Khamis, 17 November 2016

TRAVEL | Kisah 2 Hari Honda The All-New Civic Blogger Drive Trip




Assalamualaikum...

Haa dah baca belum pengalaman Nisa memandu The All-New Civic di sekitar Selangor selama dua hari ? Sangat mengujakan, hinggakan bila Nisa tulis blog pun tak sedar panjang berjela sudah.. Maka dengan itu, hadirlah satu lagi blogpost yang Nisa khaskan untuk menceritakan mengenai aktiviti-aktiviti kami sepanjang dua hari bersama Honda.





Awal-awal lagi Nisa dan rakan-rakan blogger (Mek Onie / Dikbee Emas Putih) punya lah bersemangat naik Uber ke lokasi perjumpaan The All-New Civic Blogger Drive ini. Sekali kami sampai awal sangat-sangat ! Haa takpelah, biar awal kan... Ternyata kami berempat sangat lah teruja nak naik Honda Civic yang baru ni haha.




Terpancar betul kegembiraan dan rasa teruja bila dapat goodies dari pihak Honda Malaysia. Terima kasih Honda Malaysia ! Kami dapat backpack yang 2-dalam-1 tu.. Boleh jadi beg galas, dan boleh juga jadi beg biasa buat bawak balik kampung. Hahah !




Baiklah.. setelah para blogger dibahagi-bahagi mengikut kumpulan.. kami pun pilih kenderaan kami dan juga bersedia untuk flag off dari lokasi berkumpul tadi. Ke mana kah kami ? Kami menuju ke MAEPS, di mana di sana nanti kami akan menyaksikan dan mengalami sesi demo untuk fungsi Vehicle Stability Assist (VSA) yang melengkapi The All-New Honda Civic ini. Nisa dah pun tulis mengenai pengalaman ujian VSA ini di blogpost ini. Jemput baca ya semua..




Ini merupakan bahagian yang sangat Nisa suka ! Ujian kestabilan kereta The All-New Honda Civic. Memandangkan hari pulak hujan, maka ujian ini dilakukan dengan lebih berhati-hati.. Diingatkan ujian ini dilakukan oleh pemandu profesional ya. Namun pun hujan yang kian lebat, Nisa merasakan fungsi VSA ini dapat dioptimasikan dan kami dapat menyaksikan sejauh mana fungsi VSA ini boleh "hold" kereta ini tanpa terseret jauh ketika waktu kecemasan. Untuk maklumat lanjut boleh baca blogpost ini ye...





Baiklah.. selesai ujian VSA kami menuju ke lokasi seterusnya. Haa masa ni Nisa pulak yang bawak The All-New Honda Civic ni. Teruja tak terkata, sebab kereta yang sungguh menawan lah katakan ! Perjalanan memakan masa sekitar 40 minit jugak. Lama lah sikit dapat pandu tu hehe. Nak tahu ulasan penuh Nisa, boleh baca blogpost ini okay...





Dari lokasi MAEPS kami terus ke Mitsui Outlet Park yang terletak berhampiran dengan KLIA untuk makan tengahari. Alhamdulillah kenyang dan gembira kami dapat menikmati makanan ala Thai di sini. Sempat juga rakan-rakan blogger yang lain membeli-belah haha.





Selepas selesai makan tengahari, kami menuju ke litar go-kart di Sepang (terletak bersebelahan dengan litar lumba kereta Sepang International Circuit). Haa masa ni bukan main ya rakan-rakan blogger lain semua tunjuk belang masing-masing di dalam perlumbaan go-kart. Hehe.. walaupun kami bersaing, tetapi kami tetap have fun !




Walaupun permainan go-kart ini nampak mudah, kami turut diingatkan agar memandu dengan berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang diingin dari berlaku. Haa samalah macam bawa kereta biasa kita tu... pemanduan haruslah berhemah dan berjaga-jaga agar keselamatan terjamin inshaAllah.. Tahniah kepada rakan-rakan blogger yang tersenarai sebagai top 5 di dalam perlumbaan go-kart !




Baiklah... dah puas berlumba-lumba di litar go-kart dan penat.. maka tiba masa untuk kami merehatkan diri.. Kami bertukar pemandu sekali lagi dan perjalanan ke Amverton Cove Golf & Island Resorts memakan masa sekitar 45 ke 50 minit. Ingatkan kat manalah resort ni.. bila sampai je fuhh boleh tahan jugak ! Bilik pun sangat luas dan selesa..


Jujurnya bagi Nisa, lokasi ini sesuai kalau you guys nak buat getaway dengan kawan-kawan dan keluarga sambil buat aktiviti lasak seperti paintball, menunggang ATV dan memanah. Ada juga kolam renang yang best dan juga bilik hiburan karaoke. 




Setelah selesai makan malam dan berehat, kami buat ujian waktu malam pula. Ujian waktu malam ini lebih kepada ingin menunjukkan perbezaan The All-New Civic (10th Gen) dengan Civic 9th Gen.  Haa yang ini pun Nisa dah ulas (menurut pandangan peribadi Nisa).. you guys boleh baca di blogpost ini yaa...




Rise and shine everybody ! What a good night sleep.. alhamdulillah. selesa tau penginapan kami. Baiklah.. pagi hari kedua kami di trip ini dimulakan dengan sesi perbandingan kereta Honda The All-New Civic dengan kereta-kereta jenama pesaing. 


Jeng jeng jeng... bukan berat sebelah semata-mata okay, tapi ternyata Honda Civic baru ini has more to offer for a sedan car. Ewah speaking pulak kita ! Dengan fungsi-fungsi advanced dan reka bentuk yang lebih moden dan menarik, tidak hairanlah kerata Civic antara best-seller dari Honda kan. Antara kelainan baru yang ada pada Civic 10th Gen ini merupakan "tiada handbrake fizikal". Haa Civic baru menggunakan electric handbrake sahaja.




Sesi seterusnya merupakan sesi mengeluarkan peluh ! Haha. Ini yang kami semua nantikan.. Para blogger dibahagi kepada dua kumpulan di mana satu kumpulan akan menunggang ATV. Bloggers perlu mengemudi ATV ini dengan berhati-hati melalui laluan yang tersedia. Haa yang ini pun best, Nisa pernah naik ATV ni.




Nisa dan beberapa rakan bloggers lain memilih untuk main paintball ! Haa ramai taknak main paintball sebab takut sakit la kononnya kan. Haha sakit kena tembak tu satu cabaran. Sekejap je sakit tu.. paling-paling pun lebam tu, bukannya orang nampak.. Hehehe..



Nisa team biruuu.. Walaupun kemenangan tidak menyebelahi team biru, but I had so much fun.. sebab Nisa memang meminati permainan paintball ni.. Tahniah kepada rakan-rakan blogger team merah ! Dua round straight tu menang hehe., champion betul !




Yeahh puas sudah kami belek setiap inci The All-New Civic ini.




Pulang ke kamar masing-masing... sempat lagi Nisa merehatkan diri sebelum membersihkan diri untuk check-out dan menuju ke lokasi seterusnya.. Gituu...




Seterusnya... kami tiba di Restoran The Main Kitchen yang terletak di Seri Kembangan.. Wahh dimanja-manjakannya kami dengan makanan yang sedap-sedap ! Alhamdulillah.. kenyang sungguh kami semua... Like their facebook page here !



Selepas lunch, kami semua berangkat pulak ke Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC). Sempat kami berkumjung dan berlegar-legar di sekitar booth Honda. Semestinya kami nak lihat apa yang terbaru dari Honda.



The All-New Civic pun dipamerkan di sini, memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat kereta ini dengan lebih dekat dan dapatkan info mengenai sedan ini.. Haa kot nak beli terus, boleh terus consult dengan staff di booth Honda ini..




Selain daripada mempamerkan kereta terbaru, Ada aktiviti yang orang ramai boleh join.. Boleh berbasikal dan juga cuba robot dari Honda. Haa gituu.


Baiklahh.. sekian sudah perjalanan dua hari bersama Nisa, rakan-rakan blogger dan juga Honda Malaysia. Terima kasihhh !! Merasa jugak menikmati pemanduan mantap The All-New Civic.. Untuk kalian baca dengan lebih lanjut mengenai pendapat peribadi Nisa memandu Civic baru, boleh baca blogpost khas ini okayy... 




FOLLOW INSTAGRAM HONDA MALAYSIA

LIKE FACEBOOK PAGE HONDA MALAYSIA




NISA KAY.

6 ulasan:

  1. syok la dapat test drive honda... apa2 kereta pun kalau masih baru memang sedap bawak :-)

    BalasPadam
  2. kereta idaman tapi harga dia masyaAllah O-O

    BalasPadam
  3. bestnyerr naik go kart dah lama tak naik...

    BalasPadam
  4. bestnya dapat test drive..

    jemput singgah blogshop, ada sale instant shawl..cantik2..

    http://mymodestycloset.blogspot.my/

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay