Sabtu, 3 November 2018

Robinsons KL dilancarkan ! Pengalaman membeli-belah eksklusif di Shoppes @ Four Seasons KL



Assalamualaikum semua,

Jadi minggu lalu Nisa berkesempatan memenuhi jemputan oleh Robinsons Kuala Lumpur yang mengadakan acara VIP Night bersempena dengan pelancaran flagship store mereka yang bertempat di Shoppes at Four Seasons KL. Haa ramai sungguh orang malam tu, sangat meriah ! Nisa juga sempat jugalah nak berjalan-jalan di sekitar Robinsons Kuala Lumpur yang kini dibuka untuk orang ramai membeli-belah!




Kalau ada di antara pembaca blog Nisa yang nak ke Robinsons Kuala Lumpur, senang je.. Robinsons terletak di Shoppes at Four Seasons KL. Betul-betul sebelah KLCC dan juga opposite je dengan pusat membeli-belah Avenue K. Haa ini maknanya apa gaesss? Maknanya lebih banyak pilihan untuk anda membeli belah di kawasan tumpuan ibu kota! Tambahan pulak, setiap tingkat di Robinsons KL menyajikan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih!




Bertuah betul rasanya apabila malam tersebut para jemputan dihiburkan dengan penyanyi hebat Malaysia, Dayang Nurfaizah! Haa jika anda nak tahu, persalinan yang Dayang pakai tu merupakan baju dari pereka Alexander Wang yang mana anda boleh juga dapatkan secara eksklusif di Robinsons Kuala Lumpur! Wahhh siapa taknak bergaya seperti Dayang kan? 




Kalau dah namanya perempuan... tak sah kalau tidak tertarik dengan produk kecantikan yang dipamerkan! Hahaa.. sebahagian besar G floor di Robinsons ini menyajikan pelbagai jenama produk kecantikan - pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit sehinggalah kepada jenama jenama terkenal peralatan mekap! Suasana yang eksklusif, selesa dan luas buat rasa lagi seronok nak shopping !




Sungguh la tak tergambar dengan kata-kata meriahnya malam pelancaran Robinsons Kuala Lumpur ni. Bukan pelancaran dan persembahan semata-semata, di sekitar Robinsons KL ni diletakkan pula beberapa installations untuk para tetamu mengambil gambar - always for the gram! Haha. Ada Virtual Fashion Box, kaleidoscope photo wall, ini memang cun! Boleh tengok gambar Nisa di instagram atau di bawah! Ada juga pelbagai aktiviti dan games di mana tetamu yang hadir berpeluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif!






Seronoknya nak membeli-belah apabila malam itu kami semua dapat diskaun istimewa! Dan menjadi antara yang pertama berbelanja di Robinsons Kuala Lumpur! Haaa rambang mata jadinya, sebab bahagian pakaian, aksesori, barangan rumah, kecantikan.. semuanya ada banyak sangat pilihan ! Barisan jenama pakaian yang ada di Robinsons Kuala Lumpur pun bukan calang-calang ya!




Semestinya Robinsons Kuala Lumpur mempunyai misi dan visi untuk tidak hanya menjadi department store yang biasa. Antara kelainan yang dibawa adalah mereka menawarkan jenama-jenama yang mungkin tidak ada di pusat membeli belah yang lainnya, ranging from famous clothing brand to beauty products. Only exclusive shopping experience from Robinsons KL !



Curate your own wonderful shopping experience here at Robinsons Kuala Lumpur !




Robinsons Kuala Lumpur, Shoppes at Four Seasons Place is located at 145 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, and is open from 10am to 10pm daily. With the opening of the flagship
store, Robinsons now has two locations with one at The Gardens Mall which opened in 2007.


Follow Robinsons Kuala Lumpur on social media platforms :




NISA KAY.

1 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay