Sabtu, 25 Oktober 2014

K-DRAMA : Its Okay Its Love

 

Assalamualaikum…

 

Haa kisahnya malam ni aku nak share pasal Korean Drama (KDrama) yang aku duk layan dua minggu ni. Lagipun kejap je nak habiskan sebab kebanyakan KDrama dalam berbelas episod je macam tu. Biasa kurang seminggu aku boleh habiskan kalau tengok straight dua tiga episod satu malam, tapi this one lambat sikit nak habis sebabnya aku bergilir tengok dengan series omputih lak. Haa..

 

Its-Okay-Thats-Love-Poster4

“ITS OKAY ITS LOVE”

 

 

Kisahnya aku ni mengikuti salah seorang pelakon Korea iaitu Lee Kwang-soo kat instagram. Sebab aku minat Kwang-soo since aku mengikuti siri rancangan Running Man. Haaa sebab minat aku follow kat instagram, walaupun insta tu bukannya dia punya, tapi di-handle oleh fanbase dia. Tapi takpe, at least aku tahu dia punya perkembangan. So dari insta dia, aku dapat tahu la Kwang-soo berlakon dalam drama ni. Haa nampak tak, aku tengok sebab KWANG SOO !

 

 

2nd-teaser-trailer-new-posters-and-stills-for-the-Korean-drama-It-Alright-It-Love_22

HERO : Jo In Sung

Sebenarnya aku TAK MINAT LANGSUNG kat In Sung ni sebab nyaa dia pernah berlakon jadi GAY ! Main dengan laki euwwww !! Jangan tanya aku filem apa, sebab aku tengok filem tu pun tak tahu lak filem tu geli geleman gitu ! Pfffttt! Rasa nak tumbok muka In Sung masa tu. Terus stop tengok filem tu bila sampai part geli itteww. HAHA !!

 

HEROIN : Gong Hyo Jin

Haaa aku rasa macam pernah tengok muka dia ni.. Tapi kat drama mana tah. Oh ye, kawan aku bagitau Hyo Jin ni berlakon dalam drama Master’s Sun. Tapi aku tak pernah tengok lagi drama tuu.. Haa aku ingat dah ! Dia muncul kejap dalam drama Flower Boy Ramen Shop. Hahaa kalau tak silap aku, dia cameo dalam satu episod je dalam drama tuu.

 

 

It's_Ok,_This_is_Love-0024

LEE KWANG SOO pulak berlakon jadi Park Soo Kwang, housemate si heroin. Konsepnya dorang sewa satu bilik dalam satu rumah yang sama. Haaa kat Korea boleh la duk housemate laki pompuan. Kita kat Malaysia (orang Muslim khususnya) jangan dibuat tau ! Haishhh. Watak dia dalam ni ada penyakit apa tah, macam sawan jugak. Kesian dia.. Last last dia dah macam sembuh jugak. Haa nak tau sebab apa kena la tengok. Kui kui.

 

 

It's_Ok,_This_is_Love-0012

Kisahnya pasal Jang Jae Yeol (lakonan Jo In Sung) seorang penulis novel terkenal, menghadapi masalah apabila novel dia kena plagiat dengan ex gelpren dia sendiri ! Lepas tu dia ingat nak duk tempat lain ah, sebab wartawan duk cari dia kat rumah. Then dia pergi la kat bangunan kepunyaan dia, kat situ la terletaknya rumah yang didiami Ji Hae Soo (lakonan Gong Hyo Jin a.k.a. heroin), Park Soo Kwang dan Jo Dong Min (lakonan Sung Dong Il).

 

Mental tak mentalnya duduk dengan doktor psikiatri dua orang dan sorang lagi ada penyakit yang dah macam sawan lak aku tengok. Haa ye, heroin dan Dong Min merupakan doktor psikiatri. So macam biasalah, hero heroin daripada tak suka satu sama lain, boleh pulak terjatuh cinta gitu… Lepas tu bermulalah segala adegan suwit oleh sang hero demi nak membuktikan cintanya kepada heroin dia. Ambuii…

 

It's_Ok,_This_is_Love-0005

Yang misterinya, Jae Yeol sebenarnya ada penyakit yang sangat susah nak diubati ! Haaa berjayakan heroin dia ni ubati pakwe beliau.. dan jugak berjayakah depa ni mempertahankan cinta sejati mereka ? Ambuii takleh suwit suwit lagi ka ??? Aku jadi suka sangat pulak kat hero nye.. sebab lakonan yang mantopppp !! Especially masa part dia sakit and sedih sangat nak terima pasal penyakit dia.

 

Yang paling aku suka pasal drama ni, sebab dia gunakan pendekatan dan aspek yang sungguh baru, dan idea yang fresh ! Kebanyakan drama korea mestiiiiiii pasal orang kaya jatuh cinta dengan orang miskin (biasanya laki kaya suka pompuan miskin), lepas tu mulah seluruh donia menentang percintaan depaa.. lepas tu last last bersatu jugak kennzz. HAHA.

 

Drama ITS OKAY ITS LOVE ni menggunakan pendekatan psikologi, ye lah, heroinnya doktor psikiatri kann. Lepas tu di sebalik rupa normal seseorang tu, mana kita nak tahu dia ada sakit kronik kan ? Dia bukan pasal cinta laki kaya kat pompuan miskin je.. sebab heronye ni asalnya budak dari broken family jugak, then dah dewasa baru dia berjaya. Lepas tu ada banya jugak lah unsur kehidupan realiti dalam drama ni. Unsur di mana physical abuse, guilt dan trauma boleh mengubah kehidupan seseorang dan bagi effect yang kuat kat minda seseorang.

 

 

 

Saja nak share… one of the soundtrack drama ni, yang menjadi kegemaran aku. Lagu ni banyak melatari babak babak sedih, di mana ia sememangnya sangat sangat membantu dalam mengundang air mata berjejeran dari tubir mata aku. Fuhhh memang kalau part yang menyentuh tu, tersangat lah aku feeling sampai menangis macam mati anak je. HAHA. Mengada tak aku ?

KLIK SINI untuk satu lagi OST drama ni, nyanyian Chen EXO yang menjadi kegemaran aku.

 

 

 

It's_Ok,_This_is_Love-0025

Ohhh ye ! Aku baru tahu, budak yang berlakon watak Han Kang Woo (watak ni agak penting dalam keseluruhan drama ni ! Haa nak tahu kena lah tengok) nama dia D.O, ahli kumpulan Kpop yang digilai para remaja dan budak-budak iaitu kumpulan EXO. Hahaa aku tak kenal sangat ahli ahli kumpulan Kpop. Lagu EXO lak aku memang jarang layan. So baru ni lah tahu nya. Tu pun aku tahu lepas Google. HAHAA…

 

 

Oh ye, kalau aku layan drama Korea, aku biasa pergi kat website DRAMA FIRE je.. aku pernah jugak pergi website lain, tapi website ni je yang paling aku suka sebab simple and tak sarat iklan terbang kiri kanan page site tu. Muehehee.. Banyak jugak drama drama best kat sini.. latest jugak la.. Hmm.. okay pasni nak tengok drama apa pulak ye ? Hari tu ade orang suggest kat aku, tapi aku lupa dahh. Hahaha..

 

 

 

Oh ye, another non-typical KDrama yang menjadi kegemaran aku ialah Emergency Couple lakonan bintang Runningman kegemaran aku iaitu Song Ji-Hyo dan hero suara sedap Choi Jin-Hyuk. Haha !

 

 

 

 

 

 

 

Thanks for reading ! XOXO !!


11 ulasan:

  1. Wah .. peminat Kpop jugak lah ya .. btw tq share drama nih, habis final nih boleh lah hanum tgk drama ni pagi siang malam .. hehe

    BalasPadam
  2. Wah .. peminat Kpop jugak lah ya .. btw tq share drama nih, habis final nih boleh lah hanum tgk drama ni pagi siang malam .. hehe

    BalasPadam
  3. tetiba rasa nk tengok drama korea jugak..dah lama tinggalkan sejak zaman u dulu

    BalasPadam
  4. Serius best drama ni, saya tengok sebab ada D.O je hehe. Lepas ni akak kena tengok drama My Lovely Girl pulak. My Lovely Girl ni drama yang disiarkan lepas It's Okay That's Love ni habis ditayangkan kat Korea tau

    BalasPadam
  5. Memang best drama korea ni. Sangat puas hati.

    BalasPadam
  6. Memang best drama korea ni. Sangat puas hati.

    BalasPadam
  7. Baru je habis tengok last week semua episode drama ni. Best! Suka Jo In Sung ;D

    BalasPadam
  8. u sllu layan english series kt site mana eh? if u dnt mind to share :)

    BalasPadam
  9. dah lama tak layan citer Korea.. Layan running man jer.. Hehe.. Amboi, blog dah makin cantik arr Nisa! baru seminggu kite tak bw, tengok2 dah berubah.. Cantik sangat.. ^__^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasPadam
  10. saya pon baru layan drama ni. best giler kot. part yang paling sedih yang time Jaeyeol tu sakit lpas tu diorang terpaksa berpisah. lakonan Jo Insung memang mantap lah. p/s: btw, kite pon tngok filem gay Jo InSung tu jugak. Memang geli geleman. hehehe

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay