Assalamualaikum…
Kemain tau hari ni aku nak cerita pasal kereta Perodua. Pandai sangat ke aku pasal kereta? Heee aku bukan nak cerita pasal repair kereta tu semua, aku nak cerita pasal benda lain.
Jenama kereta Perodua adalah jenama kereta yang tidak asing dan begitu terkenal di seluruh negara. Sejak Perodua menghasilkan kereta pertama mereka, hingga ke hari ni ada lebih kurang 2 juta buah kereta Perodua dipandu megah di jalan raya negara kita.
Jenama kereta Perodua kini terkenal sebagai salah satu pengeluar kereta jenama nasional yang berkualiti, dan yang penting mementingkan kepuasan pelanggan. Lebih dua juta kereta Perodua yang dipandu rakyat Malaysia, pasti ada lebih dua juta kisah disebaliknya kan???
APAKAH CERITA PERODUA ANDA??
Sebagai pengeluar kenderaan yang komited, Perodua merealisasikan hasrat untuk mereka memperbaiki perkhidmatan mereka melalui kempen Apakah Cerita Perodua Anda?. Yelah.. kereta bukanlah barang yang murah, dan kereta juga merupakan aset untuk seseorang atau sesebuah keluarga. Jadi setiap kenderaan yang dibeli tu pasti mempunyai kisah tersendiri disebaliknya.
Apa tu kempen APAKAH CERITA PERODUA ANDA ni???
Perodua telah mengambil inisiatif untuk menjadi lebih dekat dengan pelanggan-pelanggannya. Jadi, dengan kempen Apakah Cerita Perodua Anda ni, semua pengguna kenderaan jenama Perodua berpeluang berkongsi kisah anda dan kereta anda. Mungkin kisah lucu? Kisah sedih? Pengajaran?
Pihak Perodua sendiri akan menilai kisah-kisah anda, dan menggunakan segala cadangan atau pendapat anda untuk memperbaiki perkhidmatan mereka di masa akan datang. Yelah.. untuk kesenangan kita bersama jugak kan.. Hehehee…
Kisah Perodua Saya…
Kisah Perodua Saya?? Ouhh macam kekok pulak nak menulis sebab aku takde kereta! Malah aku takde lesen pun lagi.. Tapi itu tak menghalang aku untuk terus menaip! Haha..
Dulu aku berangan.. kalau dapat kereta Kancil pun jadilah.. sebab saiznya yang kecik molek, senang nak cari parking dan tak high maintenance. Minyak pon jimat. Dan yang paling penting ada kenderaan yang akan memudahkan urusan seharian aku nak ke sana sini..
Tapi bila MyVi dikeluarkan oleh Perodua, hati aku terus terpikat. Pada pandangan mata kudusku ini, aku rasa MyVi ada ciri-ciri feminin dan rekabentuk yang kemas serta menarik. Ye lah kalau tak menarik macam mana aku nak tertarik ye dak???
Bila MyVi ada keluarkan MyVi warna pink gelap yang limited edition, memang makan hati tau tengok kereta MyVi dengan warna kegemaran aku ni bangga dipandu gadis-gadis, mak-mak mahupun abang-abang hensem sekalian. Ye lah.. aku belum habis belajar, so membeli kereta masih jauh lagi.
Sekarang aku dah pon dalam proses buat lesen. Aku berdoa dan berharap agar satu hari nanti aku akan dapat beli Perodua MyVi yang telah menawan kalbuku satu masa dulu. Heee… berangan dulu, usaha, dan mana tahu satu hari nanti aku dapat beli MyVi ni ke? Akan ku pusing satu Semenanjung Malaysia! Hahaa..
Anda pengguna kenderaan berjenaman PERODUA? Ataupun mak ayah atau abang atau sedara mara anda ada yang menjadi pengguna setia Perodua? Jom ramai-ramai kongsikan kisah anda dan kenderaan Perodua anda.
Untuk kongsikan kisah anda dan Perodua, korang ramai-ramai terjah website www.peroduastory.com.my ye! Utarakan sekali cadangan serta pendapat mengenai perkhidmatan Perodua. Dan Perodua akan sedaya upaya memperbaiki mana yang perlu untuk kepuasan para pelanggan.
Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh menjemput semua peminat Perodua untuk berkongsi cerita Perodua anda. Jika anda mempunyai cerita yang menarik, kami berbesar hati untuk mendengarnya. Kongsikannya di www.peroduastory.com.my.
Jom kita lihat bagaimana Perodua telah mendatangkan impak besar kepada rakyat Malaysia.
cantik myvi pink tu eheh
BalasPadamsye slh stu pengguna perodua :)
BalasPadamhi nisa kay...
BalasPadamnice story morie :p
myvi sy kaler kuningggggg yihaaaa
Waaa..nak join!!!
BalasPadamKalau cerita sedih boleh??
BalasPadamSbb MJ pengguna kereta Perodua, baru sebulan di jalan ada cerita sedih... ;(