.

 

 

P3232878

Lepas persembahan SNSD, peminat kpop sekalian kejar barbie dolls ini keluar dari kawasan konsert. Gamat sungguh suasana tak payah cakap lerr.. Hukhuk. Pentas dijamu persembahan James Baum, errr lepas tu aku tak ingat siapa, then persembahan bertenaga oleh Reshmonu.

 

 

P3232895

Actually lepas persembahan SNSD, ada satu je persembahan yang aku nantikan…

Jeng jeng jenggg…

 

 

IMG_3186

Yeahhh Nicole Scherzinger in da house bebeh!! Aku sanggup tunggu sampai pukul 11 untuk persembahan Nicole sebab aku taknak sia-siakan pass media yang aku dapat free. Kesian Nicole dah datang jauh-jauh untuk menghiburkan penonton di Malaysia. So aku pun tunggu ler.. Hek hek hekk…

 

 

IMG_3182

Ternyata penantian aku untuk menyaksikan persembahan Nicole Scherzinger tidak sia-sia. She was awesome!! Incredibly gorgeous and powerful! Errr power rangers kah?? Huhuuu… memang persembahan bertenaga, vokal mantap.. fuhh memang enjoy sangat aku tengok performance beliau.

 

Apa-apa pun, terima kasih kepada rakan yang berkenaan di atas jemputan last minute ni. Memang aku enjoy sangat terutamanya part SNSD dengan Nicole Scherzinger tuhh.. Hikhikk.. memang penutup yang mantap sebab persembahan Nicole semua happening!! Fuhhh malam yang sangat memenatkan! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 29 Mac 2012

Kisah aku dan Melaka (PART 1)

 

Assalamualaikum..

 

AKu tak tahu dah berapa lama aku biar kisah ni terperap, jadi pekasam. Aku pergi bercuti ke Melaka ni memang tak dirancang langsung. Dan aku pergi ke sana lepas aku habis exam final semester. Memang kelegaan jelas terasa bila beban exam terlepas dari bahu. So masa tu aku just fikir nak stay dulu kat Shah Alam and settle apa yang patut.

 

Lepas tu aku ajak adik aku datang Shah Alam, memandangkan dia pun tengah cuti sekolah. Pada hari adik aku nak datang tu, housemate aku Kak Wawa cakap “jomlah pergi Melaka”. And aku pun macam blur. Biar betul? Namun aku menyetujui untuk join. Apa lagi, dah adik aku dah sampai kat Shah Alam, maka dengan dia sekali aku angkut ke Melaka.

 

IMG_9195

Okay ini memang muke aku yang huduh ye. Maklumlah masa tu baru lepas exam. Bayangkanlah berapa minggu pulak aku bersengkang mata siapkan final project, study lagi.. Memang hilang kejap seri di wajah uhuk uhukk.. Yang tudung biru tu adik aku, Tasya. Yang hujung sekali tu Kak Wawa yang sangat cun.

 

 

IMG_9190

Kitorang tak terus ke Melaka. Kitorang singgah di Bangi amik Kak Wan, kawan Kak Wawa. Ohh ye, yang drive kami ke Melaka ialah Kak Kila yang sangat sangat baik hati. Dia pun jenis yang rajin berborak.

 

Memandangkan kami akan singgah di rumah Kak Kila di Seremban, maka bonet kereta pun penuh dengan segala macam makhluk sebab Kak Kila bawak barang-barang yang nak dibawa pulang ke rumah.

 

 

IMG_9204

Dari Bangi perjalanan diteruskan dengan penuh eksaited ke Seremban pulak. Singgah di rumah Kak Kila untuk dia letak semua barang dan makan tengahari. Kebetulan masa tu sedara mara Kak Kila ada pulak kat rumah beliau, dan kami dijamu pulak dengan durian. Pergghh terbaikk!!!

 

 

IMG_9219

Orang kata dunia ni kecik. Pusing-pusing tang situ jugak. Memang betullah kata orang. Memang kebetulan sangat sangat jiran Kak Kila tu ialah Datin Wowhh de bomm, kawan baik Fatin Liyana blogger selebriti itewww!

 

 

IMG_9227

Yang bestnye kat luar rumah Kak Kila tu ada macam mini library. Mata aku naik berpinar tengok buku yang banyak. Tambah mengujakan bila aku dapat tahu yang Kak Kila pun meminati novel-novel bahasa Inggeris! Atas budi baik Kak Kila, dia bagi aku pinjam novel-novel beliau.

 

Fuhh memang kami rehat secukupnya dan refill energy kat rumah Kak Kila. Yang part durian tu memang terbaiklah kot.. Kak Wawa dengan Kak Wan entah berapa kali duk mengulang makan durian. Kekekeke… Dah puas berehat, masa untuk ke Melaka pula! Hehehee.. jumpa di part yang seterusnya. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

GAMBAR – Sekitar majlis pratonton filem Jangan Pandang-pandang

 

Assalamualaikum..

 

DSC_1070

Hari ni aku bersyukur sebab diberi peluang join majlis pratonton filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu filem JANGAN PANDANG-PANDANG. Korang baca dulu review filem ni DI SINI ye… Terima kasih Excellent Pictures! Seriously aku dah tak tahu nak tulis apa. So, silalah jamah gambar-gambar di bawah ye.

 

 

IMG_3278

Pengarah dan pelakon filem Jangan Pandang-pandang. Dari kiri : NAS-T, ANITH AQILAH, AHMAD IDHAM, SARA ALI dan ZIZAN RAJA LAWAK.

 

 

ZIZAN RAJA LAWAK

IMG_3288

IMG_3290

 

 

ANITH AQILAH

IMG_3304

IMG_3310

 

 

SARA ALI

IMG_3319

IMG_3324

 

Sekian entry kurang menaip dari saya. Memang tak tahu nak taip apa. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 28 Mac 2012

FILEM – Jangan Pandang-pandang

 

Assalamualaikum semua…

 

Terima kasih tak terhingga kepada Excellent Pictures di atas peluang yang diberikan kepada aku untuk sama-sama join majlis pra tonton filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu filem JANGAN PANDANG-PANDANG. Majlis berlangsung di TGV Cinemas, 1 Shamelin Shopping Mall, Kuala Lumpur.

 

JPP_Poster

Filem ini mempertaruhkan Zizan Raja Lawak dan Sara Ali sebagai teraju utama, disamping itu turut membantu menjayakan filem ini adalah Nas-T, Azhar Sulaiman, Miera Liyana, dan Anith Aqilah. Filem ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 29 Mac 2012.

 

 

JPP_26

SINOPSIS :

Kisah bermula apabila sekumpulan anak muda mendapat tugasan cuti semester yang memerlukan mereka pergi ke Gua Bewah dan membawa pulang artifak sebagai bahan presentation. Ajis (lakonan Zizan) dan Yaya (lakonan Sara Ali) pula tidak sefahaman dan sering bertelingkah.

 

Mereka menghadapi masalah kerana kekurangan ahli kumpulan sehinggalah Marsha (lakonan Miera Liyana) muncul dan menawarkan diri untuk menjadi ahli kumpulan mereka. Marsha berjaya meyakinkan mereka yang lain bahawa dia mempunyai peta lama gua tersebut peninggalan moyangnya.

 

Marsha turut meyakinkan Ajis, Yaya, Diana (lakonan Anith Aqilah) dan Ben (lakonan Nas-T) supaya mengikut peta yang dimilikinya. Setelah berjaya memasuki gua tersebut mengikut jalan yang tidak diketahui ramai, Marsha melarikan sebuah artifak lama tanpa pengetahuan yang lain.

 

JPP_51

Bermula dari kejadian itu, mereka berlima terpaksa berhadapan dengan pelbagai kejadian yang pelik. Pengemudi bot mereka iaitu Abang Bob (lakonan Azhar Sulaiman) yang hilang secara tiba-tiba memaksa mereka mencari jalan keluar sendiri. Namun akhirnya, mereka tersesat di dalam hutan. Berjayakah mereka keluar dari hutan tersebut? Apakah niat sebenar Marsha?

 

 

JPP_20

PANDANGAN / PENDAPAT :

Sejujurnya, aku tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap filem ini, namun begitu aku jugak tidak memandang rendah akannya. Kehadiran Zizan dalam filem ini semestinya akan membuat penonton bergelak ketawa dengan dialog-dialog serta mimik muka lucunya.

 

Jika jalan cerita ditambah lagi elemen aksi mungkin ia akan membuat penonton bertambah teruja. Sedikit unsur suspens juga disuntik ke dalam plot filem ini menerusi kemunculan hantu di gua, di tasik dan di dalam hutan. Secara keseluruhannya, elemen komedi yang diterapkan adalah antara kekuatan filem Jangan Pandang-pandang ini.

 

3 BINTANG

Jangan lupa saksikan filem JANGAN PANDANG-PANDANG di pawagam berhampiran dan bergelak ketawalah bermula 29 Mac ini!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 27 Mac 2012

Singgah sebentar di Eye Studio

 

Assalamualaikum…

 

IMG_0656

Ada suatu masa dahulu kala, aku singgah di Eye Studio milik blogger photographer terkenal uolls iaitu Aizul Marcello. Turut memajukan studio ialah beberapa rakan seperjuangan Aizul.. Dahlah sememeh gila muka aku malam tuh.. Tapi sebagai kenang-kenangan singgah di studio ni aku ambil jugak gambor.

 

 

IMG_0663

Kat satu sudut studio ni ada ala-ala pelamin uolls. Aaaa aku lupalah pulak nama penaja pelamin ni.. Baru ingat nak promote wuwuwu… takpe.. takpe.. siapa nak tahu boleh tanye kat Aizul Marcello yep…

 

 

IMG_0671

Heeee posing entah apa-apa.. Maklumlah.. datang nak melawat aje kan.. Tak plan pon nak photoshoot. Ehh tetiba. Muahahaa.. Ni saje je kasi gimik bergambar kat white studio.. InsyaAllah kalau ada rezeki bolehlah aku shoot betul-betul kat sini..

 

So siapa nak tahu pakej fotografi yang ditawarkan oleh Eye Studio , bolehlah like fanpage Eye Studio ye… Ada pakej shoot untuk graduate, modelling, wedding, semualah! Boleh rujuk kat Eye Studio atau Aizul Marcello sendiri yep… Lain kali nak datang lepak lagi. Ehh tak pepasal. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay