Sinopsis : BERANI PUNYA BUDAK
Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.
Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.
Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.
Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.-
Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?
Trivia menarik mengenai Berani Punya Budak
- Berani Punya Budak merupakan filem pertama Nabil dan Johan di bawah arahan Afdlin shauki
- Dalam filem Berani Punya Budak 90 percent lokasi penggambaran adalah di Thailand.
- Lagu tema Berani Punya Budak telah di nyanyikan oleh empat orang artis komedi terbaik di Malaysia. (Afdlin Shauki, Nabil, Johan dan Zizan)
- Berani Punya Budak merupakan filem aksi komedi pertama Afdlin Shauki.
- Filem Berani Punya Budak melibatkan dua buah produksi dari dua buah Negara. Produksi dari Malaysia dan Thailand.
- Filem Berani Punya Budak merupakan filem ke 13 Afdlin Shauki sebagai director.
Jangan lupa nantikan filem ini di pawagam berhampiran bermula 26 April 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!