Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Disember 2012

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG !!

 

Assalamualaikum semua..

 

Just a short entry this time… Ingat lagi tak aku duk promote giveaway yang julung-julung kali di abang aku adakan? Alaa… kalau tak ingat sila rujuk ENTRY INI…. Kepada mereka yang join GA ini, pemenang dah pun along aku umumkan..

 

meuz

 

Haa ramai-ramai terjah blog GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN okeh??? Mana tahu rezeki korang ke kali ni?? Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada mereka yang telah menang… Kepada yang tak menang jangan kecewa, jangan mengamuk tak ketentuan hala okay.. Mungkin belum rezeki korang…

 

Nantikan giveaway aku hujung bulan 12 pulak ye.. InshaAllah akan ada hadiah untuk lelaki dan wanita. Baru adil gituu…. Tapi exact date aku tak dapat nak janji lah okay? Sebab tengah busy ni, dah sampai pun penghujung semester 1 sebagai degree student! Hehehe..

 

And terima kasih tak terhingga kepada semua sponsor yang sudi menaja hadiah-hadiah untuk GA pertama along aku ni.. Dan terima kasih kepada semua yang menyokong GA pertama along aku… InshaAllah ada rezeki, dia buat GA lagi okay??

 

k_si_kool

nurul_ain

pen_merah

cahaya_azyla

 

 

Okay thank you so much semua yang menjayakan GA ni secara langsung dan tak langsung ! InshaAllah ada rezeki, akan aku dan along aku kongsi bersama korang ya? Sebab korang jugak yang menyokong blog kami selama ni.. Okay byeee (ehhh bukan aku kata tadi short entry ke? Hmmm dasar suka menaip! Grr)

 

 

~Nisa Kay~


Read More»

Isnin, 19 November 2012

Jom join giveaway pertama oleh MEUZ ANGELO !

 

Assalamualaikum…

 

Yaaa tanpa berbicara panjang lagi, aku nak umumkan bahawa abang aku, pemilik blog Gulai Tempoyak Ikan Patin telah melancarkan giveaway yang julung-julung kali diadakan..

 

Ehem ehem… ramai yang tanya, Meuz Angelo ni abang betol aku ke? Abang angkat ke? Abang tipu ke? Haaa jangan mengada buat spekulasi. Beliau ni abang betul, abang kandung, sama mak sama ayah okay! Hahaha.. Korang tengok header blog aku, haaaa Meuz Angelo la yang buat.

 

GA

 

Haa bercerita pasal giveaway pertama yang abang aku jalankan ni, adalah bersempena nak meraikan followers blog beliau yang selama ni setia mengunjungi blog beliau walaupun beliau malas ya hampun nak update nye ! Oke jom tengok apa hadiahnye :

Pemenang Pertama Wanita:
The Body Shop Perfume.
(perfume name will be added soon)
Pemenang Kedua Wanita:
Blouse Wanita.

Pemenang Pertama Lelaki:
Snapback Cap.
Pemenang Kedua Lelaki:
T-Shirt Lelaki.

Pemenang Saguhati Pertama:
1: Topup RM10
2: Topup RM10
3: Topup RM10
Pemenang Saguhati Kedua:
4: Topup RM5
5: Topup RM5
6: Topup RM5

 

Dannnnn marilah kita ramai-ramai mengunjungi blog-blog para penaja untuk giveaway pertama blog Gulai Tempoyak Ikan Patin. Klik banner untuk mengunjungi mereka :

banner1

banner2

banner3

banner4

banner5

 

Marilah ramai-ramai joinnnn giveaway abang aku

[ KLIK DI SINI ]

~Nisa Kay~


Read More»

Jumaat, 16 November 2012

Memburu Impian dengan Sector Focused Career Fair


Assalamualaikum…


Bukan main lagi ye tajuk dah macam tajuk lagu. Well, well… aku tak nak membebel panjang dalam mukadimah kali ini. Kita go straight to the point ya? Siapa yang tengah baca entry ni masih belajar? Well, anda pernah tak terfikir bahawa terdapat sektor-sektor yang kritikal yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja? Mungkinkah juga bidang yang anda ceburi tu sebenarnya bidang yang amat-amat memerlukan tenaga kerja?



clip_image002

Mari aku perkenalkan anda semua dengan Talent Corporation. Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memulakan dan memudahkan inisiatif yang akan membantu negara memenuhi keperluan bakat-bakat, dengan bekerjasama dan membina perkongsian dengan syarikat-syarikat dan agensi-agensi Kerajaan yang terkemuka.




clip_image004

Sediakan payung sebelum hujan. Cewahhh berperibahasa pulak aku. Jangan nak tunggu sahaja kerja tu datang pada kita, anda semua kena berusahalah sikit.. Jika anda sedang mencari pekerjaan, atau hampir tamat belajar, apa kata anda hadiri pameran kerjaya Sector Focused Career Fair yang akan diadakan minggu depan !



Sector Focused Career Fair

TARIKH : 20 & 21 November 2012

TEMPAT : MMU Cyberjaya

FOKUS : E&E, O&G, Telco, Biotech & ICT

TARGET : Final Year students and fresh graduates

JUMLAH SYARIKAT YANG AKAN TERLIBAT : 50


FREE SHUTTLE SCHEDULE :

clip_image006


Di pameran kerjaya ni nanti, anda boleh mendapatkan panduan khasnya untuk bakat-bakat muda bagi membuat keputusan tentang pilihan kerjaya yang sejajar dengan keperluan industri. Selain tu, anda yang menghadirkan diri berpeluang diberi pendedahan awal kepada persekitaran kerja sebenar bagi peralihan yang lancar kepada industri.


See? Semua ni untuk kebaikan kita bersama. Kalau anda hanya nak menunggu bulan jatuh ke riba sampai bila lah kan? Tak semua orang bernasib baik mendapat kerja sebaik sahaja tamat belajar. Dan kalau ramai orang nak bekerja dalam bidang yang sama, bagaimana dengan bidang-bidang kritikal lain yang amat memerlukan bakat-bakat baru ?




clip_image007


Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Haaa peribahasa sekali lagi ya. Kalau kita hendakkan sesuatu, haruslah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dahulu. Sama juga kalau kita hendak mendapat tempat dalam industri, haruslah kita mencari jalannya ya? Sebelum anda semua menghadiri career fair ini, ada beberapa kelebihan dan tips yang nak aku kongsikan :


  1. Peluang untuk meneroka karier dan internship dengan syarikat-syarikat besar terutamanya dalam bidang ENGINEERING (Kejuruteraan)
  2. Hadirkan diri untuk ceramah dan sesi perkongsian dengan pakar dalam subjek berkaitan
  3. Berpotensi untuk ditemuduga terus di lokasi pameran kerjaya!
  4. INGAT : Bawa CV dalam bentuk hardcopy dan softcopy
  5. Buat kajian latar belakang mengenai syarikat-syarikat yang terlibat terlebih dahulu.



Dan aku lihat usaha Talent Corporation sebagai langkah untuk membantu para siswazah yang mencari pekerjaan, dalam masa yang sama membantu industri yang memerlukan dengan membekalkan bakat-bakat baru yang berkelayakan.


Untuk maklumat lanjut :

Talent Corporation Malaysia







PETA (KLIK UNTUK LEBIH BESAR) :
clip_image009






~Nisa Kay~

Read More»

Khamis, 15 November 2012

Giveaway Sometime - PENYERTAAN DITUTUP

 

Assalamualaikum…

 

Dengan ini, aku mengumumkan bahawa penyertaan untuk giveaway beg SOMETIME dah pun TAMAT ye… Saje aku tutup lambat sikit, nak bagi peluang orang lain join lagi… Senarai peserta akan dikeluarkan kemudian ye.

 

Ohh ye, korang ada instagram ?

82797-tile

Jom ramai-ramai singgah online shop aku di akaun instagram @fsyn_my ye !

 

 

~Nisa Kay~


Read More»

Jumaat, 23 Disember 2011

Pengumuman untuk peserta giveaway.. Jeng jeng jeng…

 

Assalamualaikum semua…

 

Mesti semua peserta THE ULTIMATE YEAR END GIVEAWAY by NISA KAY tak sabar-sabar nak tahu siapa yang bertuah memenangi hadiah-hadiah yang best dari para sponsor kan??? Tapi sebelum tu…. aku ada kejutan untuk korang… Jeng jeng jenggg…

 

IMG_8268

SPECIAL PRIZE!!

 

Hadiah ni ditaja oleh aku. Kekekekee… Aku nak bagi hadiah ni kat peserta yang bertuah dan yang aku hargai.Wahhh siapakah peserta bertuah itu ye??? Seperti yang korang tengok dalam gambar, hadiah tersebut terdiri daripada :

  • Maybelline Clear Smooth All-In-One Cake Powder
  • Maybelline Angel Lip Gloss
  • Maybelline Color Sensational Lipstick
  • PETIT BIJOU Cotton Snow Body Moisture Body Lotion by ETUDE HOUSE

 

 

IMG_8781

4 buah buku nota HBO ANIMANIA untuk dua orang pemenang. Seorang pemenang akan memenangi dua buah buku nota di atas.

 

 

IMG_8785

The Body Shop WHITE MUSK Body Lotion.

 

 

cats

Dan ouh… selain itu, aku nak tambah dua helai tudung Bawal Delima (sehelai warna biru seperti dalam gambar, sehelai warna hitam) dari Aidijuma ke dalam senarai hadiah giveaway, menjadikan jumlah keseluruhan hadiah ialah 131. So kepada semua peserta harap bersabar ye…

 

Lagi satu, kalau sampai hujung minggu ni dah takde pembetulan ke atas senarai peserta, kemungkinan besar aku akan awalkan pengumuman pemenang giveaway.. Jadi berdoalah banyak-banyak supaya segalanya berjalan lancar ye.. Terima kasih kerana BERSABAR.

 

 

NEW sign NISA

 

 

TWEET or LIKE this entry!


Read More»

Rabu, 8 Jun 2011

Jom join kelas penampilan diri Dya Romantika & majalah Dara.com ! Berpeluang jadi model!

 

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Haaaa hari ni pagi-pagi dah up entry pasal cantik-cantik ni kasi terbeliak mata gegadiss di luar sana. Nak cantik??? SIAPA LAH YANG TAKNAK KAN??? Cantik mampu beri kita confident level yang tinggi.. Mampu buat kita lebih yakin yang berdepan dengan orang ramai.

Tapi korang tak tahu caranya???? Haaaa masa ni lah korang kena ambil peluang untuk hadir ke kelas penampilan diri ni!

 

 

Penampilan istimewa Maria Elena dengan Cik Epal tuuuu… Blogger terkenal hokeyh! So jangan lepaskan peluang keemasan ni okay! Banyak advantage yang korang boleh dapat daripada kelas penampilan diri nih.

Percaya tak nanti lepas korang semua dah lawo kemain, korang akan konfiden je nak buat apa pun, dah takde rasa ragu-ragu. Orang tengok penampilan korang kemas dan meyakinkan aje.. Korang taknak ke? Kalau taknak rugi wooo. Hekhekhek.

 

SLOT BEST :

1- Mengetahui warna diri untuk setiap individu..
2- Mempelajari asas bersolek & Teknik solekan yang mudah serta selesa ke pejabat.
3- Penggayaan/ ikatan tudung serta selendang yang sesuai dengan warna diri.
4- Suai padan baju yang betul.
5- Cara duduk yang betul seorang wanita.

 

TENTATIF :

9.30am-10.00am
-Pendaftaran peserta.


10.00am-11.30am
Kelas bermula
-Mengetahui warna diri untuk setiap individu..
-Mempelajari asas bersolek & Teknik solekan yang mudah serta selesa ke pajabat.
*LUCKY DRAW


11.30am-12.00pm
MAKAN TENGAHARI / LUCKY DRAW


12.00pm-1.30pm
-Penggayaan/ ikatan tudung serta selendang yang sesuai dengan warna diri.
-Suai padan baju yang betul.
-Cara duduk yang betul seorang wanita.
*LUCKY DRAW


1.30pm-2.30pm
Rehat


2.30pm- 3.30pm
Sesi Soal Jawab Bersama "Maria Elena Zarul & Cik Epal"


3.30pm- 4.30pm
Sesi Photoshoot

 

Haaaa aku memang suka benda-benda yang ada nama “photoshoot” neh. Huahuahuaaaa… So aku sendiri join tak kelas ni???? Haaa kalau korang nak tahu, korang kena datang lah, tengok nanti aku ada ke tak. Lalalalaaa… Hahaa.. Rugi tau tak join! Sebab ada benda free yang korang akan terlepas.

 

 

FOR MORE INFORMATION :

Untuk maklumat lanjut mengenai kelas ni, korang boleh check Facebook Event : Kelas Penampilan Diri Dya Romantika & Majalah Dara.com

Kat situ banyak maklumat lengkap. Tak pun, tanya lah Zainatun Adilah, si gadis manis persis Yuna, she’s on of the organizer :) Soooo korang jom lah join ye!

 

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay