Isnin, 3 April 2017

Natural & Simple Makeup Look featuring PIXY




Assalamualaikum...


Haaa lama dah rasanya tak berkongsi apa-apa tutorial mekap bersama pembaca dan penonton video yang setia sekalian.. Terharu rasanya di atas sokongan dari semua. Rasa rendah sangat diri ini sebab ada yang masih sudi bukak blog kita, tengok YouTube kita.. Hehehe.. istimewa kali ini Nisa akan berkongsi teknik mekap yang sangat senang, guna produk yang mudah didapati dan berpatutan pulak, hasil pun letops !





PIXY UV Whitening Two Way Cake Perfect Fit

Mesti jenama PIXY ni tidak asing lagi buat semua wanita di luar sana kan ? Sebab apa, hahaa jujur je la kebanyakan dari kita mengenal mekap dan beli bedak kompak jenama PIXY ni lah dulu dari drugstore kan ? Boleh tahan popular jugak bedak PIXY masa Nisa bersekolah dulu tau. Dulu beli bedak PIXY dalam bekas yang takde cermin tu je. Hehehe...


"TEKNOLOGI JEPUN"

Kalau nak tahu, produk bedak kompak dari PIXY ni dihasilkan dengan teknologi dari Jepun. Walaupun produk mereka mudah didapati dan harga sangat berpatutan, tetapi kualiti tetap diutamakan demi menghasilkan mekap yang ringan, tahan lama dan selamat untuk kulit. 





Makeup yang akan Nisa kongsikan ialah mekap segar dan mudah (fresh and simple) yang sesuai digayakan untuk sehari-hari atau pergi ke pejabat khususnya. Teknik mekap ini menggunakan produk yang tidak banyak, malah memfokuskan kepada penggunaan produk PIXY. Tonton video di bawah untuk cara-caranya.




Haa itu dia langkah-langkah mudah Teknik Shading dan Teknik Highlight menggunakan bedak kompak PIXY. Dengan hanya menggunakan satu jenis produk (berlainan kod warna), kita dah boleh dapat buat teknik shading dan highlight yang mudah untuk memberikan dimensi di wajah. Haa muka pun nampak ala-ala buat facelift ! Hahaha !




Selain Teknik Shading dan Teknik Highlight yang mudah, di dalam video di atas juga Nisa kongsikan cara-cara menggunakan Teknik Basah untuk mendapatkan "efek foundation" di wajah. Bagi yang tidak gemar memakai banyak produk di muka boleh cuba teknik ini. Ataupun kalau nak nampak natural, nak segera.. haa pun boleh aplikasikan teknik ni okay !




CONTEST : MENANGI PIXY BEAUTY BOX!

Yeayyy contest datang lagi, dibawakan khasss oleh PIXY Malaysia untuk semua pembaca blog Nisa dan subscriber YouTube channel Nisa. Haaa hadiah yang ditawarkan merupakan sebuah beauty box yang terkandung produk mekap dari PIXY Malaysia tau ! Kompem best !






BAGAIMANA NAK SERTAI ?
  • Jangan lupa tonton video tutorial mekap Nisa di atas.
  • Komen di YouTube Nisa : "PIXY Sempurnakanku..... "
  • Penyertaan hanya sah di channel YouTube Nisa tau ! 
  • Klik di sini untuk tonton video Nisa di YouTube dan komen di sana ya !
  • TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 11 APRIL 2017

Jangan lupa tinggalkan komen yang kreatif tau ! Nisa akan pilih 3 pemenang bertuah untuk menerima Beauty Box istimewa dari PIXY ! So jangan lupa keluarkan idea-idea yang da bomb tau!




Jangan lupa LIKE Facebook Page PIXY Malaysia :
https://www.facebook.com/PixyMalaysia/

Dan singgah laman web PIXY Malaysia :
http://pixy.com.my/ 

Bagi mereka yang berminat nak mendapatkan sample produk PIXY, boleh klik di sini :
http://bit.ly/PIXYSempurnakanku




NISA KAY.

3 ulasan:

  1. Hai.. Salam kenal dari indoneia... :)

    BalasPadam
  2. I pengguna setia bedak Pixy, pakai yang natural white. Dah 8 tahun tak tukar brand lain, puas hati sgt dgn Pixy :-)

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay