Ahad, 3 Julai 2011

Calon fasilitator + penghuluwati !!

 

Assalamualaikum semua…

 

DSC01241

Ouhhh nasi ayam cili padi. Lapar punye pasal aku bedal habis satu pinggan!

 

Salam satu Malaysia. Apa ke hal lak aku patriotik abis nih? Ouhhh ye buat pengetahuan semua, bermula 2 Julai, aku akan berkampung di UNISEL. Tidur surau beb!!! Semua ni sebab aku menyertai kem kelayakan untuk menjadi fasilitator untuk minggu orientasi pelajar baru nanti.

 

Sebelum mendaftar masuk ke kampus tadi, aku ingat nak pergi pos separuh daripada hadiah giveaway yang dah aku bungkus lawa-lawa dengan gigihnye. MALANGNYA!!!! Kedai telco kat tempat aku tu tutup la pulak!! Aku takde pilihan lain, semua hadiah giveaway akan dapat aku settle lepas habis minggu orientasi!

 

 

DSC01243

Tekun dowh aku baca senarai peraturan.

 

 

Laporan hari pertama kem kelayakan fasi : 2 JULAI 2011

 

Daftar masuk dalam pukul 5pm kot. Lepas tu makanan pulak sampai lambat. So, dinner pun lambat. Aktiviti ice breaking bermula selepas Isyak, dalam pukul 3 kot. Lepas tu macam biasalah, pembahagian kumpulan. Aku dapat group CHARLIE. Alhamdulillah so far semua group member best!

 

Yang paling tak boleh blah, aku boleh pulak terpilih jadi penghuluwati! Arrgghhh tekanan bertambah-tambah di situ yewww. Tapi takpe. Dulu  masa aku freshie pon aku penghuluwati. Aku dah pernah rasa pressure lebih kurang aje.

 

Main lari-lari lah, lepas tu kena denda, lepas tu minum malam dah lewat. Perut aku lapar. Nak makan! Tapi ade teh o dengan bubur kacang je. AKu bedal air panas separuh gelas je, sebab aku tak makan bubur kacang.

 

Okay lah, dah 1.42am! Nak kena tidur sebab aku akan bangun kul 4.30 pagi! Bye bye!

 

 

sign NISA


13 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay