Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan

Selasa, 27 November 2018

MY BEAUTY DIARY BLACK PEARL MASK REVIEW



Assalamualaikum..

Hai... wahh makin seronok pulak nak share mengenai skincare dan produk-produk yang berkaitan dengan penjagaan wajah ni. Maklumlah kita perempuan memang sukakan kecantikan. Tapi kan, sheet mask ni sebenarnya lelaki pun boleh je pakai! Untuk penampilan kulit wajah yang lebih segar dan tak nampak kusam kan! Haa pendek kata sesuai untuk semua golongan !




Untuk blogpost kali ini Nisa nak berkongsi dengan pembaca semua rangkaian face mask daripada jenama My Beauty Diary. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi jenama My Beauty Diary ni, kerana jenama ini sudah terkenal dan produk mereka mudah pulak nak didapati di drugstore seluruh Malaysia. Mesti pernah ternampak jugak di mana-mana kan? Dan face mask yang Nisa nak fokuskan untuk review kali ini adalah My Beauty Diary : DUO BRIGHTENING EX+. 

Untuk rangkaian Black Pearl Mask, terdapat tiga jenis varian seperti yang korang tengok di dalam gambar di atas, di mana yang kotak berwarna hitam tu merupakan the original Black Pearl Mask, dan face mask Duo Brightening EX+ mempunyai dua jenis varian iaitu Repair Power Brightening dan Moisture Power Brightening.



MY BEAUTY DIARY : BLACK PEARL MASK

Sesuai untuk mereka yang ada kulit kering dan tampak kurang bermaya. Nampak macam kusam je kan. Haa ini facemask yang sesuai dengan korang ! Mengandungi vitamin, mineral, amino acid dan kebaikan black pearl untuk membantu kulit tampak lebih bermaya dan fresh! Juga terkandung hydrolyzed collagen dan brightening lemon extract untuk wajah nampak lagi wow dan membantu mencerahkan kulit wajah jugak!



MY BEAUTY DIARY : REPAIR POWER BRIGHTENING BLACK PEARL EX+

Untuk intense brightening dan optimal repair. Membantu perbaiki kulit wajah bersama-sama dengan fungsi pencerahan. Optimal moisture for dry skin and helps in strengthening skin's natural barrier. Antara kandungannya ialah aloe vera dan bahan-bahan lain untuk membantu mengurangkan iritasi kulit. Enhancing skin's barrier while optimizing oil and water balance. Sesuai untuk kulit normal, kulit kering, kusam dan tona kulit tidak sekata. 



MY BEAUTY DIARY : MOISTURE POWER BRIGHTENING BLACK PEARL EX+

Facemask yang ini pulak memang khas untuk intense brightening dan deeply hydrating. Antara kandungannya adalah blue green algae yang akan membantu memaksimumkan hidrasi untuk kulit wajah. Kandungan utama semestinya Tahitian black pearl extract dan arbutin untuk mencerah dan wajah tidak lagi kusam! To help reduce fine lines, and dullness from rough, dry skin. Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan. Sesuai untuk mereka yang ingin kulit tampak cerah dan kulit kering. 




Untuk review kali ini, Nisa akan bercakap dengan lebih lanjut mengenai My Beauty Diary : Moisture Power Brightening Black Pearl EX+ face mask ni ya. Nisa berkesempatan menggunakan facemask ini minggu lalu. Memang excited nak cuba sebab kulit wajah Nisa sangat kering nowadays, ditambah pula dengan kurang rehat, lagi lah kulit nampak kasar. Tona wajah pula tak sekata dan banyak parut yang dalam proses nak memudar.



My first impression was : I loveeee that the sheet mask is not so thick and crumply when I took it out from the packet and open it. Ketebalan dia just nice je, dan essence yang ada pada mask pun tidak ada rasa melekit atau bau yang kurang menyenangkan. Walaupun I took it out straight from the box, tapi bila letak kat muka, rasa sejuk dan fresh je ! Untuk penggunaan face mask macam ni, pakai dalam 20 minit dah mencukupi untuk essence menyerap masuk ke kulit ya. 



Selepas penggunaan, tiada sebarang effect negative pada kulit - tiada rasa panas pada kulit / pedih. Dan selepas tanggalkan mask, lebihan essence yang ada boleh sapu pada leher, tambah pada wajah atau urutkan pada tangan. Haa tangan pun nak kekal lembap dan nampak fresh kan! Tak perlu basuh wajah anda, boleh teruskan dengan skincare anda, contohnya sapu mosturizer.




Selepas penggunaan, my redness from my healing acnes are noticeably reduced ! My skin rasa fresh sangat, tak nampak kusam, kering or kasar. My skin appearance is better and bila skin well-hydrated and plump, nak apply makeup pun sangat senang dan tahan lama tau ! I'm happy that it shows positive results on my uneven skin tone, and I am looking forward for more usage of this masks!



MY BEAUTY DIARY DUO BRIGHTENING EX+ MASK
RM49.90 / kotak (mengandungi 6 keping face masks)
Boleh didapati di outlet SaSa atau Guardian berhampiran anda.

** PROMO TERKINI : Bersempena dengan ulang tahun ke 10 My Beauty Diary, beli 1 kotak My Beauty Diary Duo Brightening EX+, percuma sekeping Black Pearl Mask**


LIKE FACEBOOK PAGE : My Beauty Diary MY



NISA KAY.

Read More»

Selasa, 14 November 2017

REVIEW - NRC Treatment Foundation & Breena Beauty Blending Pearl




Assalamualaikum...


Wahh teruja tau nak berkongsi dengan semua. Memang kalau Nisa buat review, agak lama Nisa ambil masa sebab Nisa sebolehnya nak berkongsi produk yang bagus, Nisa nak review yang jujur. Jadi Nisa mesti akan gunakan sesuatu produk tu untuk beberapa lama sebelum betul-betul berkongsi dengan followers sama ada Nisa menyukainya atau tidak. Untuk review kali ini, Nisa nak kongsikan dua produk yang telah beberapa lama Nisa gunakan iaitu NR Cosmetics Perfection Treatment Foundation dan juga Breena Beauty Blending Pearl.

Read More»

Isnin, 9 Januari 2017

Okay kita cuba MIOS KITCHEN, kedai makan viral !



Assalamualaikum...

Haa rasa macam dah lama tak menaip mengenai kedai-kedai makan ni kan. Maklumlah Nisa bukanlah seorang yang selalu cuba makan di tempat baru. Memang kalau dah suka satu tempat tu, tempat itu je lah hari-hari pergi. Tak pun pergi ke kedai mamak! Haha lebih mudahhh. Tapi baru-baru ni adik Nisa ajak cuba makan di kedai yang pernah viral katanya. Terletak di area rumah dia je. So apa lagi, Nisa ikutkan sajor...


Read More»

Khamis, 22 Disember 2016

Kain sequin meriahhh dari LBRSMY ! Lace, beads dan macam-macam lagi...




Assalamualaikum...


Haa bila bercakap mengenai kain SEQUIN.. Pasti kita dah boleh membayangkan kain yang sangat cantik, berkilau memantulkan cahaya, tampak sangat sarat dan glamorous.. kalau buat baju atau skirt tu, perghhh konfirm kalau pergi kenduri kawen satu dewan akan menatapmu. Wahaha.. bukan main ye ! Sequin jugak banyak digunakan sebagai dekorasi di majlis perkahwinan, bilik tidur, sekitar rumah dan jugak dijadikan sebagai backdrop untuk mengambil gambar atau video !


Read More»

Khamis, 8 Disember 2016

Inspirasi haruman antarabangsa, THE FEEY PERFUME !



Assalamualaikum..

Haa kalau bercakap mengenai perfume / haruman / pewangi ni kan.. memang ramai yang suka. Seolah menjadi trend pulak kan, nak cari perfume yang best-best so boleh pakai bila keluar. Tapi bagi Nisa, penting untuk kita memiliki haruman sebabnya dengan memakai perfume, akan meningkatkan keyakinan diri.. barulah tak segan nak berjumpa orang. Tapi jangan pulak tak mandi pagi tapi sembur perfume separuh botol ! HAHA...

Read More»

Khamis, 17 November 2016

TRAVEL | Kisah 2 Hari Honda The All-New Civic Blogger Drive Trip




Assalamualaikum...

Haa dah baca belum pengalaman Nisa memandu The All-New Civic di sekitar Selangor selama dua hari ? Sangat mengujakan, hinggakan bila Nisa tulis blog pun tak sedar panjang berjela sudah.. Maka dengan itu, hadirlah satu lagi blogpost yang Nisa khaskan untuk menceritakan mengenai aktiviti-aktiviti kami sepanjang dua hari bersama Honda.

Read More»

Selasa, 11 Oktober 2016

Baju sejuk mampu milik dan berkualiti dari KakakSalji !




Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Apa khabar semua pembaca ? Haa sebenarnya Nisa dapat banyak jugak soalan di laman-laman sosial media, "Eh lawanya jaket ! Beli mana...??" Ada jugak yang bertanya..., "Comey sunggoh la baju sejuk mu, beli mano tuh?" Haa kalau ikutkan hati takmau share ! Biar Nisa sorang je pakai winter coat comey ni. Kekekee okay gurau ! Jangan kecam okay..


Nisa rasa ramai je di antara kita yang nak bercuti ke luar negara bila tiba musim luruh (sesetengah negara dah sangat sejuk bila musim luruh) dan juga musim salji.. TAPI TAPI TAPIIII Tak tahu nak beli kat mana baju sejuk yang berpatutan ! Nak pergi kedai dalam mall tu mak aih ratusan ringgit harganya.. Ada yang murah, takde saiz atau takde berkenan kat hati pulak. Soo.. nak beli kat mana ni????


Read More»

Jumaat, 2 September 2016

Pembersih mekap IMAAN SUCI WIPES menjadi pilihan !





Assalamualaikum..


Nisa hari ni nak bercerita mengenai pembersih mekap atau makeup remover. Ramai jugalah orang di luar sana yang sering mengata-ngata kami yang pakai mekap ni seolah-olah tak pernah solat sebab nak pakai mekap punya pasal. Nisa ni pelik jugaklah, mereka yang mengata sangat ni.. punyalah kehidupan dia duduk bawah tempurung ya, sampai tak kenal kewujudan PEMBERSIH MEKAP. Har har harr....


Okay tak baik pulak gelakkan orang, tapi orang yang mengutuk menghina tu lagi tak baik kan. Haha apa-apa pun, nak cerita mengenai pembersih mekap pilihan Nisa. Kalau di rumah, Nisa biasanya guna yang jenis liquid tu. Haa kalau yang cecair tu, kena guna kapas muka untuk bersihkan mekap. Tapi kalau Nisa keluar macam mana ? Travel ? Nak hangkut jugak ke cecair pembersih mekap dan kapas muka tu ke hulu ke hilir? Haa kompemlah tidakkk !!





Bila Nisa keluar atau travel, yang menjadi pilihan Nisa semestinya pembersih mekap dalam bentuk tisu basah tu ! Kecik je packaging nya, senang nak selit dalam beg dan bawak ke mana-mana. Haa bercakap mengenai pembersih solekan dalam bentuk tisu basah, Nisa nak cakap mengenai IMAAN SUCI WIPES ni haa...


Tisu pembersih solekan IMAAN SUCI WIPES ni boleh dikatakan baru juga menjengah pasaran Malaysia. Diasaskan oleh orang Melayu kita, IMAAN SUCI WIPES sama sekali tidak mengandungi bahan merbahaya, jauh sekali alkohol. Haa jangan tak tahu banyak makeup remover di luar sana yang mengandungi alkohol dan buat kulit sangat kering !





Bila dah ada IMAAN SUCI WIPES ni dalam beg dan dibawa ke mana-mana, jadi tidak ada isulah para wanita yang bermekap tidak bersolat ! Sapp sapp sapu seluruh muka, dah tanggal mekap.. haa mudah sangat bila ada tisu penanggal mekap ni.. Geram jur bila orang mengata kita ni macam kita pakai mekap menyusahkan dia haha..



IMAAN SUCI WIPES

  • Produk tempatan.
  • Bebas alkohol !
  • Mudah bersihkan mekap.
  • Mudah dibawa ke mana-mana.
  • Harga mampu milik.
  • Juga sesuai untuk kulit sensitif.





Bila travel, pembersih muka dalam bentuk tisu basah ni memang akan menjadi pilihan utamalah.. sebabnya taknak susah-susah bawak makeup remover yang dalam botol tu.. kang nak kena ada kapas muka lagi. Huii buat berat beg je ! Kalau bawak wet tissue kan senangg. So, masa Nisa travel ke Bangkok baru-baru ni (gambar di atas diambil di Wat Pho, Bangkok) Nisa bawak je IMAAN SUCI WIPES ni. Mudah dan ringan ! Dalam luggage ada sepaket, dalam beg galas ada sepaket lagi.





Haaa sampai ke Bangkok Nisa bawak IMAAN SUCI WIPES ni, sebab memang mudah sangat nak bersihkan mekap dan bawak ke mana-mana. Selit-selit je dekat poket beg ! Haha.. Alhamdulillah Nisa pun suka IMAAN SUCI WIPES ni. Memang hari-hari pakai.. Kalau di rumah, siap berkongsi dengan adik lagi.





MACAM MANA NAK BELI ???

Jangan lupa dapatkan IMAAN SUCI WIPES ni dari agen jualan yang sah tau ! Nisa nak rekemen agen jualan ni haa untuk korang beli IMAAN SUCI WIPES ni..

Facebook : Hazirah Shah https://www.facebook.com/ms.hazirah
Atau follow Instagram beliau : @iuzira https://www.instagram.com/iuzira/
Tak pun whatsapp terus ke nombor : +60193922261







Read More»

Khamis, 23 Jun 2016

Buffet Ramadan 2016 - Puspanitapuri Putrajaya



Assalamualaikum..




Haa dah tiba penghujung ramadan ni mesti ramai yang mencari lokasi nak berbuka puasa. Baiklah.. Kali ini khass Nisa nak kongsi kepada mereka yang tinggal di Putrajaya / Cyberjaya.. atau kawasan sekitar seperti Kajang, Bangi.. atau pun sesiapa je lah haa !



Pic credit to : Mawardi Yunus

Pic credit to : Mawardi Yunus

Haa macam mana nak pergi ke sini ? Mudah lah sangat sangat ! Cuma perlu waze PUSPANITAPURI, nanti terusss akan diberikan direction ke sini. Haa senang ke tak ? Kawasan pulak luas dan cantik.Antara kemudahan kat sini ialah kawasan parkir kereta yang PERCUMA, bilik solat yang selesa dan berhawa dingin, kawasan makan yang selesa dan luas. Tak rasa bersesak-sesak pun.


Pic credit to : Mawardi Yunus


Haa ini ruang dalam Dewan Seri Endon di Puspanitapuri. Luas dan selesa kan ? Takde lah nanti berlaga-laga kerusi dengan meja sebelah haha... Satu meja bulat boleh memuatkan 10 orang. Boleh dah ni plan dengan keluarga atau rakan-rakan untuk berbuka di sini! Jadi.. apa yang best makan kat sini ???






Ya Allah !!! Sedapnya gulai lemak cili api. Ada tiga jenis pulak tuu.. Gambar di atas gulai lemak ketam.. Yang bawah lak gambar gulai lemak ikan masin ! Ya ampun lama nya tak jumpa gulai lemak ikan masin ! Ada satu lagi yang sedap, gulai lemak daging salai. Yang tu Nisa tak sempat pulak nak snap gambor. Tapi Nisa ambik untuk berbuka, memang sedap !!






Suka seafood ? Ini ada hidangan sotong dan udang untuk anda ! Haa yang udang tu pun Nisa kutip masuk pinggan tau! Memang sedap dan puas laa. Sebab memang Nisa gemarkan udang.






KONSEP WARUNG


Buffet ramadan yang diuruskan oleh Azam Pandan Sdn. Bhd. ini mengetengahkan konsep warung. Haa kenapa Nisa cakap macam tu ? Masuk je dewan lihatlah disebelah kanan anda.. terdapat kaunter makanan yang dihias ala warung. Ada yang menghidangkan lemang dan ketupan, ais kacang, buah-buahan...





Haa itu baru kat dalam, Nisa jalan-jalan pulak di bahagian luar... banyak nya jenis makanan! Seumpama pergi ke bazar ramadan la pulak. Kat sini ada sebuah "warung" yang menyediakan apam balik. Haaa world gituu ! Maklumlah apam balik dia ni sedap! Haruslah world kan. Haha. OK memang tak tipu. Sangat sedap dan crispy okay. Dapat pulak yang panas-panas memang ummph !




Haaa aneka sup juga dihidang dalam belanga macam ni. Eh belanga ke namanya ni ? Hahah !! Memang ala-ala tradisional sangat kan ! Sebenarnya banyak sangat lagi jenis makanan yang menarik perhatian, tapi Nisa terlalu asyik pilih makanan sampai lupa nak ambil gambar! Sobs sobs. Siapa yang nak tengok gambar-gambar lain boleh baca blog rakan blogger Nisa - blog Ahmad Fauzi Aryaan atau blog Mawardi Yunus okay ?




Okay masuk dalam balik.. Dah kenyang makan main course, kita sambar desserts pulak. Aneka kek dan manisan serta kuih ada dihidang di tengah-tengah dewan. Nyummss Nisa suka benda manis-manis ni. Gituuu...


LOKASI : 
Puspanitapuri, Putrajaya

HARGA BUFFET :
RM72.00 per pax untuk Dewasa
RM38.00 per pax untuk Kanak-kanak

HUBUNGI : 03-7843 0590





Alhamdulillah.. Kenyang Nisa dan adik Nisa berbuka di sini. Rambang mata dengan juadah yang ada.. Semua Nisa nak lah ! Hahah.. And alhamdulillah jugak I had great times ! Hehe ada kejadian di sini.. itu nanti Nisa update kemudian ya ! Heheh apa-apa pun terima kasih Fuad dari Arkadash KL yang menjemput. Dan terima kasih kepada rakan-rakan blogger !






Read More»

Rabu, 22 Jun 2016

6 sebab kenapa baju raya PINKZ FASHION menjadi pilihan Nisa !



Assalamualaikum..




Haaa sedar tak sedar dah dua minggu kita berpuasa kan ? Tak lama lagi dah nak menyambut Aidilfitri.. Aduh rindu pulak suasana kampung, hingar bingar saudara mara yang ramai, bergelak sakan dengan lawak masa kecik dan macam-macam lagi lah.. 


Bila bercerita mengenai hari raya ni tak sah la kan kalau tak cakap pasal baju raya... Korang dah beli ke belum ? Tema keluarga korang kaler apa tahun ni ? Haa keluarga Nisa sendiri bukan lah jenis nak bertema bagai ni.. Cuma ada sesetengah tahun yang memang kami plan nak pakai baju warna apa. Design semua lain-lain, ikut citarasa masing-masing lah. Ada yang belum beli baju raya kah ? Haa nak tempah memang idok la kan. Bagi yang cari baju raya last minute tu jom usha butik yang Nisa nak share dengan uols ni..





Ahaaa PINKZ FASHION ni ada butik kat Semua House, Kuala Lumpur. Tapi bagi yang duduk jauh boleh lah beli online je.. Sempat lagi ni nak order dan pos ke rumah ! Tahu-tahu je dah sampai baju raya depan rumah. Tak ke mudahhh !






KENAPA PILIH PINKZ FASHION ???

  • BERKUALITI - Nisa dah amati sendiri material baju-baju raya di PINKZ FASHION ni.. memang menepati apa yang Nisa mahukan. Material semua tip top, selesa di pakai dan tak panas.
  • JAHITAN KEMAS - Kasihan tau Nisa baca kisah mereka yang tempah baju raya, alih-alih kualiti jahitan hampeh. Di PINKZ FASHION ni, jahitan baju semua cantik-cantik. Belum lagi lah Nisa jumpa yang benang nya terjurai-jurai, jahitannya pecah.. Alhamdulillah semua yang Nisa pilih semua okay sangat.
  • POTONGAN CANTIK - Yess ! Orang kurus susah lah cari baju yang potongannya lawa dan terletak je di badan. Tapi bagi Nisa, koleksi PINKZ FASHION ni cutting baju dia lawa-lawa. Nisa suka sangat ! Nisa susah nak pakai baju kurung moden. Tapi koleksi mereka memang menawan hati !
  • BANYAK PILIHAN - Di PINKZ FASHION ni ada pelbagai pilihan baju raya. Nak yang lace ? Nak yang ada batu-batu ? Nak yang printed ? Semua ada. Tapi kebanyakannya plain color lah, mudah nak matching dengan tudung ! Banyak warna pulak tu, haa kot ada yang match dengan tema raya korang ?
  • SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR - Ini memang best. Rekaan-rekaan yang ditawarkan sesuai untuk semua peringkat umur. Nak yang macam mana, kat PINKZ FASHION banyak pilihan ! Haa cuba tengok kot ada rekaan yang anda berkenan sangat.
  • PILIHAN SAIZ - "Alaa baju lelawa mesti untuk orang kurus-kurus je" .. Haipp siapa kata ! Di butik PINKZ FASHION, pilihan saiz tersedia dari saiz 34 (saiz XS) hingga ke 48 (4XL) tau ! Haa mudah sangat kalau nak match dengan ibu-ibu ke.. 


Haaaa ENAM sebab kenapa Nisa pilih PINKZ FASHION dah pun Nisa senaraikan. Apa lagi alasan yang korang nak bagi ? Hahaa.. Okay gurau-gurau.. Kalau korang dah ada baju raya, boleh jugak beli untuk di pakai di hari-hari lain. Biasanya seminggu jugak orang beraya sakan, pergi ke rumah sahabat handai, saudara mara dan rumah terbuka kan kan. Haa membebel tu membebel jugak. Nak tengok baju-baju yang Nisa pilih ? Jommms !




BAJU KURUNG MODEN A20178
Warna : Hijau & Peach  |  Saiz : 34 - 44 (XS - XXL)  |  Material : Polyester / Chiffon

Haaa lembut nya warna ! Nisa sebelum ni memang jarang sangat beli baju kurung moden. Kali ni pilih yang kaler lembut terus, barulah ayu je haha ! Mak pun cakap Nisa takde baju kaler soft macam ni. Baju ni cutting dia lawa sangat !




BAJU KURUNG MODEN "MELISSA"
Warna : Black, Blue & Champagne  |  Saiz : 34 - 46 (XS - 3XL)  |  Material : Polyester Spandex

Pertama kali beli baju kurung moden warna hitam! Tah macam mana Nisa berkenan sangat la dengan baju ni. Terutamanya corak skirt nya. Lawa tau ! Memang taste Nisa laa corak abstrak macam ni. Boleh match dengan tudung coklat dan hijau army macam Nisa pakai.




BAJU KURUNG MODEN "KAREENA" A20267
Warna : Pink & Magenta  |  Saiz : 34 - 46 (XS - 3XL)  |  Material : Polyester Spandex

Pertama kali Nisa ada baju yang berhias dengan batu-batu cantik !! Haha sebab Nisa takut nanti jatuh pulak hiasan kat baju tu. Tapi baju mereka berkualiti, so inshaAllah tak mudah jatuh atau koyak. Kita je la kena basuh hati-hati sikit. Material baju pun sedap pakai.




KURUNG MODEN "ZIETA" N30123
Warna : Hijau & Biru  |  Saiz : 34 - 44 (XS - XXL)  |  Material : Polyester 

Haa tampak moden kan rekaan ni ? Nisa suka sebab "this is so me.." haha. Tak reti macam mana nak explain tapi Nisa suka corak ala tribal / ala geometrical ni. Warna yang terang memang menaikkan mood. Haa lepas raya pulak tops nya boleh pakai dengan seluar. Boleh bawak gi kerja. Oh ye tops nya nampak macam two-piece. Tapi dia sebenarnya 1-piece je. Kainnya pun boleh match dengan blouse lain.




BAJU KURUNG MODEN "SITI" A20206
Warna : Mint, Mauve & Lavender Mauve  |  Saiz : 34 - 48 (XS - 4XL)  |  Material : Lace Polyester / Chiffon


Should I say this is my personal favourite ??? Hahaa Cutting yang sangat cantik !! I feel like a princess, rasa ayu je bila melangkah. Warna pun cantik, lace nya pun cantik. Di harap dapat menawan hati mana-mana bakal mak mertua. Hahahah !!!




Haaa maaf lah. Dah namanya perempuan, tak cukup empat lima pasang baju. Jubah jugak yang dicari. Dalam pada memilih baju kurung moden, Nisa sambar jugak lah sehelai jubah dari PINKZ FASHION. Tapi kalau nak beli, kena beli kat butik mereka di SEMUA HOUSE, KL ye.. Yang baju kurung moden di atas semua boleh order online. Jubah ni pakai hari-hari pun best juga.





Terima kasih banyak banyak kat PINKZ FASHION sebab menyediakan banyak pilihan baju raya siap. Mudah je.. Pilih design dan warna, pilih saiz, whatsapp terus nak beli. Lepas pembayaran dibuat, dua tiga hari nanti sampai lah tu baju raya depan rumah. Konfem best !




JANGAN LUPA FOLLOW INSTAGRAM PINKZ FASHION TAU !




LIKE FACEBOOK PAGE PINKZ FASHION (FB) UNTUK UPDATE TERKINI



Haaaaa link facebook page dan instagram Nisa dah lengkapkan di atas. Pergi follow, like dan happy browsing tau ! SELAMAT HARI RAYA..




Read More»

Copyright © Nisa Kay