Assalamualaikum..
Kali pertama bertemu beliau, di event Astro IPTV. Yang pegang ayam goreng (kanan sekali) adalah arwah abg Jejai dari blog teratakarmo.com.
Terkejut dan sedih atas pemergian seorang rakan blogger, arwah abg Jejai (blog teratakarmo.com). Saya tidak kenal beliau untuk tempoh yang lama, dan jarang bertemu beliau, kecuali ketika menghadiri events blogger. Beliau sangat peramah, ceria dan tak kekok berbual dengan saya masa pertama kali bertemu. Dari setakat yang aku kenali, arwah juga seorang yang bersemangat join aktiviti-aktiviti.
Arwah ada isteri dan cahaya mata, kasihan sungguh mereka kehilangan orang yang tersayang.. Allah lebih sayangkan arwah abang Jejai… Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman inshaAllah.. Saya mohon semua yang membaca blog ini sedekahkan al-Fatihah buat arwah…
AL-FATIHAH.
Al-fatihah..
BalasPadamalfatihah
BalasPadamAl-Fatihah.. Semoga roh allahyarham tenang di sana..
BalasPadamal Fatihah~ semoga ditempatkan kalangan org2 yg soleh ;')
BalasPadamTakziah buat family abang jejai..
BalasPadamSemoga aman disana.