Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, walaupun badan aku oenat giler sampai sakit-sakit belakang, tapi jari masih mampu menaip dengan baik. Kahkahkah. Legasi menaip harus diteruskan! Ohh ye, aku baru aje berbual dengan adik aku dan ada sesuatu yang melintas di kepala hotak kudus ku ini.
NOBODY’S PERFECT
Tiada manusia yang sempurna, dan tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Each of us pasti ada buat silap, jangan tipulah kan kan kan??? Sebagai manusia yang turut buat silap, kita kenalah belajar menerima jika ada yang buat silap pada kita.
TAPI……
Macam mana kita nak terima kesilapan orang tu kalau dia taknak mengaku atau minta maaf langsung? Aku dah jumpa ramai orang macam ni. Depan kita bukan main suci umpama anak kecil yang tak pandai menipu. Tapi belakang kita? Biar Tuhan sahajalah yang tahu.
SO…. NAK TAHU JUGA, KENAPA ADA DI ANTARA MANUSIA YANG TAKNAK MENGAKU SILAP? MUNGKINKAH FAKTOR-FAKTOR DI BAWAH BOLEH DIAMBIL KIRA?
1. Tak sedar diri
Manusia memang buat silap. Tapi kalau diri tu tak sedar-sedar yang dia tengah buat silap dan asyik mengulanginya, macam mana dia nak perasan yang dia sedang menyakiti hati semua orang?
2. Ego tinggi melangit
Ego yang tinggi betul-betul buat orang bersalah boleh hidup tanpa rasa bersalah. Haaaa macam mana tu? Kadang-kadang ada manusia yang sedar bahawa dia dah buat salah, tapi egonya yang tinggi ya rabbi tu, dia boleh buat muka tak malu dan teruskan hidup macam takde apa-apa berlaku. Sedih kan orang camni?
3. Bila fikir dirinya je yang betul
Yang ni ego jugak. Orang-orang macam ni asyik fikir dirinya je yang betul. Bila ada orang dedahkan kesalahan dia, dia boleh manipulate cerita. Hebat kan? Eh bukan hebat, tapi sangat kesian. Bertambah kesian bila kesalahan yang dilakukan sudah terang lagi bersuluh. Sebab, bila semua orang dah tahu perkara sebenar, dan orang ni terus putar belit cerita, dia tak sedar yang dia boleh kelihatan sangat bodoh untuk menegakkan benang yang basah.
4. Malu
MALU???? Boleh terima ke ni? Boleh kot… Ye lah, masa buat salah tak malu pulak kan? Bila dah terbukti, malu pula nak minta maaf. Entah lah.. susah nak define orang-orang macam ni.
Oppss.. cukup empat faktor. Banyak-banyak sangat kang, aku sentap sendiri pulak. Sebab apa? Sebab aku pun manusia juga, aku buat silap. Tapi bila kita ditegur tentang silap kita, apa lah salahnya kita mengaku dan minta maaf kan? Yang penting semua perkara boleh diselesaikan dengan cara baik.
Aku pun pernah buat silap, dan alhamdulillah ada kawan-kawan, kakak dan si dia untuk sedarkan aku tentang kesalahan aku. Dan aku tersentuh dengan entry kawan aku mengenai mengaku khilaf amatlah suci. CLICK HERE
P/S : Entry ini sama sekali tidak ditujukan kepada sesiapa, tetapi semua ni adalah pendapat semata-mata.
Terima kasih kerana membaca.
woaa
BalasPadamnampak perkataan nobody's perfect tu terus teringat lagu Jessie J.Btw,kalau org tu x sedar diri,kita kenalah bgtau kan? :) saya dulu pernh ada kawan,dia x brp suka sy bising,tp dia x pernah bgatu saya. cuma bersikap dingin. T.T bersikap dingin tu lbh menyakitkan hati.sy lebih suka dia bgtau drp memendam.tp nak buat mcm mana lah kan,dia mmg suka memendam.bila sy tnya kenapa DINGIN JE,x nak ckp pulak..lps bbrp bulan br sy tahu.itupun dr mulut org lain.so conclusion kenalah bgtau kalau org tu x sedar :)
BalasPadamMemang susah kan nak deal dengan orang yang tak nak mengaku silap ni Nisa. Kadang-kadang tu mati akal juga. Hmmm~
BalasPadamego. :)
BalasPadamego tu kdg2 ade jugak.
BalasPadamtp kdg2 malu jgk nk ngku silap sndri. =P
hmm mmg kdg2 org yg ego mmg sush nak mngaku slh
BalasPadamdamn right girl! memang tgh mengalami hal yang sama dgn org macam ni. -.-
BalasPadamNisa, mengaku salah itu satu kekuatan sebetulnya.
BalasPadamTapi bagi yang merasakan mengaku salah itu adalah mendedahkan kelemahan diri, itu juga bukan aneh.
Sebab jelas kat situ, orang ni ada masalah inferiority .. kompleks atau tak, tak tahu lah =)
macam cinta, respect juga tak berkurang dengan pengakuan salah, dan tak bertambah dengan menyalahkan orang lain.Agree?
=)
klu dah bawak moto EGO tuh...tinggi2...susah la...nak mnegaku kesalahan..:P
BalasPadamJOM singgah blog saya nak... aduhai...BORING nye...eh ape maksud BORING?
better ngaku je dr rasa serba salah yg tak sudah.. tu lg saket kotttt..
BalasPadamStuju sgt susah nak ngaku kesalahan sebab ego.. Pekk,kena batang hidung sendiri
BalasPadamnice onee.. :)
BalasPadamEntri menarik...
BalasPadamsetiap manusia nie... smuanya berlainan.dan x sempurna.. ada yang jujur dan ada yng suka menunding jari... atas kesilapan mereka...
Bagi aku.. Kalo lelaki... dah semestinya ego... dan x leh mngalah...
dan bagi girl.. mereka nie malu nak berterus terang... sebaliknya menyalahkan org lain....
kenapa orang tak mahu mengaku kesilapan sendiri? sebab mereka ni tidak fikir untuk maju kehadapan/memajukan diri sendiri..
BalasPadamyes nobody perfect!
BalasPadam