Memaparkan catatan dengan label Music / Muzik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Music / Muzik. Papar semua catatan

Khamis, 20 Februari 2020

[LIRIK LAGU] 7 Nasihat - Dato' Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta




Wahhh meriah Twitter Nisa malam ni semua peminat menantikan dengan tidak sabar single terbaharu Dato' Siti Nurhaliza menampilkan dua rapper yang cukup-cukup berbakat iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta. Kedua-dua rapper ni Nisa dah minat sejak mendengarkan lagu Gong Nekara oleh mereka. Katanya dua rapper ni anak didik Malique? Wahh mesti hebat!


Lagu single terbaharu yang dinyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza ini diberi tajuk 7 Nasihat, membawakan irama Malaysia sebagai core utama lagu, disulami dengan elemen hip hop dengan barisan rap yang sarat dengan kata nasihat. Pendek kata lirik dia memang best sebab penuh dengan teguran. Jom kita baca lirik !




[DATO' SITI NURHALIZA]
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

(Pre Chorus)
[DATO' SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]
Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

(Verse 1)
[DATO' SITI NURHALIZA]
Nak dilenturnya buluh, biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka, kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh, bukan dari benkungnya
Susun atur mereka, sebelum kenal dunia

Habis main di tanah,
sebelum senja ke rumah,
Takut nanti tersalah,
bawa pulang masalah
Tak endah yang sekarang,
cakap jangan sebarang
Elok awal di larang, 
untuk kau jadi orang

[DATO' SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]

Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

[LUCA SICKTA]
Ya, satu 
Hendak berjaya mendada jangan
Pastikan jika malu bertanya sesat jalan 
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun
Biar berkerut dahi asahkan minda beralun

[KMY KMO]
Kedua
Semua nasihat cam petua
Ketua perlu jua 
nak sihat sampai tua
Masuk semua benua, 
pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua, 
walau darjah sempoa

[LUCA SICKTA]
Tiga,
Lain liga lain cara
Elak geliga dalam rasa media massa
Dahulu kerna lidah badan kan binasa
Sekarang kerna mata jemari berbicara

[KMY KMO]
Cara bicara yang keempat
Semua telinga harus peka
Nenek moyang yang nasihat 
Majoriti ramai leka, terlena 
Dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka

[LUCA SICKTA]
Lima
Usah dikira kanan kiri
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri
Kerna hidup tiada sisi
Bila hati mula hitam 
Lupakan kisah silam
Nilam usah disiram

[KMY KMO]
Kusiram yang keenam
Biar mekar dalam hati
Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang
Tak hilang dimakan hari
Bajakan jasa-jasa mereka dengan budi-budi

[DATO' SITI NURHALIZA]
Anak pipit jangan tak di hirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

[DATO' SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]

Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)





Lagu ini sudah boleh didengari di pelbagai platform penstriman muzik digital. Enjoy ya semua! Loveee !


Read More»

Ahad, 22 Mac 2015

Bila lelaki kacak menyanyi dalam kereta – ENAMORATE by DVICIO



Assalamualaikum…




Sekarang dah merata-rata di laman fesbuk orang share video sekumpulan jejaka ni. Mulanya aku ternampak ada orang share, lepas aku tengok video tersebut, AKU PUN LAJU-LAJU TEKAN BUTANG SHARE !!! Maklumlah kita perempuan, memang tetibe celik bijik mata bila tengok manusia ciptaan Tuhan yang helok sikit kan. Baik mengaku !! Korang perempuan share video ni sebab jejaka-jejaka dalam kereta ni hensem kan ??!! HAHAH !!!



Bila aku klik butang PLAY, mata aku kekal menatap penyanyi utama kumpulan jejaka kacak ni, sambil telinga menangkap vokal serak-serak seksi basah sang pemandu kereta. Jujurnya, aku ni jenis layan semua jenis lagu.. apa bahasa sekalipun. Dan dengan bantuan wajah kacak penyanyi dan pemain gitar kumpulan ni, aku dengan rasmi telah memasukkan lagu ni dalam playlist aku ! HAHA !!






Haaaa kacak sungguh kan ? Baik korang mengaku, masa dengar lagu ni mesti mata korang dah target mana yang sedap di anak mata korang kan ? Ke korang yang gegerl ni tak bagi perhatian pun pada lagu dorang ?? HAHA !!! Video ni jadi viral kat FACEBOOK, lebih 100 ribu share dan berjuta-juta views ! Haa gituuu.. Femes dah band ni. Terus orang suka gila dengan lagu ni. Auwww... Kat bawah ni pulak video klip rasmi lagu ENAMORATE ni..









Haaa jujurnya aku memang suka suara dia masa dia nyanyi dalam kereta. Lagi best, sebab lagi serak-serak gituu. Perghhh. Tapi memang tak dinafikan memang best kan ? Haha ke memang hensem kan ? HAHA !! Mohon gambar lepas ni tak buat korang muntah atau menangis air mata darah.





Opssss !!!!! CIOM PIPI ! Okay meh la kita ber-husnuzon ye kawan-kawan. Mungkin budaya dorang ni biasa ciom pipi segala. Atau depa memang adik beradik. Atau depa best fren forevaaaa gitchuu. Dah, lap air mata tu. Jangan pikir bukan-bukan ehh. Sedapkan hati  Hahaaa....!!!!!!!!!!!











XOXO,
Putewi Hensem.

Read More»

Jumaat, 3 Mei 2013

Hidup anda diwarnai lagu? Install Deezer laahh !

 

Assalamualaikum..

 

Minggu lepas aku dijemput untuk majlis pelancaran aplikasi Deezer oleh Digi. Tak ada apa nak cakap sangat sebab last week sangat busy (ala this week pun berganda-ganda busy nye), so ada je jemputan aku terus confirm kan. So boleh release tension dari kerja kejap. Elehhh.

 

DSC00222

Sesampainya aku di DiGi HQ, Shah Alam, aku dibawa masuk ke tempat khas untuk para hadirin berkenal-kenalan dengan aplikasi Deezer, dan mencuba mendengar lagu dari aplikasi ni. Akak comel di atas dengan gigih dan telitinye menunjukkan aku aplikasi Deezer ni..

 

Lepas aku dengar penjelasan oleh akak comel tadi, aku terus install aplikasi Deezer.. Haaa mesti korang tertanya-tanya apa benda lah aplikasi Deezer ni kan kan kan? Haaaa sebelum aku share dengan korang apa aplikasi Deezer ni, meh aku nak tanya satu soalan..

  • ADAKAH KORANG PENGGEMAR LAGU?
  • Adakah hidup korang diwarnai lagu-lagu?
  • Adakah korang suka buat kerja atau online sambil dengar lagu?
  • Adakah banyak lagu dapat disamakan dengan perasaan atau hidup anda?

 

DSC00234

Kalau jawapan anda YA untuk semua soalan di atas, maka DEEZER adalah aplikasi yang tepat untuk korang! Errr aplikasi tepat untuk aku juga sebab jawapan aku untuk semua soalan di atas ialah YA. Muahahaha…

 

DEEZER adalah aplikasi music streaming yang boleh berfungsi kedua-dua semasa ONLINE dan OFFLINE ! Menjanjikan pemain muzik yang bebas iklan, kualiti bunyi yang tinggi dan bermacam lagi !

 

Screenshot_2013-04-24-23-12-14

So para pengguna iOS, Windows Phone 8, Blackberry dan Android.. apabila anda install aplikasi Deezer ni, anda akan diberi langganan percuma selama 15 hari ya ! Dan bagi pengguna Android (aku guna Galaxy Note 2), macam ni lah rupa home page aplikasi Deezer di telefon anda.

 

 

Apps 2

Di bahagian Search tu korang boleh cari lagu yang korang nak dengan masukkan kata kunci yang korang cari lah kan. Lepas tu carian ni boleh korang narrow kan kepada carian track, artist atau album. See.. mudah je kan?

 

 

Apps 3

So bila dah jumpa lagu yang korang berkenan tu, korang boleh klik dan lagu akan mula dimainkan.. Tekan butang menu dan satu option bar (seperti gambar kiri) akan keluar. So just klik Add to playlist…

 

 

Apps 4

Kalau korang tak ada playlist lagi, just create satu Playlist baru. Mudah je.. Masukkan nama playlist korang dan wallah dah siap.. So lepas ni kalau korang search lagu lain, korang boleh masukkan lagu tu ke dalam mana-mana playlist yang dah sedia ada.

 

 

Apps 5

So dekat homepage tu, bila korang klik Playlist, korang akan boleh lihat senarai playlist yang korang dah save. Lagu-lagu yang korang save dalam playlist tu turut boleh didengar semasa offline ! Maknanya kalau korang takde data atau internet connection pun boleh dengar woot woot ! Ohhh ye, gambar belah kanan tu menunjukkan senarai lagu artis tempatan, iaitu AIZAT AMDAN !

 

 

Jom tengok apa lagi ciri best yang ditawarkan oleh Deezer !

  • Melalui Deezer, korang boleh mengakses katalog lagu mereka yang terkandung 20 juta lagu untuk dimuat turun dan save dalam playlist !
  • Membina playlist sendiri dan berkongsi dengan kawan-kawan di Facebook atau Twitter.
  • Kawan-kawan korang di Twitter dan Facebook boleh  follow playlist anda !
  • Langganan hanya RM8 sebulan untuk pengguna DiGi ! (Manakala bagi pengguna khidmat telco lain langganan berharga RM18)

 

 

DSC00312

Bercakap mengenai Aizat Amdan, Aizat turut muncul di majlis DiGi Deezer Media Launch dan menghiburkan hadirin dengan dua tiga buah lagu. Yang best nye, single terbaru Aizat boleh didapati dalam katalog Deezer ni sebelum pelancaran album beliau Mei ini ! Jom ramai-ramai install Deezer dan dengar lagu baru Aizat !

 

 

DSC00226

Ohh yee.. Aku ada main game teka lagu masa event ni, dapat pulak hadiah langganan percuma Deezer selama sebulan. Yahuuuu!!!!!!!!!!!! Tenkiu DiGi !

 

 

DSC00236

Ohhh yaa.. ingat lagi tak playlist Kpop yang aku tunjukkan dalam Deezer aku tadi? Aku dapat playlist ni masa scan QR Code kat wall ni. Muehehehe…

 

 

cats

Dua rakan blogger yang ku temui semasa event DiGi Deezer ni.. Mohd Zaid (kanan) dan Uzair Othman (kiri).

 

 

Well.. apa-apa pun aku rasa aplikasi Deezer ni best lah. Sebab aku tak payah susah-susah nak mintak copy lagu kat kawan, or pergi download kat mana-mana website. Nak free download punye pasal, sekali pernah jugaklah aku ter-download virus ! Argghhhh!!! Bila dah banyak lagu, makan ruang kat memory card pulakkk.

 

So? Solusi untuk masalah seumpama ini adalah install aplikasi Deezer ! Tak makan banyak ruang sebab lagu korang browse and save playlist haaa gituuu… Senang sangat aplikasi ni untuk korang yang penggemar lagu. Bagi aku tak rugi pun langgan sebab kita sokong karya seni dan artis-artis !

 

And last but not least, dapatkan pakej DEEZER PREMIUM secara percuma dengan melanggan pelan-pelan tertentu dengan DiGi! Untuk maklumat lanjut korang usha habis-habis kat sini oke > KLIK DI SINI

 

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay