Isnin, 23 Julai 2012

[VIDEO] Perkahwinan remaja belasan tahun

 

Assalamualaikum…

 

 

Wah wah belum apa-apa aku dah tepek video. Begitu direct ye. Apa yang membuat aku tertarik untuk share video ni ialah kerana pasangan pengantin tersebut masing-masing berumur 16 tahun (pengantin lelaki) dan 14 tahun (pengantin perempuan).

 

Menurut komen kat video ni di laman Youtube, ada yang kata perkahwinan ni berlaku di Pahang. Pahang belah mana aku tak sure lah. Dan dalam komen tu juga ada komen negatif dan positif.

 

NEGATIF BAGI AKU 

  • Mereka terlalu muda untuk memikul tanggungjawab alam perkahwinan yang sememangnya bukan mudah seperti yang disangka.
  • Takut nanti bila dah a few years kahwin, bila masing-masing dah matang, ada kecenderungan untuk mencari pasangan lain dan berlaku curang.

 

 

POSITIF BAGI AKU 

  • Perhubungan yang telah menjadi sah dan halal. Maka syaitan akan menangis.
  • Baik bagi anak remaja kerana di usia yang sedang meningkat naik ni lah remaja cenderung untuk mencuba-cuba perkara yang haram (contohnya bercinta, bersentuh-sentuhan dengan pasangan)
  • Sekarang ni pun banyak kes budak sekolah mengandung luar nikah, jadi perkahwinan di usia muda mengelakkan maksiat yang berleluasa di kalangan anak muda.
  •  

 

 

Itu jelah pendapat aku. Aku takde niat lain pun share video ni kat blog aku. Saja-saja je. Mesti topik pasangan pengantin muda ni akan menjadi hangat. Dan semua orang mempunyai pendapat masing-masing sama ada negatif atau positif. Aku tak menyentuh bab agama sangat sebab aku pun bukan manusia sempurna.

 

Walau bagaimanapun aku sokong bahagian positifnya perkahwinan di usia muda ni walaupun aku ada pendapat negatif aku tersendiri. Untuk pasangan pengantin di dalam video di atas, aku doakan yang terbaik untuk korang. Semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat dan segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.

 

 

Sign PNG NisaKay


24 ulasan:

  1. banyak positifnya daripada negatif :))

    BalasPadam
  2. lelaki nye tua setahun dri sye.perempuanya setahun lebih muda dri sye..

    yg dh lps tu biarlah.Doakan sje mereka bahagia sehingga ke akhir nyawa.Amin

    BalasPadam
  3. doa je la banyak2 .. tu je yang mampu. nak kata, diorang tak mampu tanggung ==' kita tak tahu la pulak keupayaan diorang kan.

    tapi tetap aku rasakana, lagi banyak negatif daripada positip.

    tamat

    BalasPadam
  4. Alahai.. Mudanya pengantin.. Muka pun tak matang lagi.. Tapi bagus jugak parents dorang nikahkan awal2 cani sebelum pape yang tak elok jadi..

    Btw, selamat pengantin baru buat pasangan pengantin muda ni.. Barakallahulakum.. ^_^

    BalasPadam
  5. bestnye jodoh dtg cpat..
    moge mereka berbhgia...

    BalasPadam
  6. pengantin nampak nervous.. nak senyum pun mcm susah..

    salam perkenalan :))

    BalasPadam
  7. Salam.

    Mula2 kena tau dulu latar belakang kisah perkahwinan ni. Baru la boleh bagi komen negatif ke positif. Tapi, eloklah kita ambil sudut positifnya bila kita tak tau dan doakan je mereka bahagia. Kan dah kurang satu pintu maksiat, sebab dah halal hubungan.

    BalasPadam
  8. salam ramadhan, pd pndpt sy ni bkn kawen muda tp perkahwinan di bawah umur...bse perkahwinan muda adalah sekitar umar 18+ n lelaki pn cm2 umurnya...kira dlm linkungan 18-23/25 thn dikira perkawinan pada usia muda...sowei klu clap fakta....perkahwinan di bawah umur ni bg pndpt sy, perlulah tul2 sdia...cz khidupn skrg lebih mncbr..perlu byk persediaan ilmu duniawi n akhirat...klu deowg mang dh tul2 nk pikul tnggungjwb ok sgt r...juz perkongsian...sory klu clap

    BalasPadam
  9. muda lagi...apapun fikir positif
    ..jgn cemari pmikiran dgn fikiran yg negatif

    BalasPadam
  10. huhu...
    tok nenek kite dulu pun darjah 6 dah nikah dah,,,,
    menten sokmo~
    peace (>,<)v

    BalasPadam
  11. alhamdulillah,
    mereka memilih jalan yang paling diredhai Allah.....

    tak kiralah bawah umur atau tak,
    yang penting cukup syarat utk nikah...
    bahagia atau tidak..
    semua tu bergantung pd mereka...

    kematangan bukan semata pada usia..
    orang yang kahwin umur 30tahun pun, belum tentu mereka tu matang.. gitulah....

    BalasPadam
  12. bagi pendapat sy.. kawen awal mcm ni banyak negatif dr positif. even though datok/nenek kite dulu2 kawen awal, zaman dulu tak mcm zaman skrg.kehidupan skrg lebih mencabar :)

    reeneeraaid.blogspot.com

    BalasPadam
  13. di mana? orang mana? sekolah mana?

    semoga dirahmatiNya, bahagia hingga akhir hayat.. :)

    BalasPadam
  14. apa2 pon,doakan yg t'baik utk mereka :)

    BalasPadam
  15. Ajal Maut, Jodoh Pertemuan, semuanya adalah ketetapan Allah..

    Allah lebih mengetahui...

    Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhirat..inshaAllah..

    Doakan yang terbaik untuk mereka...

    BalasPadam
  16. emmmm... tertanya juga ni.. hmmmmm

    BalasPadam
  17. yg berkahwin masa di universiti pun ada yg terpaksa tangguh exam pasal beranak/mengandung.. harap jgn la lupakan amik SPM ye. kaya camne pun keluarga, amik la SPM. Tau masih ada yg berjaya tanpa ada SPM, tapi kalau ada pun, tak salah kan?

    BalasPadam
  18. serious 14 tahun ? ni yg umo 20 ni pun tak kawin lg.. gile jelessss

    BalasPadam
  19. baru tahu 14 tahun dah boleh kahwin. selama ni mentaliti saya umur minimum utk kahwin at least 18 tahun.

    BalasPadam
  20. ok la tuu boleh jadikan pengajaran bagi anak-anak muda yang suka buat maksiat dan dosa. aku respect family diorang... tahniah... tp pelajaran jgn lupa...

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay