[Copy paste dari status facebook seorang sahabat. ]
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?"
"Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".
Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...".
Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?"
"Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.
Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?"
"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.
"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?"
"Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira.
Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?"
"Cukup, Terima Kasih ya...".
Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...
STATUS INI AKU COPY DAN SHARE DI SINI SEBAB AKU SANGAT TERSENTUH MEMBACANYA. AKU MOHON AGAR KITA SEMUA YANG MEMBACA KISAH INI SEDAR BAHAWA KITA HARUS BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA, HARGAILAH IBU BAPA KITA DAN JANGANLAH HANYA TAHU MEMINTA-MINTA. MENCARI REZEKI BUKANNYA SEMUDAH YANG DISANGKA. DUIT TAK JATUH DARI LANGIT! JADI JIKA KITA BUKAN ORANG SENANG, JANGAN SESEKALI MENGINGINKAN APA YANG DI LUAR KEMAMPUAN KITA. JANGAN SESEKALI JUGA KITA MENYUSAHKAN KEDUA IBU BAPA KITA.
MESKI KITA MEMPUNYAI WANG HASIL PENAT LELAH KITA SENDIRI SEKALIAPUN, JANGAN PULA KITA BERBELANJA DENGAN BOROS. INGATLAH ORANG TUA YANG TELAH MEMBESARKAN KITA DENGAN SUSAH PAYAH.. MAKA, SENANGILAH PULA MEREKA..
PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA YANG MEMBACA, INSHAALLAH…
kasih syg yg tiada bandingan..T T..
BalasPadamYa Allah..
BalasPadamkasih sayang orang tua kita tidak ternialai harganya..
allahuakbar.. :')
YA ALLAH, KAK. TERIMA SEBAB SHARE. BANYAK JASA MEREKA PADA SAYA KAK. :( BACA DENGAN LINANGAN AIR MATA.
BalasPadamaaaaa menitik air mata baca, nisa. tsk tsk
BalasPadamkesian ayah dia .. sedihhh :'(
BalasPadamBetapa besarnya jasa seorang ayah :')
BalasPadamtersentuh hati membacanya,,teringat cerita seorg kawan,,warden asrama dimrsm,,dtg seorg ayah dengan sebuah moto..tengah malam..nk bagi duit kat anak,,kawan saya tolong ambilkan..tengo2 hanya rm16,,sahaja,,munkin anaknya mintak,,masa tu setakat tu je yg dia mampukan,,
BalasPadamSekarang ramai yang meminta dari usaha sendiri....hmmm
BalasPadamSangat tersentuh.
BalasPadamsedih, cian kat ayah... demi kesenangan anak, rela berhabis duit :( nauzubillah, jauhkanlah sy dr perangai anak yg x mengenang jasa org tua :(
BalasPadamsebak dalam hati membaca status yg dibuat entry ni. benarlah, kadang2 anak2 tak pandai nk menghargai jasa ibubapa. yang mereka tahu, hanya meminta. biarla sama2 kita berdoa, agar anaknya tu belajar betul2, dan membalas jasa ayahnya.
BalasPadamYa Allah .. Kureng betul anak dye tu .. aku beli laptop pon dengan duet aku update blog .. duet tau plak mintak ..
BalasPadamni kalo anak dia esok2 x belajar elok2, aku xtau la..
BalasPadamayah sanggup buat apa je demi anak, adakah anak sanngu buat sebegitu?
BalasPadamsangat tersentuh bila baca this story..terus teringat ayah kat kampung....ermmmmm.....minta shared lah story nih...mintak copy paste ye.....
BalasPadamWaa tersentuhnya. Rasa nak nangis.
BalasPadamnak copy paste jugak bole x? syaz nak share kat blog syaz
BalasPadamsalam... nak copy bole tak crita tu..syaz nak ltak kat blog syaz.. spaya kita sama2 bole amik lesson dri crita tu
BalasPadamKak nis, nak copy aci?
BalasPadambergenang air mata baca :"(
BalasPadambertuah sebab dapat kesenangan sedikit. lepas baca cerita ni, baru rasa bersyukur sgt sbb aya senang2 je sebelum ni dpt semua tu.
BalasPadam