Memaparkan catatan dengan label Saya Suka Menaip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saya Suka Menaip. Papar semua catatan

Selasa, 8 Disember 2015

BEAUTY | VIDEO – Tutorial mekap ala smokey eye

 

 

Assalamualaikum…

 

DSC05426_thumb

 

 

Siapa suka tengok video tutorial mekap kat Youtube ? Sayaaaa !! Ahaa suka sangat sangat ! Lebih suke tengok skill youtuber tu semua sangat bagus, mekap sangat kemas dan lawa !! Jeles sangat tengok youtubers tu semua… agaknya mereka memang purely pandai mekap atau memang join kelas mekap ke macam mana ya ? Hahaha

 

Pernah jugak terfikir nak try ikut cara youtubers ni semua mekap.. Tapi kadang kadang rasa terkandas di tengah jalan sebab produk yang mereka guna kebanyakannya sangat branded, high end dan of course takde kat Malaysia hahaha !!! Maka selepas itu, aku hanya mampu melihat dari skrin komputer sajor lah wakaka.

 

Jadiiiii… sesuai dengan dilema yang aku hadapi, aku pasti ramai juga yang berperasaan seperti ini kan.. Maka aku telah come out dengan satu tutorial untuk mekap mata ala ala smokey eye gitu.. TAPI ! Hanya menggunakan produk yang sangat mudah didapati, seperti brand Elianto, Silkygirl, Maybelline, dan juga jenama korea innisfree (outlet di Sunway Pyramid, Paradigm Mall dan Pavilion KL), serta Bobbi Brown (mudah dapat dari outlet outlet di shopping mall). Jom !!

 

 

 

 

Ahaaa satu nak bagitau, SORRY sangat sangat sebab Nisa tak kemaskan mekap bawah mata dengan bedak, sebabnya bedak tertinggal ! Hahahaaaa !! Maka bawah mata tu comot la sikit huhuhuuu… Actually it’s quite simple, tapi Nisa banyak amik masa untuk explaining things, that’s why video ni quite lengthy huhuu.. Sorry ya !

 

Apa-apa pun, kalau korang rajin try berkali-kali, inshaAllah skill korang akan dipertingkatkan dengan sendirinya. Lagi selalu kita buat, lagi kita tahu teknik atau skill macam mana untuk dapatkan hasil yang diinginkan. Dan jangan lupa banyakkan amik tahu mengenai tips-tips mekap ! Lepas tu cuba dan cuba.  Okay ! Happy trying !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Khamis, 15 Januari 2015

TRAVEL – Harga baru bagi pasport antarabangsa Malaysia

 

Assalamualaikum..

 

Nampaknya ada jugak berita baik di awal tahun 2015 ni haa.. (selain daripada duit BR1M masuk kan haha – oh ye saya tak apply pun BR1M).. Dan berita ini merupakan berita yang sangat baik, terutamanya bagi mereka yang suka travel dan jugak sedang merancang nak buat pasport untuk travel. Tak lain tak bukan…

 

PASPORT

 

Sebelum ni nak buat pasport ade dua jenis berdasarkan tempoh sah pasport tu.. Yang pertama pasport tempoh DUA TAHUN.. Harga dia RM100 masa aku buat dua tahun lepas. Lepas tu, jenis kedua ialah pasport dengan tempoh sah LIMA TAHUN yang harganya RM200. Sekarang ni haa pasport yang dua tahun tu dia dah mansuh dah haaa… Makanya, kalau nak buat pasport kena ambil terus  yang lima tahun.

 

Bagi aku bagus jugak buat macam ni. Orang yang jarang-jarang travel mesti pernah hadapi problem di mana bila nak travel, ada masalah yang timbul – lagi lagi berkaitan dengan expiry of the passport ambuih speaking uolss ! Aku pernah kena macam ni..Aku buat pasport hampir dua tahun lepas, bawak duit RM100 je masa tu, so just buat yang 2 tahun tu.

 

Tahun 2013 aku travel ke luar negara buat PERTAMA KALINYA (Kah kah kahh..) dan negara yang luar negara sangat tu cumalah Singapura. Wakakakaaa… Dan tahun 2014, aku cuma travel empat kali untuk urusan kerja dan sekali untuk tujuan cuci mata, ehh bercuti!! Setiap trip tu ada yang jaraknya seminggu, ada yang sebulan dua camtu. Bila lama tak guna, lupa nak renew. Lepas tu nak buat apa-apa urusan yang berkaitan dengan pasport pun ada je tak kena.

 

DSC09945

Memandangkan tahun lepas (tahun 2014) aku ada plan nak bercuti tahun 2015 ni… Tapi.. Maunye tak sedar dah expired haa pasport gua.. Makanya, pertengahan tahun lepas aku buat la pasport baru.. Buat yang dua tahun je. Huhuu.. Kalaulahh pasport kena buat yang lima tahun terus, aku terus buat dahh..

 

 

DSC09950

Antara kenangan manis aku dengan pasport lama. Wakakakaa.. Bekerja di Barcelona (that explains the stamp of Schiphol Airport during transit) and percutian yang aku plan lebih setengah tahun iaitu Korea Trip ! Wohooo… nak tahu lebih lanjut mengenai aktiviti aku travel, boleh laa USHA SINI.. KLIK SINI kui kuikuii…. saje jer promote, padahal aku ni bukanlah travel blogger.. tapi aku suka travel !

 

Hew hew.. So pasport baru masih menanti cop cop dari tempat tempat yang bakal aku lawati.. Jeng jeng jenggg…. inshaAllah kalau dipermudahkan… dan dimurahkan rezeki, dapatlah aku jejak kaki ke tempat baru.. atau.. mungkin kembali ke tempat yang pernah aku lawati dulu ? Hahaa semua tu aturan Allah :) Soo… till next entry !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Khamis, 14 Februari 2013

[TUTORIAL] Ping entry di BLOGR.MY !

 

Assalamualaikum…

 

Sebagai seorang blogger, kalau korang betul-betul nak up kan blog korang adalah dengan cara menarik trafik ke blog korang. Bila ramai baca blog, trafik masyuk, advertiser pun berkenan.. maka dapatlah anda merasa apa yang dikatakan “buat duit dengan blog” ye. Tapi kalau trafik sendu-sendu macam mana nak promote barang ye dak?

 

Salah satu cara untuk tarik trafik ke blog kita ialah dengan ping entry ke twitter, fanpage facebook atau pun facebook personal. Kalau nak ping satu-satu macam leceh lak kan? So macam mana kalau kita ping sekali aje, terus autopost ke ketiga-tiga platform tersebut?

 

http://blogr.my/

 

Blogr.my merupakan salah satu platform ping entry yang aku guna sekarang. Aku link kan facebook personal aku, fanpage blog aku dan juga twitter aku. Sekali aku ping, dia terus autopost ke ketiga-tiga platform ni. So dah jimat masa aku tak payah nak ping banyak kali.

 

BLOGR 1

#1 Korang pergi kat web Blogr.my. Pastikan dalam masa yang sama korang tengah online facebook tau! Pastu klik kat Log Masuk.

 

 

BLOGR 2

#2 Lepas tu, korang boleh pilih nak Log masuk dengan Facebook atau twitter. Aku pilih Log masuk dengan Facebook aje..

 

 

BLOGR 3

#3 Okay lepas tu klik la apa yang patut. Klik Go to App.

 

 

BLOGR 4

#4 Lepas tu korang tick page mana yang korang nak managekan sekali ke apa. Aku untick bahagian ni, sebab aku nak link kan 1 fanpage sahaja, dan aku buat manual linking.

 

 

BLOGR 5

#5 Okay lepas tu masukkan nama pengguna. And then klik Daftar.

 

 

BLOGR 6

#6 Bila dah sah log masuk tu, korang klik pada butang merah PING! tu yee…

 

 

BLOGR 7

#7 Bila kuar kotak ni, masukkan permalink entry blog anda. Maknanya link entry itu sahaja ye.. bukan link blog anda! Lepas tu klik Teruskan.

 

 

BLOGR 8

#8 Pilih icon yang anda nak ia muncul pada ping entry anda.

 

 

BLOGR 9

#9 Kemudian pilih kategori yang bersesuaian dengan entry yang korang nak ping tu..

 

 

BLOGR 10

#10 Sebelum ping entry tu, korang nampak tak ruangan TAMBAHAN kat bawah tu, klik aje kat situ untuk link kan Twitter anda dan juga Facebook page. Lepas link kan kedua-duanya, korang mungkin perlu ulang langkah ping entry.

 

 

BLOGR 11

#11 Okay sesudah link kan facebook, fanpage dan twitter korang, dah boleh ping entry korang dahhh… Mudah aje.

 

 

So setiap kali korang ping entry, dia akan autopost link tersebut ke page dan twitter yang korang dah gabungkan tadi. Kalau korang ada lebih satu fanpage pun boleh link kan ke page-page yang lain kot? Hoho.

 

So bloggers, apa lagi, jom daftar dengan Blogr.my dan ping entry korang hari ni! Bekerja keraslah untuk naikkan blog korang! Tu pun kalau korang jenis berminat nak promote nama blog dan tak segan nak bagi orang ramai baca hasil penulisan korang. Ihik..

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 11 Januari 2013

What goes around comes around

 

 

Assalamualaikum…

Just a reminder for myself and inshaAllah for all who reads this.

 

 

When we talk bad about others people behind them, remember that there are people who talk bad about us too.

When we mad at someone for hurting your feelings, remember that we also might hurt others’ feelings.

When we don’t like someone because of their attitude, remember that there are ours that people dislikes too.

 

 

 

The conclusion is, before we mad at someone, hate people or talk bad about them, ask yourself, are you PERFECT ENOUGH? Do we never hurt others with our words or attitude?  We’re just human being, imperfect in everything, and the only thing that we can do is to IMPROVE and AVOID doing bad things to others.

 

Start embrace positivity in our life and be kind to people around us. Ask forgiveness if we feel that we hurt someone’s feeling. I hereby want to apologize to each one of my readers, because my writings might hurt people’s feeling without I realize.

 

 

THANK YOU.


Read More»

Selasa, 18 Disember 2012

Nisa Kay dan Yana Samsudin versi kartun..

 

Assalamualaikum..

 

IMG_20121217_115314-horz

Ini adalah gambar dari instagram aku… Baru-baru ni aku dengan dengan kembang hidongnye ada berkongsi dengan uolls pengikut akaun instagram aku print screen lock screen handphone dan iPod aku. Maka berbondong-bondonglah persoalan, kecelaruan, tak kurang juga tekaan-tekaan kelakar macam mana aku dapat wallpaper sebegini.

 

Woahhh rasa cool kejap. Kembang hidungku tak kempis-kempis lagi.. Ade ke patut ade orang tanya aku lukis sendiri ke kartun ni? Uhuk uhukk batuk terkeluar anak tekak kejap aku. Berseni pulak tangan aku nak lukis?? Hahaha jauhhhh sekali aku yang lukis…

 

 

proses

Ini pulak gambor semasa kartun ini mula-mula diproses.. Persoalannye sekali lagi.. MACAM MANA AKU DAPAT KARTUN NI??? Buat kat mana??? Ada jugak yang gigih cari apps untuk buat kartun ni. Bila tak jumpa datang marah-marah aku sebab kedekut sangat nak bagitahu. Errrr dik, this is no apps! This is human work.

 

 

catsss

Tak lupa juga aku turut dapatkan kartun ini untuk kak yong kesayangan ku YANA SAMSUDIN. Lepas ni bolehlah buat wallpaper ye kak long.. Di saat kak long menatap kartun itu, ingatlah ianya hadiah tulus ikhlas dari adikmu Nisa Kay. Hahahaha berangannye lah aku ni. Bweekk wekk..

 

COMEL KANN?????? Hahahahaa mana nak dapat? Mana nak dapat?? Ehemm meh sini semua aku bagitahu… kartun ni bukanlah boleh dapat gedebuk jatuh dari langit gittew… Aku telah menemui seorang kartunis (errr boleh panggil kartunis la kan??) yang sangat sangat berbakat! Dan hasil kerjanya pun aku puas hati.. Harga pun berpatutan!

 

Kalau korang nak upah dia lukis kartun atau karikatur atau apa-apa kerja yang beliau boleh buat (kekekee~) bolehlah hubungi :

 

ARTORTOISE

http://tortoise-art.blogspot.com/

https://www.facebook.com/Artortoise

 

Untuk sebarang pertanyaan mohon sangat sangat korang tanya direct kepada pihak Artortoise okay? Aku tak tahu menahu mengenai servis dorang yang lain. Aku cuma bayar beliau untuk lukis kartun aku dan YANA SAMSUDIN ajeee.. Hehehe apa-apa pun terima kasih tak terhingga kepada pihak Artortoise yang amat mudah berurusan! Semoga bisnes anda maju inshaAllah :)

 

 

PSSTTT : Please ye people dont ask them for free cartoons or caricature. They are doing business !

 

 

 

 

~Nisa Kay~


Read More»

Selasa, 2 Oktober 2012

PERKONGSIAN - 13 Perkara Yang Wanita Solehah Perlu Jaga

 

Assalamualaikum…

 

solehah

13 Perkara Yang Wanita Solehah Perlu Jaga


1. Bulu kening.
Menurut Bukhari, Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng.
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.


3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal, kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada.
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi.
Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah s.w.t. – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher.
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan.
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah s.a.w. dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah s.a.w:
“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja,” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

 

nisa


8. Tangan.
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata.
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad s.a.w;
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara).
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasulullah s.a.w;
“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah SWT. akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah SWT. – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian.
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah s.w.t. akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:
“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

 

 

FULL CREDIT TO : http://www.iluvislam.com/

 

Sekadar perkongsian untuk pengetahuan bersama. Info yang baik kita sebar-sebarkanlah. Untuk peringatan kepada diri sendiri juga. InshaAllah. Walau sedikit pun perubahan dalam diri kita, namun kuatkanlah hati agar dapat istiqamah dalam amalan tersebut…

 

Namun nak berubah ke arah lebih baik itu tidak mudah. Allah akan menguji kita untuk menjadikan kita insan yang kuat dan tabah menghadapi cabaran dalam dunia yang penuh godaan ini. Aku pun bukan orang yang baik sangat, maka di sini, di blog inilah ruang tempat saya meletakkan peringatan kepada diri sendiri, di samping berkongsi kebaikan dengan semua pembaca.. inshaAllah.


Read More»

Isnin, 27 Ogos 2012

Terima kasih Ya Allah, terima kasih Annas Easkey!

 

Assalamualaikum…

 

Wahh meriahnye Syawal, umat Islam menyambut kemenangan sebulan kita berpuasa. Tapi sedih jugak sebab Ramadhan bulan mulia dah berlalu.. Apakah kita berpeluang lagi nak mengumpul amal ibadah di bulan Ramadhan akan datang? Mudah-mudahan ya…

 

Di bulan Syawal ni jugak aku kena berkejar buat review yang dah lama sangat sangat tertangguh, entry berbuka puasa, events dan entry raya. Semua kena buat sebelum aku berangkat ke Pulau Mutiara. Baiklah.. entry kali ni adalah entry sebagai tanda syukur kepada Allah dan terima kasih kepada blogger / photographer yang amat dikenali rakyat Malaysia iaitu ANNAS EASKEY.

 

Sebelum raya hari tu photographer Annas Easkey menganjurkan contest duit raya. Peserta cuma perlu buat entry mengenai beliau. Syarat pun mudah aje. Aku suka join contest yang syaratnye mudah-mudah je. Hehe.. aku ambil hampir sejam jugak sebelum mula menaip. Sebab aku nak hasilkan entry yang ikhlas untuk Annas Easkey. Menang atau tidak, itu rezeki masing-masing kan..

 

annas3

 

Hari ni aku masuk blog Annas Easkey setelah di Dashboard blogger.com aku memaparkan yang beliau ada entry terbaru. Dup dap dup dap kejap bila entry baru beliau itu adalah entry mengenai keputusan contest yang dianjurkan beliau. Allah! Aku hampir saja lupa mengenai contest tu! Oh ya, untuk contest Annas tu, KLIK SINI untuk baca entry aku.

 

annas4

YA ALLAH !! Terkejut aku melihat senarai pemenang yang dipilih oleh Annas Easkey. Nama yang kedua tu.. Nisa Kay.. Ya Allah macam tak percaya pun ada.. dua kali aku refresh page blog Annas sebab nak make sure apa yang aku nampak. Ternyata nama dan link blog aku yang tertera di situ.

 

ALHAMDULILLAH !! Ya Allah.. rezeki Syawal. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah. Kepada Annas Easkey juga, anda juga seorang yang pemurah. Terima kasih di atas keikhlasan hati anda untuk berkongsi rezekiNYA dengan kami. Semoga Allah permudahkan jalan anda, dan semoga Annas terus tabah dan terus mencipta nama sebagai rakyat Malaysia yang berjaya inshaAllah !

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 13 Ogos 2012

Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey

 

Assalamualaikum..

 

Wah wahh raya dah semakin hampir. Pasti kita semua tengah bergembira sebab tak lama lagi raya boleh makan juadah raya yang sedap-sedap, pakai baju baru, jumpa sanak saudara dan sahabat handai.. yang paling best, dapat duit raya!

 

Tapi jangan pula kita terlalu bergembira. Dalam bergembira syukur menyambut raya yang bakal tiba, bersedihlah kita kerana Ramadhan yang teramat mulia ini akan meninggalkan kita. Sudah banyakkan amal ibadah yang kita lakukan? Apakah kita akan dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi dengannya?

 

Membebel pulak aku!! Motif??? Aku sebenarnya buat entry ni sebab photographer terkenal se-Malaysia nak bagi duit raya uolls! Siapa taknak wehh? Hahaha aku selaku pengikut tegar blog photography beliau, haruslah nak duit raya kan! Siapa photographer itu.. tak lain tak bukan ANNAS EASKEY pap pap oleyy!!

 

 

SAYA SUKA ANNAS EASKEY KERANA…

Beliau adalah seorang beliau adalah seorang photographer yang sangat sangat sangat berbakat, dan paling membanggakan dia orang Malaysia! Aku ingat lagi masa first time aku masuk ke blog Annas (yang link lama), ada gambar perempuan pakai dress putih kat header, lepas tu aku punyelah ingat blog tu blog photographer luar negara. Tapi aku pelik URL blog Annas masa tu bahasa melayu. Excited kejap bila tengok hasil kerja orang negara kita setanding dengan hasil kerja photographer luar negara! Malaysia boleyh ya! And bagi aku memang tugas photographer untuk menjadikan gambar itu secantik-cantiknya kerana gambar adalah a memory piece yang kita nak simpan lama. Aku tengok siapa pun yang shoot dengan Annas, dia akan sedaya upaya bagi gambar tu hasilnya kebabomm! Tak caya? sila tengok koleksi gambar Annas KAT SINI.

 

BAJU RAYA SAYA BERWARNA…

Hijau turqoise, pink, ungu dan maroon! Hehehe macam banyak je kan.. Alhamdulillah rezeki tahun ni aku mampu tempah sepasang baju raya guna duit sendiri dan beli jubah warna pink. Sepasang lagi baju warna maroon ungu tu hadiah dari orang :’) Alhamdulillah.

 

KATA-KATA SEMANGAT BUAT ANNAS EASKEY…

Kejayaan itu pasti buat mereka yang berusaha keras dan memohon berkat dan limpah rezeki dari yang Maha Esa. Namun perjalanan untuk ke puncak itu bukan semudah yang semua sangka. Segala penat lelah, pahit maung yang kita hadapi itu ujian Allah terhadap kita, apa kita layak menerima kejayaan yang diidamkan? Jika kita sentiasa sabar dengan setiap ujian, inshaAllah Allah akan beri semanis-manis kejayaan untuk kita kecapi. Dan jangan pula kita peduli terhadap mulut-mulut dan perbuatan tidak baik yang ditujukan terhadap kita. Sesungguhnya itu juga satu ujian agar kita terus-menerus berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan. Dan keampunan buat mereka akan membuatkan hidup kita lebih aman dan gembira inshaAllah. Ya, kita BOLEH lakukannya :)

 

annas2

Ni adalah antara hasil photography Annas Easkey.. Walaupun Annas pernah shoot bintang-bintang popular sekalipun, tak pernah aku tengok Annas ni meninggi diri. Alhamdulillah… keep it up :)

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 12 Ogos 2012

NISA KAY di ruangan Citra Wanita, Mingguan Malaysia 12 Ogos 2012

 

Assalamualaikum….

 

Alhamdulillah syukur yang tak terhingga untuk yang Maha Esa… Kalau minggu lepas, aku telah dipilih oleh pihak Utusan Malaysia untuk ruangan Blogger Pilihan dalam sisipan Citra Orang Muda (.COM), minggu ini pula sekali lagi pihak Utusan telah memilih aku untuk tampil di dalam ruangan Citra Wanita di dalam akhbar Mingguan Malaysia..

 

mingguan malaysia

Ini adalah gambar muka depan Mingguan Malaysia, isu hari ini 12 Ogos 2012.

 

 

Dan ini adalah gambar yang telah di snap oleh NAZIM NASRI malam tadi, dan beliau tweetkan gambar ni kat aku. MashaAllah terkujat jugak.. sebab aku tak tahu yang artikel ni akan keluar pada hari ini. Apa-apa pun.. Thank you Dik Jim!

 

 

photo

Clearer pic, from Ikhwan Nazri of AMANZ.MY

 

 

Untuk pengetahuan semua, interview dijalankan pada majlis pelancaran Luvstylista dan interview lanjut telah dilakukan menerusi telefon sahaja.. Gambar-gambar dalam akhbar tu pula gambar photoshoot aku bersama produk Luvstylista, dan hasil kerja EyeStudio Photography yang awesome!!

 

Jadi, aku nak ucapkan ALHAMDULILLAH di atas ruang dan peluang yang telah diberi Allah kepada aku. Syukur! Kepada kawan-kawan yang nak mengetahui lebih lanjut pasal artikel ni, haruslah korang beli okay? Herherher.. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 8 Ogos 2012

Randomness – taken from facebook

 

 

Saya sayang semua orang yang berada di sekeliling saya,


Orang orang yang mendekati saya,
Orang orang yang menggembirakan saya,
Orang orang yang sudi berkawan dengan saya,
Orang orang yang sentiasa mendoakan saya,

Orang orang yang sudi mengunjungi blog saya.....


-------------------------------------------------------


Terima kasih sebab menggembirakan saya
Terima kasih sebab menjadi teman duka saya
Terima kasih sebab selalu buat saya ketawa
Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya
Terima kasih sebab selalu memuji saya
Terima kasih sebab selalu mengunjungi blog / page saya
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen di blog / page saya
Terima kasih sebab tak jemu jemu mengunjungi blog / page saya
Terima kasih sebab memahami saya..


-------------------------------------------------------


Saya minta maaf...
Sebab kadang kala saya alpa kehadiran kamu semua
Sebab kadang kala saya lupakan kamu semua
Sebab kadang kala saya menjauhkan diri dari kamu semua
Sebab kadang kala saya menghindari kamu semua
Sebab kadang kala saya tak balas kunjungan kamu semua
Sebab kadang kala saya tak balas komen kamu semua


 

Maafkan Saya, Saya Tidak Sempurna :)

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 29 Julai 2012

6 Sunnah Ramadan

 

Assalamualaikum…

 

Alhamdulillah dah seminggu jugak lah kita semua berpuasa ye dak. Kepada yang berpuasa, semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan ikhlas kepadaNYA. Kepada girls yang ehem ehem, dapat cuti tu, jangan pulak makan minum depan orang puasa sesuka hati. Respect those who’re fasting okay..

 

Tengah-tengah usha page kat facebook tu, ternampak lah ade satu page islamik yang memang aku follow ni, share pasal sunnah Ramadan. Disertakan pulak dengan grafik yang menarik.. So aku tergerak hati nak share informasi tu kat sini.

 

sunnah 1

 

SUNNAH 2

 

sunnah 3

 

sunnah 4

 

sunnah 5

 

sunnah 6

 

All graphical information above were taken from the page Fattabiouni Malaysia. I have no right upon any of the pictures above. All of them belong to Fattabiouni Malaysia. My intention was only to share the good information about it with my readers.

 

Semoga semua informasi di atas berguna buat kalian yang membaca, dan semoga sama-samalah kita berkongsi informasi yang naik untuk semua. Salam Ramadan semua.. semoga ibadah kita diterima Allah SWT. InshaAllah..

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 25 Julai 2012

Aku nak bagi kad raya ni…

 

Assalamualaikum…

 

Dah beberapa hari pun kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan kan.. Alhamdulillah.. smeoga hari-hari yang seterusnya kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik… Dan menyebut pasal puasa, pasti tak sabar menunggu raya kan? Setelah 30 hari umat Islam berpuasa, kita akan menyambut Syawal pula..

 

One thing about Syawal yang aku suka ialah bertukar-tukar kad raya. Yes memang sejak dari sekolah lagi aku memang suka bertukar-tukar kad raya dengan sahabat handai, jauh atau dekat.. Jadi.. tahun ni, aku nak bertukar-tukar kad raya dengan pembaca blog aku. Mungkin aku tak kenal korang individually, tapi aku tetap nak bagi kad raya.

 

kad-raya (1)

 

Kalau korang nak kad raya, ikut langkah-langkah mudah ni :

1. Like fan page Saya Suka Menaip –> https://www.facebook.com/nisamenaip

2. Hantarkan butiran diri anda iaitu NAMA dan ALAMAT ke inbox fanpage tu.

3. Tulis secara ringkas dan padat kenapa korang suka baca blog aku dan berapa lama dah korang follow blog aku. (Jangan panjang-panjang. Nanti aku takut aku tak baca)

 

TARIKH TUTUP ?? Hmm.. selepas aku mendapat 10 pembaca bertuah yang aku rasa layak untuk menerima kad raya. Cewahhh!!

 

PERHATIAN !! Aku hanya akan pilih 10 pembaca bertuah ye. So kalau anda dah hantar mesej tak bermakna anda kompem dapat. Maaf ler bajet ciput je tahun ni, so hanya dapat bagi kad raya kepada 10 yang bertuah :’)

 

 

 

Kenapa aku beria duruh korang tulis kenapa korang suka baca blog aku? Kenapa aku nak tahu dah berapa lama korang dah follow blog aku? Sebab aku nak bagi kad raya kepada 10 pembaca yang layak menerimanya. Yang lain tu bukan bermakna tak layak.. Tapi inshaAllah lain kali panjang umur aku bagi kad raya ye.

 

 

I’ll be waiting your messages! Bye bye.

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 24 Julai 2012

KEK LAPIS SARAWAK ORIGINAL


Assalamualaikum…



Salam Ramadhan semua.. Dah tiga hari pun kita berpuasa. Oh ok berbalik kepada tajuk entry ini, aku berniat nak membantu kawan aku yang nak meniaga kek lapis Sarawak. Beliau tinggal di Sarawak dan akan pulang ke sana untuk berpuasa bersama keluarga. So bila pulang ke sana, beliau berkesempatan ambil order bagi mereka yang nak beli kek lapis Sarawak yang originally beli dari sana!



Kek lapis Sarawak memang terkenal dengan rasanya yang sedap dan mempunyai pelbagai perisa. Ada juga pelbagai warna dan corak untuk menarik perhatian pelanggan. Lumrah manusia suka melihat benda yang cantik dan menyerlah kan? Hehe… So kalau ada sesiapa yang nak order KEK LAPIS SARAWAK, meh cuci mata dulu tengok kek lapis.



kek lapis blueberry


kek lapis coklat cheese


kek lapis madu belang


kek lapis pudina


kek lapis strawberry prune



kek mael lambung
KEK LAPIS MAEL LAMBUNG (LATEST)




kek lapis masyitah
KEK LAPIS MASYITAH




kek lapis india - coklat cadbury
KEK LAPIS INDIA – COKLAT CADBURY




kek lapis neslo
KEK LAPIS NESLO




kek lapis vanilla chocolate
KEK LAPIS VANILLA CHOCOLATE




kek lapis fathiha
KEK LAPIS FATHIHA




kek lumut
KEK LAPIS LUMUT




kek lapis sutera dubai
KEK LAPIS SUTERA DUBAI



Baiklah.. ini sebahagian kek lapis yang sedia diambil ordernya. Ada banyak lagi pilihan kek lapis untuk di order. Aku cuma tolong promote kawan aku yang meniaga. So korang bolehlah rujuk details di bawah kalau nak tahu info lanjut mengenai kek-kek lapis sarawak ni.


  • Rujuk ALBUM GAMBAR INI untuk informasi lanjut dan lebih banyak pilihan kek lapis Sarawak.
  • Informasi mengenai nama kek dan perisa kek boleh dibaca di caption SETIAP gambar kek lapis.
  • Order dan pembayaran selewat-lewatnya hingga 11 OGOS 2012.
  • Disarankan order dan buat pembayaran awal, so kalau kek yang anda nak tu takde boleh tukar kek lain.
  • Collection kek dibuat pada 13 hingga 17 OGOS 2012. Lokasi collect area Kuala Lumpur dan Shah Alam.
  • Nak tahu harga dan berbincang mengenai order boleh contact tuan punya bisnes iaitu MAZNUR ANOWAR.



Jadi bagi yang berminat nak tengok lebih banyak pilihan kek lapis Sarawak dan bertanya harga atau ada sebarang pertanyaan lain boleh tanya terus ke tuan punya bisnes iaitu Maznur Anowar. Kalau tanya kat sini aku TAK LAYAN okay. Sebab aku tukang promote je. Hehehe apa lagi, borong jangan tak borong! Boleh buat judah berbuka atau juadah pagi raya :)



Sign PNG NisaKay

Read More»

Copyright © Nisa Kay