Isnin, 12 Ogos 2019

Kedai Boba Tea terbaharu di Kota Laksamana Melaka - I'Milky Malaysia



Assalamualaikum...

Hai pembaca semua! Excited pulak nak berkongsi kali ni. Seperti yang kita semua sudah tahu, sekarang ni memang trending habis lah boba tea di serata Malaysia! Banyak juga yang cuba-cuba buat sendiri tapi kurang jadi, ada juga peniaga-peniaga kecil yang sudah mula menjual boba tea mengikut trend kedai-kedai popular yang menjual boba tea. Haaa macam-macam lah!

Tetapi apa yang membezakan kedai-kedai yang sudah sedia ada mestilah resepi istimewa masing-masing dalam menghasilkan menu menarik buat pengunjung! Haaa inilah dia Nisa nak berkongsi sebuah jenama boba tea yang datangnya dari Taiwan yang sudah pun bertapak di negara kita. Jom kita usha I'Milky Malaysia !



Kota Laksamana yang terletak di Melaka kini sudah mula dikenali sebagai one of "boba district" di Malaysia. Haha pandai-pandai je Nisa bagi nama kan? Bersaing sihat dengan pelbagai jenama lain, I'Milky Malaysia sebenarnya sudah pun menjangkau 5 outlet di Semenanjung Malaysia! Yang terbaharu dibuka adalah outlet I'Milky Malaysia Kota Laksamana Melaka ini. Jadi orang Melaka.. dah boleh serbu ramai-ramaiii...



NAK ORDER APA NI????

Setiap boba tea shop mesti ada signature dan best seller mereka yang tersendiri kan? Begitu juga dengan I'Milky Malaysia Melaka ini... Ada 5 menu utama yang semestinya patut anda cuba sekiranya berkunjung ke sini!



SIGNATURE & BEST SELLER DRINK : 
BROWN SUGAR BUBBLE MILK

Haaaa semestinya Brown Sugar Bubble Milk dari I'Milky Kota Laksamana ni wajib wajib wajib anda cuba!! Amboi sampai tiga kali suruh cuba tu! Haha!! Saat Nisa hirup airnya, fuhhh terus terkejut! Sebab apa? Sebab rasa segar dan manis yang seimbang tu..! Tak reti nak explain macam mana, tapi susu segar dia sedap, dengar kata diimport dari Australia! Kandungan brown sugar pula tak terlalu manis, sedap!! Terus Nisa jatuh cinta!



STRAWBERRY MILK  &  TARO MILK

Siapa minat perisa strawberry pun wajib sangat try Strawberry Milk ni!! Mereka menggunakan buah strawberry segar ketika proses membuat air ni, bukan guna ready made strawberry paste tau! Dan I'Milky Malaysia ni sangat mementingkan sukatan yang tepat dan proses pembuatan demi menjaga kualiti minuman, pun sesuai untuk mereka yang suka rasa kurang manis. Taro Milk pula untuk yang suka perasa keladi. Haa lemak lemak gituu rasa dia. Mesti terkejut sebab sedap sangat!



GRAPEFRUIT JUICE + GREEN TEA  &  MATCHA MILK

Siapa yang sukakan rasa jus yang masam masam pahit manis, lepas tu ada a hint of green tea flavour, wajibbbb cuba Grapefruit Juice bersama Green Tea ni tau!! Segar sangat kalau dapat minum tengah cuaca panas ni! Matcha Milk pun Nisa suka! Lemak susu segar dan pahit-pahit Matcha flavour tu seimbang! Dan of course sesuai laa untuk semua yang suka minuman yang kurang manis.



Haaa selain daripada 5 minuman paling laris di I'Milky ni.... ada minuman lain tak? Heyyy mesti lah adaa... Ini Nisa sertakan sekali senarai menu yang ada di I'Milky. Boleh la usha dulu sebelum datang ke outlet I'Milky Kota Laksamana Melaka ni, so nanti datang beratur terus order je.. Maklumlah, orang pun mesti ramai! Harga pulak sangat sangat berpatutan! Bermula RM7.90 hingga RM12.90 sahaja !


GAMBAR HIASAN bersama Budak Lelaki Sebelah Pintu

Jangan lupa kepada orang-orang Melaka, atau sesiapa sahaja yang akan bercuti ke Melaka, panjang-panjangkanlah langkah ke kawasan Kota Laksamana untuk merasai sendiri minuman-minuman di I'Milky Kota Laksamana ni..! Memang tak rugi! Datang ramai-ramai bawak keluarga, kawan-kawan, kekasih hati.. ehh! Hahaaa sekarang ni kan boba tea date pun dah jadi trend. Auchh sweet sangat! Haha!!





LOKASI : I'MILKY KOTA LAKSAMANA, MELAKA
NO. 6, Jalan KLJ 9, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka

WAKTU OPERASI :
12.00 Tengahari - 1.00 Pagi

NOMBOR TELEFON :
011 1758 3668




NISA KAY.


18 ulasan:

  1. Amboi mentang-mentang keluar TV Alhijrah minuman viral terus pergi kat sini hehehe sedapnya tengok semua air minuman tu memang best giler nak guba juga tapi kenapa Melaka hehehe kat KL tak ada Nisa nak belanja ker wakakakaka..

    BalasPadam
  2. wahh sampai ke Melaka minum boba tea ekk. InsaAllah kalau sis ke Melaka bolehlah singgah tempat ni pekena minuman boba tea ni :D

    BalasPadam
  3. Fenomena viralnya boba tea membuatkan semakin rancak perniagaan ni di negara kita kan? Walaupun timbulnya viral yang tidak baik tentang boba milk ni, tapi ianya tidak menjejaskan lansung perniagaan boba tea yang semakin bertambah.

    BalasPadam
  4. Nasib baik ada outlet kat KL juga. Boleh try lepas ni hee dah jadi favourite Yaya yang brown sugar bubble milk! First time cuba kat outlet melaka punya hee

    BalasPadam
  5. Brown sugar bubble milk tu sedap taw... Sukaaaa

    BalasPadam
  6. memang skrg semua cari boba tea kan. okay nanti nak cuba jugaklah once dorg dh buka cawangan area2 KL. nak ke Melaka jauh nohhh.

    BalasPadam
  7. oh my god! sedapnya! masih terbayang bayang kenikmatan menghirup brown sugar bubble milk dia tu! haha. dengan manis secukup rasa, brown sugar yang tak berlebihan, memang jadi pilihan utama saya lah!

    BalasPadam
  8. Yerrr sekarang ni mmg trending habis. Semua nk buat boba sampaikan sis tk sempat lagi rasa semua. Haha.mungkin dah boleh buat list 10 boba terbaik malaysia.

    BalasPadam
  9. Aaaaaa nampak sedap semua! Boleh singgah sini kalau jalan-jalan Melaka lagi :D

    BalasPadam
  10. Harap2 I'Milky akan buka cawangan di Kelantan pulak. Nak cuba minuman terbaharu ni.

    dah follow blog puan.
    www.zukidin.com

    BalasPadam
  11. More bubble tea choices in Melaka now. No more drinking the same thing.

    BalasPadam
  12. jommm sekali lagi !
    melaka tak bosan . sentiasa ada baru

    BalasPadam
  13. Selalu nak beli boba tea pun perlu beratur dalam barisan yang panjang. Ada satu masa kena tunggu 1 jam dalam barisan baru dapat beli. Tetapi bila dapat, minumnya memang rasa sedap sekali.

    Justunique

    BalasPadam
  14. perasan jugak kedai ni sebelah xing fu tang

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay