Assalamualaikum…
DARI KIRI : Adam, Naim Husni, Fie Omar, Khairil, Nisa, Khallela dan Rahim Azhari (muka paling sesuci lebaran)
Semalam (yakni hari Isnin) aku berpeluang berbuka puasa dengan rakan-rakan aku di KLCC. Rakan-rakan yang ini yang memang melalui alam maya, ada juga yang kenal atas kawan-kawan.. Tak sangka boleh keep in touch sampai la sekarang ni. Malah buat macam-macam aktiviti bersama-sama.. ALLAH ! Syukur dikurniakan rakan-rakan ni.. Maka.. selepas berbuka puasa tu, aku menyempatkan diri (dengan sengaja haha) menyinggah sebentarrr di makeup stor kegemaran aku iatu SEPHORA.
Chinggg chingggg !!! Macam di campak-campak sprinkle bentuk bintang ke muka kau bila kau melangkah masuk SEPHORA kennzzz… Nisa palingggg suka rak barangan mekap dia.. sungguh tersusun dan mudah nak cari apa yang kita nak.. Ini baru produk oleh SEPHORA.. Kalau produk brand lain dia susun di atas rak berlainan. Senang ! Tak bercampur-campur. Kalau kita memang nak beli satu brand tu, terus je ke rak brand mekap tu. Haa senang sunggoh !
Ini pulak bahagian mekap oleh SEPHORA. Adoiiii memang mengancam sungguh.. memanggil-manggil je nak membelinya. Hahaa… masa aku diploma masscomm dulu, aku ade belajar satu subjek ni, dia explain bahawasanya susunan yang teratur, ikut warna / saiz / jenis produk memang secara tak langsung pengaruhi psikologi pelanggan untuk menjadi lebih tertarik kepada produk yang dipamerkan. Kan? Aku pun dah separa ingat ahahaha !!
Tapi bagi aku memang betul pun. Selain menarik minat kita nak menengok barang yang dijual, lagi mudah kita nak cari barang yang kita nak kan? Contoh macam baju, kita susun yang warna hijau dengan warna hijau je.. yang biru dengan biru je.. macam pelangi pulak kan.. Senang nak cari, pelanggan akan mulakan dengan warna yang dicari, then baru belek design dan harga. Kan? Haha ye yee je aku :p
Tapi tadi aku takdelah beli produk lain pun sebenarnya.. Aku membelek kat satu rak ni aje.. iaitu seksyen barangan MAKE UP FOR EVER. Aku memang tertarik dengan brand ni dah lama.. Tapi aku ade banyak lagi mekap kan, so tahankan je lah diri daripada nak menyoping barang mekap wuwuwu… Jadi lepas aku kemas-kemas meja solek, aku ade buang beberapa foundation aku yang dah lama sangat tak guna (takut dah expired, kang rosak lak muka!).
Jadi aku decide nak beli sesuatu dari brand ni.. Niat di hati nak test je foundation kat muka, sekali bila staff SEPHORA pakaikan dekat muka, terus jatuh hati dengan produk nye ! Sekali dengan beberapa barang lain jugakk. Mih mih mih.. Aku anggap semua ni reward untuk diri aku je la yak. Bahaha…
Ahhaaaa… tudiaaa.. selamat sudah perabis wang yang dijana dengan tenaga dan masa di SEPHORA. Muahahahaa… Sebab aku puas hati, maka aku decide nak beli. Kang tak beli termimpi-mimpi pulak. Haishh apa punya perangai la..
My make up haul of the brand MAKE UP FOR EVER.
Mat Velvet+ Matifying Foundation (Nisa guna kod 55)
Rouge Artist Intense Color Lipstick (Nisa beli kod 34)
Instant Brush Cleanser – Purifying Brush Cleanser
Make Up For Ever Professional Foundation Brush (kod 108 – Straight)
Masa Nisa try foundation ni kat muka, nampak muka lebih lembap sebab dia ade function hydrating (staff tu explain).. ye lah, sebab my skin quite dry. And she doesn’t even use concealer pun, tapi foundation ni dapat cover blemishes and redness (due to pimples) on my face. Of course I bought it out of impressiveness ! Berus yang dia guna lak buat sapuan foundation lebih smooth dan cepat blend. Sebab tu beli jugek muahaha..
And beli lipstick tu sebab nak kan colour yang ala-ala pink purple, tapi tak over sangat. Haha yeke? Hmm… Tapi entah, memang niat nak beli lipstick. Anddd brush cleanser tuuu. Sejak sejak muka jadi sensitif ni, Nisa ambil berat sikit pasal kebersihan berus yang Nisa guna hari-hari. Kalau berus kotor, ade baketria dan kuman, memang rosak la kulit muka kan.
Sooo.. tu je nak share . Tenkiu !
(Ini bukan iklan berbayar)
XOXO
the MUFE foundation memang best :)
BalasPadamEh menariknyaaa rupanya kedai Sephora ni ea? selalu dengar before this but tak pnah nak termasuk pon.. maybe one fine day.
BalasPadamnice entry nisa! ;)
salam. wahhh..mesti rambang mata tengok semua kan hehe
BalasPadamnanti melaram la raya nanti dengan makeup baru.. :D
BalasPadamThanz dear.. u buat i rasa nak shopping banyak2 kat situ nanti...😘
BalasPadamBahaya la masuk sephora ni.. mcm menarik tertarik jer.. huhu
BalasPadam