Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Isnin, 9 September 2013

10 tanda ALLAH sayangkan kita


Assalamualaikum..


Lama juga tak sentuh blog ni.. maklumlah banyak pula urusannye... Baru-baru ni aku melawat Pulau Langkawi, so ade certain tempat aku nak share jugaklah.. Walaupun hati ni dah tawar nak berkongsi cerita jugak sebenarnya, tapi takpelah.. mungkin berguna buat semua yang belum pernah pegi Langkawi kan...


Baiklah... kita lupakan pasal tu dulu.. aku terbaca sesuatu di laman facebook, so aku nak berkongsi untuk semua. Untuk peringatan aku dan kita bersama okay.. Supaya kita sentiasa ingat yang Allah itu ada.. Allah itu menyayangi hamba-hambaNYA tanpa batasan, dan semua yang berlaku ada hikmahnya...



Tanda-tanda ALLAH menyayangi kita hambaNYA :


  1. Menjadi pentadbir yg semakin baik.
  2. Menjadi seorang yg penyayang dan disayangi.
  3. Menjadi seorang yg berakhlak mulia.
  4. Diuiji dengan kesusahan.
  5. Diuji dengan kesenangan.
  6. Dimatikan dalam keadaan yg baik dan dihormati.
  7. Ketenangan terserlah apabila bermunajat di keheningan malam.
  8. Menjadi seorang yg penyabar.
  9. Berusaha mengejar ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.
  10. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.

(Perkongsian dari facebook page Ustaz Mohd Izhar Ariff)




Sentiasalah kita bersabar dengan segala ujianNYA... Aku ni bukanlah alim ulama atau ustazah yang nak berdakwah... Aku tulis kat blog ni sebagai tanda peringatan untuk sendiri. Bila diri dilanda sedih dan susah, ingatlah Allah yang berkuasa ke atas segala-galanya. Berdoa dan memintalah kepadaNYA. Hanya kepada Yang Maha Esa..





XOXO


Read More»

Rabu, 16 Januari 2013

Tak bertegur lebih tiga hari…

 

Assalamualaikum…

 

Well, aku kembali menulis dalam bahasa Melayu, namun untuk entry tertentu sahaja.. Aku ternampak hadis yang kawan aku post di status facebook beliau.. Hadis mengenai sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa umat yang memutuskan hubungan kekeluargaan tidak akan masuk syurga..

 

Well.. dalam hidup ni kita ada banyak masalah kan? Ohh abaikan masalah-masalah haiwan dalam topik ini. Saya hendak bercerita mengenai kita, manusia yang tidak lekang dari melakukan kesilapan.. Dalam hidup sehari-hari kita pasti ada melakukan kesilapan.. sama ada sengaja atau tidak.. sama ada disedari atau tidakk..

 

Alang kan sesama ahli keluarga sendiri pun kita boleh bergaduh, inikan pula dengan rakan-rakan dan kenalan sekeliling. Kita manusia TIDAK SEMPURNA.. Tidak akan ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan.. Begitu juga aku.. Namun pada kebanyakan masanya kita tidak menyedari adakah perlakuan atau percakapan kita telah membuat ada pihak terguris, terasa hati atau membenci kita?

 

Kita manusia lemah pada dasarnya, terlalu mengikut hasutan syaitan yang ingin melihat anak-anak Adam berpecah belah. Terlalu kita berpegang dan tunduk pada ego, hinggakan ucapan maaf itu kita tidak pernah ucapkan. Aku jugak pernah merasakan begitu. Aku fikir,”Kenapa aku yang kena minta maaf sedangkan pihak yang satu lagi itulah yang bertindak memutuskan silaturahim?”

 

TAPI pernahkah kita fikir bahawa mungkin pihak yang bertindak sedemikian sebenarnya ada terguris hati dengan kita? Mungkin terdapat perlakuan kita atau pertuturan kita yang telah membuatkan beliau terasa hati? INGATLAH bahawa kita tak boleh expect semua orang untuk get along dengan kita, nak faham kita sedalam-dalamnya dan menurut kemahuan kita sahaja pada setiap masa.. lebih-lebih lagi dengan orang yang kita baru kenal atau baru nak rapat.

 

Dalam hal sebegini, kita akan merasa bahawa kita tidak bersalah. Tapi pihak yang satu lagi tu pun akan rasa dia juga tidak bersalah. Apabila perselisihan faham berlaku, dan kedua-dua pihak itu ego dan tidak mahu bermuhasabah untuk mencari jalan penyelesaian, maka terjadilah “tidak bertegur sapa”. Dan apabila sudah lebih 3 hari tidak bertegur sapa, maka ianya jatuh hukum berdosa.

 

See? Allah taknak hambaNYA berpecah-belah sebab baru bermasam muka 3 hari dah dapat dosa kan? Allah sayangkan hamba-hambaNYA, maka dalam Islam sering mengajar kita mengenai keamanan, mengukuhkan silaturahim dan pelbagai nilai murni yang lain. Tapi kita nak ke pergi meminta maaf, walaupun dalam hati kita ni kuat mengatakan “AKU TAK SALAH!”

 

Rasulullah saw bersabda
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)


Dalam islam,kita tak boleh tak bertegur dengan orang lebih dari tiga hari. Kita perlu menegur orang itu walaupun hanya untuk mengucapkan salam,WALAUPUN sebenarnya dia yang memutuskan silaturahim. Selepas kita tegur,tapi dia buat tak tahu je,itu urusan dia dengan Allah,yang penting kita dah usaha.

 

Di atas merupakan status facebook yang aku maksudkan tadi… cuba kita renung kembali, ada tak kita bermasam muka, berselisih faham sampai tak bertegur dengan kawan-kawan atau ahli keluarga? Kita rasa kita tak salah kan, dan pihak yang lagi satu tu pun begitu juga. Jadi WHY NOT kita yang ambil langkah pertama untuk menjernihkan semula hubungan?

 

Tak ada rugi kalau kita yang meminta maaf dan menegur semula rakan yang telah bermasam muka dengan kita itu.. Mungkin benar ada salah kita.. atau mungkin ada masalah-masalah yang tidak dijangka timbul. Tidak ada alasan untuk tidak meminta maaf. Malah kalau kita tak bersalah sekalipun, meminta maaf akan meningkat darjat kita sebagai manusia…

 

Jadi, renung-renungkan ye kawan-kawan dan pembaca yang disayangi sekalian.. Hal yang aku tulis kali ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan aku juga.. Aku juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan…  Dan aku juga ingin memohon maaf dari insan-insan yang mungkin aku telah sakiti sama ada secara sedar atau tidak…

 

 

 

XOXO

*correct me if I’m wrong*


Read More»

Rabu, 2 Januari 2013

A status of a friend

Tak semua perkara yang kita suka kita akan dapat.
Tak semua perkara yang kita sayang akan jadi milik kita.
Jadi apa yang perlu kita lakukan? Kita perlu redha dan tabah.
Mungkin Allah telah merancang yang lebih baik dari apa yang kita rancang.


InshAllah.

P/S : Trying really hard. InshaAllah :”)


Read More»

Rabu, 19 Disember 2012

Cara menangani marah.

 

Assalamualaikum semua…

 

03b-angry_kids

 

Bila tiba musim-musim nak habis semester, semua assignments kena siap cepat, kena submit sebelum deadline dan sebagainya… Selain daripada study, banyak jugak faktor-faktor luaran yang membuatkan kita menjadi sangat sensitif dan rase asyik nak mengamuk aje.. Sikit-sikit marah.. sikit-sikit melenting…

 

Sifat marah ini amatlah tidak baik ye tuan-tuan puan-puan. Bila kita marah, kita akan bergaduh dengan orang sekeliling kita. Bila kita memusuhi orang sekeliling kita, syaitan akan bersorak-sorai sebab dia dah berjaya pecah-belahkan umat Islam. Kadang-kadang orang sekeliling tak buat ape sangat pun, tapi bila iman kita tak kukuh, benda kecik pun boleh jadi besar.

 

Maka semua pembacaku, dan juga untuk peringatan diri sendiri jugak.. marilah kita sama-sama hindari marah… Ye memang susah.. aku tahu, even aku yang panas baran dan sensitif ni pun amat susah nak kawal kemarahan. Tapi alhamdulillah ada sesetengah benda yang aku masih boleh kawal bila rasa nak marah… Walaupun benda tu nampak kecik dan tidak bawak perubahan yang besar, but AT LEAST kita cuba okay. So try take the FIRST STEP!

 

SEDIKIT PERKONGSIAN UNTUK SEMUA… DAN JUGA UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI :



Sayyidatina Aisyah menceritakan;


"Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah datang kepadaku ketika aku sedang amat marah. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم memegang batang hidungku & menggosok²kannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda; "Wahai U'waiyyish (nama timangan Aisyah)! Ucapkanlah;
اللهم اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِيْ وَأَجِرْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ


Allahummaghfirli zanbi, wa azhib ghaizho qalbi, wa ajirni minassyaitan.


(Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunilah aku dari dosa²ku, hilangkanlah kemarahan hatiku & selamatkanlah aku dari syaitan).


~ Riwayat Ibnus Sunni رحمه الله.

xoxo.


Read More»

Isnin, 29 Oktober 2012

'Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan

 

[PERKONGSIAN BERSAMA - KISAH INI SEKADAR PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI DAN SEMOGA MEMBAWA MANFAAT KEPADA YANG MEMBACA.. INSHAALLAH…]

 

Assalammualaikum wbt..


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata, ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

 


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

 


Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: ''Demi Allah, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu.

 


Rasullullah S.A.W bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

 


Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

 

 

~Renung-renungkan…~


Read More»

Selasa, 7 Ogos 2012

Jangan pernah putus berharap dan berdoa padaNYA

 

Assalamualaikum…

 

Bersedialah pada yang mahu baca entry ini. Entry ini tidak bergambar. Malah entry ini mungkin entry yang lebih panjang dari kebiasaan. Setelah aku fikir-fikirkan, setelah aku dalami, aku decide nak share dengan korang kat sini. Niat aku cuma satu, nak berkongsi apa yang mungkin baik buat kita semua inshaAllah..

 

Aku bukanlah seorang manusia yang sempurna, jauh sekali yang manusia yang baik. Aku alpa dan terus menerus melakukan kesilapan. Namun ALLAH MAHA PENYAYANG, berkali-kali DIA bawa aku ke jalan yang sepatutnya. Didatangkan di depan aku manusia-manusia bertuah yang diberi peluang kedua dan masih boleh bahagia.

 

BERUBAH. Bukan satu perkara yang senang. Memerlukan keimanan yang teguh. Ya aku mencuba. Tak perlulah aku tunjuk atau mempamer sejauh mana aku mencuba untuk menjadi lebih baik. Kerana matlamat aku ialah untuk menjadi lebih baik di mataNYA, kerana yang akan menilaiku di akhirat kelak ialah YANG MAHA ESA.

 

 

*          *          *          *          *

 

 

Tak lama lagi aku akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH MAHA PEMURAH kerana diberinya aku peluang yang aku idam-idamkan. Namun, di saat aku bergembira di atas berita ini, aku didatangkan pula tawaran pekerjaan yang juga aku idamkan. Aku dilema. Kerja atau sambung belajar? Aku dilema. Kerana kedua-duanya adalah perkara yang sangat aku idamkan.

 

Keluarga aku bukan orang senang. Aku fikir mungkin aku boleh bekerja untuk memiliki pendapatan sendiri, membantu keluarga dan mengumpul duit untuk menyambung pelajaran yang akan datang. Aku jadi takut, aku fikir sekiranya aku melepaskan peluang ni, mungkinkah takkan ada peluang lagi untuk aku di masa lain?

 

Namun ALLAH jua telah menetapkan hati aku supaya kekal pada keputusan untuk menyambung pelajaran. Ini bermakna aku akan berjauhan dari keluarga, dan juga berjauhan dengan perkara-perkara yang aku suka lakukan iaitu sebarang aktiviti berkaitan dengan blog.

 

Selama beberapa bulan ni, aku telah bekerja keras untuk mencari pendapatan tambahan untuk belanja aku sehari-hari kerana aku taknak susahkan mak abah. Walaupun tak banyak, namun aku bersyukur kerana yang sedikit tu lah aku masih mampu meneruskan hidup sendiri di Shah Alam.

 

Bila aku memilih untuk slow down dalam blogging, banyak jugak jemputan ke events yang aku tolak. Aku semakin tertekan. Apakah pintu rezeki aku semakin sempit dek kerana aku dah tak boleh pergi events dan mendapat peluang-peluang untuk advertorial di blog lagi? KepadaNYA aku bersujud dan berdoa agar DIA murahkan rezeki aku.

 

ALLAH MAHA PEMURAH DAN MAHA BESAR. Walaupun aku dah tak lagi aktif pergi events, namun ada juga jemputan yang sempat aku penuhi walaupun aku terpaksa datang ke Shah Alam dari Pahang seminggu sekali. Dan di bulan yang mulia ini Allah bukakan pula pintu rezeki yang lain buat aku. Yang aku tak tersangka-sangka kan. Aku terharu ya Allah. Walau aku bukan hamba yang baik, namun Kau tetap membantu aku.

 

Di bulan yang mulia ini juga Allah sedarkan aku bahawa sumber rezeki bukan cuma satu. Ada banyak. Janji kita berusaha dan berdoa kepadaNYA, kerana segala rezeki itu dariNYA. Di bulan yang mulia ini juga Allah sedarkan aku bahawa janganlah kita takut untuk kehilangan satu sumber rezeki, kerana Allah pasti akan mengurniakan rezeki yang lain buat kita. Pokoknya, kita harus berusaha, berdoa dan bertawakal padaNYA.

 

Niat di hati bukan nak menunjuk-nunjuk kepada semua yang membaca, tapi ingin aku kongsikan pengalaman sendiri dan tekankan bahawa jangan kita berhenti berharap pada Allah yang Maha Esa. Pasti akan ada yang baik buat kita kerana ALLAH MAHA PEMURAH. Dan tetaplah kita pada jalan yang HALAL untuk mendapatkan rezeki yang diredhaiNYA. InshaAllah…

 

 

Nota penulis : Jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi insan yang baik. Moga sama kita berusaha ke arah keredhaanNYA.. inshaAllah..

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 29 Julai 2012

6 Sunnah Ramadan

 

Assalamualaikum…

 

Alhamdulillah dah seminggu jugak lah kita semua berpuasa ye dak. Kepada yang berpuasa, semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan ikhlas kepadaNYA. Kepada girls yang ehem ehem, dapat cuti tu, jangan pulak makan minum depan orang puasa sesuka hati. Respect those who’re fasting okay..

 

Tengah-tengah usha page kat facebook tu, ternampak lah ade satu page islamik yang memang aku follow ni, share pasal sunnah Ramadan. Disertakan pulak dengan grafik yang menarik.. So aku tergerak hati nak share informasi tu kat sini.

 

sunnah 1

 

SUNNAH 2

 

sunnah 3

 

sunnah 4

 

sunnah 5

 

sunnah 6

 

All graphical information above were taken from the page Fattabiouni Malaysia. I have no right upon any of the pictures above. All of them belong to Fattabiouni Malaysia. My intention was only to share the good information about it with my readers.

 

Semoga semua informasi di atas berguna buat kalian yang membaca, dan semoga sama-samalah kita berkongsi informasi yang naik untuk semua. Salam Ramadan semua.. semoga ibadah kita diterima Allah SWT. InshaAllah..

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 23 Julai 2012

[VIDEO] Perkahwinan remaja belasan tahun

 

Assalamualaikum…

 

 

Wah wah belum apa-apa aku dah tepek video. Begitu direct ye. Apa yang membuat aku tertarik untuk share video ni ialah kerana pasangan pengantin tersebut masing-masing berumur 16 tahun (pengantin lelaki) dan 14 tahun (pengantin perempuan).

 

Menurut komen kat video ni di laman Youtube, ada yang kata perkahwinan ni berlaku di Pahang. Pahang belah mana aku tak sure lah. Dan dalam komen tu juga ada komen negatif dan positif.

 

NEGATIF BAGI AKU 

  • Mereka terlalu muda untuk memikul tanggungjawab alam perkahwinan yang sememangnya bukan mudah seperti yang disangka.
  • Takut nanti bila dah a few years kahwin, bila masing-masing dah matang, ada kecenderungan untuk mencari pasangan lain dan berlaku curang.

 

 

POSITIF BAGI AKU 

  • Perhubungan yang telah menjadi sah dan halal. Maka syaitan akan menangis.
  • Baik bagi anak remaja kerana di usia yang sedang meningkat naik ni lah remaja cenderung untuk mencuba-cuba perkara yang haram (contohnya bercinta, bersentuh-sentuhan dengan pasangan)
  • Sekarang ni pun banyak kes budak sekolah mengandung luar nikah, jadi perkahwinan di usia muda mengelakkan maksiat yang berleluasa di kalangan anak muda.
  •  

 

 

Itu jelah pendapat aku. Aku takde niat lain pun share video ni kat blog aku. Saja-saja je. Mesti topik pasangan pengantin muda ni akan menjadi hangat. Dan semua orang mempunyai pendapat masing-masing sama ada negatif atau positif. Aku tak menyentuh bab agama sangat sebab aku pun bukan manusia sempurna.

 

Walau bagaimanapun aku sokong bahagian positifnya perkahwinan di usia muda ni walaupun aku ada pendapat negatif aku tersendiri. Untuk pasangan pengantin di dalam video di atas, aku doakan yang terbaik untuk korang. Semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat dan segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

KENAPA PEREMPUAN NAMPAK CANTIK BERTUDUNG?

 

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim.. ♥

 

Ini ada beberapa perkara yang aku saja nak share dengan kalian para pembaca dan juga peringatan kepada insan lemah dan tidak sempurna macam aku. Sentiasalah kita mencari peluang untuk perbaiki diri, dan untuk men-solehahkan diri, terutamanya di bulan Ramadhan ini..

 

KENAPA PEREMPUAN NAMPAK CANTIK BERTUDUNG???

 

hijabSumber : Google


1. Sebab dia nak tutup aurat..


2. Sebab dia nak jaga maruah..


3. Sebab dia cantik..


4. Sebab dia taknak tunjuk kecantikan dia..


5. Sebab dia seorang yang pandai..


5. Sebab dia anak solehah..


6. Sebab dia dengar cakap mama ayah dia..


7. Sebab dia hormat dekat orang lain..


8. Sebab takut bila dia tak pakai tudung nanti orang tgk dia cantik.. Pastu ada niat yg tak baik.


9. Sebab taknak diminati ramai sangat lelaki..


10. Sebab taknak menyusahkan orang lain..

 

5366234377_c2abbc9226_zSumber : Google

 

11. Sebab nanti dia dapat pahala..


12. Sebab dapat menghindari maksiat..


13. Sebab supaya dpt jadi contoh pada perempuan lain..


14. Sebab supaya lelaki yg beriman je yg suka dia..


15. Sebab dia dengar suruhan nabi...


16. Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya..


17. Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..


18. Sebab patuh pada suami..


19. Sebab dia taknak rambut dia ditarik, digantung dgn bara2 api dan dibakar dgn dasyat kat akhirat kelak.


20. Sebab... Ermmm, kalau ikutkan memang banyak sebabnya.. Tak terkira.

 

 


Banyak lagi sebab-sebab wanita diwajibkan menutup aurat. Jangan memakai tudung semata-mata, tapi wajiblah kita MENUTUP AURAT. Aku bukan ber-blog lagaknya seperti orang alim. Sebab aku tak alimlah aku share kepada kalian, juga buat peringatan untuk diri sendiri.

 

Nak berubah itu baik, bertambah baik dan mulia jika berniat melakukan perubahan kerana Allah SWT. Jika niat kita kerana Allah SWT, dengan hati yang ikhlas, inshaAllah Allah akan bantu kita dalam perjalanan itu. Namun dugaan pasti ada, demi memastikan iman dan kesabaran kita teguh di dalam diri..

 

Sempenan Ramadhan yang mulia ini, aku berharap lebih ramai yang berhijrah kerana Allah SWT. Aku jugak berharap aku dapat perbaiki diri dalam pelbagai aspek. Sama-samalah kita mencari keredhaanNYA inshaAllah…

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sabtu, 12 Mei 2012

Petua Islam untuk Awet Muda

 

Assalamualaikum…

 

Demam hari ni, tapi dek kerana nafsu nak membazir wang begitu membuak-buak, maka aku tunduk pada nafsu serakah lalu ku laratkan jugak badan ni tawaf beberapa kali kat Times Square. Bila balik, hah terjelopok atas katil! Sedang aku mencari info-info best untuk dikongsi dengan readers kesayangan, aku jumpa petua best ni.

 

Niat aku cuma nak share dengan you guys semua… jom kita amalkan petua menurut Islam ini untuk tempak lebih berseri dan awet muda. Ni memang cara takde pakai bahan kimia ke, klorin ke, clorox ke.. ehh..!!

 

 

PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA

 

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

 

 

 

Yaaa… itu dia 16 tips petua awet muda di dalam Islam.. Islam menganjurkan sesuatu yang amat-amat mudah untuk kita amalkan… Jadi jomlah kita sama-sama amalkan… aku share info ni semua dengan harapan blog aku bukan blog suka suki semata-mata, tapi juga untuk share ilmu berguna untuk semua InsyaAllah…

 

Ohhh ye, semua tips petua ni aku baca di page Fattabiouni Malaysia. Kat page ni memang banyak info-info yang berguna untuk kita insyaAllah…. Dan pada sesiapa yang nak share petua / tips ni kat blog korang, dipersilakan.. janji korang credit ke Fattabiouni Malaysia :)

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay