Memaparkan catatan dengan label Karipap-karipap Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karipap-karipap Cinta. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2011

[GAMBAR] Sekitar majlis tayangan eksklusif & iftar bersama pelakon Karipap-karipap Cinta

 

Assalamualaikum semua…

 

IMG_5005

Semalam aku dah update pasal review filem Karipap-karipap Cinta. So, memandangkan gambor dah terlalu banyak kat dalam SD Card nih, jom la kita cuci mata kejap.

 

Hohooo sekali lagi nak ucapkan jutaan terima kasih kat Cik Epal yang sudi invite aku join beliau untuk tayangan eksklusif dan sidang media filem ni. Akak Pen Merah pon join.  Seronok weyh! Berbuka puasa free pulak! Kahkahkah!!

 

IMG_4986

Hohooo mulanya kitorang takut jugak kalau-kalau kitorang lambat. Ye lah, mulanya akak Pen Merah  nak ambil aku kat Shah Alam ke Damansara, kena redah pulak jammed. Lepas tu ambil pula Cik Epal dan Shaheizy Sam beliau di UIA PJ.

 

 

DSC_0627

Masa kitorang sampai tu, emcee baru nak berceloteh.. Lepas dia pung pang pung pang kejap, then dia invite pengarah filem Karipap-karipap Cinta (KKC), Hafsham, untuk bagi ucapan.

 

Kemudian, masa pertengahan pengenalan pelakon, audience dihiburkan dengan persembahan Sani dari kumpulan Kopratasa. Ouhh ye, Sani ni turut buat penampilan khas dalam filem KKC ni.

 

DSC_0691

Yeahhh dapat jumpa Ana Raffali akhirnya! Sebenarnya tak sangka yang Ana ada di majlis ni. Rupanya beliau merupakan penyanyi untuk soundtrack filem KKC.

 

 

DSC_0724

Retis, pelakon dan penerbit bergambor sebelum sidang media dimulakan. Disebabkan sejuk sangat kat dalam hall tuh, aku awal-awal dah angkat kaki. Tunggu kat luar aje laaa…

 

 

IMG_5022

Sampai di luar, Akak Pen Merah awal-awal dah ambil seat. Kitorang duduk satu meja dengan wartawan. Kalau tak silap aku, wartawan tu dari Karangkraf. Haaa yang dok berebut karipap dengan aku tu ialah akak RedLinda.

 

 

IMG_5024

Ini betol-betol karipap cinta. Wahahaa…!! Karipap bentuk love weyh! Gigih betul laa siapa yang buat karipap ni!!

 

 

IMG_5056

Ape ni Cik Epal, kata nak kurus? Hekhekhekk… Tapi takpa, kalau tak habis, suruh Shaheizy Sam habiskan ek ek :P

 

 

IMG_5057

Aku makan sikit aje… Nasi, kari ayam, sayur, bihun. Pencuci mulut kena ada okayh! Aku tibai sepiring tembikai dan kuih bakar. Hohohoo sangat kenyang!!

 

 

IMG_5059

Bila masuk waktu berbuka aku terus ngap karipap cinta tadi. Hahaha nasib laa sedap! Tapi aku terbayang karipap panas yang rangup. Pergghh!!

 

 

IMG_5046

Skodeng Cik Epal kejap. Muahaha!! Serius aku cakap dorang ni sweet sangat okayh! (Tetiba terbayang abang kecintaan kahkahkah!!) Kalau lepak dengan dorang memang gila. Si Shaheizy Sam ni pulak memang sporting & selamber gila.

 

 

IMG_5064

Sweety Ana Raffali. Sangat manis, dan putih bebenor orang nye. Segan aku nak bergambar dengan dia, nanti nampak benor aku yang hitam legam. Ahaks..

 

 

IMG_5068

Hafsham, pengarah filem KKC. Beliau sangat sporting dan sempoi okayh! Siap datang duduk dan minum kat meja kitorang tuh! Lepas tu Shaheizy Sam pulak rajin melayan beliau borak-borak.

 

 

IMG_5073

Ni lagi sorang pelakon yang cool abes! Memang sporting melayan peminat la katakan. Hehehe…

 

 

IMG_5078

Turut hadir ke tayangan eksklusif ialah Yana Nanako (tudung pink) yang datang dengan Amirul Amin (tiada dalam gambar). Aku ingatkan kapel mana laa tadi. Hahaha…

 

 

IMG_5085

Haaa ini aku yang suruh Cik Epal dengan Shaheizy Sam posing. Ehh ye lah kot? Kahkahkah! Aku dah tak ingat lah sebab banyak sangat gambor dalam SD Card!

 

 

IMG_5089

Aku dengan Akak Pen Merah pon khusyuk dengan kamera masing-masing. Hoo dah namanya datang ke majlis kan, kena lah snap gambar tu, snap gambar ni. Kehkehkeh!!

 

IMG_5125

Dah habis iftar, kitorang boleh pulak bergambar kat luar Cineleisure tuh! Wahahaa…

 

IMG_5135

IMG_5122

WUARGGHHH!! Panjang pulak entry ni dengan gambor-gambor tak hengat! Hohohooo jarang tau aku merajinkan diri untuk buat entry sepanjang nih!

 

Tapi thanks kepada Cik Epal yang dapatkan pas masuk untuk aku dan akak  Pen Merah. Hoho dapat tengok wayang free, iftar pon free. ALHAMDULILLAH… Rezeki kan… Kalau nak tahu tiket ni dapat dari Cik Helena. Thanks! Muah muah!!

 

Hooo harap lepas ni ada lagi aktiviti camni. Dapat keluar lepak-lepak dengan rakan-rakan blogger. Sesiapa ada invitation untuk premiere screening ke apa jangan lupa invite aku! Kahkahkah!!

 

 

Thanks for reading.

sign NISA


Read More»

Isnin, 15 Ogos 2011

REVIEW FILEM : Karipap-karipap Cinta

 

Assalamualaikum semua…

 

Karipap? Jujur ye, semasa pertama kali aku dengar tajuk filem ni, aku rasa macam familiar aje dengan tajuk ni. Macam pernah dengar, tapi bukan sebagai tajuk filem.. So, bila aku dapat tahu yang filem ni sebenarnya diadaptasi dari novel Karipap-karipap Cinta, barulah aku ingat yang aku pernah nampak novel ni di kedai dulu…

 

IMG_4984

Sebenarnya dah bape lama dah event ni berlangsung. Aku aje yang malas bebenor nak update. Cik Epal dengan Darkbatman dah update dah pasal ni. Aku je baru terhegeh-hegeh nak udpate.

 

By the way, million thanks to Cik Epal sebab invite aku dan Darkbatman untuk tayangan eksklusif filem ni. Merasa lah jugak berbuka puasa dengan artis! Kahkahkah.. Oh ye, malam tu Aie si KelawarGelap tak dapat hadir, jadi akak Pen Merah lah yang wakilkan.

 

257460_229888153703852_229887837037217_954184_8334698_o

 

Ouhh ye, kalau tak silap ini poster lama filem ni.. Sebab di sekitar tayangan eksklusif filem ni, poster yang ada di situ lain sikit design nye dari yang ini.

 

SINOPSIS FILEM :

Ali (lakonan Gambit Saifullah) telah jatuh cinta kepada Sarah (lakonan Melia Aimellia). Namun, Sarah merupakan lulusan Universiti Al-Azhar manakala Ali hanyalah pemuda dari golongan biasa-biasa. Mungkinkah darjat akan memisahkan mereka??? Namun pun begitu, pada pengamatan saya, kisah mereka berdua takdelah banyak halangan atau dugaan. Cuma sikap Ali yang mudah gelabah bila ada saingan lain. Hehehee… Dalam pada masa yang sama, Ali diminati oleh Aishah, jirannya. Namun begitu, ada peristiwa yang menyebabkan Ali, rakan-rakannya dan Sarah masuk lokap! Dan ayah Sarah dalam keadaan bahaya.

 

IMG_5007

Haaa agak-agak korang apa akan terjadi??? Kesampaian ke tidak cinta mereka berdua? Kalau tak kesampaian kenapa ya? Kalau kesampaian macam mana ya??? Haa kalau nak tahu sila tengok di pawagam.

 

 

KOMEN AKU :

Jalan ceritanya yang tidak begitu berat, sesuai untuk tontonan santai seisi keluarga. Aku suka elemen humor yang diserapkan dalam jalan cerita. Dan aku suka part Eman Manan (berlakon sebagai bos yang garang) menyanyi lagu Liyana Jasmay.

Namun begitu, kurang setuju dengan penampilan Sarah. Penampilan beliau sepatutnya lebih sopan sebab beliau bawa watak seorang gadis best student dari Universiti Al-Azhar di Mesir. Dalam novel pun, watak utama dalam cerita ni memang bertudung.

 

IMG_5006

GAMBAR : Antara scene awal filem Karipap-karipap Cinta.

 

Walaupun pelakon utama filem ni, Gambit, pernah ada kontroversi di laman sosial suatu ketika dulu, tapi itu tidak mempengaruhi komen aku terhadap lakonan beliau. Aku ni bukan pandai sangat nak komen lakonan, tapi bagi aku Gambit has done his job well.

 

Jadi, kalau nak tahu berapa banyak kandungan novel yang digarap menjadi jalan cerita filem ni, kalau nak tahu kesudahan filem ni, pergi lah terjah panggung wayang lepas sembahyang raya. Kahkahkah!!!

 

**P/S : Gambar-gambar sekitar event aku upload kemudian lah ye! Tengah malas bebenor ni. Kahkahkah!!

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay