Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Khamis, 25 Ogos 2016

Kenapa kita TAK BOLEH / SUSAH SANGAT nak move on ???




Assalamualaikum...


Wah wah tajuk kemain macam patah hati sesangat la pulak kan.. Haha takde lah. Takde kena mengena okay. Cumanya, Nisa dapat ilham nak update mengenai benda ni sebab Nisa terbaca blogpost seorang rakan yang bertajuk 7 Tips Untuk Move On ! Gituu.. kalau bab-bab percintaan ni kemain semua laju je kan ? Baik mengaku.. Sebagai buktinya, blogpost Tanda Tanda Terlalu Selesa Bergelar “Single” ! masih mengungguli carta Popular Post di blog Nisa.. Hahaha.


Tapi kalau kalian masih berminat nak baca blogpost lama yang berkaitan dengan topik relationship ni, maybe korang boleh baca blogpost - blogpost di bawah :


Jangan pulak korang tengah frust korang pi minum benda bukan-bukan !!
(Gambar adalah lakonan semata-mata)



SUSAH NAK MOVE ON ?

Hmm.. sebenarnya tahap kepantasan untuk move on bagi setiap individu adalah berlainan. Jangan pulak sebab kita jenis mudah nak move on, kita duk push pulak kawan kita move on cecepat. Yes, memang betul tak ada gunanya nak berduka lara lama sangat.. menyakitkan hati je. Tapi apa boleh buat kalau hati masih sayang.. kalau memang sukar untuk kawan kita yang tengah frust tu move on dengan segera.. Jadi, dah kenapa yang susah sangat nak move on ni ???!!





#1  MASIH BARU PUTUS HUBUNGAN
Hah ! Kalau masih baru putus memang lah susah nak move on. Ingat ya, dalam fasa sebulan atau dua bulan pertama, kawan korang yang baru putus tu sedang mengalami fasa bersedih. Jadi, jangan terlalu push dia untuk move on. Nasihatkan dia sekadarnya. Biarkan dia lepaskan dulu kesedihan tu, nak menangis guling-guling ke, ikut korang lah. Tapi kita sebagai kawan tengok-tengokkan lah sikit.. Jangan sampai kawan yang tengah frust tu buat benda yang bukan-bukan. Yang pentinggg, jangan bagi dia cari balik ex boipren dia.


#2  SERING BERSENDIRIAN
Bila kita bersendirian, kita tak communicate dengan orang sekeliling. Kita mendiamkan diri, and sit all by ourselves. Tapi bila kita bersendirian, kita mudah sangat terfikirkan atau terkenang kembali segala jenis memori bersama bekas pasangan. Masa tu mulalah kita duk layan saja emosi. Sebab apa? Sebab kita tak ada distraction. Fikiran kita asyik menuju kepada topik yang menyedihkan saja. Jadi, segeralah keluar luang masa dengan kawan ke apa. Kasi masa tu terisi sikit.


#3  BERKONGSI KUMPULAN RAKAN YANG SAMA
Haaa okay, ini maknanya anda dan bekas pasangan anda berkongsi rakan yang sama. Kawan dia jua kawan kita. Kawan kita pun dia baik jugak. Haa susah kenapa? Kita dah beria lah unfollow / unfriend bekas pasangan di semua laman sosial yang kita ada.. alih-alih ada kawan pulak yang upload gambar tengah lepak dengan si dia. Aduhh break down kejap perasaan kita ! Kan? Mulalah sedih.. rindu lah.. Hurmm.. Unfollow / block / unfriend pun tak guna kalau gambar dia kita duk nampak je kat laman sosial kan ?





#4  BERPISAH KERANA ISU YANG TIDAK JELAS
Hmmm ada antara pembaca blog Nisa yang mengalami situasi macam ni tak ? Kiranya hubungan tu terputus di tengah jalan macam tu je. Ada situasi di mana jarak yang memisahkan lama-lama pasangan pun senyap camtu je. Ala-ala gantung tak bertali pun ye jugak. Tak pun alih-alih kita kena ignore.. tahu-tahu je si dia sudah ada pengganti. Haaa frust nye memang tak terkawal rasanya. Sebab apa ? Sebab kita TAK TAHU what exactly had happened and kita tak pasti salah siapa.


#5  SUDAH MENGENALI AHLI KELUARGA PASANGAN
Ada juga couple yang sudah sampai ke tahap mengenali keluarga satu sama lain. Hubungan dengan keluarga si dia pun terjalin dengan baik dan rapat. Bila tiba-tiba jodoh tak sampai, semestinya rasa sangat terkilan bukan ? Sebab banyak hati yang perlu dijaga. Kalau berpisah secara baik sekali pun, mungkin ambil masa nak move on.. sebab rasa sedih dan tak sampai hati pulak bila tiba-tiba tidak lagi bertemu dengan keluarga bekas pasangan.


#6  BANYAK PERKARA YANG MENGINGATKAN ANDA PADA BEKAS KEKASIH
Hmm.. ini faktor yang sangat normal. Buat lah apa pun, dari sekecik-kecik perkara hingga ke benda-benda yang besar. Contohlah dulu korang suka lepak tepi tasik bersama, bila dah putus lalu je la kat mana-mana tasik mesti akan buat korang teringat kenangan dulu. Lebih-lebih lagi kalau korang pernah mengalami kepayahan / kesusahan bersama.. Aduhaii... Kalau pernah bercuti bersama pun parah jugak. Bila ada orang sebut mengenai tempat tersebut, atau korang ternampak gambar tempat tu di mana-mana.. mesti korang akan teringat punya !





#7  MEMPUNYAI MINAT YANG SAMA
Bila anda dan bekas pasangan banyak menyukai perkara yang sama, mesti korang selalu buat sama-sama. Contohnya anda dan ex anda suka layan konsert.. Korang mesti pergi sama-sama.. Ada yang jenis suka berkongsi mengenai muzik, hobi dan sebagainya. Bila your other half dah takde, mesti terkilan sangat sangat kan.. Tiba-tiba hilang dah orang yang berkongsi banyak perkara dengan kita..


#8  TEMPOH HUBUNGAN YANG LAMA
Haa kalau dah bersama bertahun-tahun, tapi ditakdirkan pulak TAK ADA JODOH.. Memang sukar lah kan nak move on, nak bukak hati kepada orang lain.. ini pun faktor yang biasa. Bila lama bersama, maknanya lebih banyak kenangan yang tercipta di antara anda dan ex anda. Lagi lah banyak perkara / lokasi / isu yang buat anda kerap teringat kepadanya.


#9  MENYANYANGI SEIKHLAS HATI
Okay.. ada orang yang bila dia mula sayangkan seseorang, perasaan tu biasa-biasa saja. Kemudian akan berubah kepada penerimaan. Di mana di tahap ini dia dah sedia menerima baik buruk pasangan dia. Bahkan kalau pasangan dia ada kisah silam yang kureng best pun, dia rasa "yeah I can live with it.. I accept him/her as who he/she is" gituh.. terus speaking hakak! Bila kita dah betul-betul sayangkan dia dan bagi hati kita kat dia, tiba-tiba jodoh tak panjang pulak ! Haa nak kata apa kalau dah tak ada jodoh kan? Memang menonggeng la sikit nak terima tu,





Tapi sebenarnya, banyak je faktor yang datang dari diri sendiri.. contohnya kita sendiri yang tak kuat nak terima kenyataan dan membuka hati untuk kehidupan yang baru. Sangat tidak sihat ye kalau asyik hidup dalam kenangan lalu.. Kita tak akan gembira. Kita takkan tahu apa kemungkinan di luar sana kalau kita tak mahu melangkah ke depan ye dak.


Isu jodoh ni sukarrr nak kita huraikan. Sebab semuanya kuasa Allah. Kalau DIA kata jodoh kita dengan orang yang kita nak, maka akan menjadilah hubungan itu walau pun banyak dugaan. Tapi kalau dah bukan milik kita, apa usaha pun tetap akan menemui jalan buntu.


Ada yang pernah kata kat Nisa, kalau nak move on cepat kena cari orang untuk rebound. As for me, that kind of way might work for some. Tapi secara peribadinya, Nisa tidak suka mengenai rebound. Sebab Nisa tau, bila kita ada someone else untuk proses rebound, ada hati yang akan terluka. Mungkinlah asalnya kita rasa nak berkawan je, tapi kalau orang tu tersuka kita.. kita pulak tak boleh nak suka dia balik, ha macam mana tu ?


Apa-apa pun kita dekatkan diri dengan DIA. Kalau nak apa-apa, mintak dengan DIA. DIA nak kita berdoa dan memohon padaNya je.. InshaAllah DIA takkan biar kita bersedih lama-lama. Buka pintu hati untuk perubahan dan mulakan hidup dengan nafas baru ! InshaAllah kita  bolehhh !!!





Read More»

Rabu, 11 Mei 2016

Tergamak pemuda ini menggadai Barang Kemas & Cincin Perkahwinan Isteri semata-mata....





Pemuda yang dimaksudkan ini bernama Amran dan itulah antara tindakan yang pernah dilakukan olehnya semasa awal perjalanan sebagai seorang usahawan untuk membina empayar perniagaan dari bawah dan kini beliau merupakan pemilik rangkaian dobi Franchais AquaNano.


Beliau bukanlah dilahirkan daripada keluarga yang berada, tetapi semangat untuk memperbaiki taraf hidup selepas mengambil keputusan berhenti kerja dari Petronas Carigali sangat memberi inspirasi kepada golongan anak muda yang ingin memulakan perniagaan.

Amran bersama isterinya terpaksa menjual kerongsang bagi menampung kehidupan keluarga selepas berhenti kerja di Petronas.


"Saya mengambil keputusan berhenti kerja sekitar tahun 2007 yang lalu."

"Saya akui, keinginan untuk menaikkan taraf hidup dengan bekerja sendiri bukanlah sesuatu mudah seperti disangka. Ketika saya berhenti isteri saya sedang hamil anak pertama kami."

"Saya mula fikir untuk berniaga dan ketika itu hanya mempunyai RM20,000 dalam simpanan dan saya gunakan modal ini untuk memulakan perniagaan IT kerana sebelum ini saya pernah berkhidmat di syarikat telekomunikasi selama empat tahun.Saya menyewa sebuah bilik kecil di tingkat 3 di sebuah lot kedai bagi menjalankan operasi perniagaan IT saya"

Bagaimanapun, pengalaman yang ada tidak mencukupi untuk menjana keuntungan, malah duit modal yang dilaburkan habis begitu sahaja.Perniagaan tersebut berakhir dalam tempoh hanya tiga bulan.



Amran bersama isterinya merasmikan cawangan dobi AquaNano di Indonesia bulan lalu.


"Hidup kami sekeluarga semakin sempit, berbulan kami tak mampu membayar sewa rumah termasuk kereta.Pernah satu ketika kereta saya ditarik bank, selepas bertungkus lumus meminjam wang disana sini dan membayar semula tunggakan, keesokkan harinya kereta isteri saya pula ditarik bank...Terduduk diam bisu kami sebentar mengenangkan duit yang dipinjam belum dibayar lagi, inikan pula nak meminjam duit lagi untuk kereta isteri."

"Sukar ingin digambarkan tekanan yang saya hadapi ketika itu apabila jumlah hutang meningkat dan mahu ataupun tidak saya perlu fikirkan sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Bayangkan lah, ada ketika hanya tinggal RM10 dalam saku, kami ikat perut sekeluarga berbelanja RM10 untuk seminggu. Kami tidak keluar rumah sebab hendak isi minyak kereta pun tidak mampu. Kami catu segalanya kerana terpaksa berjimat kerana hendak pastikan keperluan bayi kami.Kami juga tidak mampu untuk menjenguk mak dan ayah di kampung, segala majlis keraian mahupun perkahwinan saudara mara dan kawan kami tak dapat hadiri kerana tiadanya wang untuk bergerak kemana-mana ketika itu. Begitu hebat sekali dugaan Allah yang diturunkan kepada kami, terasa ketika itu kami begitu kerdil didunia ini. Tidak terbilang ntah berapa kali isteri saya mengalirkan air mata dan saya juga hampir-hampir putus asa untuk terus  berada didalam bidang perniagaan."

Tetapi Amran sedar dia tidak boleh lemah semangat dan berputus asa dengan dugaan yang dihadapi ketika itu memandangkan tanggungjawabnya bukanlah hanya untuk diri sendiri malahan demi isteri dan anak-anak.Kemudian abang ipar Amran mencadangkan pada beliau untuk menjual kerongsang di pasar-pasar malam dan pejabat kerajaan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

"Masalah utama kami ialah modal, bayar kereta pun kami sudah tidak mampu, hutang pula keliling pinggang.Isteri saya tidak sampai hati dan menyerahkan semua barang kemas hadiah perkahwinan kami termasuk cincin kahwin untuk digadaikan sebagai modal permulaan.Saya juga bernasib baik adik beradik saya lain ada bantu sedikit untuk beli stok kerongsang. Alhamdulillah... Saya sedikit lega apabila penjualan kerongsang saya mendapat sambutan yang memberangsangkan pada jualan yg pertama kali dibuat kerana hampir 90% stok habis dijual. Saya berjaya memulangkan modal pinjaman dari adik beradik dan dalam masa enam bulan perniagaan beroperasi kami berjaya mengumpul hampir RM50,000 hasil jualan kerongsang tersebut." ujar beliau.

Namun, perniagaan tersebut juga tidak mampu bertahan lama kerana pesaing mula bertambah sehingga keuntungan merosot sedikit demi sedikit.Pada awal tahun 2009, Amran mendapat tawaran kerja di Petronas Carigali. Ketika itulah Amran mula mengumpul modal sekali lagi untuk menjayakan perniagaan dobi yang merupakan impian isterinya selama ini.

"Kami mula bisnes dobi tanpa sebarang pengalaman dan selama lima bulan pertama kami berhadapan dengan kerugian.  Kami tidak tahu standard operasi yang betul dan pelan pemasaran yang berkesan."


Setelah menyedari kesilapan yang dibuat, Amran mula membantu isteri dengan merangka strategi pemasaran, menerima kontrak cucian dari agensi-agensi berdekatan dan menjana keuntungan dari perniagaan dan mampu untuk mengajikan pekerja.

Setelah melihat perniagaan dobi ini berjaya diuruskan, Amran sering menerima panggilan dan menerima kunjungan daripada bakal-bakal pengusaha dobi yang ingin mendapatkan khidmat nasihat serta tunjuk ajar.



AquaNano kini berkembang sebanyak 135 cawangan di Malaysia dan Indonesia.


"Saya dapat idea untuk membuat kursus dan seminar perniagaan dobi bagi mereka yang ingin menceburi perniagaan ini. Niat kami hanya mahu membantu serta berkongsi ilmu supaya mereka tidak mengalami kerugian seperti yang kami lalui."

"Alhamdulillah daripada sedikit hingga kini lebih 2000 orang peserta telah menyertai kursus dan lebih 400 buah kedai dobi yang telah berjaya kami bantu bangunkan," katanya.

Selepas berjaya mendapat keyakinan dari pihak yang terlibat, akhirnya jenama AquaNano mendapat pengiktirafan sebagai francaisor yang berdaftar pada 2013 dan layak untuk mendirikan jaringan francais di seluruh negara.

"Menjadi usahawan perlu kreatif dan berani mengambil peluang, saya mengorak langkah lagi dengan bersama rakan niaga lain membangunkan perisian dobi layan diri yang pertama di Malaysia," ujarnya.


Amran menerima anugerah dan pengiktirafan dalam bidang perniagaan francais.



Sehingga kini AquaNano telah mempunyai sebanyak 140 outlet diseluruh Malaysia dan juga Indonesia. Amran memasang impian yang sangat tinggi agar AquaNano menjadi pilihan jenama no.1 bagi perkhidmatan Dobi di Malaysia dan semakin berkembang pesat serta bakal memiliki penambahan 50 cawangan baru didalam tempoh 2 tahun ini.


Link fb Amran:








Di harap kisah saudara di atas ini dijadikan motivasi dan penguat semangat kita semua. Ada masa kita jatuh, ada masa kita susah sangat sangat ! Ada masa Tuhan bagi kita kesukaran, agar kita sentiasa bersyukur dengan apa kita ada dan sentiasa berusaha dan terus berusaha. InshaAllah...









Read More»

Rabu, 11 Februari 2015

Tanda Tanda Terlalu Selesa Bergelar “Single” !

 

 

Assalamualaikum..

 

Haaa baca tajuk ni, mesti ada yang teringat kat mana-mana kawan-kawan yang dah menyingle berapa lama dah, tapi tak pernah nampak tanda-tanda nak terlibat dengan kancah percintaan yang penuh onak duri ni… apatah lagi nak bina masjid ! Tak kurang juga mesti ada yang terasa sendiri sebab diri sendiri dah lama single tapi belum ada tanda-tanda lelaki idaman nak jatuh dari langit. Kahh !! (Cakap orang, diri sendiri yang menaip ni sentap jua) Hahaa~

 

Tapi betullah kan.. Ada di antara kita yang dah lama sangat single. Orang yang single lama-lama ni cenderung untuk menjadi sangat independent, kurang bergantung harap dan menggantung perasaan terhadap lelaki, dan juga dia boleh dapat atau capai apa yang dia nak sendiri. Tak payah nak harap orang lain. Gituu.. Hah ! Kalau dah selesa hidup sendiri, mungkin kita tak rasa rushing nak kahwin ke apa kan. Atauuuu punnn, ada jugak yang masih TAK PERASAN bahawa dirinya dah terlalu selesa jadi single ! Serious bacalah entry ini sampai habis  okayy !

 

DSC_0066Gambar hiasan haha. Baju dari Silvercloud & Co

 

#1 Korang tak kisah melepak je kat rumah atau tak ke mana-mana bila tibanya hari minggu. Korang lagi rela duk rumah habiskan baca novel atau tengok movie kat TV daripada make calls randomly and ajak kawan keluar tengahari buta,
Kalau orang yang ada pasangan ni, dorang dah menggeletis nak plan dating kat mana kan.. Yelah, Isnin sampai Jumaat duk kerja, maka hari minggu lah nak bermanja dan melempias rindu. #Ehhh

 

#2 Korang sejujur-jujurnya gembira di atas hari-hari bahagia kawan-kawan korang atau orang sekeliling korang. Contohnya pertunangan, perkahwinan atau melahirkan anak.
Ehhh macam aku je. Aku suka sangat sangat baby kot ! So aku yang excited lebih kalau jumpa anak orang ahahaa !

 

#3 Korang tak pulak rasa tak selesa bila korang keluar hang out dengan kawan-kawan yang berpasangan. Tak rasa awkward, tak rasa jelesnya tengok orang memanja, makan pun nak suap pakai kaki. HAHA kidding !

 

#4 Bila kena tanya mengenai status hubungan, korang boleh jawab dengan jujur, takde dolak-dalih, takde kisah drama samarinda ke apa. Sebab korang tak rasa dengan menjadi “single” tu memalukan atau salah.

 

#5 Korang boleh makan kat luar, tengok movie dan… travel sorang-sorang. Hahaha.. Korang tak rasa pun korang kena cari someone nak teman ke apa.
Haa kalau petanda nombor 5 ni aku fail sikit. Kalau makan sorang tu, aku selalu bungkus atau masak kat rumah (walau masak megi sekalipun)

 

#6 Bila ada orang merasakan “Eh something wrong la kan si polan tu, duk single je dah berapa lama dah tu..” Maka, korang pulak akan membuat kesimpulan bahawa orang yang berprasangka itulah yang something wrong nya ! Kann ???

 

G0073080_1420782647132_highGambar Hiasan. Kekeke..

 

#7 Walaupun single.. jadual korang padat ! Padat dengan aktiviti yang melibatkan percutian, sarapan / makan tengahari / dinner dengan kawan-kawan lama atau kawan sekerja, keluar tengok wayang dengan ahli keluarga atau kawan, seminar, kursus dan memacam lagi lah.
Kejap nak pergi yoga lah, kejap nak try taichi tepi tasik dengan aunty and uncle lah.. Kejap nak masuk gim nak sadorkan diri lah. Ambui !

 

#8 Korang seakan lupa bagaimana keadaannya di dalam sesuatu perhubungan tu. Korang dah tak ingat atauuu tak ambil tahu mengenai isu seperti – Berapa banyak kali nak berbalas mesej ? Bila nak buat apa-apa atau pergi mana-mana kena tanya pasangan tak ?

 

#9 Korang abaikan saja mesej-mesej manis yang datang dari entah siapa-siapa sebab korang tahu yang korang takde masa nak layan benda-benda yang kelihatannya bukan untuk jangka masa panjang. Korang boleh dapat agak kalau seseorang tu tak serius dengan korang atau pun orang tu tidak muncul sebagai “pasangan berpotensi” HAHA !

 

#10 Jauh di dasar hati korang tu, korang sehabis jujur bahawasanya korang berasa gembira dan selesa di mana korang berada sekarang. Korang tak susah hati tengok kapel budak-budak sekolah duk lepak kat taman permainan depan rumah orang.

 

#11 Korang mungkin ada keinginan serta perancangan awal untuk berkahwin, settling down.. tapi korang tak pernah rasa tertekan mengenainya, jauh sekali nak rushing cari calon ke apa. Korang takde lah rasa tertekan nak melancarkan kempen “30 hari mencari cinta” ke apa.

 

#12 Korang tak suka atau RIMAS dengan ideologi (perghh) bahawasanya kalau korang ada kapel dengan someone, korang kena mintak izin atau repot kat pasangan korang mengenai setiap benda yang korang buat. Nak keluar kedai beli Kotex pon nak repot ke ? Hahaa. Sudahnya, korang lagi selesa single. Pergi mana-mana pun sukahatilahh.

 

GOPR3334_1422696862306_highGambar Hiasan. Kekeke..

 

#13 Korang takde masalah bila bersendirian. Korang tak rasa serba kekurangan tulang rusuk ke, tulang kaki ke, sup tulang ke. Hahaha.. Korang just.. nikmati masa yang ada dan lakukan apa yang korang nak.

 

#14 Korang memberi sokongan moral kepada mereka yang takut untuk bersendirian, malah korang mendoakan mereka supaya menemui cahaya di jalan nan gelap dan menghargai setiap detik bergelar single. Wakakaa…

 

#15 Korang tak rasa terkilan di atas kegagalan hubungan lalu. Haa malah, bersyukur pulak yang hubungan tu berakhir ! Takde sakit hati, takde makan hati ke.. limpa ke.. Kalau hubungan tu tak berakhir, korang tak sebahagia sebagaimana korang sekarang. Haaa gituu !

 

 

 

Jadi, sejauh mana korang selesa bergelar single ?
Sejujurnya, bagi aku.. tidak salah pun single lama-lama… Kalau jodoh belum tiba, takkan nak dipaksa-paksa ye dak ? Karang kena cop desperado pulok… ! Berkawan biar beribu.. berkasih tetap satu itu, inshaAllah.. Tiba masa nanti mesti settle down jugak, sebab jodoh tu dah pun Allah tentukan untuk setiap hambaNYA. As for me, kedudukan aku yang paling tepat berada di nombor 7 dan nombor  11 ! Itu kedudukan terkini lah.. Hehehe.. Masa depan belum tahu ye dak ? Alhamdulillah.. Aku selesa dengan kehidupan dan pekerjaan aku sekarang walaupun sangat mencabar.


Tapi takpe.. I’ll go with the flow and just patiently wait for the time for Allah to send me my imam okay ? Pergghh ayat !

 

 

__________________________________________________________

*UPDATE*

First of all I NEVER CLAIMED that entry ni originalnya daripada saya. Saya cuma berkongsi apa yang saya pernah baca dan saya sangat sangat berterima kasih kepada semua yang sudi baca dan share okay.
And you guys can read the original entry HERE.

 

  *************

 

Maaf kalau ada sesiapa di luar sana terasa “I’m being sarcastic”. Saya tidak bermaksud nak mengejek atau kecikkan hati sesiapa. Sesungguhnya apa yang diterjemah dan dikongsi di atas cumalah bahan bacaan ringan-ringan, suka-suka semata-mata.. Nothing serious, just CHILL lah ya.

 

__________________________________________________________

*UPDATE*

Hai semua.. jemput baca sedikit penjelasan dan perkongsian pengalaman oleh seorang rakan blogger aku berkaitan entry ini. I totally agree with him ! Kalau jodoh tak ke mana, berpisah bertahun-tahun pun akan bertaut kembali gituuu ! Dan tahniah Fad sebab tak lama lagi akan mengakhiri zaman bujang beliau ! BACA KAT SINI

 

Another perkongsian dan penjelasan dari kaca mata seorang blogger : Thank you PURPLEPONG ! BACA ENTRY BELIAU DI SINI YA !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem,


Read More»

Sabtu, 5 Januari 2013

AYAH

 

[Copy paste dari status facebook seorang sahabat. ]


Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?"

"Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".

Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...".

Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.


Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?"

"Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.

Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?"

"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.

"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?"

"Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.


"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira.

Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?"

"Cukup, Terima Kasih ya...".

Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.


Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.


Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

 

 

 

STATUS INI AKU COPY DAN SHARE DI SINI SEBAB AKU SANGAT TERSENTUH MEMBACANYA. AKU MOHON AGAR KITA SEMUA YANG MEMBACA KISAH INI SEDAR BAHAWA KITA HARUS BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA, HARGAILAH IBU BAPA KITA DAN JANGANLAH HANYA TAHU MEMINTA-MINTA. MENCARI REZEKI BUKANNYA SEMUDAH YANG DISANGKA. DUIT TAK JATUH DARI LANGIT! JADI JIKA KITA BUKAN ORANG SENANG, JANGAN SESEKALI MENGINGINKAN APA YANG DI LUAR KEMAMPUAN KITA. JANGAN SESEKALI JUGA KITA MENYUSAHKAN KEDUA IBU BAPA KITA.

MESKI KITA MEMPUNYAI WANG HASIL PENAT LELAH KITA SENDIRI SEKALIAPUN, JANGAN PULA KITA BERBELANJA DENGAN BOROS. INGATLAH ORANG TUA YANG TELAH MEMBESARKAN KITA DENGAN SUSAH PAYAH.. MAKA, SENANGILAH PULA MEREKA..

 

 

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA YANG MEMBACA, INSHAALLAH…


Read More»

Rabu, 2 Januari 2013

A status of a friend

Tak semua perkara yang kita suka kita akan dapat.
Tak semua perkara yang kita sayang akan jadi milik kita.
Jadi apa yang perlu kita lakukan? Kita perlu redha dan tabah.
Mungkin Allah telah merancang yang lebih baik dari apa yang kita rancang.


InshAllah.

P/S : Trying really hard. InshaAllah :”)


Read More»

Copyright © Nisa Kay