Memaparkan catatan dengan label Zizan Raja Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zizan Raja Lawak. Papar semua catatan

Selasa, 8 September 2015

Malam Gala – POLIS EVO

 

Assalamualaikum …

 

Official_Poster

Ahaaaa… tengok poster aje mesti ramai dah berdebar nak tengok filem ni kan.. Lagi lagi tengok Shaheizy Sam sador semacam aje kan ? Haaaipp tak baik tipu ! Baik mengaku ? Hahaha !! Okay okay dah lah, duk tengok itu aje memang tak ke mana. Ehh.

 

 

DSC05361

Ahaaa beberapa hari yang lepas aku dapat jemputan untuk ke majlis Malam Gala filem POLIS EVO niii…. So, kita bergambar sat dengan pengacara majlis, Hefny Sahad ni ye ! Muehehe..

 

DSC05369

Ahaaa para pendukung watak dalam filem Polis Evo yang semua nantikan sudahpun tiba…  Dalam gambar, antara SHAHEIZY SAM dan Nora Danish…

 

KEP_4833

Okayyyy POLIS EVO ni kisahnya mengenai dua pegawai polis iaitu Inspektor Khai (lakonan Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (lakonan Zizan Razak) yang dipertemukan untuk bergandingan dalam menyelesaikan kes pengedaran dadah. Tapi biasalah, bila orang KL jumpa orang Ganu, memang banyak perbezaan dan pendirian. Jadi ada sikit la konflik dalam menjalankan tugas kan..

 

Haaa belom apa apa lagi penonton dan disajikan dengan aksi Inspektor Khai yang menumpaskan sekumpulan penjahat gituuu. Haaa  memang ternganga lah kan penonton semua termasuklah aku melihat ketangkasan Inspektor Khai yang hensem tu. Dan disebabkan Inspektor Khai ni biasa lone ranger gitu, ia turut menyumbangkan kepada kesukaran untuk beliau bekerja bersama-sama Inspektor Sani tu.

 

DSC_0183

Aksi pertembungan polis dan penjahat makin menjadi-jadi apabila penjahat tu cuba untuk menghapuskan waris kepada mangsa bunuh yang dahulunya seorang pembuat dan pengedar dadah. Antara babak yang buat aku ternganga menontonnya ialah asakan penjahat di hospital ! Haaa macam belum pernah je lagi tengok filem melayu buat aksi tembak menembak di dalam hospital ? Haaa… Nak tengok, kena lah tengok POLIS EVO ye dak !

 

 

DSC_6775

Ahaaa bila Inspektor Khai mula berkenalan dengan keluarga Inspektor Sani, boleh pulak dia sangkut dekat adik Inspektor Sani, iaitu Anis (lakonan Nora Danish).

 

DSC_8405 copy

Apabila dua inspektor ni ditangkap ketika mengendap markas penjahat, haaa mengamuk sakan penjahat tu, habis porak peranda rumah Inspektor Sani macam kena langgar dek garuda, tak cukup dengan tu dia culik pulak Anis ! Haaaa maka berkobar-kobar lah semangat dorang untuk tumpaskan penjahat dan menyelamatkan Anis tuuu…

 

Yang best nya, ada scene yang korang takkan nampak kat tempat lain. Hahaa nak tahu scene apa, korang kena tengok sendiri POLIS EVO ni dan jugak kena discover sendiri la apa scene yang aku maksudkan, ye ? Hehehee

 

Bagi aku filem ni cukup intipatinya. Jalan cerita nya ada sikitttt slow di beberapa bahagian, tapi jujur bagi aku memang ia boleh dimaafkan sebab penonton akan disaji dengan aksi berlawan dan tembak menembak yang mendebarkan dan juga mengujakan ! Memang satu sisi lain bagi Zizan Razak terutamanya, sebab aku rasa ramai di antara kita yang mempunyai imej PELAWAK terhadap Zizan ni. Aku pun tak pernah terfikir Zizan sebagai inspektor polis dan mampu melakonkan watak dalam filem penuh aksi macam POLIS EVO ni !

 

IMG_3979

Sanggup tunggu sampai habis press conference bagai sebab nak bersua muka dengan Shaheizy Sam.. maklumlah lama sungguh tak jumpa, so nak lah bertanya khabar semua kan.. Hahaha gambar dari iPhone sajor, so burok sikit kualitinya disebabkan noise yang sangat tinggi pada imej.

 

Apa-apa pun, masa habis je tayangan filem ni, perkara pertama yang terlintas di fikiran aku ialah “SHAHEIZY SAM IS BACK!!” I do loveeee the character of Inspektor Khai dan bagaimana akhirnya dua inspektor ni mendapat keserasian dan kesepakatan untuk menumpaskan jenayah pengedaran dadah ni.. Aku suka sinematografinya…... angle dan fokus kepada small gestures. Haa satu kelainan dan peningkatan dalam kualiti gitu ! Tahniah kepada pengarah filem POLIS EVO dan juga krew yang terlibat.

 

 

DSC_1124

Jadiiii jangan lupa saksikan filem POLIS EVO terbitan Astro Shaw ! 17 September ini ya ! Kasi pecah panggung!

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Ahad, 8 April 2012

Sinopsis, trivia dan trailer filem Berani Punya Budak

 

Poster Berani Punya Budak (resize)

 

Sinopsis : BERANI PUNYA BUDAK

Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.

Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.

Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.-

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?

 

bpb4

Trivia menarik mengenai Berani Punya Budak

  • Berani Punya Budak merupakan filem pertama Nabil dan Johan di bawah arahan Afdlin shauki
  • Dalam filem Berani Punya Budak 90 percent lokasi penggambaran adalah di Thailand.
  • Lagu tema Berani Punya Budak telah di nyanyikan oleh empat orang artis komedi terbaik di Malaysia. (Afdlin Shauki, Nabil, Johan dan Zizan)

 

bpb3

  • Berani Punya Budak merupakan filem aksi komedi pertama Afdlin Shauki.
  • Filem Berani Punya Budak melibatkan dua buah produksi dari dua buah Negara. Produksi dari Malaysia dan Thailand.
  • Filem Berani Punya Budak merupakan filem ke 13 Afdlin Shauki sebagai director.

 

 

 

Jangan lupa nantikan filem ini di pawagam berhampiran bermula 26 April 2012.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 29 Mac 2012

GAMBAR – Sekitar majlis pratonton filem Jangan Pandang-pandang

 

Assalamualaikum..

 

DSC_1070

Hari ni aku bersyukur sebab diberi peluang join majlis pratonton filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu filem JANGAN PANDANG-PANDANG. Korang baca dulu review filem ni DI SINI ye… Terima kasih Excellent Pictures! Seriously aku dah tak tahu nak tulis apa. So, silalah jamah gambar-gambar di bawah ye.

 

 

IMG_3278

Pengarah dan pelakon filem Jangan Pandang-pandang. Dari kiri : NAS-T, ANITH AQILAH, AHMAD IDHAM, SARA ALI dan ZIZAN RAJA LAWAK.

 

 

ZIZAN RAJA LAWAK

IMG_3288

IMG_3290

 

 

ANITH AQILAH

IMG_3304

IMG_3310

 

 

SARA ALI

IMG_3319

IMG_3324

 

Sekian entry kurang menaip dari saya. Memang tak tahu nak taip apa. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 28 Mac 2012

FILEM – Jangan Pandang-pandang

 

Assalamualaikum semua…

 

Terima kasih tak terhingga kepada Excellent Pictures di atas peluang yang diberikan kepada aku untuk sama-sama join majlis pra tonton filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu filem JANGAN PANDANG-PANDANG. Majlis berlangsung di TGV Cinemas, 1 Shamelin Shopping Mall, Kuala Lumpur.

 

JPP_Poster

Filem ini mempertaruhkan Zizan Raja Lawak dan Sara Ali sebagai teraju utama, disamping itu turut membantu menjayakan filem ini adalah Nas-T, Azhar Sulaiman, Miera Liyana, dan Anith Aqilah. Filem ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 29 Mac 2012.

 

 

JPP_26

SINOPSIS :

Kisah bermula apabila sekumpulan anak muda mendapat tugasan cuti semester yang memerlukan mereka pergi ke Gua Bewah dan membawa pulang artifak sebagai bahan presentation. Ajis (lakonan Zizan) dan Yaya (lakonan Sara Ali) pula tidak sefahaman dan sering bertelingkah.

 

Mereka menghadapi masalah kerana kekurangan ahli kumpulan sehinggalah Marsha (lakonan Miera Liyana) muncul dan menawarkan diri untuk menjadi ahli kumpulan mereka. Marsha berjaya meyakinkan mereka yang lain bahawa dia mempunyai peta lama gua tersebut peninggalan moyangnya.

 

Marsha turut meyakinkan Ajis, Yaya, Diana (lakonan Anith Aqilah) dan Ben (lakonan Nas-T) supaya mengikut peta yang dimilikinya. Setelah berjaya memasuki gua tersebut mengikut jalan yang tidak diketahui ramai, Marsha melarikan sebuah artifak lama tanpa pengetahuan yang lain.

 

JPP_51

Bermula dari kejadian itu, mereka berlima terpaksa berhadapan dengan pelbagai kejadian yang pelik. Pengemudi bot mereka iaitu Abang Bob (lakonan Azhar Sulaiman) yang hilang secara tiba-tiba memaksa mereka mencari jalan keluar sendiri. Namun akhirnya, mereka tersesat di dalam hutan. Berjayakah mereka keluar dari hutan tersebut? Apakah niat sebenar Marsha?

 

 

JPP_20

PANDANGAN / PENDAPAT :

Sejujurnya, aku tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap filem ini, namun begitu aku jugak tidak memandang rendah akannya. Kehadiran Zizan dalam filem ini semestinya akan membuat penonton bergelak ketawa dengan dialog-dialog serta mimik muka lucunya.

 

Jika jalan cerita ditambah lagi elemen aksi mungkin ia akan membuat penonton bertambah teruja. Sedikit unsur suspens juga disuntik ke dalam plot filem ini menerusi kemunculan hantu di gua, di tasik dan di dalam hutan. Secara keseluruhannya, elemen komedi yang diterapkan adalah antara kekuatan filem Jangan Pandang-pandang ini.

 

3 BINTANG

Jangan lupa saksikan filem JANGAN PANDANG-PANDANG di pawagam berhampiran dan bergelak ketawalah bermula 29 Mac ini!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay