Memaparkan catatan dengan label Universiti Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Universiti Selangor. Papar semua catatan

Khamis, 17 Oktober 2013

Keyboard warrior?

 

Assalamualaikum..

 

Ahahah kemain tau tajuk KEYBOARD WARRIOR… Setahu hakak la kan, istilah keyboard warrior ni bukan sahaja ditujukan kepada gamers tapi kepada mereka yang sangat aktif di laman sosial. Contohnya rajin tweet, rajin update blog dan rajin berkomunikasi dengan kawan-kawan di laman sosial macam facebook, tumblr dan sebagainya.

 

Dah macam kamus dewan lak intro entry hakak ni.. Ni quick entry ehh.. Nak bagitau korang neh.. senior dari fakulti hakak dulu iaitu FAKULTI KOMUNIKASI DAN MEDIA di Universiti Selangor (UNISEL) kampus Shah Alam menganjurkan malam anugerah untuk para alumni masscomm UNISEL dan current student. Ada beberapa kategori dipertandingkan dan alhamdulillah ada insan Allah yang mulia telah mencalonkan nama hakak..

 

logo FCM Award

Taraaaaaaa ini dia logo rasmi FCM Outstanding Awards 2013 wah wahh. Glamorous ke apa tema nyee.. kemain tagline glamorouss.. hew hew. Dan hakak pulak tercalon dalam kategori Keyboard Warrior. Mungkin merujuk kepada keaktifan hakak di laman sosial (keaktifan?? haha). Kat situ dia tulis hakak ni Vlogger. Tapi kannn hakak lagi suka kalau hakak dicalon atas sebab hakak blogger. Bukan apa diknon, hakak dah mula shy shy cat nak buat vlog. Kalau buat vlog pun hakak tak mengeluarkan suara. Hahaha !!!

 

 

NISAAAAA

Amboiii mana depa jumpa gambar lama hakak ni. Hahaha malu hakak wehh. Hakak bukan apa, hakak dah lama bersara dalam dunia model muslimah ni diknoonnn.. Hakak rasa tahap kematangan hakak yang acah-acah meningkat ni buat hakak kekok nak beraksi di depan lensa kamera. Cewahh!

 

So diknon sekaliannn, hakak ko ni nak mintak jasa baik kepada semua yang membaca blog kudus hakak ni, untuk mengundi hakak.. Undian dikira berdasarkan LIKE pada gambar hakak di facebook page FCM Outstanding Awards 2013 haaa.. Diknon cari je gambar hakak posing pegang kasut yakni seperti gambar di atas then diknon like gambar tu selaju yang boleh okeh? Pastu diknon gembar gemburkan la kepada orang kampung. Gitoohhh.

 

So ringkasnya, seperti di bawah :

LIKE GAMBAR HAKAK DI SINI : http://on.fb.me/18l1jOW

 

Okeh? Mudah sangat nak like haa. Bape kali klik klik je haa.. Kalau korang ikhlas nak tolong hakak, like ler ye.. TAKDAK PAKSAAN. Hakak pon tak mikir sangat nak menang ke apa.. Tapi dah orang calonkan, hakak berusahalah selagi mampu yerk. Okay thanks semuaa. Muahh.

 

 

IMG-20131001-WA0009

Oh yee diknon, hakak nak mintak tolong korang undi kawan hakak sekali boleh? Kawan hakak ni bernama AMAN ZICKI, dicalokan dalam Music Award. Kawan / junior hakak ni sedap hoi suara dia. Kalau korang ingat hakak pernah upload video dia karaoke kat sini. Segan hakak nak karok dengan dia. Sedap sangat suara HAHA. Tak pun korang cari je Aman Zicki kat Youtube.

UNDI AMAN ZICKI DI SINI : http://on.fb.me/1737vwX

 

 

 

SALAM SAYANG, HAKAK XOXO.


Read More»

Sabtu, 27 Oktober 2012

PHOTOSHOOT – Pre Konvokesyen UNISEL 2012

 

Assalamualaikum…

 

Alhamdulillah lebih kurang dua minggu lalu aku telah selamat menjalani upacara konvokesyen untuk diploma aku. Walaupun aku berada atas pentas dan menerima sijil diploma aku hanya untuk beberapa saat cuma, namun aku harap momen itu menjadi kenangan indah buat mak abah aku, insan-insan yang telah menyokong aku dan berjasa besar kepada aku.

 

Entry kali ni aku nak share pasal photoshoot pre-konvo kami.. Mungkin bagi sesetengah orang, photoshoot pre-konvo ni tak perlu.. Tapi bagi aku, dah alang-alang akan berkumpul dengan kawan-kawan, so aku nak adakan photoshoot dengan kawan-kawan supaya memori ini kekal selamanya.. cewahhh…

 

IMGP1420

Ohh ye. photoshoot ini turut dijayakan oleh sahabat aku yang sangat baik iaitu Syam dari CREATIVEHEART PHOTOGRAPHY dan rakannya Admal dari KUGAIRAH PHOTOGRAPHY. Thank weh koranggg!! Heheheee…. Dan dalam gambar inilah kawan-kawan aku yang ber-photoshoot bersama-sama aku. Ada dua orang rakan yang tak dapat join shoot :(

 

 

IMGP1473

So kami telah bergambar di sekitar UNISEL kampus Shah Alam, tempat kami menimba ilmu sehingga tamat diploma. Mulanya aku plan nak shoot kat beberapa tempat kami selalu lepak masa zaman study siploma dulu, macam kat UNISEL, kat dataran, iCity dan tasik Shah Alam.. Tapi hujan pulak. So kami decide nak shoot dalam area UNISEL aje..

 

 

IMGP1477

So… bila dah dalam UNISEL Shah Alam, tema pre-konvo photoshoot kami bertukar kepada tema “Mengimbau Zaman Belajar”. Maka kami duk la snap snap picture kat dalam kelas. Ye, memang kelas kami tak gah dan canggih macam kelas universiti lain, tapi yang penting kat sini kami MENIMBA ILMU..

 

 

IMGP1482

Heee gambor lens fish eye from Admal.

 

IMGP1530

Jom bergaya dengan jubah! Depan fakulti kami.. FACULTY OF COMMUNICATION AND MEDIA !!

 

IMGP1535

Le gegurlsss..

 

IMGP1659

Mulanya berangan nak bergolek kat padang, tapi hujan pulak.. maka bergolek dalam lecture hall pon bolehhh. Hahahahahaa….

 

IMGP1646

One more fish eye lens picture by KUGAIRAH PHOTOGRAPHY.

 

 

IMGP1581

Le friends. You guys are my strength sepanjang 3 tahun study diploma.. Gaduh baik, jalan-jalan, makan-makan, buat assignment.. semua dengan korang. Banyak kot kenangan manis *sebak* Aku akan merindui sangat sangat zaman study diploma. Zaman yang sangat best!

 

Kalau aku taip kat sini kenangan dengan korang, mesti sampai esok pun tak habis kot.. Jatuh bangun aku, suka duka aku, korang tetap dengan aku.. and SAHABAT (you know who you are), aku susah nak start over tanpa ko sebab ko banyak gila bagi semangat and tolong aku selama ni. Tapi ada hikmah di sebalik perpisahan ni… Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNYA.. moga kita sama-sama dapat berjaya di tempat baru pula.

 

Dan I will miss UNISEL so much.. Lantaklah story apa nak keluar pasal universiti ni… But let me tell ya students.. Walau kat mana pun korang, korang nak gagal atau berjaya semua terletak pada diri korang! Korang yang decide. Kalau lecturer dah mengajar bersungguh-sungguh pun tapi kalau kita sendiri yang tak berusaha, macam mana nak success ye dak? So renung-renungkan… Jumpa di entry konvokesyen aku nanti. Kbai.

 

Special thanks to Syam dari CREATIVEHEART PHOTOGRAPHY dan rakannya Admal dari KUGAIRAH PHOTOGRAPHY.

 

 

~NisaKay~


Read More»

Isnin, 15 Oktober 2012

Alumni UNISEL 2012

 

Assalamualaikum..

 

DSC_8178

 

Alhamdulillah syukur Ya Allah !! Syukur yang teramat sangat sangat!! Segala puji bagi Allah SWT yang mengizinkan segala yang manis berlaku ke atas ku. Segala syukur aku panjatkan kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi atas segala rezeki yang dilimpahkan kepada aku hambaMU yang hina dina ini…

 

Segalanya sudah selamat berlangsung. Majlis konvokesyen UNISEL Sidang ke-7. Sesi konvokesyen aku berlangsung pada 14 Oktober 2012, 2.00 petang. Di sebalik segala ujian yang Allah turunkan, terselit kemanisan yang teramat sangat, yang sungguh aku hargai.

 

Setelah 3 tahun diploma, akhirnya majlis konvokesyen berlangsung dan mak dan abah dapat menyaksikan aku melangkah naik ke pentas gah itu. Walaupun ia berlangsung seketika cuma, namun aku harap mak dan abah bangga dengan aku, inshaAllah :”)

 

Terima kasih kepada ALLAH.. Kepada mak abah.. kepada saudara mara, para pensyarah, sahabat handai dan setiap individu yang telah membantu dan menyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan aku menghabiskan diploma di UNIVERSITI SELANGOR.

 

Dan semoga perjalanan aku menyambung degree di universiti baru dapat aku jalani dengan baik dan penuh kemanisan hidup seorang student. InshaAllah…

 

 

-NisaKay-


Read More»

Selasa, 28 Februari 2012

Hari untuk makan, makan dan makan…

 

Assalamualaikum…

 

Hari yang sungguh membahagiakan ini terjadi Khamis minggu lepas. Hari tu aku pergi ke kampus untk ambil transkrip yang dah siap di proses dengan kawan-kawan yang turut sama buat transkrip. Lepas ambil transkrip kitorang ramai-ramai lunch kat Restoran Mega Sup Utara, Wisma MAIS Shah Alam.

 

Lepas lunch, kitorang ke cyber café, nak settle masalah permohonan UPU aku, memandangkan masalah permohonan tu tak tahu dah macam mana nak settle, aku decide nak beli nombor pin UPU yang baru, tapi rasa macam kena tipu sebab dia bagi nombor ID yang sama, tapi aku kena bayar lagi.

 

Lepas tu aku blah je lah, kawan aku Lela ajak pulak singgah Tutti Frutti sebab dia teringin nak makan. Mulanya aku taknak beli sebab masih kenyang. Iejam pun mulanya taknak beli sebab dia sakit gigi, takut ngilu pulak. Lepas tu tengok Lela dengan Ika beli Tutti Frutti, aku dengan Iejam pun join sekali lepak makan frozen yoghurt kat situ.

 

 

P2230994

Hello, meet my classmate, Ika. Lepas makan Tutti Frutti boleh pulak dia cadangkan pergi IKEA makan meatball pulak memandangkan masing-masing free hari tu. Iejam pulak taknak terus balik Gombak sebab dia taknak stuck dalam jammed waktu maghrib nanti.

 

 

P2231008

Maka, persetujuan telah dicapai dan kami pun gerak ke IKEA. Heehehe here we are! They are my classmates, (dari kanan) Ika, Iejam dan Lela. Errr minah spek mata pakai pashmina tu tuan blog ni ye, tak payah diperkenalkan ye…

 

 

P2231016

Menu wajib, nyum nyum nyum.. Aku pun agak impressed dengan diri sendiri sebab masih mampu menyumbat 5 biji meatball walaupun perut masih kenyang makan mihun sup daging untuk lunch dan makan Tutti Frutti sebelum bertolak ke IKEA.

 

 

P2231026

Dah muak makan meatball kot, Iejam decide nak order sandwich besarrr nih dan a slice of cake. Kek tu baru first time aku rasa, so not bad lah kot. Aku tak suka kek berkacang-kacang nih. Huhuhuuu antara kitorang 4 orang Lela je lah kot tak makan sebab dia kenyang lagi.

 

 

P2231058

Dah puas berborak kat IKEA, bosan pulak duduk lama-lama kat situ… Kitorang turun ke Ikano and then jalan-jalan sikit, aku beli mekap kat Elianto.. Lepas tu gerak masuk The Curve pulak. Ohhh kalau masuk toilet nampak cermin besar memang tak sah lah kalau tak posing maut dulu ye tak???

 

 

P2231066

Kesian Iejam tunggu kitorang. Bosan lagi, kitorang decide nak tengok wayang. Nasib baik movie This Means War ada!! Hehee maka kami beli tiket wayang, lepas tu lepak lagi sementara menunggu waktu tayangan jam 8.30 malam.

 

 

P2231074

And… yeah, makan lagi woot woot!! Ika laa.. ape entah mimpi dia nak beli ais krim Lecka Lecka pulok dahh… Aku dah surrender, tak larat aku nak beli ais krim walaupun aku teringin jugak nak beli. Lagipun dah lama tak makan ais krim Lecka Lecka. Tapi Ika je yang beli ais krim.

 

 

P2231081

Okay, lepas lepak kat Lecka Lecka, kitorang beralih ke kiosk sebelah, Hot & Roll. Kali ni Lela dengan Ika beli pulak roll. Aku dengan Iejam tak beli apa-apa. Malas nak menyumbat dah, kang cepat mengantuk. Lagipun aku tak minat Hot & Roll. Dalam gambar di atas ni cuma gambar posing dengan roll tu. Herherherr…

 

 

P2231090

Okayyy masa untuk bergambar sebelum masuk dewan tayangan. Aku dah baca banyak review pasal movie This Means War. Ramai kata best!! Kawan-kawan aku pun excited nak tengok. Hehehe masa nak masuk panggung aku just beli air sebab haus.

 

Okay lepas tengok movie tu aku sangat sangat sangat puas hati sebab movie tu memang superb!! Memang kelakar gilaaaa!! Bayangkan dua orang yang berkawan baik boleh berperang sesama sendiri sebab berebutkan perempuan!! Last sekali, perempuan tu pilih… haa siapa belum tengok boleh tengok movie This Means War ye!

 

 

P2241092

Gambar kat atas ni barang-barang mekap yang aku beli kat Elianto.. Mulanya aku nak beli lip gloss je, lepas tu nampak blusher teringat lak aku nak beli. Lepas tu kena pengaruh dengan akak sales girl untuk beli dua eyeshadow supaya cukupkan belian RM60, maka aku pun dapatkan gel wash tu dengan PERCUMA.

 

Balik rumah tu memang aku terbongkang kat katil sebab perut sangat-sangat kenyang dan mata pun dah mengantuk! Memang seharian keluar bergembira dengan kawan-kawan. Ye lah.. urusan transkrip pun dah settle, so lepas ni mesti dah jarang jumpa…

 

Ohhh thank you so much classmates! Aku taknak panggil korang ex-classmates sebab kita dah tamat belajar, aku tetap nak panggil CLASSMATES okay! Thank you so much Iejam, Ika and Lela, I had so much fun with you guys. Muah muah!! See you guys soon, take care.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sabtu, 7 Januari 2012

Terima kasih 2011 (Part 3)

 

READ :

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca… Dalam dua entry yang lepas-lepas aku dah recap balik perjalanan hidup aku dan blog aku sepanjang Januari hingga Jun.. Entry kali ini kita recap balik apa yang aku lalui sepanjang Julai, Ogos dan September tahun 2011.

 

JULAI – OGOS – SEPTEMBER 2011

 

Permulaan yang agak slow dan kurang produktif mungkin… Hati bertambah gila bila kehilangan Blackberry Bold 2 yang aku baru guna kurang 3 bulan… Haihh.. salah sendiri.

 

Capture

Kemudian aku dijemput oleh 1tube untuk join pertandingan video promo bagi GRADUAN ASPIRE 2011. Baca entry di sini.

 

IMG_4229_thumb

Pastu ramai tertipu tertipah bila aku kata aku jadi pengacara baru rancangan Jangan Tidur Lagi. Kekekee… Baca entry DI SINI dan juga KAT SINI.

 

IMG_4799_thumb[1]

Sehari sebelum puasa tahun 2011, aku bertemu dengan blogger dan photographer terkenal Aizul Marcello. Baca entry DI SINI. Lepas tu bulan puasa aku sungguh best bila berpeluang buka puasa kat Pappa Rich, Bayou Restaurant di Putrajaya, Little Taiwan dan macam-macam lagi.

 

 

IMG_5064_thumb[2]

Lepas tu aku join majlis Pra Tonton filem Karipap-Karipap Cinta.. Memang syiok sebab ada majlis berbuka puasa sekali.. Dapat jumpa artis-artis sekali.. Baca entry DI SINI.

 

 

IMG_54232

Lepas tu Darkbatman menganjurkan berbuka puasa bersama beberapa rakan blogger. Memang gamat dengan telatah masing-masing. Baca entry penuh DI SINI.

 

 

IMG-20110912-01100_thumb

Ouhh kali ni tak banyak kisah menarik kot.. Sebab masa ni aku tengah semester akhir, jadi aku busy dengan tugasan dan urusan untuk menjayakan event kelas aku. See, aku turun join menyumbang tenaga dalam Car Boot Sale kelas aku.

 

 

IMG-20110906-01023[3]

Kalau korang ingat lagi style shawlimut yang AMAN WAN ajar aku. Kekekee.. terkejut jugak aku bila Aman Wan personally contact aku kat facebook dan menjemput aku membantu beliau menjayakan video untuk Tudung Aidijuma.

 

 

IMG_7511_thumb

Ouhhh ini best! Blogger KOQIN KAREMO telah menjemput rakan-rakan blogger ke jamuan raya di rumah beliau. Aku suka sebab ada spaghetti sedap!! Hahaha… Baca entry DI SINI.

 

 

IMG_6736[2]

Satu lagi pengalaman yang sangat manis bila aku dijemput oleh Nuffnang untuk join Maybelline’s Workshop for Blogger. Sangat sangat best!!! Baca entry penuh DI SINI.

 

Lepas event Maybelline ni aku sangat sangat sangat busy bila tarikh untuk event kelas aku makin hampir.. Maka aku agak tunggang terbalik bila jadual aku berkecamuk and I do made some mistakes here and there.. Tapi alhamdulillah aku boleh cover balik…

 

 

Thank you for reading… Do wait for the last part of my 2011! Muahhh!!

Sign PNG NisaKay

 

 

 

TWEET, LIKE or SHARE this entry!


Read More»

Sabtu, 26 November 2011

Dah sebulan, baru nak update! Happy belated birthday, Mel!

 

Assalamualaikum…

 

Dah sebulan lebih entry ni aku peram jadi jeruk dalam draft. Hoooo entry ni sepatutnya bertarikh 28 Oktober 2011. Beberapa classmates aku merancang nak buat surprise kecil-kecilan untuk Mel.

 

IMG_8229

So sepatutnya aku yang main peranan untuk bawak dia pergi kat taman kat belakang Pusat Komersial tu. Tapi disebabkan aku lambat, so tak jadi pulak. Sudahnye kitorang surprise kan beliau kat bawah rumah dia. Hohooo…

 

 

IMG_8236

Ramai-ramai nyanyi lagu happy birthday.

 

 

IMG_8237

Rombongan surprise untuk Mel.

 

 

IMG_8241

Yeahhh cheese cake from King’s Confectionary.

 

 

IMG_8247

Mel sudah 21 tahun! Dah tua dahh kawan aku sorang neh. Kekekekeee~

 

 

IMG_8250

Tu dia birthday girl Mel Zainal. Happy belated birthday Mel!

 

 

IMG_8253

Aku tak tahulah ini ritual wajib ke hape, but setiap kali kitorang celebrate birthday sesiapa, the birthday boy / girl kena suap semua orang dengan cake.

 

 

IMG_8263

Ana kat sebelah Mel tu pandang-pandang aje Mel potong cake, nak lettewww, walaupun dalam pinggan dia dah ada cake. Hehehee oke gurau-gurau aje :P

 

 

IMG_8266

Cheese cake dan bandung G-Hut. Errr tak tahu kenapa bandung kat restoran ni warna hijau. Kelainan dan keunikan maybe?

 

So… aku tak tahu nak merepek apa dalam entry ni. Agak blur, mungkin sebab entry ni aku dah peram terlalu lama? Huuu besar kemungkinannya di situ. Okaylah, sekali lagi kepada classmate aku, Mel Zainal.. aku nak ucapkan Happy Belated Birthday!

 

 

sign NISA

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!


Read More»

Selasa, 1 November 2011

Kisah Budak-budak Koir – Part 2

 

Assalamualaikum…

 

Hari tu aku dah share cerita aku join koir untuk istiadat konvokesyen UNISEL kan, baca ENTRY PART 1 DI SINI. Dalam kisah Part 1 tu aku cuma cerita kisah kitorang masa raptai penuh untuk istiadat konvokesyen tuh. Tu yang semua pakai serba hitam, kasi seragam, bukan MLM! Ooppss!!

 

CIMG7967

Ini peserta IMAM MUDA musim akan datang. Sila pilih calon suami sekarang! Yang hujung sekali belah kiri dah ade awek, juga yang tengah-tengah. Yang lain single. Kahkahkah!! Sayangnya, Faiz takde dalam gambor! Grrr!!

 

 

CIMG7972

Inilah gegurls gojes habis. Haaaa serabut sikit kitorang, dengan pegang buku lirik la, bawak beg la.. Ana bawak kasut. Errr….

 

 

IMG-20111016-01368

Masuk dalam dewan kena awal, sebelum para ibu-bapa penuhkan tempat duduk di belakang dan bahagian atas. Maka,wajiblah kami meneruskan acara bergmabor tak hengat yeahh….

 

 

IMG-20111017-01415

Ouhhh sorry gambar ini blur sikit. Maklumlah, zoom pakai kamera henpon cikai aku saje.. Itu yang berbaju kurung ungu tu madam kami, yang ajar subjek Event Management, beliau jadi emcee.

 

 

CIMG7985

Ini gambar masa hari last day konvokesyen kot??? Dah takde sape sudi bagi aku bunga, so aku kutip sendiri ye dak? Kahkahkah.. Ohhh tu lah Faiz. Masih single. Errkkk apakah???

 

 

IMG-20111017-01421

Yeahhh misi mengaut bunga-bunga segar berjaya! Memang jadi hiasan kat bilik aku seminggu! Hohohoo.. turut mengutip bunga dengan jayanya ialah adik Memey. Errr samakah muka kami? Kawan-kawan kata seiras????

 

 

CIMG7997

Tak lupa kepada rakan serumah, Kak Norin (kiri) dan juga besfren beliau, KAK NIK(kanan).. congratulation for your graduation!! Heee nasiblah dorang duduk betul-betul belakang aku,so memang seronok lah! Terasa macam berkongsi saat kegembiraan bersama kawan-kawan tersayang cewahhh!!!

 

 

CIMG7996

Tahniah juga kepada senior UNISEL dan juga rakan blogger AMANZ. Hoo masa mula-mula kenal dengan AMANZ memang tak tahu dia ni senior UNISEL! Hakhakhakk… segan hakuu nyanyi koir bila ada kengkawan konvo. Kahkahkah!! Ohh yeee thanks a lot kat blogger KIRIN SELAMA PERAK (KSP) yang sanggup datang ke UNISEL BJ, lepak dengan aku walaupun kejap. Gambor takde wuuu~

 

 

CIMG8020

SEE???? Berseri sangat sangat meja study aku + tempat aku online. Dua tiga hari bilik aku segar dengan bauan yang sangat natural. Memang best dan fresh je bila masuk dalam bilik. Fuhhhh… suke suke! Nak beli bunga segar memang mahal, so aku dapat free je, untung-untung seminggu bilik aku wangi. Hahahaa…

 

 

 

Okay thanks for reading! Bubbye!!!

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay