Isnin, 18 Ogos 2014

TRAVEL – Nisakay Ke Korea PART 4

 

 

Assalamualaikum..

 

 

Ahaa.. sementara semangat nak update pasal percutian ke Korea April lepas masih membara-bara.. ada baiknya aku update selagi mampu ye dak? Bukan apa, kalau aku tangguh lama sangat kang banyak jugak benda yang aku lupa.. Kang bila dah lupa mulalah hilang mood nak update tu. Nanti sudahnya langsung takde update apa-apa.. ye dak?

 

 

DSC07388

Aktiviti hari ketiga aku di Korea, jalan-jalan lagi.. shopping shopping lagi.. Hehehee..

 

 

DSC07393

Memandangkan bangun pagi je sejuk kemain, hujan pulak di luar.. maka kami keluar bawak payung dan juga baju hujan. Maka persalinan pun haruslah tebal sikit kan. Hahahaa walaupun bukan ler tahap bersalji.. Tapi bagi aku sejuk jugakkk.. Lokasi seterusnya NAMSANGOL HANOK VILLAGE.

 

Satu lagi lokasi perkampungan budaya di Seoul. Haa kat sini pun banyak port lawa nak bergambar.. Lagi-lagi masa aku datang ni musim bunga. Memang cun betul background.

 

 

DSC07402

DSC07409

Dah datang jauh-jauh.. tempat lawa pulakk.. Tak sah la kalau takde gambar acah-acah syok sendiri kann.. Gigih nau suruh orang ambilkan gambar, lepas tu posing nak acah pandang tempat lain.. or pandang bawah.. or pandang atas.. or pandang mana-mana selain kamera. LOL.

 

 

DSC07427 Jelas kelihatan, Namsan Tower dari Namsangol Hanok Village ni.

 

 

1 

Ada pulak wishing well kat sini… Aku rasa perigi ni merupakan satu display kat perkampungan budaya ni je.. Tapi ada pulak yang start baling duit dalam ni. Hahahaa.. Eh suka hati je aku kan. Hahah.. kalau nak tahu dalam kampung ni, masih ada lagi rumah-rumah tertentu yang sememangnya berpenghuni.

 

 

DSC07439

Okay masa ni sebenarnya aku berdiri depan rumah di mana ada buat perkhidmatan sewa persalinan hanbok. So memasing dah mula berangan nak pakai hanbok dan bergambar berlatarkan rumah tradisional Korea.. Haa barulah Korean much ye dakkk ! TAPI !! Malangnya masa kami datang tu helokkk pulak orang yang in-charge tu tengah rehat. Maka tak dapatlah kami nak bergambau dengan hanbok kat sini.

 

Oh ye.. one more info.. betul-betul kat entrance Namsangol Hanok Village ni, ade deretan kedai. Kedai yang paling hujung, terletak depan entrance tu ada tempat ambil gambar dengan hanbok. Harga dia aku tak tau la.. sebab bukan aku yang pergi. Aku tengok gambar yang diambil lawa gila kot ! Lepas tu siap send soft copy ke alamat emel kita. Memang puas hati !

 

 

 

DSC07460

Ahaaaa dah kata musim bunga kann.. Memang kat sini je jadi terlebih excited bila tengok hamparan bunga di mana-mana.. berwarna warni dan sangat cantik ! Kompem jadi port bergambau, percayalahhh ! Hahahaa. Seronok tengok bunga je pun.. kat Malaysia takde pulak excited tengok bunga macam ni eh.

 

 

DSC07469

Kemudian kami jalan-jalan kat area Dongdaemun.. Kami singgah satu pasar ni… Haa.. pasar bukan sebarang pasar ye.. Ada perkara yang menarik kat sini..

 

 

 

2

Tempat ni namanya Gwangjang Market. Masa nak masuk tu memang akan nampak gerai-gerai makanan… bila bau dah bercampur-campur memang agak mual jugak lah.. Sampai ade kawan yang keluar balik sebab tak sanggup nak go through bahagian gerai makanan ! Tapi masuk dalam sikit je dah jumpa tempat syiokk nak habiskan duit haha.

 

Gwangjang market ni dikenali sebab ade bahagian jual kain-kain. Kalau korang nak borong kain boleh datang sini la kot. Aku ni memang jenis suka tengok kain-kain ni semua.. Malangnya aku nk takde pulak bakat memilih atau menilik jenis-jenis kain mana yang elok, yang sedap pakai. Hishhh rugi sangat kan? Sudahnya aku memang rembat dua tiga pasang je kain.

 

 

DSC07494 

Bila dah syiok-syiok habiskan duit beli kain pasang, maka perut pun dah lapar kan kan. Haaa kami menapak lagi pergi cari kedai makan. Ini kedai makan ikan bakar perghhh syiok woo ! Hahaha.

 

 

DSC07503

Lepas early dinner, kami pergi ke satu mall ni… ada kedai souvenir yang boleh tahan murah harganya kat area Dongdaemun ni. Ini aje gambar yang sempat aku snap.. Tepat je 0.03 saat selepas aku ambil gambar ni, kedai souvenir ni diserbu oleh pelancong-pelancong yang rata-rata dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan sewaktu dengannya.

 

Yang menariknya.. pekerja kedai ni semua muka-muka Korea habis.. sekali keluar bahasa Melayu daaa !! Aku punya lah terbelit lidah nak speaking dengan dorang, sekali dorang tegur guna bahasa melayu je. Hahaa !! Banyak gila aku beli souvenir kat sini.. Mostly souvenir yang aku bawak balik beli kat sini lah. Ada macam-macam jenis barang yang boleh korang beli untuk dibuat buah tangan balik Malaysia.

 

 

DSC07505

Oh mak kauu ! Banyaknya berbelanja tak ingat dunia ya ampunnnn ! Hahahaaa… Tu bukanlah souvenir semata-mata.. Ada juga aku shopping baju-bajan (ade ke??!!) untuk diri sendiri dan adik beradik.. Gitoohh.

 

 

DSC07510

Ahaaa ini pulak kat plaza berhampiran dengan mall yang aku pergi tadi.. Untuk pengetahuan korang, lepas aku dan group travel aku shopping souvenir, semua pakat balik sebab dah penat sangat duk berjalan, bergambar tak hengat kann. Tapi aku gigih jumpa kawan aku, Shiema, yang study kat Korea ni then beliau bawak aku jalan-jalan pulak shopping kat plaza ni haha !!

 

Nasib gila aihhh Shiema buleh pung-pang-pung-pang cakap Korea. Memang syiok laa shopping dengan beliau, sebab senang je beliau mintak diskaun. Bukan takat diskaun sikit-sikit tau.. Memang diskaun kaw-kaw aku dapat. Tambah-tambah lak orang Korea memang berpendapat aku ni lawa di mata dorang (okay kembang hidong 44 inci!!!) maka tambah lagi diskaun aku dapat. MUAHAHA !!!

 

 

DSC07511

Ini tokey kedai bag yang sporting dan muka ada macam pelakon Korea la sikit haha. Siap suruh aku promote kedai topi dia. Tapi maaf ye oppaaaa, aku dah hilangkan namecard kedai topi dia ! Muahahaaa.. Bila aku bagitau aku nak beli beg untuk mak dengan abah aku, dia nampak macam impress gila. Impress apa entah aku pun tak pasti lah dia ni. Haha !!

 

 

Yang penting balik dari shopping ni, aku BALIK SORANG-SORANG sebab Shiema naik tren arah bertentangan dengan aku untuk balik ke universiti nya. Yang penting, nak naik tren kat Korea agak mudah sebab ada apps untuk sistem train dia. So just search laluan kita kat apps tu. Haa, hanya dengan bergantung kepada laluan yang apps tu provide, aku akhirnya balik ke hostel di Itaewon dengan yakin dan jayanya !

 

 

 

*      *      *      *      *      *      *      *      *

 

 

 

Good news dari pengelola trip Korea yang aku ikut ni, dah ade yang confirm join trip sama group dengan aku next year ! Hehee yeay ! Jumpa next year inshaAllah ! Kepada yang nak join trip ni pada April tahun depan (sama group dengan aku), boleh drop email korang kat bawah.. nanti aku emelkan details ya. Details termasuk segala butiran mengenai jumlah pembayaran, jadual dan lain-lain okay. Siapa nak pergi jom lah ! Perempuan ke lelaki ke semua boleh.. sapa lak kata tak boleh kan?

 

 

 

 

Annyeongg !


33 ulasan:

  1. Assalamualaikum nisa, boleh emailkan details ke sheilashahfiekry@gmail.com?
    terima kasih banyak. rasa macam nak bawa baby sekali. hihiii

    BalasPadam
  2. salaam...
    hi nisa
    my email anyra_zainudin@yahoo.com..
    teringin jgk nk pegi koreaaa

    BalasPadam
  3. Assalam Nisa..Salam kenal juga...akak JM pun suka travel..pegi Seoul on 2011...juga singgah di Namsangol Hanok Village ni tapi pergi berdua je ngan member..tak try hanbok ke kat dcvillahe ni time akak dulu perlu byr sewa 6000 won

    Aha..dgr khabar nk pegi lagi eh next year?..wowo daebak..

    Akak in sha Allah..bulan 10 nanti..travel SOLO :-)

    BalasPadam
  4. nak ikut jgk..ni email..zul.fikri823@gmail.com

    BalasPadam
  5. nurulhidayah1801@gmail.com.

    nak detail sis. :D

    BalasPadam
  6. kak nisa..trip nx yr ke korea jgk ke?

    BalasPadam
  7. Waaa...bestt nyee Nisa :)
    Nak drop email jugak..klo ade rzeki nak join g Korea skali huhuhuu

    nurul_hanisza@yahoo.com

    BalasPadam
  8. Annyeongggggg... rasa nak pergi shopping kat korea sekali lagi

    BalasPadam
  9. Monicalok@ymail.com
    saya berminat

    BalasPadam
  10. hi Nisa,

    Been following your story quite a while. Sangat menarik dan tertarik. hehe. Kalau nak join next trip ke korea in April how much? Boleh beri details?

    BalasPadam
  11. and Nisa, lupa nak bagi emel, here: faradibahh@yahoo.com. hope to hear from you.

    BalasPadam
  12. dah emel semua di atas.
    thanks !

    BalasPadam
  13. Wahh bestnyaa. nisa, emailkan saya sekali detailnya boleh? mcm berminat. kalau ada rezeki teringin nak pergi. thanks ! :)
    alaniea_izreen@yahoo.com

    BalasPadam
  14. Hai sis,

    interested to join.email at namasaya_alea@yahoo.com

    BalasPadam
  15. nisa.. emel kat saya jugak ye leezarule@gmail.com.. tq!!

    BalasPadam
  16. email sy jgak,. hazzuramli@gmail.com

    BalasPadam
  17. boleh emailkan ke shikin_anuar88@yahoo.com

    BalasPadam
  18. please send detail kt intanliana8990@yahoo.com thank u nisakay ^^

    BalasPadam
  19. email intanliana8990@yahoo.com tq nisakay

    BalasPadam
  20. Kak Nisa, boleh tolong email kat saya sekali :) Thanks ^^

    aizanshazlin@yahoo.com

    BalasPadam
  21. dlylahusna@gmail.com
    berminat :)

    BalasPadam
  22. nisa, email kan kat sy sekali.
    ifa_iwan@yahoo.com

    BalasPadam
  23. hi ;) saya nak tahu jugak tntng trip ke korea nie ;)
    Abkariah91@gmail.com

    BalasPadam
  24. intansurianiparis@yahoo.com

    BalasPadam
  25. Assalam..boleh emailkan detail trip to korea..TQ

    qistina@lianping.com.my

    BalasPadam
  26. saya tengah carik lagi tourguide, travel date around mid of april. boleh email details?
    bizzdelia@gmail.com

    BalasPadam
  27. salam sis.saya tertarik dgn blog sis..dn sis nisa cntik sgt..baru baca cerita trip ke korea.. boleh sis bg details ttg trip tu..email dkt dyaazri@gmail.com..tq sis nisa kay..

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay