Jumaat, 13 Disember 2013

[TIPS] Penting ke business card ? Nak order BUSINESS CARD / NAME CARD ?

 

Assalamualaikum…

 

Haaa bila sebut BUSINESS CARD ni mesti ramai dah tahu apakah dia business card dan juga apakah fungsi fungsi nya.. Tapi sayangnya masih ramai yang kuranggg ambil berat mengenai kegunaan dan kepentingan bisnes card ni haaa…

 

 

KENAPA NAK KENA ADA BUSINESS CARD ?

biz card

Sebab 1
Lebih exposure untuk sesuatu jenama. Contohnya – Orang datang booth jualan anda, tapi tak beli. Anda bagi bisnes card anda supaya beliau ingat jenama anda & mungkin membeli dengan anda di masa hadapan.

 

 

Sebab 2
Peluang pekerjaan. Contoh – Anda pergi event. Peluang untuk anda dihubungi semula oleh pihak pihak tertentu agak cerah. Mana tau dapat tawaran advertorial ke, review ke apa kan kan ? Haa ini merupakan jawapan kepada “macam mana aku naikkan blog aku dulu”

 

 

Sebab 3
Menekankan / memperkenalkan specialty atau servis yang anda sediakan.
Contoh – Anda seorang blogger yang fokus kepada produk kecantikan wanita.. So kalau anda pergi event / bertemu wakil syarikat produk kecantikan, mereka lebih tertarik untuk menawar anda peluang untuk review / advertorial kerana niche blog anda sememangnya fokus kepada produk kecantikan.

 

 

social_networking

 

Sebab 4
Meluaskan networking / menguatkan network yang sedia ada. Contoh – Anda sememangnya selalu bertemu ramai orang dan menghadiri event, tapi dengan kehadiran namecard / biz card membantu orang lebih mudah ingat kepada anda. Lagi-lagi kalau letak gambar kita kat kad tuh, kompem kalau terserempak kat mana-mana korang akan disapa mesra.

 

So far itu je lah kepentingan biz card / namecard yang aku ingat dan terlintas kat kepala ni.. banyak lagi hujah yang aku nak tekankan.. tapi lupa lak.. Kalau korang ade pendapat, boleh lah komen kat bawah ye… Haa bagi yang tak tahu kat mana nak order namecard / biz card yang best boleh refer kat bawah, aku rekemen sebab aku sendiri pernah berurusan dengan mereka..

 

 

555376_10200545513855660_1064302556_n

HARU ELIE dari Malaya Design & Printing Services.

Servis pantas.. Design lawa, dan makin lama makin kreatif.. Mungkin idea semakin banyak dan banyak inspirasi. Masa dia buat biz card untuk FSYN dulu, aku order sepuluh kotak terus. Harga berbaloi baloi.. Memang puas hati, material berkualiti. Contact beliau untuk info lanjut ok..

 

 

 

1466293_10202753571543219_520912862_n

Hafizzy Aziz dari  Fiz Graphic Dot Com

Ni pon harga berbaloi baloi. Ideanya fresh, designnya tak mengambil masa lama, berpengalaman dan pendek kata memang puas hati jugak lah. Kalau tak puas hati takde lah aku rekemen ye dak??? Sekarang ni nak masuk tahun baru dah kan, so sangat sangat ideal kalau korang nak kembangkan jenama dengan buat CALENDAR CARD. Haa sebab kad kalendar ni orang simpan. Kan? Harganya? Murah nak arwah ! Contact beliau sekarang sebelum terlepas tawaran best !

 

 

So.. amacam? Lawa-lawa kan design depa ni.. Biasalah orang muda zaman sekarang, semua idea fresh, best dan menepati citarasa gituh.. So kalau korang nak buat biz card / namecard sekarang, boleh tempah sekarang kat salah satu orang yang aku cadangkan kat atas ye.

 

 

 

Nisa Kay


12 ulasan:

  1. Sebelum baca entry ni rasa macam bussiness card ni mcm xpenting dan membazir. Tapi bila baca entry ni 100% betul dan terasa nak beli hikhik :P

    BalasPadam
  2. ok, skrg dh sedar betape pntingnye bisness kad. oh ye nisa, kalau blogger picisan cam cik anis ni xpe ke buat bisnes kad? huhu

    BalasPadam
  3. yes.ture..bisness card juga byk membantu kita :)

    BalasPadam
  4. Giler kentang ! cantik betol design bussines card kak Nisa ..XD

    BalasPadam
  5. Cantiknya design depa... Akak ni nak buat name card ni macam tak sesuai je blogger picisan jew.

    BalasPadam
  6. Lawaaaaaa biz card bawah sekali tuuuuuu!!!!!

    BalasPadam
  7. Business card ni penting juga dlm business dan juga untuk 'mengayat' perempuan.. hehehe dpt no hp etc etc..

    BalasPadam
  8. cantik business kad akak..:)

    BalasPadam
  9. Memang dalam plan nak buat business card.. Dalam proses edit.. :)

    Oh ya, nak bg tau saya masukkan blog nie dalam bloglist saya k... Nisa Kay always fifteen.. :D

    BalasPadam
  10. Memang dalam plan nak buat business card.. Dalam proses edit.. :)

    Oh ya, nak bg tau saya masukkan blog nie dalam bloglist saya k... Nisa Kay always fifteen.. :D

    BalasPadam
  11. ssalam,saya mohon izin untuk share di page saya ya puan.sangat bermanfaat..

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay