Sabtu, 18 Oktober 2014

TRAVEL – Nisakay Ke Korea PART 6

 

Assalamualaikum..

 

Wahh lama nya tak update belog ! Hahaa bukan dah bersara okay.. masih lagi aktif terlibat dengan aktiviti berkaitan blogging.. Cumanya dah kurang idea nak keep blogging, nak keep writing. Hmmm dulu dulu zaman sekolah aku sangat suka menulis. Siap beli buku tulis yang ade banyak mukasurat tu sebab acah-acah nak buat novel sendiri. Kui kui..

 

Baiklah malas nak bebel lama lama dahh.. Nak update pasal trip Korea ni ! Tah banyak mana lagi entry, aku pun tak tahuu.. Selagi banyak gambar kat Korea tak upload kat sini, selagi tu tak habis habis update la kot ? HAHA… Well.. kisahnya entry kali nii.. ha jom lah baca !

 

DSC07770 Kasi wowotidi dulu laa. Hak hak… Baju ni beli kat Insadong hari tu. Nanti check la previous entry ye.. Aku sendiri tak ingat mana satu. Tapi memang best sebab kat Insadong banyak kedai baju baju yang trendy, stylo and harga boleh tahan. Sebab tu lah terrbeli satu. Nasib ada tudung yang matching. Maka tak payah lah beli shawl kat Korea. Hehe.. Wide shawl cotton tu banyak jugak orang jual, tapi depa buat lilit kat leher ja.

 

 

DSC07776 Yeahhh aktiviti hari ini.. kami akan ke Naminara Republic atau lebih dikenali sebagai Nami Island. Sebut je Nami korang yang minat K-drama mesti dah terlintas kat fikiran drama-drama yang buat penggambaran kat sini kan. Aku ingat Winter Sonata sajor. Tapi aku datang ni masa ni musim bunga. No winter.

 

 

DSC07779 Kami pergi tu naik bas.. Aku lupa dah naik bas tu kat mana.. Just pergi kat bas, then beli tiket bas ke Nami Island. Perjalanan dalam sejam kot ? Aku tak pasti jugak lah sebab aku dul ralit tengok pemandangan orang. Ye lah bukan senang nak jejak kaki kat negara orang ye dak.. So selagi ada benda yang nak dipandang, maka kita pandang lah ia. Gituuu.

 

 

DSC07785 Nak ke Nami Island kena pulak beli tiket feri nak ke sana. Haa jangan TERTIPU dengan papan tanda immigration tuu.. Hahaa.. dia macam acah acah pergi ke sebuah republik lain la, so kena pass immigration haa macam tu. Padahal ni beratur nak check tiket naik feri je. Muehehee..

 

 

DSC07791 Nampak tak tiang tu.. Siapa yang berani and sukakan adventure boleh FLYING FOX all the way to Nami Island ! Yeah bebeyh flying fox ! Macam best ! Tapi aku tak berani woihhh ~~ Tambah lagi aku ni bukanlah seorang yang boleh tolerate dengan ketinggian. Mau menangis aku 4 hari 4 malam atas tu, itu pun belum tentu aku nak turun pakai flying fox laa. HAHA !!

 

 

DSC07797 Geng. Atas feri.

 

 

DSC07803 Okay sila mainkan lagu “bagaikan syurga tanpa bidadari.. bagai malam tiada cahya purnama…” ececehh ! Kemain ye dia ! Feeling romantika makin membuak-buak bila mai atas pulau Nami ni.. Sebab suasana dia memang relax gila laa.. Tapi masa aku datang tu ramai benor orang.

 

 

DSC07814 DSC07832 Ahhh musim bunga yang nyaman, segar, romantis… Allah rindunya Korea ! Macam ni, haa duk feeling benor duk celah celah pokok bunga.

 

 

cats HAHAHA !! Burung unta ni memang tarik perhatian orang sebab muka dia macam tengah sengih gitu. Dapat jugak aku snap gambar dia. Leher dia ni memang takleh duk diam lah, duk teleng sana.. teleng sini.. Aku lempang jugak kang sat gi. Hahahaa…

 

 

DSC07863Muahhh cikedd !! Yang duk conteng kat patung ni memang perangai vandalisme betul la.. Elok-elok dia putih suci depa pi conteng lak. Feeling winter sonata tu baru nak masuk, tahu ! Siapa ingat scene lovers buat snow man kat sini ? Do you wanna build a snowmannn~ Eh salah filem lak !

 

 

DSC07880

DSC07876 SELAMAT DATANG ! Ada jugakk..

 

 

DSC07914 Ini gambar dekat gerai nasi goncang. Tapi malangnya lahaiii aku lupa nak ambil gambar macam mana rupa nasi goncang tu. Takpelah, korang google jelah Nasi Goncang Nami Island kompem ade punya gambar kat internet. Bukannya aku sorang je yang pernah pergi Nami Island ye dak? Hahaa.. Lapar sangat kot masa tu sampai lupa nak ambil gambar !

 

Gambar gambar di bawah merupakan antara pilihan aku untuk upload kat blog ni.. Ye lah, kang aku upload semua kang tak ke naya orang nak scroll bawah bawah, dah tu tatap muka suci aku ni je ? HAHA… Antara kenangan jalan-jalan di Nami Island yang cantik.. Bersih..

 

 

DSC07851 DSC07949

DSC07943

DSC07967

DSC07925

Ini memang gaya muka jahat kan ? Hahaha… Ini lah dia watak perampas dalam citer Winter Sonata. Tapi sebab wataknya yang sungguh haukk maka scene beliau terpaksa dipotong kerana dikhuatiri buat penonton lempar TV ke luar rumah. HAHA.

 

 

DSC07983

Pulang marilah pulang.. marilah pulang bersama sama.. Gituu.. antara peserta trip ke Seoul Korea anjuran UZAIR OTHMAN. Walaupun asalnya kami semua strangers, tapi alhamdulillah dari masa ke semasa kami berkawan, yelah duduk pun sehostel.. makan sama-sama.. jalan sama-sama.. Gitu kann.. Jangan risau ye nak join trip under UZAIR OTHMAN ni yee… inshaAllah boleh dipercayai.. Kalau tak caya boleh cari sorang sorang yang join trip dengan beliau.. ask them.. We had so much fun !

 

 

 

DSC07818

I’m missing NAMI ISLAND very much ! I hope I can spend a day with my loved one kat sini… Sebab kat sini macam sweet sangat. Even orang Korea sendiri pun ramai yang datang beriadah kat sini, pusing naik mini train (yang aku tak sempat naik, okay sedih), berbasikal keliling pulau.. bergambar.. picnic.. pendek kata memang banyak aktiviti yang best boleh buat kalau datang Korea masa musim bunga ni ! Cuaca pun tak sejuk tak panas, justttt nice !

 

 

 

 

 

 

 

Thanks for reading ! XOXO !!


8 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay