- sekarang susah betul nak senyum
- semua kata aku sombong
- dalam kepala aku ni dah sarat dengan pelbagai perkara
- aku kena fikir assignment yang menimbun.. semua makan duit tahu, nak mintak duit kat abah pun serba salah sangat dah
- aku sekarang semakin kerap makan nasi, walaupun bukan hari hari… tapi kalau nak dibandingkan siapa NISA pada semester satu dulu, yang tak pernah makan nasi di shah alam…!!
- aku sedaya upaya untuk senyum kepada semua orang yang senyum pada aku
- juga senyum kepada orang yang tak ingin senyum pun pada aku, aku dah tak peduli semua tu
- aku cuba berbuat baik, walau di balas macam mana pun
- bagi aku semua balasan biar dari Tuhan kerana di dunia ni semua sementara
- menaip entry dengan rasa macam nak menangis sebab tiba tiba aku dilanda satu keadaan yang aku benci
- aku tidak suka tanda soal, tapi tanda soal pasti akan kita jumpa di mana mana
- dan aku tidak suka kena tipu. terima kasih.
currently listening to : Noktah Cinta by Hafiz
perasaan : eh eh annoying lak kau?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!