Jumaat, 1 Februari 2013

Kawen

 

SEKADAR BERKONGSI….

 

aku kampung sikit bab nikah kawen ni. bagi aku-- cinta mati tahap tertonggeng cane pun, mak bapak cakap:
jangan / nanti / tengok dulu--
aku patuh.


dua puluh tahun hidup--
tahi dicebok, makan disuap--
pasal cinta kau humban mak bapak dalam lombong--
memang kalau ada depan aku--
aku bahasakan.


tak kiralah kau siapa.
kalau aku kenal, aku pakej dengan penampar. kalau tak kenal-- jenis bertekak depan orang kat bus stop pun aku mmg kasi tepet je.


orang tua kita tak sempurna.
KITA pun satu hari akan tua.
kita ni--
sempurna?

orang tua tetap orang tua.
ada bahasa sikit.
kau nak anak orang.
kalau jadi kawen, seumur hidup kau hadap orang tua pasangan kau.
orang tua2 dah pesan:
sebusuk2 daging, direbus dimasak; dimakan jua.


darah daging tetap takkan putus.


belum kawen dah kongkong pasangan mengalahkan mak bapak dia--
kau siapa?


kalau aku jadi orang tua pun aku tak hingin menantu macam ni. anak aku terkinja2 nak pun-- memang aku lari2.


ye la. kang aku sound tepet aku tak kenan kang--
anak aku gantug diri.


kesian orang tua.
orang muda banyak mulut zaman ini.
ada saja jawab dia.


semua benda nak ada hak bersuara.

 

FULLY CREDIT TO : FYNN JAMAL

 

XOXO


8 ulasan:

  1. Betul3! Macam kena mengena pulak dengan isu salah sorang retis Malaysia kita nih.. Hehehe..

    BalasPadam
  2. setiap masalah ada jalan penyelesaiaan.

    BalasPadam
  3. teruk kan.. nanti bila dh kawen, lagi dasat. penampar makanan dia.. haha

    BalasPadam
  4. Agree with you nisa kay. Utamakan ibubapa.

    BalasPadam
  5. agreeee :) ape yg penting make sure kita ingt pengorbanan mak ayah yg susah payah tuh.

    BalasPadam
  6. Wise old woman once told me :

    "nak cari bakal suami, tgk dulu mcmana cara dia layan parents dia terutamanya mak dia. Sebab macamana dia layan mak dia, insyallah mcm tu la dia layan kita"

    Tak tahu betul or idak. Selamat berexperimentasi!

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay