Memaparkan catatan dengan label Cik Epal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cik Epal. Papar semua catatan

Ahad, 7 Oktober 2012

Jom ramai-ramai ke event MOSLEMA IN STYLE !!

 

Assalamualaikum..

 

Yeahhh dalam pada assignment yang kian menggunung, tak lupa juga aku nak kongsi dengan para pembaca blog, terutamanya kepada hijabi-star di luar sana! Ada event best untuk kita semua hadiri tau! Aku tengok tentative pun macam wow best ni best niii!! Korang korang meh tengok sini !

 

http://www.moslemainstyle.com

mis1

Event khas untuk WANITA SAHAJA ini akan berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2012. Acara berlangsung dari jam 2 hingga 6 petang ya! Satu acara peragaan busana muslimah akan diadakan. Peragaan akan melibatkan beberapa online shop yang menjual busana muslimah yang cun cun !! Girlssss you don’t wanna miss it, like seriously !!!

 

Penampilan khas oleh selebriti muslimah seperti – Natasha Hudson, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Noryn Aziz, Diana Aziz dan Farah Asyikin.. Nak jumpa blogger femes ames? Jom jom maybe korang boleh jumpa jugak dengan Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha, Maria Elena, Cik Epal, Ida & Ina Mansor serta Ami Schaheera. Harga tiket termasuk dengan goodie bag dan hi-tea tau! Best best!!

 

 

mis3

Selain daripada fashion show tadi, satu bengkel hijab juga akan diadakan. Haaa korang boleh lah belajar dan tengok live tutorial cara-cara menggayakan hijab dengan stailo sekali. Dalam pada nak stailo tu tak lupa juga menutup aurat ye dak??

 

 

mis2

Acara tak berhenti di situ sahaja. Pada 14 Oktober, korang masih boleh datang untuk Grooming Class dengan image consultant yang diiktiraf iaitu Sara Hata. Wahh jadilah muslimah yang berketrampilan okay!!

 

mis4

Anda nak keluar tapi takut tak sempat nak berias? Jom jom datang make over workshop! Anda akan belajar cara-cara nak make over wajah dalam masa 15 minit sahaja! Make over mudah untuk membuat wajah kelihatan segar berseri untuk keluar. Bukan nye nak suruh mekap tebal-tebal macam anak patung okay!

 

Haa apa lagi? Jangan lupa ajak ramai-ramai kawan-kawan pergi event ni! Tiket untuk seorang bagi event fashion show berharga RM100. Kalau beli 5 tiket akan dapat harga RM450, manakala kalau beli 10 tiket akan dapat harga istimewa RM750 ajeee !! Jom jom beli tiket sekali dengan kawan-kawan !

 

Untuk slot Bengkel Hijab bersama Anizon, Grooming Class with Sara Hata, dan Make Over by Mea Sukri, harga tiket masing-masing adalah RM60. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, boleh ke link di bawah :

http://www.moslemainstyle.com

 

 

 

 

XOXO

Psstttt Nisa mungkin akan pergi event ni jugak ;)


Read More»

Isnin, 5 Mac 2012

Meeting bloggers at Celcom LG Prada’s launch

 

Assalamualaikum…

 

Baru-baru ni aku berpeluang meng-join-kan diri untuk majlis pelancaran telefon bimbit pintar terbaru dari jenama LG yang menggunakan jenama Prada sebagai perantara dan imej telefon bimbit it, sekali gus memepamerkan imej telefon yang mewah, elegan dan bergaya.

 

P3021322

Inilah rupa telefon bimbit LG Prada yang hanya boleh didapati daripada Celcom tau! Haaa siapa yang meminati jenama LG dan Prada bolehlah rembat handphone ini secepat mungkin ye. Nipis, ringan dan imej yang mewah bergaya!

 

 

P3021330

Tu dia… aku dan abang Eyriqazz menjadi model Celcom LG Prada yang tak bertauliah. Herherher.. Mentang-mentanglah aku berpakaian serba biru yek! Abam Eyriqazz pulak hensem memakai kot dengan tie biru, aku ingat staff Celcom dah! Hikhik…

 

 

P3021342

Yaaa.. tu dia blogger dan model yang gojes lagi penuh kontrolbesi iaitu Jejari Runcing uolllss!! Haaa aku yang bergambor dengan beliau kontrolbesi tak?? Oke tak, aku ni kontrolBASI ade lahh… Harharharr…

 

 

P3021403

Tu diaaaa aku Nisa Kay yang suam-suam kuku kaki bergambor bersama blogger + model + pelakon hangat panas lagi jelitawansss uolls, tak lain tak bukan Hanis Zalikha!!! Turut bergambar sama ialah ibu Hanis iaitu akak Nani Rostam. Aku nak panggil aunty segan sebab aku tengok Kak Nani kita ni muda lagi uolls. Cantik vouge de vass lagi okay. Tengok lah muka jelita Hanis menurun dari maknye yang cantik uolls.

 

 

P3021422

Yaaa… lagi bersama blogger panas dan fofuler uolls… Si kecik bertudung hijau ialah Yuyu Zulaikha dan diva berwarna merah Red Mummy de vass all the time. Semua yang datang blogger femes ames uolls, malu pulak aku nak mingle around dengan dorang.. Hikhikk..

 

 

P3021392

See?? Aku dah cakap kan semua blogger fofuler uolls.. malu pulak aku… In picture : Red Mummy , adik beradik Jejari Runcing & Aimie Hazerin , Yuyu Zulaikha , Cik Epal dan Wawa Tasliman. Turut bergambar sama ialah Farah, one of the Nuffies.

 

 

P3021381

Yang best nye semestinya makanan!!! Hahahaa yeahhh ada angel’s hair pasta. Kuahnya sangat sedap okayhhh!!!

 

 

P3021383

And makan pulak dengan meatball memang meraung anak tekak sebab sedap sangat uolls. Speechlees kejap. Aku dengan budak tecik tomey Yuyu Zulaikha siap makan dua kali. Hakhakhak…

 

 

P3021339

And nasib baik sangat sebab ada pistachio macarons yang sedap sangat wehhh!! Hahahaa…

 

 

P3021414

Malam tu ada contest best posing. Semua hadirin yang datang boleh bergambar dengan Model-model Celcom LG Prada dan dua tetamu yang bergambar dengan pose terbaik akan bawa pulang sebuah telefon LG Prada setiap seorang!!! Dalam gambar di atas tu salah seorang blogger yang menang telefon bimbit LG Prada. Wahhh bertuah badan!!

 

 

P3021373

Okay sekian kisah aku bermingle-around dengan blogger letop pom pom di Celcom LG Prada launch ceremony. Jangan lupa usha website Celcom untung mengetahui lebih lanjut mengenai LG Prada phone hanya dari Celcom!

 

 

 

Like Saya Suka Menaip’s facebook page for more picture!

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 13 November 2011

Mungkinkah aku bakal Maybelline’s Favourite Blogger???

 

Assalamualaikum…

 

317024_260393220672301_138747446170213_826842_987511741_n

Masih ingatkah korang dengan entry aku mengenai Maybelline's Workshop for Bloggers di Bangsar tak lama dulu? Kemain eksited nye aku bila dapat call dari Nuffnang dan dijemput untuk join event ni.

 

 

320148_260393077338982_138747446170213_826840_1981610540_n

Masih ingatkah korang dengan barang-barang mekap dari Maybelline sebanyak ini yang aku kongsi dengan Maria Elena dan juga Cik Epal?? Bila share bertiga, masing-masing bawak balik jumlah alat mekap yang boleh tahan banyaknya.

 

 

Capture

Dan… masihkah korang semua ingat video CARA SAYA - mekap dengan Maybelline ini?? Dengan menggunakan barang mekap free dari Maybelline, aku come out dengan video mekap yang tak seberapa ni…

 

Tapi… sudah rezeki ditentukan oleh ALLAH, tak sangka video comot yang aku submit kepada pihak Maybelline terpilih sebagai top 4 finalis untuk contest MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER!!! Selepas aku terima email dari pihak Nuffnang mengenai senarai finalis tu, ada lah dalan lima enam kali aku ulang baca email tuh! Macam tak percaya wehhh :D

 

Selepas dapat email tuh, aku dan tiga lagi finalis lain kena hadiri sesi taklimat bersama pihak Maybelline. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat aku elakkan, aku tak dapat datang taklimat tuh. Sedih tau! Maka, aku hanya jalani taklimat di office Nuffnang.

 

 

DSC_1251

Picture credit to : MadamMondoq

Keesokannya, aku dan MadamMondoq, seorang lagi finalis gerak sama-sama ke Blink Studio di KL untuk shoot video mekap Maybelline. Wahhh neves habes dah nih, sebab shoot dengan professional videographer okayh! Setiap finalis diberi satu gaya untuk mekap, dan aku terpilih untuk menggayakanm mekap MYSTERY MAVEN.

 

 

Haa… video kat atas ni video yang aku rakam dengan pihak Blink Studio. Sunggoh retis ku rasakan okayh! Ohhh ye.. aku nak mintak tolong korang vote video aku ehh… korang jangan lupa vote tau! Hari-hari mesti vote sebab korang boleh vote sekali sehari :D

 

 

HOW TO VOTE? CLICK THIS LINK :

https://apps.facebook.com/promotionshq/contests/169815/voteable_entries/35967094

AFTER CLICK THIS LINK, YOU’LL BE REDIRECTED TO MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER CONTEST PAGE.

THEN, CLICK VOTE. YOU CAN PLACE ONE VOTE PER DAY.

 

 

 

Jangan lupa undi tau! Ajak kawan-kawan, sedara mara semua undi.

sign NISA


Read More»

Khamis, 6 Oktober 2011

(GAMBAR) Karnival & Konsert SUARA KAMI 2011

 

Assalamualaikum…

 

Whoaaa kemain lamanye aku dok peram gambar-gambar semasa Karnival & Konsert SUARA KAMI 2011 yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 17 September yang lepas. Mak aihhh nak sebulan dah pun! Hampeh benor diriku ini! Lambat update  nye!

 

Bukan apa, bila aku nak update aje mesti ade benda lain yang aku nak update dulu. Hikhik… Alamak tergedik lak. Okay okay jom lah cuci mata dengan gambar-gambar yang ada ye… Sorry tak banyak idea nak letak caption, sebab gambar pun dah lama kan..

 

IMG_6776

Gambor camwhore ada lah gambor wajib untuk entry kali ini ye. Sekarang ni aku suke sangat sangat camwhore, ni sume gara-gara terpengaruh dengan Uncle Gedek. Herherherr uncle jangan marah yee…

 

 

IMG_6768

Sebenarnya aku ni buttons collector tau! So bila aku nampak button yang pelbagai design dan bentuk ni aku jadi berpinar kejap mata aku! So aku rembat lerr.. banyak lak tuh! Hekhekhek…

 

 

IMG_6772

Simple me. Kata nak pergi karnival dengan konsert kan, baju takleh beria sangat, nanti nak berasak tengah orang ramai acane???

 

 

IMG_6820

Blogger Eazy Izzuddin dan Nur Aizuddin.

 

 

IMG_6855

IMG_6883

Bersama Cik Epal, dan pemilik online shop CALAQISYA : Farah Mislina, Farah Ilyana & Farah Azrina.

 

 

IMG_6892

IMG_6895

Blogger lelaki : Nur Aizuddin, Eazy Izzuddin, Mejah, Koqin Karemo, Akmal Hilmi & errr sorang lagi aku tak ingat siapa…

 

 

 

IMG_6899

Pentas Konsert SUARA KAMI 2011.

 

 

IMG_6928

Pengacara : AZNIL HJ NAWAWI.

 

 

IMG_6970

IMG_7012

Kpop star : RANIA.

 

 

IMG_7049

 

 

Okayyy itu ajelah yang aku nak share kat sini dengan korang. Sorry sangat sangat sebab jamu korang dengan entry cukup-cukup makan ni. Huuuu sumpah takde idea + aku rushing nak bersiap pergi kelas, dan lepas kelas I need to go to KL untuk pick up some stuffs. Haihhh busy meyh!

 

Okaylah, sekarang laptop aku pun dan siap service, so aku boleh resume kerja-dan assignment aku yang terbengkalai. So uodate blog pun akan kembali menjadi konsisten insyaAllah… Bye semua, take care muah!!

 

 

P/S : For more pictures, you guys can go to SAYA SUKA MENAIP's fan page.

 

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 26 Ogos 2011

Shopping tak hengat dan berbuka puasa di Times Square bersama Cik Epal

 

Assalamualaikum…

 

Whoaaa ini betul-betul kisah entah zaman bila wohhh. Tapi lantak lah kan, asalkan ber-update belog aku ye tak? Kohkohkohh.. Kisah bermula apabila kami takde tempat nak dituju. Chewahhh suka suki jek aku bagi sebab kan???

 

IMG_5387

Camwhore kejap sebelum bertolak. Spec mata memang nak yang gabak aje kan???

 

Hari Sabtu (entah Sabtu yang bila), aku dengan Cik Epal plan lah nak ke Times Square. Memang hari tu kitorang takde plan sangat, so hang out je lah kan. Hohoo… Sampai kat KL Sentral mak aihh ramai nye umat manusia!

 

Kitorang keluar memang nak berbuka puasa sekali kat TS, so kitorang gerak dari KTM Sungai Buloh dalam kul 3 camtulah. Then, dalam kul 4 tu dah sampai kat Times Square. Sebab takut takde tempat kosong untuk berbuka, Cik Epal ajak booking meja dulu kat Vivo.

 

IMG_5396

So, dah siap reserve dan order makanan kat Vivo, kitorang pun mulakan misi shopping!! Aku tak shopping banyak, Cik Epal lah yang shopping tak hengat. Kalau aku turut shopping gak, kang kering lak aku! Maklumlah, aku dah beli baju kat online shop, so kat TS aku takde benda nak beli sangat. Cuci mata aje lah. Kohkohkohhh….

 

 

IMG_5390

Tengah jalan-jalan. aku dan Cik Epal ditegur oleh seorang awek cun. Perghhh nak ngorat ke? Kohkohkoh!!! Awek cun tu sebenarnya blogger jugak. Terkejut makkk bila dia tegur. Kohkohkoh!!! Cik adik manis tinggi lampai ni namanya Yaya.

 

IMG_5392

Yaya dan Cik Epal.  Comel ouhh beliau! Moh ler ramai-ramai terjah blog Yaya  ni ehh…

 

Ouhhhh dah nak masuk waktu berbuka ouhh!! Perut dah lapar. Longgar lutut jalan-jalan dalam TS! Kohkohkoh! Kalau tak tawaf segenap pelusuk kat TS ni memang tak sah!! So, Restoran Vivo kami terjahhhh!!!

 

IMG_5410

Aummmm aku order air yang nampak macam jus tembikai ni. Tapi sebenarnya nama dia citrus heaven. Dalam air ni dia campuran buat-buah dan juga carrot. Tapi sedap wohh!! Yang warna hijau tu apple twist yang Cik Epal order.

 

 

IMG_5402

Aku dah lama nak makan cheese-baked meatball. Dapat pulak kat vivo, tapi yang ni lain sikit. Namanya baked meatball spaghetti. Kat bawah nye ade spaghetti. Bagi peminat pasta macam aku memang sedap ahh makanan ni! Tapi banyak kot! Kenyang betul aku.

 

DSC_1266

Muka riang. Yelah, nak berbuka puasa kan. Nak-nak lagi kat depan mata ada makanan yang bau nye fuhhh menggugat iman!

 

IMG_5408

Mashed potato, side order aku. Kuah nya kurang pekat, but still sedap!!

 

 

IMG_5413

Hooo Cik Epal kalau bab makan memang dia terer! Nasib dia bawak aku pergi Vivo. Yelah, aku pun tak pernah rasa lagi makan kat sini. Tak sangka dia pun minat makanan western!!

 

IMG_5405

Berbuka ala-ala orang putih sikit kami hari tu. Kohkohkoh.. ini pulak hidangan yang Cik Epal order, new york fish n chip. Nampak sedap! Aku suka coleslaw dia..

 

 

IMG_5403

Ini side order Cik Epal. Breaded scallop. Rasa macam isi ketam. Sedap wohh!! Tapi tak habis, Cik Epal bungkus bawak balik. Kat rumah dia makan dengan sos cili dan mayonis. Sedap weyy.

 

 

IMG_5420

Dah makan-makan sampai perut kenyang tuh, boleh lak buat vlog. Video nye nanti-nanti lah aku edit dan upload ye. Kohkohkoh..

 

 

Thanks a lot kat Cik Epal sebab kenalkan aku dengan restoran western ni. Aku suka!! Aku suka!! Lepas ni kalau berjalan ke TS dengan adik or kawan-kawan, boleh lah aku ajak dorang pulak rasa kat sini. Hohoo…

 

Penat berjalan, kitorang balik. Sampai di KTM Sungai Buloh dalam kul 10 jugak. Tapi best lah dapat jalan-jalan dan shopping. Cik Epal lah paling puas hati, sebab dia bawak beg shopping yang sangat banyak. Kohkohkoh.

 

 

Okay lah, penat menaip pulak. Kohkohkoh.. Bye bye! Selamat hari raya!!

sign NISA


Read More»

Selasa, 23 Ogos 2011

Iftar bersama rakan-rakan blogger di Armanee Condo

 

Assalamualaikum semua..

 

Aku pernah suarakan hasrat untuk iftar dengan kawan-kawan blogger ni tak lama dulu. Konon-konon nak plan dengan geng kat Sahabat Blogger tuh. Tapi malangnya ramai yang sibuk atau duduk jauh.

 

Akhirnya Darkbatman telah menganjurkan iftar bersama blogger-blogger yang dia telah invite aku. Wahhh terharunye aku blogger retis invite dowh! Yang datang nanti pon sume retis-retis!! Errr aku aje la yang tak retis??

 

IMG_5423

Blogger yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis iftar ni adalah : Cik Epal Gonjeng, Nisa Kay (aku le tuhh), Akmal Hilmi, Shaheizy Sam si buah hati Cik Epal, Anak Perak, Red Linda, Yuyu Musa dan of course le tuan rumah si Darkbatman.

 

Yang tiada dalam dalam gambar ialah akak Pen Merah sebab dialah photographer of the day, dan juga abang besar a.k.a. SpiderGelap sebab beliau pemalu sangat. Setahu aku, Aizul Marcello turut dijemput tapi beliau ada hal yang tak dapat dielakkan makan tak dapatlah beliau datang.

 

DSC_1300

Haaaa ni gambor entah ke berapa kali nak snap. Sekali ternampak uban kat kepala Darkbatman! Aku ni pulak pantang nampak uban terjuntai kat kepala mesti geram nak tarik! Hahaa tak senonoh wey aku ni la. Kohkohkoh!!!

 

 

DSC_1274

Ni first time aku pergi rumah Darkbatman di Armanee Condo tu. Selama ni aku ke Armanee hanyalah untuk photoshoot, tu pun kat area kolam aje. Fuhhh besau nye rumah beliau! Condo pon banyak retis duduk. Kelas kaw batman. Kohkohkoh!!!

 

Baru aje sampai dah excited nak bergambar. Feeling ambil gambar kat balkoni kejap. Turut layan feeling ialah Lelaki Seksi dan Budak Gonjeng. Kohkohkoh!!!

 

 

cats

Yeahhh melihat kepada hidangan nye memang meronta-ronta perut aku minta diisi. Haihhhh terasa lambat benor waktu berlalu, tertunggu-tunggu je waktu berbuka. Aku ambil lauk daging aje, ayam aku tak rasa pulak.

 

Tapi aku rasa kuih-muih lebih banyak dari lauk pauk. Hoho!!! Tapi tak semua gambar aku ambil. Aku sibuk nak bergambor jugak. Huahua…

 

 

DSC_1287

Dah masuk waktu berbuka. Apa lagi? Seranggggg!!!!! Hohoo turut menyerang meja makan ialah Darkbatman, Yuyu Musa dan Lelaki Seksi. Sorry guys, kamera tu fokus kat aku aje. Sebab tu gambar korang blur sikit. Kohkohkoh!!!

 

 

IMG_5430

Time berbuka ni laaa Darkbatman sibuk nak ber-vlog pulak. Mentang-mentang la blogger retis kan, vlog harus ada! Vlog dirakamkan oleh akak Pen Merah.

 

 

IMG_5439

Haaa tu dia batman bersama abang besar a.k.a. SpiderGelap . Alamak aii abang besar ni pemalu gila meyh! Sampai guna DSLR nak cover muka terlebih hensam tuh. Kohkohkoh!!!

 

 

DSC_1392

Aku dan retis Cik Epal Gonjeng.

 

 

DSC_1389

Aksi skandal terhangat bersama Akmal Hilmi lelaki seksi. Cik Epal Gonjeng kata pasangan bahagia????!! Kohkohkoh! Nasib laa si seksi ni takde awek, kalau tak nanti ade pulak yang datang bawak meriam besor serang aku!!

 

 

Okay dah tu aje nak share. Aku ada buat video sebenarnya tapi malas nak upload lagi. Kalau batman buat video semasa majlis iftar berlangsung, aku lak buat video selepas majlis iftar. Nanti kan ye. Kohkohkoh!!!

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay