Isnin, 20 Jun 2011

Tuduh

 

Assalamualaikum semua….

 

Hari ni aku nak melahirkan rasa kecewa sedikit. Sikit je, tak banyak okay. Dua minggu lepas (kalau tak silap aku), aku ada lancarkan giveaway besar-besaran. Banyak hadiah yang aku offer untuk followers kesayangan aku.

 

Tapi malangnya, aku manusia jugak. Aku bukan sengaja nak melambatkan tarikh pengumuman pemenang. Aku ingat aku boleh manage antara final exam dengan assignment aku. Tapi ye lah, mana kita nak tahu kalau ada aral melintang ke kan…

 

MALANGNYA, ada seorang insan ni baik hati menegur kesilapan aku. YA, aku terima teguran anda. Aku tahu aku tak sepatutnya melambatkan hal ni, sebab ramai dah tertunggu-tunggu. Aku minta maaf kepada semua yang menunggu.

 

TAPI, aku tak boleh terima bila email anda itu, anda sertakan dengan tuduhan tak berasas. Anda kata aku tipu orang. Anda cakap aku buat giveaway ni semata-mata nak kutip follower. Anda kata hadiah yang aku offer semua tu tak wujud. TERIMA KASIH ye insan ini. Terima kasih sangat-sangat.

 

FOR YOUR INFORMATION wahai insan prihatin :

1. Aku bukan buat giveaway untuk kutip follower. Awal-awal lagi aku dah kata giveaway ni aku buat untuk appreciate semua follower aku yang dah support aku sampai blog aku jadi macam apa yang orang tengok sekarang. Malahan, aku tak pernah paksa orang untuk follow blog aku untuk join giveaway aku.

 

2. Hadiah yang aku tawarkan tak real? Aku siap letak gambar kot. Kalau tak real, korang pergi tanya 10 blogger yang sponsor hadiah-hadiah giveaway aku. Fikirlah, kalau nak tipu orang sekalipun, tak kan lah aku pergi berpakat dnegan 10 blogger lain untuk tipu orang? Kalau tak percaya meh datang jumpa aku tengok sendiri most of the prizes memang ada kat tangan aku.

 

3. Aku tak jawab soalan-soalan orang. Bukan sekarang je, even sebelum ni pun aku dah jarang balas komen-komen kat blog ni. Aku bukan sengaja tak jawab soalan orang mengenai giveaway. Meh sini haaa aku tulis satu entry untuk jawab pertanyaan tu.

 

Sekarang aku baru habis exam, lepas tu aku tolong pulak orang pindah rumah. So, aku penat, aku sibuk. Tapi alhamdulillah dah 300 blog yang aku terjah dan nama mereka dah masuk dalam senarai peserta. Aku bukan amik URL korang and paste macam tu aje dalam entry. Aku usahakan jugak masuk ke blog-blog yang join giveaway aku dan tinggalkan jejak sebagai tanda aku dah baca entry penyertaan dorang (kecuali blog yang disable tempat komen). I’m working on it okay.

 

Meh datang duduk dengan aku sehari, tengok apa aku buat. Selagi ada masa free, aku memang akan mengadap blog aje. Sambil-sambil tu aku buat jugak entry selingan bagi mengelakkan blog aku menyepi macam tu aje.

 

So, insan prihatin… aku harap entry ni cukuppp menjawab pertuduhan anda. Aku takkan sesekali mendedahkan siapa anda. Aku masih waras untuk tidak memalukan anda. Terima kasih atas teguran prihatin anda. Terima kasih sangat sangat.

 

Email anda aku dah delete, dan aku tetap akan berlaku adil. Blog anda akan tetap aku terjah, tinggalkan jejak dan link blog anda aku takkan buang dari senarai peserta. Kalau anda menang salah satu hadiah dari giveaway ni, tu rezeki anda.

 

Aku doakan, moga insan prihatin ni sejahtera hidupnya. Amin….

 

P/S : Cerita ni bermula dan tamat di sini sahaja. Apa yang anda baca, itu je yang aku nak korang tahu. Aku takkan sebut apa-apa dah pasal ni. THANKS SEMUA.

 

 

 

 

sign NISA


44 ulasan:

  1. ciknisa ni dtg blog cikbintang ckp trima ksih join maaa...
    xcya g tgk sdri maaa....aduyai
    ini olang pon ade ke??
    saba naa nisa

    BalasPadam
  2. begitulah kehidupan. makin kita dikenali, makin yg tidak senang. sabar ok nisa. allah bersama dgn org2 yg bersabar :)

    BalasPadam
  3. x pe nisa..sy tetap tunggu dengan setia :)

    BalasPadam
  4. biasa lah tu cuit-cuit kehidupan, die tak sabar nak hadiah je tuuu sebenarnye. hhehe :D

    BalasPadam
  5. Abaikan sahaja apa yg dikatakan...blogging x semestinya 24 jam di dlm laptop mengadap blog masing2...

    BalasPadam
  6. sabar ye nisa !! tu semua dugaan dlm hidup . dan sesungguhnya org yg tuduh2 nie , beliau jelez dgn ape yg nisa ada :)
    hehehe

    BalasPadam
  7. itu cerita lama. sy suda tahu dari fesbuk. haha. *gurau*

    jngn mara2 ye yunk. sape yg gelojoh benar xsabar nak tahu tu? hurmm, dia ingt kita ni xde life ker? mngadap doplohhempatjam depan lappy jer.

    waduh2, hadiah utk giveaway Nisa da lama yatie siapkan. tinggal tngu arahan bile nk post jer.. huehue.

    #terpanjang lak komen kan. gd nite. hihi

    BalasPadam
  8. nmpak bebeno budak tu ketagih nak adiah nisa kn kn ? sabo yek nisa,, kami sggup tggu =)

    BalasPadam
  9. dah nape lak org tuh nk tuduh camtuh..haihh
    sabar ye cik nisa..

    BalasPadam
  10. 1. Aku dapat rasakan Insan Prihatin yang konon-kononnya prihatin tu mesti hantar email dalam bentuk/rupa anonymous, takde identiti, takde nama, pengecut, baik tak payah hidup. Kalau betullah nak tegur orang, konon orang lain buat salah, tak payah selindung.

    2. Kebanyakan kita terikut dengan mentaliti bodoh tak tau maksud marketing dan sebagainya. Sikit pun takde salah kalau nak keluarkan modal sikit buat giveaway/contest untuk dapatkan follower. Benda tu semua orang buat, company besar-besar macam Nuffnang tu buat all the time. Kalau takde benda-benda marketing ni, macam mana nak maju dengan lebih cepat kan? Jadi tak salah langsung benda ni.

    3. Blogger yang buat contest, tak payahlah rasa bersalah sangat. Aku nampak mereka sebagai pandai dan menghargai follower yang setia dengan blog mereka, daripada blogger yang hebah sana sini buat banyak tapi kedekut tahi hidung masin nak keluar duit sikit untuk giveaway pun menggigil kecut perut dah.

    4. Buat blog, lebih-lebih lagi blog personal ni kena rapat dengan pembaca. Siapalah kita ni kan? Bukannya #retis pun. Bila kita dapat banyak, kongsikan dengan pembaca. Mereka hargai pemberian tu.

    5. Teguran tin kosong anonymous sepatutnya dibuat tak tahu je. Mereka pengecut, tapi masih nak komen cakap itu ini, betulkan orang lain. Betulkan diri sendiri dulu. Kalau nak tegur, tegur depan-depan. Baru betul niat tu ikhlas nak menegur. Ni stail tegur sebalik kelambu, memang buat sakit hati orang yang tegur tu je.

    6. Orang kadang-kadang tak faham komitmen kita. Diorang ingat kita ni fulltime blogger, boleh hadap blog ikut waktu kerja. Tapi tolong kita click ads nak kasi income macam kerja fulltime tak nak pulak. Lepas tu komen, tak friendly la, sombong, itu, ini. Memanglah benda tu kena jaga, tapi kena tengok jugalah kemampuan kita. Mana yang mampu tu, itulah yang dapat. Tapi kebanyakan orang tak reti bersangka baik, hati banyak busuk. Mulalah cakap belakang macam-macam.

    7. Apa-apa pun janganlah lemah semangat dengan bunyi lalat-lalat macam ni. Nak buat giveaway, buat je. Sorang tak hargai takpelah, beribu orang lain yang hargai.

    8. Haa.... panjang tak komen Ariff Shah ni? Keep blogging =)

    BalasPadam
  11. aishhh ade jugak yg tuduh cmtuh. dye ingat dye sorang ke yg join GA tuh. ksian dekat nisa ni. thnks nisa tinggalkan jejak eh :) wlopun sesibuk mana nisa. hurmm sabar eh yunk..

    BalasPadam
  12. sabar je la kak nisa...
    biarkan dia... moge ceria selalu..

    BalasPadam
  13. 300 yg join kot?
    sabar ja la nk p setiap blog tu.
    takpa2 ni satu cabaran dan cobaan untuk nisa.
    goodluck utk semua peserta2 GA.

    BalasPadam
  14. salam nisa
    aduhh kena tuduh camtu sekali ke?hanya kerna lambat umum pemenang GA dah email2 camtu.semua org ada masalah masing2,berblog bukan 24 jam pun.pelik juga jika ada insan yg tak fhm masalah 2 yg kita hadadapi dan cuba tuduh mcm2.hrp nisa bersabar,tak semua org fhm kita.

    BalasPadam
  15. takpaalaa nisa..
    yg pnting kami tggu nisa p jejak semua peserta GA nisa oke:)
    kalau da takda masa jgn dipaksa kn..

    BalasPadam
  16. kak..jgn sedih k...ta shumel dah...saba k.... snyum skit...
    haaa kn shumel tu...

    BalasPadam
  17. Mungkin org tu first time join giveaway nie kat blog... dan x pernah menang... harap org tu ada luckla...

    Buat nisa... bersabar jela... jgn ambik hati sngat kat orang yang pandai ckap je... Dia ingat smua blogger 24jam dpan laptop rasanya....

    BalasPadam
  18. sabar la nisa...org ni mcm2 ragam ade...gini jew....ckp kat insan yg prihatin sgt2 tuh...~ade aku kesah??~..hahahaa...
    qaseh sufi

    BalasPadam
  19. cian cik nisa.....
    lau sy mmg bengang....
    yg dye nak bsg2 sgt nape???
    standard la lau lwt pun yela...
    cik nisa kan manusia gak..
    mslhnya lau tgk dr segi logik....
    mmg tak logik nak tuduh...
    da la cik nisa student...
    ne la fhm cik nisa de tanggungjawab laen....
    cik nisa sabar k....
    kitew tetap sokong cik nisa~heeeee
    ^_^

    BalasPadam
  20. die mengharap sangat hadiah tu kowt..tak per lar..bende2 macam tu biase.. asalkan awak di tempat yang betul..so jangan amik tau yang lain2 tu..:)

    BalasPadam
  21. sabar eh nisa.....org yg sabar banyak ganjarannye...memang susah nak puaskan ati sume org....papepun...kite da cube yang terbaek an??:-)

    BalasPadam
  22. Jahatnya sape yang tuduh-tuduh camtu.. Dia ingat student life nie senang ke.. Tape Nisa,buat je exam leklok.. Take ur time

    BalasPadam
  23. adeh ada gak orang cam tu yer nisa...

    BalasPadam
  24. sabarlah cik nisa ye, insan prihatin 2 x tau ape yg kte lalui..ingat sng ke nk manage ms nk terjah 300 blog yg join n at the same time kite ada xm n assgmen yg nk dibuat..kite tau sbb kte pun student..
    xpe,, take ur time..utmakan ape yg penting dahulu.. :)

    BalasPadam
  25. sabor yo..dia dh x sng dduk la tu nk dpt adiah..huhu, btw nisa x tggl jejak lg kt blog ecah..don't u mind to check it back dear.? takot nisa terlps pdg or my blog masih dlm list yg nisa blum terjah lg..

    k nisa..gudluck to u..

    BalasPadam
  26. banyak tu nak kena terjah. sabar je. nisa buat ja yang termampu.

    BalasPadam
  27. cik nisa,sabo la eh..... manusia memang gitu..dengki .....

    BalasPadam
  28. saba ye sis..=))

    BalasPadam
  29. sabar ye nisa. ai ada bukti cik nisa ni datang blog ai. tak baik la sape yang anta email tu. haihh

    BalasPadam
  30. kami boleh tunggu jgn riso nisa :)

    BalasPadam
  31. Ade jugak orang macam nie teruk betol.. Xpe kiteorang still percaya dengan Nisa maybe orang nie x kenal sapa Nisa kan..

    Banyakkan bersabar yer Nisa..

    BalasPadam
  32. Salam Nisa, pedulikan apa orang nak cakap.....yang penting kita ikhlas..;-)

    p/s: Sejak akhir2 ini saya pun terlalu sibuk dengan kerja....nak leisure2 pun susah...;-(

    BalasPadam
  33. sabar ye nisa..erm..die excited bebenor kot nak tahu sape yg bertuah..xpe..take ur time..

    btw thanx dah terjah blog ifa..=)

    BalasPadam
  34. aku salah sorang yg sponsor hadiah dan hadiah tu mmg wujud..


    dan sbg kawan nisa,aku tahu dia busy dgn exam..

    kalau nk ramaikan follower mst ckp 'wajib follow blog ini utk giveaway ni'...tapi takde kan???

    macam2 la manusia nih..haiyooo..

    BalasPadam
  35. sabar ye cik nisa. biasa la tu :)

    BalasPadam
  36. mayB org tu xsabar da nak tahu dia menang atau tidak..hehe! btw, kena fhm juga la kn sebab bukannya everytime kita ada mmasa free, klo adapun, kena manage hal lain pula kn..^^

    BalasPadam
  37. boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ttp ia xbaik untuk mu, kamu tidak mengetahui sdg Allah maha mengetahui.

    setiap berlaku ade sebab nya, kita sbgai khalifah hanya mampu bersabar. kadang2 orang saje jer nak jatuhkan kita sbb dia dengkikan kita. jd kita fkir positif je lah k? jangan sedihsedih. hihihi ;)

    BalasPadam
  38. cik nisa kay..sbor je lah..dia dengki kot..kalu jmpa..pok pale yer skit..lpas tu dia sedar kot..hihi...

    BalasPadam
  39. nanti dah nak bagi hadiah tu jgn lupa contact sy ..=)

    BalasPadam
  40. Hmm
    x sangak smpai jd camnie!
    even i yg nk sponsor hadiah pon x sempat sbb dh due hehe...
    anyway effort yg baik dan ikhlas ajn dikenang jua!
    Ganbatte

    BalasPadam
  41. biasa lah manusia. ada silapnya. maybe insan prihatin tuu ada silapnya jugak. jadi kita sama2 memaafkan okeh :D

    BalasPadam
  42. Xpe Nisa.. Mulut orang kita xleh control .. Just ignore it oke.. :)

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay