Assalamualaikum semua…
Semalam aku dah update pasal review filem Karipap-karipap Cinta. So, memandangkan gambor dah terlalu banyak kat dalam SD Card nih, jom la kita cuci mata kejap.
Hohooo sekali lagi nak ucapkan jutaan terima kasih kat Cik Epal yang sudi invite aku join beliau untuk tayangan eksklusif dan sidang media filem ni. Akak Pen Merah pon join. Seronok weyh! Berbuka puasa free pulak! Kahkahkah!!
Hohooo mulanya kitorang takut jugak kalau-kalau kitorang lambat. Ye lah, mulanya akak Pen Merah nak ambil aku kat Shah Alam ke Damansara, kena redah pulak jammed. Lepas tu ambil pula Cik Epal dan Shaheizy Sam beliau di UIA PJ.
Masa kitorang sampai tu, emcee baru nak berceloteh.. Lepas dia pung pang pung pang kejap, then dia invite pengarah filem Karipap-karipap Cinta (KKC), Hafsham, untuk bagi ucapan.
Kemudian, masa pertengahan pengenalan pelakon, audience dihiburkan dengan persembahan Sani dari kumpulan Kopratasa. Ouhh ye, Sani ni turut buat penampilan khas dalam filem KKC ni.
Yeahhh dapat jumpa Ana Raffali akhirnya! Sebenarnya tak sangka yang Ana ada di majlis ni. Rupanya beliau merupakan penyanyi untuk soundtrack filem KKC.
Retis, pelakon dan penerbit bergambor sebelum sidang media dimulakan. Disebabkan sejuk sangat kat dalam hall tuh, aku awal-awal dah angkat kaki. Tunggu kat luar aje laaa…
Sampai di luar, Akak Pen Merah awal-awal dah ambil seat. Kitorang duduk satu meja dengan wartawan. Kalau tak silap aku, wartawan tu dari Karangkraf. Haaa yang dok berebut karipap dengan aku tu ialah akak RedLinda.
Ini betol-betol karipap cinta. Wahahaa…!! Karipap bentuk love weyh! Gigih betul laa siapa yang buat karipap ni!!
Ape ni Cik Epal, kata nak kurus? Hekhekhekk… Tapi takpa, kalau tak habis, suruh Shaheizy Sam habiskan ek ek :P
Aku makan sikit aje… Nasi, kari ayam, sayur, bihun. Pencuci mulut kena ada okayh! Aku tibai sepiring tembikai dan kuih bakar. Hohohoo sangat kenyang!!
Bila masuk waktu berbuka aku terus ngap karipap cinta tadi. Hahaha nasib laa sedap! Tapi aku terbayang karipap panas yang rangup. Pergghh!!
Skodeng Cik Epal kejap. Muahaha!! Serius aku cakap dorang ni sweet sangat okayh! (Tetiba terbayang abang kecintaan kahkahkah!!) Kalau lepak dengan dorang memang gila. Si Shaheizy Sam ni pulak memang sporting & selamber gila.
Sweety Ana Raffali. Sangat manis, dan putih bebenor orang nye. Segan aku nak bergambar dengan dia, nanti nampak benor aku yang hitam legam. Ahaks..
Hafsham, pengarah filem KKC. Beliau sangat sporting dan sempoi okayh! Siap datang duduk dan minum kat meja kitorang tuh! Lepas tu Shaheizy Sam pulak rajin melayan beliau borak-borak.
Ni lagi sorang pelakon yang cool abes! Memang sporting melayan peminat la katakan. Hehehe…
Turut hadir ke tayangan eksklusif ialah Yana Nanako (tudung pink) yang datang dengan Amirul Amin (tiada dalam gambar). Aku ingatkan kapel mana laa tadi. Hahaha…
Haaa ini aku yang suruh Cik Epal dengan Shaheizy Sam posing. Ehh ye lah kot? Kahkahkah! Aku dah tak ingat lah sebab banyak sangat gambor dalam SD Card!
Aku dengan Akak Pen Merah pon khusyuk dengan kamera masing-masing. Hoo dah namanya datang ke majlis kan, kena lah snap gambar tu, snap gambar ni. Kehkehkeh!!
Dah habis iftar, kitorang boleh pulak bergambar kat luar Cineleisure tuh! Wahahaa…
WUARGGHHH!! Panjang pulak entry ni dengan gambor-gambor tak hengat! Hohohooo jarang tau aku merajinkan diri untuk buat entry sepanjang nih!
Tapi thanks kepada Cik Epal yang dapatkan pas masuk untuk aku dan akak Pen Merah. Hoho dapat tengok wayang free, iftar pon free. ALHAMDULILLAH… Rezeki kan… Kalau nak tahu tiket ni dapat dari Cik Helena. Thanks! Muah muah!!
Hooo harap lepas ni ada lagi aktiviti camni. Dapat keluar lepak-lepak dengan rakan-rakan blogger. Sesiapa ada invitation untuk premiere screening ke apa jangan lupa invite aku! Kahkahkah!!
Thanks for reading.
wahhh.. dapat jumpe Ana Rafalli. nak jugakkkkk !!! hee
BalasPadamhttp://hafizilmi.blogspot.com/2011/08/isu-cik-anon-lagi.html
hehe
BalasPadamsweetnye akq yg ngn ana rafali tu
hehe
haha!! thumbs up untuk karipap bentuk love!! :D
BalasPadamwah!!!! best giler.. sume snap eh.. retis blogger bertemu retis filem. orait le tuh.. hihi..
BalasPadambeshnyerr.. :)
BalasPadamnak sign eman manan..hahahahaha
BalasPadamKaripap cinta tu macam sedap je.
BalasPadamperghh karipap bentuk LOVE tu
BalasPadamEntry Terkini: Pelajar UTP Dalam 'Salam Perantauan UNDERSEA Blog Serius'
nisa: muka kamu dengan redlinda tu macam seiras laa.. hekhek..
BalasPadamnisa: muka kamu dengan redlinda tu macam seiras laa.. hekhek..
BalasPadamwahhhhhh.. bestnya jumpa artisss.. sukaaaa
BalasPadamJgn nak comel sgt boleh tak nisa? Eeee, geram pulak nengoknyee.
BalasPadamgambar aku mana
BalasPadambesnya bila diri berada kat dunia luar :)
BalasPadamboring kusus lama2...huhu
muka redlinda tu ade iras2 nisa la..mcm kembar.. comel..:)
BalasPadamperghh dpt bergambar dgn ana raffali
BalasPadambestnya
Nisa dgn redlinda mcm adik beradik la! Mcm twin pon ada...angle gambar tu je kot! haha.
BalasPadamalolo sweetnya Cik Epal & SS!
haipp.. bila pulak couple.. huhu... nisa posing tak hingattt.. hehe.. adorable okay :D
BalasPadambyk nye dslr :O hahahaha..
BalasPadamkaripap2 lapar dah ni..
bestt nyaaa ! hampir ke sana gak aritu. tapi keje la plak an.. ingat dorang buat malam T____T
BalasPadameh? redlinda pun adaa? huhu
KAK NISAAA ! :D
BalasPadamcool lahh baju colour kuning tuuu <3
wah...lawala bju kuning 2..kt mane nk cri eh?
BalasPadam