Rabu, 11 September 2019

Kedai Cermin Mata Murah dan Viral di Sungei Wang Plaza KL

www.wasap.my/60176027433

Assalamualaikum...

Pernah tahun lepas rasanya Nisa kongsikan mengenai tempat buat cermin mata murah yang teramat dekat Sungei Wang Plaza. Nisa kongsikan melalui laman Twitter. Bangun je esok pagi mak oii sampai beribu-ribu retweet kepada tweet tu! Tapi tu kisah tahun lepas lah. Nak cari balik tweet tu entah kat mana-mana tah. 


Tak sangka rupanya ramaiiii lagi yang tak tahu dekat Sungei Wang Plaza ada kedai cermin mata yang jual spek murah gilaaa dan kedai tu went viral jugak. Haa nak kongsi melalui Twitter susah nak kongsi lebih banyak info sebab satu tweet ada limit kan. So alang-alang tu, eloklah kiranya Nisa kongsikan melalui blog je senang baca semua info sekali harung.



Kedai yang Nisa pergi buat cermin mata ni nama dia EYE SMART VISION, bertempat di lot G114 Ground Floor, Sungei Wang Plaza. Dari jauh dah perasan kedainya yang senang nak cari dekat level G tu dan suasana kedai yang luas dan cerah. Haaaa konfem selesa nak pilih-pilih cermin mata nanti. Makin Nisa datang dekat, makin bersinar-sinar mata Nisa tengok pilihan bingkai cermin mata yang bermacam.



Macam biasalah, orang yang rabun tinggi macam Nisa dan bekerja pulak depan skrin phone atau komputer.. setiap kali pergi kedai nak buat cermin mata mesti kena check dulu power mata semasa. Kot lah silau naik ke, power naik ke berbanding tahun lepas. Haa setelah check, ternyata silau Nisa meningkat berbanding tahun lepas. Jadi, penting untuk Nisa buat cermin mata dengan lens yang sesuai untuk silau.



Bila dah check power dan silau, maka tibalah masa untuk masuk ke bilik kelakar ni. Haha! Kenapa kelakar? Sebab macam biasalah kita kena pakai bingkai ni, dan staff akan bantu kita uji lens yang mana sesuai untuk our current sight condition. Dalam bilik nilah biasa kita akan check cerah ke tak, jelas ke tak kalau tengok tulisan kecil. 



Here comes the fun part of buying new spectacles - choosing frames!! Memang excited sangat sebab kedai EYE SMART VISION ni ada banyak sangat pilihan! Amboi memang pening nak pilih yang mana satu.. sebab banyak yang cantik, yang latest trend, yang Korean style.. eh semualah. Okay memandangkan cermin mata lama Nisa berbingkai tebal dan style cat-eye, jadi Nisa nak cari style yang berlawanan.



Semasa kunjungan Nisa ke EYE SMART VISION minggu lalu, Nisa diberitahu transparent frame ni adalah trend semasa yang menjadi kegilaan ramai. Nisa perasan juga tu, ramai dah kawan-kawan yang beli bingkai cermin mata macam ni. Nisa nak jugak beli bingkai begini, tapi target Nisa adalah bingkai halus atau yang lebih nipis. 



Haaa punyalah bermacam jenis bingkai yang ada dekat EYE SMART VISION ni, mudah je nak cari apa yang kita nak. Tapi jadi susah nak buat keputusan sebab banyak yang cantik-cantik!! Bingkai cermin mata Korean style pun masih menjadi tumpuan ramai. Ramai juga yang datang memilih-milih bingkai jenis ni.



LENSA KHAS SILAU

Di EYE SMART VISION, mereka menawarkan lensa yang khas untuk mereka yang mempunyai level silau yang tinggi. Lensa ini dipanggil Alpha 420 dan lensa ini akan membantu untuk menghalang cahaya tembus cermin mata anda. Ini sangat sangat membantu untuk mereka yang mempunyai silau yang tinggi dan sukar untuk memandu di waktu malam terutamanya. Berbaloi sangat tambah sedikit wang untuk tukar kepada lens Alpha 420 ini. 



Dan selepas pilih pemeriksaan mata serta pemilihan bingkai, anda hanya perlu tunggu 1 jam sahaja ! Sekejap jee tu! Dalam Sungei Wang Plaza tu ada macam-macam kedai, boleh window shopping dulu atau lepak minum dan makan. Takkan sedar punya 1 jam berlalu macam tu je, tahu-tahu je dah boleh datang ambil cermin mata. Mudah bukan?



Kenapa Nisa pilih EYE SMART VISION ??
  • Harga murah dan sangat berpatutan. 
  • Lensa khas Alpha 420 sangat berbaloi untuk mereka yang silau tinggi.
  • Kos tambahan untuk pilihan lens yang lebih nipis berpatutan!
  • Pilihan bingkai yang pelbagai dan trend terkini.
  • Cermin mata siap dalam masa 1 jam sahaja.
  • Staff yang sangat membantu dan informative.
  • Ruang kedai yang terang dan luas selesa untuk Nisa move around memilih bingkai.


Pendek kata memang best lah EYE SMART VISION ni! Di Sungei Wang Plaza sahaja dah ada 3 outlet di bawah syarikat yang sama. Tapi, yang Nisa pergi ni merupakan outlet mereka yang paling terkini dan baru bukak di G floor. Senang nampak dari escalator. Siapa yang nak buat cermin mata, boleh ramai-ramai ke EYE SMART VISION, kedai cermin mata murah dan viral di Sungei Wang Plaza.


INSTAGRAM : 

FACEBOOK PAGE : 

ALAMAT : 
Lot G114, G Floor, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur

WHATSAPP : 



Nisa Kay.


24 ulasan:

  1. wow terbaik anum pun pernah tempah

    BalasPadam
  2. Baru gi weekend ni..memang best sebab harga berbaloi dan layanan superb. Rugi buat spek mahal, yang murah lebih jimat dan terbaik !

    BalasPadam
  3. Dah lama tak buat cermin mata baru. nanti ke kuala lumpur boleh singgah kat sini tengok apa yang sesuai kan.

    BalasPadam
  4. Akak selalu pi Perfect Optical dekat Sungei Wang. Rasa macam kedai adik beradik je mereka ni kan. Satu floor dan lorong semua spek murah. Takda design berkenan pi kedai sebelah. Akak power dah makin bertambah. Bleh la pi Eye Smart Vision ni. Sekarang minat bingkai Korean look warna gold. Haha.

    BalasPadam
  5. Kalau dekat nak jugak buat kat sana. Berbaloi-baloi. Banyak jugak pilihan kat sana ye

    BalasPadam
  6. Oh niceeeeeeeeee. RM 65 in one hour siap!

    Jap tengah fikir bila nak pi situ. Hehe selalu tersinggah ke times square. Hahaha. La ni nak singgah situ sebab nak tukar spec pulak. Hopefully degree spec tinggi pun harga RM 65 sebab selalu kita tak pernah dapat yg murahhhh. Sedihhhh!

    BalasPadam
  7. Paling menarik lensa khas alpha 420 tu. Sbb nur walaupun silau tak tinggi, nur kalah betul dgn silau especially drive malam. Sampai boleh sakit kepala. Tapi tula jauh dari tmpt nur eye smart vision ni. Btw, tq ya nisa share..

    BalasPadam
  8. ade dengar tentang kedai ni. memang terlajak murah and servis tiptop. terbaik lah.

    BalasPadam
  9. Memang viral betul kedai cermin mata ni...dari tahun lepas lagi. teringin nak buat juga bila naik KL nanti

    BalasPadam
  10. Ramai jugak sis tgok dah kekedai ni kata bagus dn murah. Nanti bolehlah sis pergi..rasanya cermin mata sis ni pun dah kena tukar power dah ni..dh lain mcm dh kalau nk baca

    BalasPadam
  11. wah macam menarik. saya pun dah lama tak tukar cermin mata baru. rasanya power macam makin naik je. bolehlah buat kat sini nnti :)

    BalasPadam
  12. Rabia pernah check jugak mata ni . Sekarang pakai cermin mata baru. Rabia rabun jauh

    BalasPadam
  13. Ramainya review pasal kedai ni. Tapi jauh la kalau kita nak terjah ke sana.
    Macam nak check mata je. Rasa macam ada rabun rabun sikit. Boleh buat cermin mata skli kan.

    BalasPadam
  14. Best la ada kedai mata yang murah. Boleh la buat tempahan kat situ kan. Kita pun tercari cari kedai cermin mata yang murah. Tapi macam takde kat tmpt sendiri. Sini jauh pulak.

    BalasPadam
  15. wahh nisa dan Jimmy , kedai dia bagus ..baru2 ni dia ada buat sumbangan spek dan beri pada golongan susah kedai dia bagus ..layanan memang mesra habis...paling penting harga dia memang mampu milik...

    BalasPadam
  16. Dekat Sungei Wang memang banyak kedai spec murah murah. Mostly semua bawah RM100. Sejak tahu wujud kedai tu memang selalu buat dekat situ je.

    XO, Mija

    BalasPadam
  17. Sy buat Spek baru tadi..rasa 8 tahu x tak tukar...sbb besar x tukar ..pegi kedai Spek mata semua cakap power silau tinggi...diorg cakap mahal..ade yg cecah seribu ringgit...terkejut jgk pegi sg wang kedai ni...rm 125 je..tmbh UTK elak cahaya rm 75..total rm 200 je...siap cuma 1 jam

    BalasPadam
  18. Nk tanya...adakah sesiapa yg buat cermin dua version...rabun dekat n jauh. Kat kedai ni....ok ke ?

    BalasPadam
  19. Nk ke kedai ni..hrp2 puas hatila nnt. Hihi...review bgs2 smua ni

    BalasPadam
  20. Nk ke kedai ni..hrp2 puas hatila nnt. Hihi...review bgs2 smua ni

    BalasPadam
  21. saya suka pergi satu lagi kedai cermin mata dekat ampang ni....dia bukan just check mata je tapi kan, dia boleh tengok saya juling ke tak, mata penat ke tak sebab saya kerja selalu pakai komputer. Alhamdulillah best

    BalasPadam
  22. Teragedi spec aku patah time tdo.. Macamana aku nk bawak keta.. Mcmana nk bt keje.. Spec ni. Paling kurang 2,3 hari baru siap..al kisah try lar google. Tgok2.. Ada kedai cermin mata boleh siap dlam masa sejam or stengh jam gtu lar.. Tingg.. Trus start kete pakai jela patah pun.. Jnji nampak.. Smpai cri kedai eye smart version.. Ni. Pendapat aku..tentang kedai agak terbaik Sebab dia rekemen stu2 sesuain ke idok.. Harga murah.. Under bajet..sytle..macam2 ada.. Hang p sendri lar tengok..

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay