Wahhh meriah Twitter Nisa malam ni semua peminat menantikan dengan tidak sabar single terbaharu Dato' Siti Nurhaliza menampilkan dua rapper yang cukup-cukup berbakat iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta. Kedua-dua rapper ni Nisa dah minat sejak mendengarkan lagu Gong Nekara oleh mereka. Katanya dua rapper ni anak didik Malique? Wahh mesti hebat!
Lagu single terbaharu yang dinyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza ini diberi tajuk 7 Nasihat, membawakan irama Malaysia sebagai core utama lagu, disulami dengan elemen hip hop dengan barisan rap yang sarat dengan kata nasihat. Pendek kata lirik dia memang best sebab penuh dengan teguran. Jom kita baca lirik !
[DATO' SITI NURHALIZA]
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau
(Pre Chorus)
[DATO' SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]
Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)
(Verse 1)
[DATO' SITI NURHALIZA]
Nak dilenturnya buluh, biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka, kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh, bukan dari benkungnya
Susun atur mereka, sebelum kenal dunia
Habis main di tanah,
sebelum senja ke rumah,
Takut nanti tersalah,
bawa pulang masalah
Tak endah yang sekarang,
cakap jangan sebarang
Elok awal di larang,
untuk kau jadi orang
[DATO' SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]
Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)
[LUCA SICKTA]
Ya, satu
Hendak berjaya mendada jangan
Pastikan jika malu bertanya sesat jalan
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun
Biar berkerut dahi asahkan minda beralun
[KMY KMO]
Kedua
Semua nasihat cam petua
Ketua perlu jua
nak sihat sampai tua
Masuk semua benua,
pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua,
walau darjah sempoa
[LUCA SICKTA]
Tiga,
Lain liga lain cara
Elak geliga dalam rasa media massa
Dahulu kerna lidah badan kan binasa
Sekarang kerna mata jemari berbicara
[KMY KMO]
Cara bicara yang keempat
Semua telinga harus peka
Nenek moyang yang nasihat
Majoriti ramai leka, terlena
Dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka
[LUCA SICKTA]
Lima
Usah dikira kanan kiri
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri
Kerna hidup tiada sisi
Bila hati mula hitam
Lupakan kisah silam
Nilam usah disiram
[KMY KMO]
Kusiram yang keenam
Biar mekar dalam hati
Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang
Tak hilang dimakan hari
Bajakan jasa-jasa mereka dengan budi-budi
[DATO' SITI NURHALIZA]
Anak pipit jangan tak di hirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau
[DATO' SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]
Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)
Lagu ini sudah boleh didengari di pelbagai platform penstriman muzik digital. Enjoy ya semua! Loveee !
as peminat tegar siti, this is so awesome!
BalasPadamAll of them are my favourite!
BalasPadam