Isnin, 20 September 2010

Apa Nak Jadi Pada Aku?

Tuhan Maha Kuasa. sesungguhnya telah diturunkan olehNYA dugaan yang mencabar kesabaran aku…. dan dugaan itu datangnya pada saat saat getir .  dan aku hanya mampu menadah tangan merayu supaya diringankan beban yang sedang ditanggung.  bagai sudah biasa menjelang sahaja peperiksaan akhir semester aku akan diuji dengan pelbagai kejadian sedih dan perit.  namun alhamdulillah selama 3 semester yang lepas aku telah berjaya menghadapi segalanya dengan bantuan rakan rakan tersayang.  dan dalam keperitan itu aku terlalu bersyukur kerana aku masih mampu buat yang terbaik untuk peperiksaan setiap semester.

tapi ia datang lagi kali ini

dan aku dapat lihat di balik senyuman mereka tersembunyi sesuatu yang sukar aku jelaskan

satu sahaja persoalan yang tiba tiba berlari menerjah di benak fikiran. Ikhlaskah mereka? segera aku tepis jauh prasangka itu kerana prasangka bisa menjurus kepada fitnah dan pergaduhan. sesungguhnya Tuhan tahu dalam hati aku, aku tidak mahu itu berlaku dan aku masih bertahan dengan keadaan sekarang. satu persatu tarikh akhir assignment perlu aku kejar, dan masa sangatlah mencemburui kami semua…

dalam kesibukan dan kepayahan ini masih lagi wujud insan insan yang sudi berkongsi suka duka dan membuat aku tersenyum lebar. ada juga peristiwa yang tidak aku sangka berlaku tapi nasib baik ia bukanlah peristiwa yang buruk bagi aku. sudah cukup untuk buat aku gembira dan bersyukur kepada Allah. sesungguhnya tiap yang berlaku ada hikmah nya.

semoga perjalanan aku dan rakan rakan yang lain dipermudahkan olehNYA…. amin~

 

 

 

perasaan : berharap semula?? tidak! aku tidak akan kecewa kerana seseorang seperti kau lagi.


1 ulasan:

  1. amin.. shbt adalah kawan yg sanggup susah senang bersama..

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay