Selasa, 17 Julai 2012

KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK – Part 4

 

Assalamualaikum..

 

Fuhhh berkejaran aku taip entry pasal Kembara Media ni sebab aku ni dah macam reporter la pulak kena kejar dateline. Tak pernah-pernah aku kejar dateline untuk entry sendirian berhad macam ni. Kalau sponsored post tu lain cerita la kan kan kan..

 

Baiklah.. Kisah Kembara Media Fotografi di negeri Perak Darul Ridzuan telah sampai ke PART 4 dah pun… Kalau belum baca part-part sebelumnya, sila rujuk : PART 1, PART 2, PART 3 dan special edition AKU DIA DAN DSLR PART 21 photoshoot di Pulau Pangkor. So bagi mereka yang dah baca semua entry tersebut, jom kita sambung al-kisah lepas photoshoot.

 

DSC_0787

Lepas duk posing sana, posing sini abeh dah tenagaku nak ber-photosoot dah. Perut pun dah berkeroncong, dah macam-macam lagu dah. Bila siang mula melabuhkan tirainya, maka dapatlah kami menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah SWT iaitu saat matahari terbenam.

 

Memang satu perasaan yang tak dapat dijelaskan. Rasa nak berdiri lama-lama kat tepi pantai tu sampai matahari betul-betul terbenam dan hari bertukar menjadi gelap. Apakan daya, kami mengejar masa untuk ke restoran bagi makan malam pulak..

 

DSC_0800

Di atas Pulau Pangkor ni, kenderaan utama untuk bergerak ialah teksi pink ni. Auwww suke sangat sangat sebab van ni warna pink! Satu perjalanan bermula dari RM40, bergantung kepada jarak perjalanan. Satu van boleh muat lebih 5 orang. So kalau berkongsi tambang tu berapa ringgit lah sangat ye dak?

 

Teksi pink ni memang banyak sangat di Pulau Pangkor ni, dah kata tadi pengangkutan utama kan? Peta lokasi tarikan pelancong kat pulau ni boleh di dapati di hotel dan korang boleh call teksi ni untuk datang amik korang, then korang suruh lah driver ni bawak korang ke mana korang nak..

 

DSC_0803

Hari ni kami semua dinner di Daddy’s Café yang terletak di tepi pantai.

 

 

DSC_0806

Beginilah rupa DADDY’S CAFÉ dari luar.

 

 

DSC_0818

Aku ingatkan dinner dalam kedai macam biasa. Tapi bila masuk fuhhh aku ternganga kejap tengok meja yang dah di-set kan untuk makan malam kami. Kami makan malam di tepi pantai, sambil menikmati udara segar gituuu… Suasana yang kian gelap hanya diterangi lampu suram dari kedai dan lilin di atas meja. Romantiknye auwww~

 

 

DSC_0833

Lauk pertama ialah SAYUR GORENG CAMPUR. Aku ni kureng minat sayur campur macam ni, so aku amik kuah dia je. Hehehe..

 

 

DSC_0835

Ni KARI AYAM. Sedap jugaklah, sebab aku rasa macam masin sikit. Ke tekak aku je yang rasa macam tu? Errkkk…

 

 

DSC_0837

Nyum nyum nyum.. Kalau udang memang kegemaran aku! So kalau aku makan udang, semuanya sedap bagi aku! Muahahaa…

 

 

DSC_0841

Ini kan macam fillet ikan. Tapi aku tak sure lah. Serius memang sedap sangat ikan ni woh! Nak amik banyak kali macam segan sebab ikan ni sikit. Isk iskkk yang sedap tu lah yang paling sikitttt! Huwaaa…

 

 

DSC_0844

Lepas dinner terus balik hotel and berehat puas-puas. Esoknya, kami bangun pagi, sudah sedia nak sarapan woot woot!!

 

 

DSC_0846

Sausages yang dipanggang di atas pemanggang elektrik.

 

 

DSC_0847

Hash brown. Memang kegemaran aku nihhh!!

 

 

DSC_0848

Ruang buat omelets. Korang boleh request nak telur dadar koang tu diisi dengan apa. Nyum nyum~

 

 

DSC_0852 Aku ni kalau sarapan, seboleh-bolehnye memang nak honey star! Muahaha~

 

 

DSC_0853

Sausage seketul dan juga hashbrown. Ade lagi benda lain yang aku makan, cuma dah malas nak ambil-ambil gambar. Lagi pun aku ni bukan jenis nak makan makanan berat kalau pagi-pagi ni…

 

 

DSC_0871

 

Dah sudah makan tu hahhh nak pergi mana pulak ni ke tepi pantai pulak? Untuk aktiviti yang seterusnya, nantikan entry PART 5 pulak ye! Dah penat aku duk pilih gambar, edit gambar dan upload gambar. Tak lupa menaip. Korang ingat menaip ni senang ke hah? Kalau takde idea payah jugak nak hasilkan satu entry! Kbai!

 

 

 

ALBUM 1 untuk percutian di Pangkor ni dah di-upload di page SAYA SUKA MENAIP.

Sign PNG NisaKay


15 ulasan:

  1. seronoknya bercutiii...nak tgk gambar lagii...

    BalasPadam
  2. wah.. bestnya.. nanti kalau ada trip ke sini ,saya nak ikut..

    BalasPadam
  3. Fuhh! Panjang sungguh entri kembara kali ni.. Hehehe.. Tak sabar nak baca part 5 plak.. Hehe.. :)

    BalasPadam
  4. bestnya cuti...mkn pun sedap2 nampaknya=)

    BalasPadam
  5. yummy menyelerakan.

    cantik la tempat dia...

    BalasPadam
  6. wah..dpt mkn dlm suasana camtu sgt la best! :)

    BalasPadam
  7. suasana di Daddy's Cafe nampak mcm best :)

    BalasPadam
  8. wah makanan tuh nampak sedap...

    BalasPadam
  9. wah2 nisa.. bejalan ja kerja hg kan sejak dua menjak nie. ihihih

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay