Rabu, 7 April 2010

Budak Ini Jiwa Kacau

Snapshot_20091228_54 tolong abaikan si mata belalang..!!

waarrggghhh memang gila lah aku dibuatnya…!!! macam macam benda jadi kebelakangan nih tanpa aku sendiri mengetahui sebab sebab nya dengan jelas. aku macam blur blur ayam dengan apa yang berlaku, tapi aku tahu satu perkara. aku jadi blur blur ayam sebab aku sangat penat.

sangat penat dengan tanggungjawab seorang pelajar yang harusss berdedikasi terhadap pelajarannya (cehh cehh… ye lah tu).. sangat penat sebab terpaksa menghadap masalah yang datang dari entah mana macam aku cakap tadi aku tak tahu ape sebab musabab nye. sangat penat dengan aktiviti harian. sangat penat karena daku tak cukup tido ouhh..

nak kata aku dok mengadap facebook siang malam tak jugak.. aku tido awal kott sekarang.. asal masuk pukul 12 midnight mata aku dah kuyuuuuu jek mintak bantal busuk.. tapi takpe lah. tido awal itu bagus sebab bila kat kelas pagi aku rasa perubahan nya. aku dah jarang rasa mengantuk..!! (cehhh petua nih. so semua tido awal!!!)

Snapshot_20100130_5 oke ini kerja saya bila saya tengah bosannnnnn~

oke aku mula rasa aku tidak seberapa waras macam hari hari normal. sebab.. kalau bloggers merangkap followers setia aku  perasan, sebelum sebelum nih aku ada buat dua or tiga post yang bertemakan jiwa jiwa giteww… yang kuciwa lah, hak hak hakktuihhh..~  lepas tu aku buat gila nak cari template baru la ape la.. sekarang aku dok post benda yang dikarang panjang panjang mesti buat orang menyampah sebab dah kalah karangan sekolah rendah. lepas tu aku rasa macam nak karang post panjang disertakan dengan elemen kurang noktah macam Cik Rara Mata Cantek suka taip. oke cukup! aku rasa tak boleh stop menaip! titik noktah!

p/s : teringat quote dari seseorang – attitude adjustment. beb aku suka quote nih.

perasaan : perubahan drastik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay