Assalamualaikum...
Read More»
![]() |
| Bukan duta. |
Assalamualaikum…
Siapa suka tengok video tutorial mekap kat Youtube ? Sayaaaa !! Ahaa suka sangat sangat ! Lebih suke tengok skill youtuber tu semua sangat bagus, mekap sangat kemas dan lawa !! Jeles sangat tengok youtubers tu semua… agaknya mereka memang purely pandai mekap atau memang join kelas mekap ke macam mana ya ? Hahaha
Pernah jugak terfikir nak try ikut cara youtubers ni semua mekap.. Tapi kadang kadang rasa terkandas di tengah jalan sebab produk yang mereka guna kebanyakannya sangat branded, high end dan of course takde kat Malaysia hahaha !!! Maka selepas itu, aku hanya mampu melihat dari skrin komputer sajor lah wakaka.
Jadiiiii… sesuai dengan dilema yang aku hadapi, aku pasti ramai juga yang berperasaan seperti ini kan.. Maka aku telah come out dengan satu tutorial untuk mekap mata ala ala smokey eye gitu.. TAPI ! Hanya menggunakan produk yang sangat mudah didapati, seperti brand Elianto, Silkygirl, Maybelline, dan juga jenama korea innisfree (outlet di Sunway Pyramid, Paradigm Mall dan Pavilion KL), serta Bobbi Brown (mudah dapat dari outlet outlet di shopping mall). Jom !!
Ahaaa satu nak bagitau, SORRY sangat sangat sebab Nisa tak kemaskan mekap bawah mata dengan bedak, sebabnya bedak tertinggal ! Hahahaaaa !! Maka bawah mata tu comot la sikit huhuhuuu… Actually it’s quite simple, tapi Nisa banyak amik masa untuk explaining things, that’s why video ni quite lengthy huhuu.. Sorry ya !
Apa-apa pun, kalau korang rajin try berkali-kali, inshaAllah skill korang akan dipertingkatkan dengan sendirinya. Lagi selalu kita buat, lagi kita tahu teknik atau skill macam mana untuk dapatkan hasil yang diinginkan. Dan jangan lupa banyakkan amik tahu mengenai tips-tips mekap ! Lepas tu cuba dan cuba. Okay ! Happy trying !
XOXO,
Putewi Hensem
Assalamualaikum…
Amboi amboi suwit sangat pengacara terkenal Ally Iskandar dengan isterinya.. Tambah tambah muka mereka berdua ni mirip bebenor kan.. Lagi lah orang ramai mengatakan jodoh di antara mereka kuat dan boleh kekal lama. Gituuu… Tapi aku tertanya tanya juga betul ke dakwaan ni ? Maklumlah belum jumpa bukti sahih lagi mengenainya.. Ke aku je tak tahu ? Kot lah dah ada kajian yang mengatakan pasangan berwajah seiras ni jodohnya kuat.. Hohohoo…
Berikutan pasal “jodoh muka seiras” ni jugak lah laman sosial media digegarkan dengan lawak para lelaki yang mencuba tudung instant dan selendang kakak / adik / mak mereka dan ambil gambar.. Kot lah dorang dapat bayangan bagaiman rupa jodoh mereka tu nanti. Dah katanya kalau jodoh muka seiras kannn… Itu cara lelaki nak dapat gambaran jodoh mereka.. Kalau perempuan, nak buat camne ?
Ahaaa mungkin boleh cuba mekap macam ni, kot boleh dapat gambaran macam mana rupa bakal imam awak kan kakakakaa… Dah macam lelaki jambu aku tengok hasil mekap cenggini. Haha takut pulak kekeke.. Apa apa pun entry ni suka suka je okay. Jangan ada yang betul-betul cuba lak. Tapi kalau cuba sebab nak berlatih teknik mekap okay kot. hehehe.. Pasal jodoh, aku serahkan pada Allah. Gitu.
XOXO,
Putewi Hensem.
Assalamualaikum…
Siapa suka tengok video tutorial mekap kat Youtube ? Sayaaaa !! Ahaa suka sangat sangat ! Lebih suke tengok skill youtuber tu semua sangat bagus, mekap sangat kemas dan lawa !! Jeles sangat tengok youtubers tu semua… agaknya mereka memang purely pandai mekap atau memang join kelas mekap ke macam mana ya ? Hahaha
Pernah jugak terfikir nak try ikut cara youtubers ni semua mekap.. Tapi kadang kadang rasa terkandas di tengah jalan sebab produk yang mereka guna kebanyakannya sangat branded, high end dan of course takde kat Malaysia hahaha !!! Maka selepas itu, aku hanya mampu melihat dari skrin komputer sajor lah wakaka.
Jadiiiii… sesuai dengan dilema yang aku hadapi, aku pasti ramai juga yang berperasaan seperti ini kan.. Maka aku telah come out dengan satu tutorial untuk mekap mata ala ala smokey eye gitu.. TAPI ! Hanya menggunakan produk yang sangat mudah didapati, seperti brand Elianto, Silkygirl, Maybelline, dan juga jenama korea Innisfree (outlet di Sunway Pyramid), Bobbi Brown (mudah dapat dari outlet outlet di shopping mall). Jom !!
Ahaaa satu nak bagitau, SORRY sangat sangat sebab Nisa tak kemaskan mekap bawah mata dengan bedak, sebabnya bedak tertinggal ! Hahahaaaa !! Maka bawah mata tu comot la sikit huhuhuuu… Actually it’s quite simple, tapi Nisa banyak amik masa untuk explaining things, that’s why video ni quite lengthy huhuu.. Sorry ya !
Apa-apa pun, kalau korang rajin try berkali-kali, inshaAllah skill korang akan dipertingkatkan dengan sendirinya. Lagi selalu kita buat, lagi kita tahu teknik atau skill macam mana untuk dapatkan hasil yang diinginkan. Dan jangan lupa banyakkan amik tahu mengenai tips-tips mekap ! Lepas tu cuba dan cuba. Okay ! Happy trying !
XOXO,
Putewi Hensem
Assalamualaikum..
Haa baca tajuk pun dah tahu aku nak cerita pasal aku. Yes, pasal diriku yang sekarang ni kemain lagi mengada-ngada nak try berlakon pulak dahh. Tapi jangan salah faham ye, awal awal aku bagi tau ni, aku bukan berlakon dalam filem ke apa.. cuma berlakon untuk short film untuk assignment final project besfren aku haaa..
Jeng jengg.. ini dia poster shortfilm yang dihasilkan oleh group kawan aku ni, yang dinamakan GUA RABON PRODUCTION. Hahaa kisahnya semua ahli dalam group ni RABUN ! Aku pun sama.. wakakakaa.. memang gua rabon kan…
Okay seperti yang korang tengok kat dalam poster tu, simboliknya aku selfie sambil kena ikat tu, bermakna selfie dan kejadian aku diculik tu berkait rapat… Jadi, korang dah boleh agak dari sini, bahawasanya ada sesuatu yang terjadi dek kerana perbuatan selfie tu… Seram ke idokk. Hahaha.. Memandangkan aku berlakon dengan besfren aku dalam short film ni, aku rasa geli geleman nak mati bila tengok aksi-aksi yang.. errr.. AHAHAA taknak lah cerita kat sini kan, korang kena tengok lah.
OFFICIAL TRAILER – WATCH HERE :
https://www.youtube.com/watch?v=QDy8YBHvLlU
Oh ye… aku nak explain kat sini, hope semua bagi perhatian kejap ye hehehe.. Memandangkan short film ni merupakan projek akhir untuk matapelajaran kawan aku kat UIA, maka segala likes, view, share dan video reach statements diambil kira untuk penilaian oleh pensyarah dorang.. So aku mintak tolong korang yang baca ni sikittt.. boleh dak ? Hehehee…
FIRST, LIKE PAGE : CMC #Selfie
https://www.facebook.com/selfieiium
SECOND, WATCH THE FULL VIDEO OF THIS SHORT FILM HERE :
https://www.facebook.com/video.php?v=732340820184165
THIRD, please LIKE, COMMENT and SHARE this video on your Fesbuk !
Seriously, all they need is these three simple steps and a little support from you guys ! Dan kami memohon maaf jika ada kekurangan dari pelbagai aspek untuk short film ni.. maklumlah student kan, dan masih banyak yang perlu dipelajari dan improve. Semua kebaikan korang, ALLAH sahaja yang dapat balas. I am so grateful if ada yang sudi LIKE, KOMEN dan SHARE short film ni di fesbuk. Terima kasih !
XOXO, Nisa Kay.
Assalamualaikum..
Setelah berhempas pulas mencari cara-cara nak recover akaun youtube (sebab lupa email mana guna untuk akaun tu!!!) maka dapat jugalah recover yeahhh !! Maka dengan rasminya aku sudah pun upload video pendek, sedikit aksi para bintang Running Man, rancangan tv yang popular satu dunia tu. Bhahahaa…
Okay okayyy… bukan nak perasan lah, tapi debor tak debor nye hati rapuh ku ini bila kurasakan Kim Jong Kook merenung TEPAT ke arah ku. Muahahaa.. Kalau tak caya atau tak perasa, sila tengok balik video ni masa 00:58 haaa… Nak tahu kisahnya ? Hahahaa.. Kisah yang bakal aku ceritakan ini mungkin kisah paling memualkan pada abad ini. Bhahaha..
Masa tengah syiok rakam video kan, aku duk tengok kat skrin kamera la. Ye lah, nak make sure framing okay, gambar tak out focus kan.. so masa tengah rakam tu, aku tengok dalam skrin yang pandangan mata sepet Jong Kook itu terarah tepat ke lensa kamera aku. So to make sure yang Jong Kook memang pandang ke arah aku, aku pun angkat la muka. Eh senyum malu lak Jong Kook ni, pastu dia pandang ke tempat lain. Alaa Jong Kook Oppa, kalau nak nombor tepon, bagitahu je la ye dokk..
WAHAHAHAA.. Perasan nak mati kan aku ni ? Serius rasa nak tampar diri sendiri pat ratus kali. Hahahaa.. apa apa pun, satu pengalaman yang sangat mengujakan dapat tengok bintang Korea depan mata.. ye lah, bukan senang nak jumpa artis Korea ni. Jadual dorang terlajakkkk padat ! Walaupun tak dapat datang dekat, jauh sekali selfie.. takpelah.. next time ye ! Fighting !!
Terima kasih tonton video dan baca blog ! XOXO !!
Assalamualaikum..
Haa kisahnya hari minggu kita takde kerja yee.. maka sebelum kejap lagi aku bersiap nak keluar jumpa orang-orang berkepentingan.. mari kita layan lagu niii… Gituuu.. Lagu terbaru dari Astrid. Mula-mula aku dengar biasa je lagu nya, dengar empat lima kali, ehh sedap pulak di pendengaran aku ni. Makna lirik dia lak sungguh la mendalam.. uhuk uhuk ! Tapi ending dia sedih la sebab perempuan tu dapat kad kawin laki yang dia minat ! Sadis nye woi. Tapi takpelah, Layannnss !
Aku memang belum beruntung
Untuk menjatuhkan hatimu
Aku masih belum beruntung
Namun tinggi harapanku
Tuk hidup berdua denganmu
Aku sempurna denganmu
Ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat aku terpukau
Aku sungguh sangat bermimpi
Untuk mendampingi hatimu
Ku masih terus bermimpi
Sangat besar harapanku
Tuk hidup berdua denganmu
Aku sempurna denganmu
Ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat aku terpukau
Denganmu aku sempurna
Denganmu ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat
Denganmu aku sempurna
Denganmu ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat
Hanya dia yang membuat aku terpukau
XOXO !
Assalamualaikum..
[PERHATIAN : Entry ini sepatutnya publish pada 8hb sept 2014]
Ahaaa amboi amboi antara tajuk yang aku nanti-nantikan Muahahaa… Kalau bab cintan cintun kemain kan merenyam tak hengat ! HAHA !! Aduhh aku dah outdate untuk Cabaran 30 Hari ni !! Kena kejar lagi lagi lagiii. Maklumlah, update bila sempat je kan. Huhuu.. Takpelahh. Marilah kita layannn lima lagu cinta yang aku sering layan dan juga feeling tak sudah..
WESTLIFE – UNBREAKABLE
WESTLIFE – TONIGHT
ARI LASSO FT BUNGA CITRA LESTARI – AKU DAN DIRIMU
JUDIKA – BUKAN DIA TAPI AKU
ANUAR ZAIN – I’M THE LUCKY ONE
Kalau ikutkan berlambak-lambak lagi lagu cinta lagu jiwang yang aku suka layan.. Ada lagu baru, ada lagu lama. Ada jugak lagu-lagu dari band macam Spoon, Spin, Scoin dan band-band seumpama dengannya haha ! Jangan ingat aku duk layan rock hayun-hayun kepala aku tak layan lagu jiwang. Aku ni sekali dah feeling dengan lagu cinta tu, boleh berlakon acah-acah klip video tau ! HAHA teruk punya perangai.
Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!
Assalamualaikum…
Baru-baru ini aku berpeluang untuk menghadiri event untuk satu beauty product ni. Jenama yang tidak asing lagi, namun aku masih belum berpeluang mencubanya. So bila dapat jemputan ni memang pucuk dicita ulam mendatang la kan?
Acara berlangsung bertempat di Menara AmFirst Petaling Jaya. Bila aku melangkah masuk je ke bilik yang dah dihias indah ni, mata terus tak berkelip-kelip, mulut pun ternganga dek kilauan emas yang menyambut kami. Tak terkata aku bila tengok barangan mekap jenama KATE ni disusun cantik bertemakan hitam emas.
Gaya glamour dan sentuhan masquerade juga menghiasi setiap meja hadirin. Memang aku sangat sangat in love dengan idea keemasan dan glamour yang ditampilkan. Semestinya barangan mekap hari itu juga memegang konsep yang sama – KEEMASAN dan GLAMOUR !
Setelah para hadirin mula memenuhi ruangan acara, kami diberi taklimat mengenai produk yang ingin Kanebo highlight kan pada hari itu.
Jeng jengg… GOLD FEVER has reached the town ! Bermula Mei ini koleksi keemasan KATE Spring Sumer 2013 boleh didapati di pasaran ! Gaya keemasan yang memikat memang kegemaran aku. Sebab bagi aku gaya mekap nude gold sangat sesuai digayakan untu majlis makan malam yang glamour atau romantis, dan juga digayakan untuk acara-acara.
Jurumekap profesional turut memperlihatkan demo memakai barangan mekap terbaru dari KATE ni.
Haaa barang mekap dah ada depan mata, rugi lah tak cuba kan kan kann….
I’m soooo excited to have these all new collections of KATE in front of me !
A little bit close up of the products. Awhh my brighter camera setting make the picture look to bright to see the real colour. But it’s okay, just imagine you have these glamourous goldish eyeshadow pallets in your makeup collection. Cool isn’t it?
Okay kenapa tema dia emas hitam? Selain daripada koleksi terbaru yang berkilat dan bling bling, ada rahsia penting di sebaliknya.. Jeng jeng jenggg!!! Pembayang mata Goldish Eyes ini mengandungi real gold pearl yang menghasilkan kesan keemasan yang da boom !
Cuba cuba jangan tak cuba ! Memang tak boleh tahan la kalau try eyeshadow kat tangan kan? Wajibbb cuba pada mata sendiri yeah !
Kenapa aku sangat menyukai koleksi emas dari KATE kali ni? Sebab mekap mata yang berwarna keemasan menampilkan gaya yang Glamorous dan Gorgeous. Kilauan yang tampak mewah dan boleh masuk dengan semua jenis warna kulit. Sesuai digayakan untuk pelbagai majlis. Mata akan tampak lagi sihat, cerah dan segar.
GOLD sesuai digunakan untuk apa saja gaya mekap ok? Untuk dinner, special date, wedding, photoshoot dan lain-lain.
KATE Official Youtube Channel CLICK HERE
Terima kasih tak terhingga kepada penganjur acara, Kanebo kerana dari acara tu, aku membawa pulang satu set barangan mekap jenama KATE. Wahhhh bertambah lagi koleksi mekap aku. Dan jenama KATE dah menjadi one of my favourite sebab mekapnya yang tahan lama dan best. Kalau dah ade satu set lengkap tu mestinye aku nak share dengan korang video mekap aku.
Thanks a lot to Kanebo and Nuffnang for the event invitation, and thanks to you guys who watched my makeup not-so-tutorial video ! Ahakkkk.. I just lovee the goldish finishing. Kemasan yang tidak melebih-lebih dan warna tampak natural. I love KATE !
Untuk tutorial “flawless look” by KATE, WATCH IT HERE
Untuk tutorial Goldish Eyes yang lebih lengkap, KLIK DI SINI okay !!
Kepada yang nak tahuuu kat mana nak dapatkan produk KATE ni, korang boleh dapatkan di kebanyakan outlet SASA, Parkson atau Watsons. Nak lebih mudah, korang check aje senarai nye di sini –> KLIK LINK INI
XOXO
Yeayerss !! Thanks to KATE some of you readers might be winning these goldish products ! Haaa jom jom join giveaway niii ! Cuma jawab soalan mudah di bawah ni, jawab di ruangan komen okayyy !
SOALAN :
What do you love about Kate’s spring summer collection?
4 pemenang terpilih akan memenangi Goldish Eyeshadow dan 1 pemenang akan memenangi Shiny Eyelid Liner. Soo jom jom komen sekarang ! Psttt blogger lelaki pon boleh join, kalau menang boleh bagi hadiah kat bini atau makwe ! Okbai.
XOXO
Copyright © Nisa Kay