Assalamualaikum..
Terasa nak balas komen kat anon ni kat ruangan komen je. Tapi terasa terpanggil nak balas melalui entry supaya dia lebih sedar akan kewujudan jawapan aku untuk beliau yang ku hargai. Dan aku pasti serta yakin dan kompem ramai lagi yang berperasaan seperti anon di bawah.
P/S : Aku approve semua komen kecuali spam dan komen-komen yang tak guna.
P/S S : Sila baca entry ini dalam nada yang tenang dan aman, kerana aku menaip entry ini dengan penuh keikhlasan, dan setelah berfikir sedalam-dalamnya. Tidak berniat ingin menyinggung perasaan sesiapa, sekadar ingin menjelaskan keadaan dari fahaman aku sendiri.
FIRST OF ALL, aku sikit pon tak rasa diri aku glamour atau perasaan-perasaan yang sewaktu dengannya. Aku rasa… biasa-biasa saja.. masih blogger picisan seperti dulu. Bezanya cuma aktif dan tidak aktif sahajalah..
Mungkin ramai pembaca diluar sana menyalah erti perkataan GLAMOR dan AKTIF.
Glamor bagi aku adalah bila blog kau dibaca semua penduduk Malaysia, yakni tua dan muda, kaya mahupun miskin. Sebut je nama blog kau semua kenal, bukan sekadar pernah dengar malah pernah baca isi kandungan dan boleh describe rupa blog korang macam mana. Bila jumpa kat luar macam artis jumpa peminat, orang berebut nak ambil gambar, nak tandatangan, anda diperhatikan setiap masa dan orang akan judge kau atas bawah luar dalam bla bla bla bla…
AKTIF (1) bagi aku ialah bila kau ada masa lapang, dan pada masa itu Maha Suci Allah yang Maha Pemurah turunkan kau rezeki yang pelbagai (yakni dalam konteks blog seperti jemputan events dan dapat advertorial). Maka kau pun ke sana sini memenuhi jemputan events dan sebagainya.
AKTIF (2) pada aku bila kau ada masa lapang dan duit yang cukup untuk kau keluar shopping sakan, makan sedap-sedap dan bercuti-cuti Malaysia, dan juga ada masa untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan, buat kerja gila la la la, lantas kau share semua benda kat blog.
Bila dibaca dan dihayati balik dua perkara di atas, aku tak nampak pun diri aku dalam kelompok glamor (pada konteks dan fahaman aku). Tak ramai pun yang kenal blog aku ni. Aku selalu je pergi event lepas tu tercengang-cengang sendiri sebab tak siapa yang aku kenal, dan tak siapa kenal aku.
Terkadang ada juga beberapa orang yang meminta nak bergambar dengan aku, kerana mereka pembaca blog aku dan juga mengikuti perkembangan aku di beberapa platform media sosial. Tapi, itu langsung TIDAK diertikan sebagai glamor, kerana jumlah itu sekadar boleh dikira dengan jari. Terima kasih kepada mereka-mereka yang pernah buat aku terharu sebab aku tak menyangka blog picisan aku ni menangkap perhatian korang :’)
Bagi aku adalah satu pemikiran yang agak tipikal apabila aktiviti aktif seorang blogger diertikan sebagai glamor. Kerana bagi aku glamor dan aktif blogging adalah perkara yang amat-amat berlainan. Terdapat ramai blogger yang hanya dikenali dalam kalangan rakan blogger sahaja, dan sangat dikenali penganjur acara, lantas menjadikan blogger tersebut selalu dapat jemputan untuk ke acara-acara.
“MASA BELUM GLAMOR, SEGALA JENIS RAHSIA PERIBADI NAK CERITA”
Aku tak nampak apa yang aku kongsikan dalam blog ini sebagai rahsia peribadi. Jika anda sedang membaca entry ini, maka terbuktilah blog ini merupakan laman yang umum dan sesiapa sahaja yang menaip link blog aku akan dapat membacanya. Jadi, amat amat aku sedar bahawa segala yang aku kongsikan di dalam laman blog aku ini boleh dibaca sesiapa sahaja dari mana-mana pelusuk dunia. JADI, kalau aku ada sesuatu rahsia peribadi, kenapa aku still nak kongsi ye dak?
Jadi, apa yang aku kongsikan dalam blog aku ini bukanlah sejenis atau satu spesis rahsia peribadi. Tah mana yang rahsia pun aku tak tahu. Kalau dah namanya RAHSIA kenapa pulak lah aku nak menulis mengenainya di sini? Dah kalau aku share kat sini bukanlah rahsia namanya ye dak, sebab berjuta orang boleh baca penulisan aku.
“UPDATE PASAL EVENT, IKLAN DAN SEWAKTU DENGANNYA.”
Setiap manusia di muka bumi ini ada fasa-fasa kehidupan yang perlu kita lalui. Macam aku juga, di suatu masa dahulu, semasa aku masih bergelar pelajar, aku banyak luangkan masa dengan kawan-kawan, melakukan aktiviti gila dan suka share kat blog… Begitu juga kenalan sesama blogger, dulu kemain hampir setiap bulan nak buat gathering je haa…
Tapi aku kini dah kurang aktif dengan aktiviti yang lebih kepada personal.. KENAPA? Sebab aku dah melepasi fasa bersuka ria, dan kini memasuki fasa yang agak sukar dan inshaAllah fasa ke arah yang lebih matang iaitu…. BEKERJA. Ya aku kini bekerja, bukan satu, dua malah tiga kerja aku lakukan dalam satu masa.
Sekarang bukan masa untuk aku bersuka-ria sangat, menggila-gila sana sini… tapi sekarang masa untuk aku betul-betul fokus bekerja dan mencari rezeki yang halal agar mampu menyara hidup sendiri, mampu membeli keperluan hidup yang bukan murah nilainya, mampu membantu mak abah serta keluarga, dan mampu membantu insan yang memerlukan inshaAllah….
Jadi pada pandangan kalian, aku dah tak aktif blogging, dah tak share banyak benda seperti dulu… Dan kebetulan dalam pada aku struggling nak maintain kehidupan menyara diri sendiri, datang juga rezeki lain yang Allah beri.. contohnya, aku masih menerima jemputan ke acara-acara dan juga tawaran pengiklanan di blog.. Orang kata REZEKI JANGAN DITOLAK ye dak.. maka aku penuhi juga permintaan klien.
Jadi kepada para pembaca, harap penjelasan aku ni dapat memberi sedikit pencerahan kepada kalian semua.. sebab bukan sekali aku dapat komen macam ni. Ada la dua tiga kali, tapi aku tak ada masa nak menjelaskan. Jangan kerana salah erti maksud perkataan menjadikan anda menyalah anggap terhadap orang lain, seterusnya menjadi bahan kutukan anda, seterusnya membuahkan dosa dalam catatan amalan anda sendiri.
Penulisan aku ini aku tulis dengan ikhlas dan agak spontan, jadi mohon maaf lah jika ada yang salah faham atau terasa hati. Maaf juga kepada pembaca yang kecewa dengan isi kandungan blog aku yang tidak lagi seperti dulu. Aku kini bekerja setiap hari, kadang-kadang termasuk hari minggu, so faham-faham je lah ye.
XOXO
*Publish setelah berpuluh kali ulang baca*
**Oh yeee… lepas ni ada entry pasal event lagi ye.. BAHAHAHHAAA**
hahaha , nak tergelak pun ada baca komen dia tu. kaq nisa tak payah peduli lah apa yang diorang nak kata. ni kan blog kita , so hak kita la nak update pasal apa pun. kalau tak suka , takyah la baca. ye dak ? kita bukannya boleh puaskan hati semua orang. btw , sy xpernah pun bosan baca entry kaq nisa. best apee. =')p/s - kaq nisa cute! hehe
BalasPadambiasanya org mcm ni dia sedikit jeles walaupun tak mengaku melalui mulut.. dalam erti kata lain tak sedar diri sendiri ni dah ter-jeles.
BalasPadamtapi takpe la, kita sepatutnye terima apa kritikan org dan lepas ni perbaiki lagi apa yg tak sempurna.
kalau boleh buat entry yg santai2 dan ringkas. mungkin isu semasa?
biase la kak nisa..
BalasPadamorg da jd public figure,,memang ramai nak jeles..sabar k,,
alaaaahhh, hda antara insan2 yang klu jmpe kak nisa kat luar, nak hamek gambar sesame dan mintak sign.
BalasPadamtapi tuh lah! KALAU JUMPA. :'(
abaikan je anon tu huhu. saya suka leww baca blog akk although pasal event2 pun (y) u r the besttt! tringin nk jumpa akk comel ni kihkih
BalasPadamSalam, Nisa Kay, saya pun pernah ada komen anon yang entah hape-hape ni. Memanglah ia boleh dijadikan pedoman *pedoman ke? di kala masa hadapan, tapi kebanyakkannya, lebih bersifat prejudis, ego, bias dan mintak dispam dan didelete. Tak gitu. Lagipun, apa yang hendak dikongsikan ia adalah semata-mata kehendak sendiri, takkan disebabkan seekor anon, terpaksa kita ubah entire blog, gilo ke apo? Kan? Tak yah risau sangat lah pasal anon tu, tak jejas pun. Lagi satu, kalau si anon sekor tu berani sangat cakap kat Nisa, *kalau berani publish komen ni dan komen sikit, KENAPA pulak diperlu berselindung disebalik nama Anon tu sedangkah dia *katanya berani sangat? ohh,,, please lah..
BalasPadamthanks. hehehe
Betul sy setuju. Dia yg penakot sbnrnya. Hoho
Padamsusah kan nk puaskan hati semua org.. xpe.. org cuma tahu membaca & mengkritik, tetapi nisa yang paling faham apa yg nisa alami. Chill! :)
BalasPadamyakin la, semakin kita d atas, semakin ramai yang mahu melihat kita jatuh. apa boleh buat, kita tak boleh nak paksa orang untuk suka kita kan. as long as u happy itu sudah cukup memadai. tak kacau orang pon, tapi dia yang kacau. hehe~ kan2. chill bebeh yeah, chill bebeh yeah! ^^
BalasPadamsabar jerla kak. .Allah Maha Tahu. .
BalasPadammungkin dia jelez ngan akak agaknya. .huk7!!
:) xpe Nisa, ambil semua tu sbgai cabran dalam dunia blogging..:) anyway penjelasan dlm entry ni for me dh cukup jelas..so yg lain, xperlulah nk kritik berunsurkan jeles..:) rezeki masing2..:)
BalasPadamish2.. aktif blogging pn dikatakan gila glamor.
BalasPadamabih la aku pasni kene cop mcm tu gakk.. opss! :P
p/s: xboleh puaskan hati semua pihak. manusia banyak kkurangan. sbelum nk nilai org lain,nilai diri sendiri.
sekian cebisan komen dari blogger hingusan.. heheh..
hahahaha... terbaik... penjelasan yang sangat lengkap... jadi kepada anon tu harap faham ye... hehehe...
BalasPadam#KetawaGeliHati
Kak nisa,tau tak yang saya suka sangat baca pasal event2 tu =) Bagi saya,orang2 macam kak nisa ni bertuah dan kak nisa dah gunakan dengan sebaiknya dengan berkongsi pengalaman2 pahit manis kak nisa tu. Setiap kali sy baca,mesti saya tumpang gembira...Jealous? tak...sebab rezeki tu masing2. Janji kita gunakan nikmat tu sebaik-baiknya untuk diri dan orang lain. =')
BalasPadamterserlah kecemburuannya disitu hahahaha
BalasPadamjawab ja macam ni :
BalasPadam"Memang aku glemer pun.. kau ada?"
kahkah
jeles kot.. sbar k nysa..
BalasPadamsabar je la..hidup kita ni memang sukar nak puaskan hati semua org..akan ade je org yg tak puas hati..biasa la tu..manusia..
BalasPadamp/s :: eh? nisa dah kerja ke? tak study dah kat usm lagi?
lagi satu nak tambah sikit , pasal updated pergi tempat2 yg kita pergi tu semua , rasa nya tak salah . kenangan kot . tua2 nanti boleh baca balik , ketawa sendiri , share dgn anak cucu .
BalasPadamand kebaikan berblogging nie , kita dapat save gambar . kot kot lah laptop meragam buat hal kne format . at least blog kita still simpan gambar2 tu . *ini jenis yg tlupa buat back up file, sy letewww. habis hilang gambar2 lama*
lagi satu , andai kata lah dah tak suka langsung dengan blog seseorang tu , kenapa mesti bukak ? tak ke itu menambah kan lagi kesakitan di hati .
well nisa , orang malaysia nie kalau bab condemn org , memang nombor satu . typical malaysian . so xyah amek port sangat .
wahh komen mcm dah boleh buat satu entri baru , mwehehehe peace =)
Tak sangka betul anon ada buat Hal jugak kat blogger *popular... K.dyh ingat anoncuma ganggu org biasa cam k.dyh nih..
BalasPadamcool nisa..
BalasPadamfuyoo nisa retis. nak signnn :p
BalasPadamnisa ada haters tu.. kelas... hehehe..
BalasPadamHai Anon..
Assalamualaikum... Nisa mmg glamor pun... lagi glamer drp ko .. Dia pegi mana-mana mesti ada yg ajak dia bergambar...
So ??? Anon jeles kan.. lol
nampak x permainan dia?
BalasPadamdia jeles sebenarnya, dia pun nak glamer jugak, sebab tu dia cabar nisa siarkan komen tu, tapi sayang dia x letak nama sendiri, kalo x dah pemes.
nampak x pengecutnya dia?
sabar jek nisa kay.. kalau dah ada anon komen tu maknanya blog u dah maju dua langkah ke depan... :)
BalasPadambiasala tu Nisa..manusia tak senang ngan kita.
BalasPadamNvermind Nisa.ramai yang meyokong awak untuk berbelog,akk sentiasa tunggu post Nisa and ur Keek.
=)
tu manusia2 yang iri hati n dengki la tewww... ignore je manusia mcm ni NK... asalkan dia bahagia...dah penat esok die senyap la..
BalasPadamAla dik ....dont worry
BalasPadamkesimpulan nya si Anon nih mmg meminati blog u n dia sentiasa ternanti nantikan update dr u ...apa Nisa duk buat dia pakai apa dia makan apa ...skalik tak der tew yg dia frust tew
peminat setia tew dik .
ekekekke
xpayah nak pikir sgt..dah tentu2 'Anonymous' tu just berani ckp2 je tp sorok muka ~paham kn..~ kalau dok pikir, kita yg pening..so biaq pi die nak ckp pe..xde pe2 pengaruh pun pada kita..sy pun pernah dpt komen2 xmatang camni tp just senyum je r..
BalasPadam#senyum, xperlu kata apa2.. (^_^)
~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.cm
X glamor? Tp tepi blog awk penuh nisa Kay in the media. Bukan ape, mcm typical bloggerla der.. Asyik update psal event
BalasPadamsabarlah ye nisa..org ni mmg ada je yg xkne ngan kte padahal kita xbuat apa pun kat dye..
BalasPadameh, tp kita kalu jmpa nisa nk gk bergambar..hehe..:)
sbb mmg peminat setia ur blog..asal u update je msti baca..
pasal rahsia peribadi? klu dh tulis terang2 kat blog, rasanya bnda tu bkn rahsia kan...
anon ni jgk msti org yg slalu bukak blog u..
nmpk sgt dye sbnarnyer suka baca blog u...haha
Knp pakai nick name 'anon'?..letak la nama sendiri..ni kes baling batu sorok tangan la tu.
BalasPadamOrg mcm tu kl dilayan,kita pun sama je nt jadi cam dia..faham?hehe..berusaha berusaha berusaha..=)
BalasPadamHi nisa, selalu jugak dapat comment dari 'anon' but malas nak layan...=D
BalasPadamhehe., betul tuu., orang jeles memang macam tuu., takyah layan.. bukan menyemak dekat dia pun., bukan makan beras dia punn., :P dia jeles laahh tuu., kalau dia rasa dia betul sangat, dia x letak nama dalam 'anon'., cabar dia pulak reveal diri dia., kalau dia rasa dia betul dan hakikat nya dia x jeles laa., hehe
BalasPadamalaaaa biarlah apa org kata.tapi pada saya kak nisa ni tak la sampai berlagak ke apa.saya emel tanya pendapat dia reply je..oke je... org dengki je tu..huhu
BalasPadamSometimes orang suka dengki dan irihati dengan rezeki orang lain.. Tu yang keluar komen2 macam tu.. Apa pun rezeki masing2 Allah dah tentukan, tak perlu nak beriri hati dengan kejayaan orang lain.. For Nisa, keep it up girl! ^_^
BalasPadamakk ttp awesome :)
BalasPadamtak faham kenape nak layan request si anon ni.
BalasPadamU go girl!!!!!! ^^V
BalasPadamanon x betul .. haha ..
BalasPadamoke bye
Sepatutnya Nisa suruh si Anon tu kalo berani comment guna identiti sendiri..hihi
BalasPadamcool ! tabik spring kak nisa . great entry . so kepada si polan dan si polan silalah faham ye :)jangan pakai tuduh je.
BalasPadamp/s: i read, i smile , i ketawa BAHAHAHHAAA.
Nisa kalau dia tak suka, sakit mata, sakit hati kenapa nak ikuti lagi perkembangana blog Nisa. Satu lagi nampak sgt tak ikhlas coz sembunyi identiti...takut le tuuu...
BalasPadamHaha... I love your answer...
BalasPadamMaybe si Anon tu taktau kot yg the main thing is sebenarnya blog ni is like a diary yang kita nak bagi org baca... So, confirm2 lah apa2 yg dishare tu bukan rahsia peribadi... Kan? Hmm... Tiba2 rasa nak tau apa niat Si Anon tu buat blog ye? (kalau dia ada blog lah. Kalau dia readers je, suka pulak kan dia baca kisah peribadi org...amboiii)
Takapa Cik NK, yg penting, apa2 keep your cool ;)
Kita cuci mata je tgk update2 event ni.. best juga hihi
BalasPadamAgak2 nya..dia jarang dpt event dn blog nya tidak dikenali ramai kot...tu yg x puas hati tu....
BalasPadamhttp://Sumijelly.com
ntah pape je si anon yang komen tu,jeles leww tu..
BalasPadamhai.sy anon.sy suka nisa kay yg gelemer nieww.sy komen sbb nk dpt publisiti murahan.kahkahkah :))
BalasPadamp/s: peminat tegar 'burung kakak tua' :P
yg benar,
itik.
nak gelak ngan komen dari anon tu haaa... :)
BalasPadamwow...lebih tertarik ngan 2-3 keja tu...hehehe...aku ada satu keja pun dah fed up...rasa nya kena follow buat apa yang d minat kan...
BalasPadamsaya pun baru kenal cik Nisa awal tahun nie..hhuhu.. itu ja nak cakap..sekian..btw kes macam ni rasanya kerap berlaku pada blogger yg ada follower ramai tau.. ^^ sabar ja ya.. :) have a nice day today.. :)
BalasPadambile nak update entry baru??? abaikan je anon2 yg begitu...mereka itu kurg kasih sayang..xleh tgok org lebih..sabar ye cik nisakay..
BalasPadampendapat saya, nisa famous bagi kalangan blogger.. tapi belum kategori glamourla... setakat ni yg betol2 orang kenal HANIS ZALIKHA sebab dia ade berlakon kan. mungkin anon tengok nisa glamour sebab sidebar nisa full dgn majalah yg nisa ade masuk in media.
BalasPadamanon tu jeles.. tapi anon tu juga yang nak rank kita kekadang. Dia ingat kita blogger ni tiada hati ke ?
BalasPadamtak merasa apa itu popular.. klu popular pun still updating things that interest me... klu tak interest, sakit je hati nak post..hehe keep up ;)
BalasPadamSlm..dik,maaf sbb akk x bc smpai abis n3 awk ni..maklum,bc msa dok menidurkan si kecik.after all..apa yg u bebelkn tu btol la..he3..sori.manusia..byk yg x perfect.
BalasPadamnormally jarang baca ur blog, but i like this entry! U r cool!
BalasPadamps : btw, consider glamour la tu, sampai ada org nk comment camtu, hihi ;p
Assalamualaikum nisa. rezeki masing2. redha jelah kalau ada anon camni.. hehehe keep blogging dear :)
BalasPadambe strong... memang setiap mende ada hikmahnya. tak fasal fasal entri jadi hot,lagi stress la cik anon tu :)
BalasPadam