Jumaat, 16 November 2012

Memburu Impian dengan Sector Focused Career Fair


Assalamualaikum…


Bukan main lagi ye tajuk dah macam tajuk lagu. Well, well… aku tak nak membebel panjang dalam mukadimah kali ini. Kita go straight to the point ya? Siapa yang tengah baca entry ni masih belajar? Well, anda pernah tak terfikir bahawa terdapat sektor-sektor yang kritikal yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja? Mungkinkah juga bidang yang anda ceburi tu sebenarnya bidang yang amat-amat memerlukan tenaga kerja?



clip_image002

Mari aku perkenalkan anda semua dengan Talent Corporation. Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memulakan dan memudahkan inisiatif yang akan membantu negara memenuhi keperluan bakat-bakat, dengan bekerjasama dan membina perkongsian dengan syarikat-syarikat dan agensi-agensi Kerajaan yang terkemuka.




clip_image004

Sediakan payung sebelum hujan. Cewahhh berperibahasa pulak aku. Jangan nak tunggu sahaja kerja tu datang pada kita, anda semua kena berusahalah sikit.. Jika anda sedang mencari pekerjaan, atau hampir tamat belajar, apa kata anda hadiri pameran kerjaya Sector Focused Career Fair yang akan diadakan minggu depan !



Sector Focused Career Fair

TARIKH : 20 & 21 November 2012

TEMPAT : MMU Cyberjaya

FOKUS : E&E, O&G, Telco, Biotech & ICT

TARGET : Final Year students and fresh graduates

JUMLAH SYARIKAT YANG AKAN TERLIBAT : 50


FREE SHUTTLE SCHEDULE :

clip_image006


Di pameran kerjaya ni nanti, anda boleh mendapatkan panduan khasnya untuk bakat-bakat muda bagi membuat keputusan tentang pilihan kerjaya yang sejajar dengan keperluan industri. Selain tu, anda yang menghadirkan diri berpeluang diberi pendedahan awal kepada persekitaran kerja sebenar bagi peralihan yang lancar kepada industri.


See? Semua ni untuk kebaikan kita bersama. Kalau anda hanya nak menunggu bulan jatuh ke riba sampai bila lah kan? Tak semua orang bernasib baik mendapat kerja sebaik sahaja tamat belajar. Dan kalau ramai orang nak bekerja dalam bidang yang sama, bagaimana dengan bidang-bidang kritikal lain yang amat memerlukan bakat-bakat baru ?




clip_image007


Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Haaa peribahasa sekali lagi ya. Kalau kita hendakkan sesuatu, haruslah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dahulu. Sama juga kalau kita hendak mendapat tempat dalam industri, haruslah kita mencari jalannya ya? Sebelum anda semua menghadiri career fair ini, ada beberapa kelebihan dan tips yang nak aku kongsikan :


  1. Peluang untuk meneroka karier dan internship dengan syarikat-syarikat besar terutamanya dalam bidang ENGINEERING (Kejuruteraan)
  2. Hadirkan diri untuk ceramah dan sesi perkongsian dengan pakar dalam subjek berkaitan
  3. Berpotensi untuk ditemuduga terus di lokasi pameran kerjaya!
  4. INGAT : Bawa CV dalam bentuk hardcopy dan softcopy
  5. Buat kajian latar belakang mengenai syarikat-syarikat yang terlibat terlebih dahulu.



Dan aku lihat usaha Talent Corporation sebagai langkah untuk membantu para siswazah yang mencari pekerjaan, dalam masa yang sama membantu industri yang memerlukan dengan membekalkan bakat-bakat baru yang berkelayakan.


Untuk maklumat lanjut :

Talent Corporation Malaysia







PETA (KLIK UNTUK LEBIH BESAR) :
clip_image009






~Nisa Kay~

3 ulasan:

  1. Assalamualikum ....nisa
    Nice info padat...
    salam kenal dari TiranaAduka

    1st Time my photo in My blog..

    Thanks visit my blog..

    From TiranaAduka.....: 2nd..my photo in My blog..

    BalasPadam
  2. info berguna utk mereka yg masih mencari, peluang dah depan mata, kalo taknak juga tak tau nak kata apa dah.

    BalasPadam
  3. Klau bidang admin business?? Sesuai ke dgn scfc ni?

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay