Khamis, 14 Jun 2012

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands Golf & Country Resort – JUNGLE TREKKING

 

Assalamualaikum…

 

Fuhhh masih terkenang akan kelazatan makanan di Restoran Pasar Ikan Bakar. Seriously best! Seafood dan daging segar dibakar. Pergghhh boleh meleleh air liur gua ni kang! Huhuhu…

 

P1015720

Makanya, hari terakhir kami di Awana Genting Highlands sudah pun tiba. Pagi-pagi kami dah bangun, sarapan kenyang-kenyang sebab nak guna banyak tenaga untuk jungle trekking! Dari kiri : Cik Lily Putih, Rabiatul Adawiyah, Hanys dan Mira.

 

 

P1015729

Lepas dah kenyang bersarapan, kami semua berkumpul pulak kat Awana Genting Long House. Ingat nak bergambar sakan kat situ, but it seems that rumah panjang tu dah macam takde ape sangat. But still, you can see all the traditional elements of a long house there.

 

 

P1015749

Yeahhh tu dia all the bloggers dah bersemangat waja nak merempuh onak duri sepanjang jungle trekking nanti! Pergghhh onak duri tuuu… Metafora sungguh aku. Sebelum masuk hutan kita bergambor duluuu.

 

 

P1015751

Inilah abang pengiring kumpulan aku. Selaku Kumpulan 1, kitorang masuk dulu ke dalam hutan merasmikan acara jungle trekking yang serba mencabar sebab malam semalamnya hujan, so tanah agak lembap dan licin. Keadaan muka bumi lak berbukit bergunung bagai kan…

 

 

P1015759

Di pertengahan jalan pun sempat bergambor bagai. Kat belakang aku tu pangkal pokok yang tersangat sangat sangat la besar nye! Aku ni ibarat semut je la berdiri tepi pokok tuh. Huuuu..

 

 

P1015764

Yeayyyy dah sampai pun kat sungai! Kitorang berehat-rehat dulu sambil menanti kumpulan-kumpulan lain tiba kat destinasi. Maka berlangsunglah acara melepaskan anak-anak ikan yang kami kena jaga dari mula aktiviti jungle trekking tadi.

 

 

P1015768

Di sungai tu jugak berlangsunglah acara mencabut pacat-pacat yang naik kat kaki. Ohhh ni bukan gambar kaki aku.. Ni gambar kaki groupmates aku. Memang gemok amatlah pacat-pacat tersebut menghisap darah manis beliau. Kekeke.. Kaki aku lagi dasyat. Bukak je kasut, berderet-deretlah pacat melekat kat stoking ibarat ladang ternakan pacat hendaknya…

 

 

P1015797

Baiklah, dah puas rehat, dah puas membuang pacat kat kaki, maka perjalanan pun diteruskan lagi.. Kena mendaki bukit yang licin, meredah semak samun dan macam-macam lagi laa.. Adventurous habis!

 

 

P1015810

Ohhh sampai di sungai yang lagi atas, kami ada tugasan lak… Kena alihkan cawan dari satu tempat ke tempat lain yang dah dikhaskan dengan hanya menggunakan tali! Maaf lerr aku takde pulak gambar aktiviti ni. Tapi yeayy kumpulan kami berjaya dengan hanya 1 percubaan!!

 

 

P1015811

Lepas tu berehat lagi huahuahuaa… mandi-mandi dulu… Air bukit memang pergghhh sejuk kemain. Aku mula-mula dok dalam air, pastu aku keluar duk atas batu menikmati cahaya matahari dengan harapan baju cepat kering sebab aku dah kesejukan yang teramat sangat.

 

 

P1015822

*GROUP PHOTO!*

 

 

P1015823

Perjalanan terakhir diteruskan. Kena mendaki bukit yang sangat sangat curam! Ehh bukit ke gunung eh?? Genting Highlands kan? Haruslah mencabar macam nih!

 

P1015824

Pergghhh mencabar gilerr.. penat sangattt tapi best!

 

 

IMG_8097

Akhirnyaaa…. aktiviti jungle trekking pun berakhir! Group photo time! Errr tapi abang baju merah yang kat hujung kanan tu bukanlah group member kitorang. Beliau ialah abang yang mengiringi kumpulan kami jungle trekking tadi. Thanks ye bang!

 

Setelah kepenatan yang teramat, kami semua main tanam-tanam pokok.. Ponnn takde gambar. Ehhh aku rasa ade kot gambar dalam henpon. Malas nak amik. Nama pokok tu COMEL okay. Comel macam aku *muntah*

 

Arakian cerita habis jungle trekking, kami semua yang dah busuk-busuk basah ni balik ke hotel, mandi-mandi, kemas baju dan terus lunch! Pergghh memang membantai laa kan, perut dah lapar gila! Lepas  makan kami check out dan turun ke Gohtong Jaya untuk singgah di STRAWBERRY FARM sebelum balik KL. Nantikan entry terakhir tu ye!

 

 

Sign PNG NisaKay


12 ulasan:

  1. best best best dan sangat best..
    tak sakit ker kena gigit pacat tu.. takut nya tengok benda2 macam tu..

    BalasPadam
  2. seronoknye dpt jungle trekking ....even penat ..tp berbaloi baloi

    BalasPadam
  3. Seronoknyaa tp pacat mesti banyak kan kan kan huhu :)

    BalasPadam
  4. kat sini la dulu berlakunya 45orang pelatih HESTERIA secara beramai-ramai dulu klu x silap thn 2008... di sbbkan seorg buat hal

    BalasPadam
  5. waahhh x bole belah jee siap ade ARAKIAN lg...heheh clasik sgt..

    BalasPadam
  6. teringat masa zaman sekolah menengah..camping ngan kekawan ngan cikgu..best!!

    BalasPadam
  7. wah ..seronok lorh..besar jugak pacat..dah kenyang kot pacat tuh..huhu

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay